Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Masuk minggu ni, maka genaplah dua bulan aku bergelar seorang manusia bekerjaya. Bekerjayakah aku?

Itulah persoalannya...aku sendiri masih confused dengan situasi kehidupan aku sendiri. Meh aku senaraikan segala perkara yang telah menyerabutkan fikiran aku sejak dua menjak ni:-

  • Dahlah masa awal kerja, aku tersangatlah tidak ready.

    • menyebabkan secara mental dan emotionally, aku breakdown sebab tiada persediaan yang cukup rapi
    • walaupun aku dah jangka yang aku akan bekerja, tapi tidaklah sesingkat cuti dua minggu...

  • Tempat kerja....

    • peratusan pekerja yang berhenti dalam tempoh kurang dari dua tahun itu sangat tinggi
    • membuatkan aku rasa takut dengan kemungkinan yang aku sendiri tak pasti...
    • dia best, selesa, okaylah...waktu kerja okay, jarak dari rumah okay,...co-worker pun no hal...but feel like something is missing...
      • yep, that's right...there's no appreciation and loyalty treatments
Dan dilema sebagai seorang blogger (walaupun sekadar suam-suam kuku) di alam kerjaya ni of courselah identiti kita sebagai blogger!
  • patut ke aku bagitau dorang tentang passion aku?
  • atau aku patut pendamkan saja dan hanya jadi penyu
  • atau...aku jadikan tempat kerja sebagai platform untuk kutip pengalaman sebanyaknya dan ikut semua exit plan yang aku dah gariskan timeline dia....
  • atau, aku jadi manusia yang takde inspirasi dan datang kerja semata-mata gaji....
    • yang akhirnya menyebabkan aku jadi sloth??? what????
Okay, itu antara persoalan yang buat aku keliru! KELIRU dengan semua huruf BESAR!

Takut???

Opkos der aku takut dan rasa macam....setiap apa yang kau buat akan dipandang seperti debu di kasut maharaja walau kau rasa itu adalah contribution yang terbaik kau bagi. Tapi dimata mereka??? Kau tak ubah seperti ...apa ek frasa yang sesuai untuk digambarkan.....

Kau macam....haaa kuda larian di litar. Penghujungnya, kau hanya seekor kuda. Yang bila-bila masa boleh diganti dengan kereta...atau mesin lumba. Deng it! I hate those vulnerable feels...rasa murah dan tak bermaruah dowh...

Ke aku yang overthinking pasal the anonymity of the future?

Macam, aku letak rules & regulations serta guideline setiap kali orang nak kawan...atau ketakutan pada exposure dan recognition?? Sumpah ia menakutkan! Sampai aku rasa macam nak lari ke gua dan cave in dari melakukan sebarang interaksi.

Dilema ni bukan sehari dua menganggu jiwa...ada jugaklah aku cuba untuk alih perhatian tentang persoalan ni dengan layan series, atau baca research, atau tidur. Yeah, mostly tidur....

Maklumlah, aku pun budak mentah dalam dunia kerjaya, walaupun dah jilat dan palit berjuta garam pada pelbagai birat luka, tapi masih banyak lagi garam yang aku tak telan...dan sapu dengan limau purut pada hirisan luka yang bakal terjadi....

Imaginary luka yang tak berlaku tapi aku dah rasa sakit. Bodohkan?

Inilah namanya overthinking pemusnah keceriaan hidup.

Aku cuba telan dan sapu luka tu dengan losyen instead of garam, aku cuba walaupun aku tak pernah suka tekstur losyen. Aku cuba...doakan aku tidak terlalu takut pada terjun bangunan atau kata lainnya langgar dinding tanpa sebarang perancangan. Aku harap akan okaylah nanti.

Hopefully....phew!
"Bersihkan lukamu" arahnya. Iodin dituang pada kapas menghasilkan warna kuning yang kemudiannya dia tampal pada luka.

"Awww!" desisnya.

"Kau tahu bukan, luka sebegini sepatutnya dijahit?" cerlung matanya. Dalam. Seperti harimau salju yang merenung pergerakan dipergunungan Iceland. Dia diam.

"Inilah masalahmu! Luka yang perlu dijahit, kau hanya rawat dengan plaster. Apa yang kau expect plaster tu akan bagi?"

Dia diam. Meringkuk, menahan perit luka yang semakin parah merebak. Dalam diam dia menangis.

Aku tak tahu doktor mana harus dituju...

Aku keliru jalan mana harus ku turut untuk ke hospital yang satu...

Aku cuma hanya mahu ikut pada alir sungai tanpa perlu risau pada batuan yang berliku...

"Kadang, kau tak boleh jadikan plaster untuk rawat luka yang perlukan jahitan..." ulangnya. Ayat ini sudah beribu kali dia guna. Pada dia, dia dan dia yang seringkali mencari plaster semata-mata takut pada jarum dan jahitan yang menggerikan. Paling parah, mereka takut pada parut!

Perit tahu, mahu fahami mereka yang lebih rela menampal plaster pada limpahan darah yang sudah bernanah dan baunya...usah diceritalah betapa hanyir! Naik mual juga dia menegur manusia sebegini.

"Aku sunyi..." ujarnya sayu.

"Muzik kan ada"

.....

"Beginilah kawan, kau itu aku sudah simpan di muzeum. Kerna kau terlalu antik untuk didedahkan pada arus kemodenan duniaku. Bahkan, aku tiada miliki satu pun peralatan yang setimpal canggihnya dengan kamu yang terlalu...terlalu klasik!" dalihnya berlapik.

Dia diam.

Jika bagimu plaster itu bisa merawat segala kudis yang mula memakan diri, paling tidak usahlah ditampal-tampal plaster itu pada luka yang sama. Atau paling jijik sekali, buanglah plaster lama itu sebelum kau balut lukamu dengan plaster yang baru.

Masakan luka itukan sembuh jika kamu hanya mengharap pada plaster untuk mengeringkan segala lukamu yang sarat dengan kuman??

Tak masuk akal! Apa kamu sudah hilang waras??

Berdenyut kepalanya untuk memahami situasi yang terlalu pantas berlaku. Seperti air bah tsunami yang menerjah tanpa sebarang warta rasmi. Sedar-sedar, dia sudah terhanyut di talian air.

"Yang kau boleh terjebak dengan dunia macam ni kenapa?" Kejora bertanya pelik. Hairan bin Ajaib betullah kawan nan seorang ini. Mahu dikata bodoh, punya kelulusan peringkat ijazah sarjana muda. Yang sang penggemar plaster itu pula, bijaknya tidak alang-alang. Bahkan pernah mendapat anugerah kecemerlangan. Tapi kenapa?????

"Jangankan kau, aku pun tak sangka...doktrin apa yang menghantui aku sekarang ni. Dia, dia tu, hero imaginasi dalam buku yang tak sepatutnya hidup di dunia nyata!" teriaknya tidak puasa hati.

"BODOH!!!!!!!!!!!!!!! kenapa kau muncul?????"

"La.....bukan selama ni kau memang nak hero novel kau muncul ke? bila dia muncul kau pulak yang meroyan tak keruan ni dah kenapa?"

Helaan nafasnya kini terasa sarat dengan persoalan yang dia sendiri tidak pasti samada punya jawapan atau tidak.

"Kau tak nak cuba berhubung dengan dia semula ke? Yelah, kau kan pernah suka dia..."

Diam.

'Patutkah aku tambahkan rawatan plaster pada luka dia?'

*****************

Plaster itu dia hulur pada mereka yang punya luka kecil sahaja, bukan pada mereka yang lukanya mengalir tanpa henti. Bahkan dia sendiri tidak pernah terfikir yang hidupnya perlu menjadi plaster. Atau, sebenarnya dia memang dilahir menjadi perawat pada manusia yang punya luka tiada kelihatan?

'Parah! Parah!' desisnya beribu kali. Namun itulah hakikat yang dia cuba untuk telan. Manusia lebih memilih plaster daripada dijahit tanpa sebarang ihsan.

Kawan, kadang jahitan yang meninggalkan parut itulah sebenarnya yang membuatkanmu lebih kental berbanding plaster yang sedikit pun tidak merawatmu bahkan kau akan ulangi kesakitan yang sama berjuta kali...
Plaster tidakkan mampu melancarkan pergerakanmu untuk jangka masa yang lama. Berhentilah jadikan plaster sebagai topeng lukamu. Taburkan saja garam dan jahitlah luka yang sekian lama dibiar bernanah itu. Kerna, ada baiknya kamu buang sebahagain dari dirimu yang sudah tidak lagi dicipta untuk bersamamu, daripada kamu pikul sesuatu yang sudah lama mati....

Pilihan itu ada pada dirimu. Dan untuk ke sekian kalinya aku ulang, "usah jadikan plaster sebagai rawatan jika lukamu itu perlukan jahitan...atau lebih teruk dari itu, pembedahan...kerna tak semua luka kan sembuh dengan hanya menampal plaster...."


Pesanan penulis:

Ini bukan entri mengenai sejarah tau fu fa mahupun cara menghasilkan tau fu fa. Ia adalah metafora kepada gambaran kehidupan dunia hari ini.

********

"Kondisi dunia hari ini tak ubah seperti tau fu fa yang dimakan menggunakan chopstick..." katanya sambil menghirup air soya.

Aku termangu. 'Ada ke manusia yang makan benda tu dengan chopstick?'

"Takde. Sebab kau hanya akan hancurkan kecantikkan tekstur tau fu fa..."

2020 yang dikhabar dengan pelbagai kemodenan akan menakluk dunia seperti yang digemburkan 20 tahun lalu kini tinggal kengerian dan ketakuan yang menyelubungi penduduk Bumi. Pembukanya saja sudah kecoh dengan isu kebakaran hutan di Australia, Corona Virus, gempa bumi, banjir, isu kematian Ashraf Sinclair, Abam bocey dan hanya Tuhan saja tahu apa yang akan dan bakal berlaku pada sisa dunia hari ni...

Itu belum lagi di senaraikan ketidakstabilan isu politik di Malaysia. Pening!

Betullah kata orang dahulu kala, manusia hanya mampu merancang. Yang memberi keizinan itu hanya Tuhan. Kurang dari 48 hari lagi kita puasa. Biasa time puasa, automatik kita akan ada bazar. Itu pun tak tahu macam mana sambutan bazar tahun ni.

Persoalan, adakah COVID menjadi punca kesemua pergerakan dunia? Tak pernah-pernah tanah suci sunyi sehening hari ini...tiba-tiba ia kosong dan sepi.

Mungkin entri kali ni tak ubah seperti pengulas berita. Aku pun tak tahu apa angin yang melanda sampai aku jadi klon Clark Kent. Hahahaha....alhamdulillah, sebagai seorang manusia yang memang suka melakukan aktiviti dalam rumah tak terasa beban bila diwartakan untuk kurangkan aktiviti luar rumah.

Minggu ni jugak aku akan aktifkan semula projek podcast Orang selepas sebulan tergendala. Kononnya memberi ruang pada detox alam maya. So adakah detox itu perlu? yup, ia sangat diperlukan untuk membetulkan presepsi hidup. Korang dengar je lah apa isu dia. Mungkin sekitar isu yang sedia maklum, atau beberapa update hidup Orang dan falsafahnya...

Aku dah lama tak berfalsafah...huhuhuhu bila dah lama diperap, teori itu jadi basi..so, sebelum aku merepek lebih banyak, baiklah aku hentikan penulisan merapu ni.

Jaga diri, jaga kesihatan, yang paling penting sentiasa muhasabah diri...pesanan untuk aku sendiri jugak yang dah jauh dari Tuhan...benda yang paling takut adalah bila kita tak walk the talk...salah satu sebab aku detox dari alam maya....

Adios!
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WORDLESS WEDNESDAY 10/26 :.
    3 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Misi tebas rumput di laluan berbata
    8 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    2 hari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026