Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
"Akak ada 20 sen?" pertanyaan budak itu membuat langkah aku terhenti.

Mulanya, aku ingin menyeluk poket seluar ingin mencari wang yang diminta. Tetapi, olahku terhenti saat mata tertacap pada sepuntung rokok yang terletak kemas pada jemari halusnya. 'Apa yang dia mahu buat?' desisku.

Bagi tidak memanjangkan pemikiran itu, aku hanya menggeleng sambil tersenyum yang aku memang benar-benar tiada syiling 20 sen (untuknya). Helaan panjang kuhembuskan setelah dia berlalu dengan penuh kekecewaan kerana permintaannya tidak ditunaikan.

Kalau budak itu lelaki, mungkin akalku boleh mencernanya. Tapi, ini perempuan. Dan masih dibawah umur. Berkemungkinan sekolah rendah tahap satu. Bukan aku mahu bersikap prejudis,...ah! abaikan dia. Dia bukan sesiapa...

"Kak, apasal akak tak suka dia?" aku pandang dengan mimikan selenge. Bukan mahu menghina dia yang dikata mereka aku susah untuk menerima kewujudannya. Aku tidak tahu perkataan apa untuk menerangkan yang bukan aku tidak suka dia, tapi...dia adalah manusia yang aku sepatutnya tidak dipertemukan. Argh!!!!!

"I think, I have to take a break for a while. To change my perception of view..."

"Where you want to go?"

"I don't know. I just want ME time for now on..."

Dan mereka faham. Aku perlukan rehat. Barang seketika. Namun, peluang itu datang tidak mengira kau lelah atau penat, dia kan tetap menjengah. Baru sahaja aku putuskan untuk mengosongkan hujung mingguku dengan sebarang aktiviti luar, satu notifikasi masuk.

"Sofie, kalau kau betul-betul nak explore dunia bisnes, kau joinlah program ni..." link yang disertakan bersama tawaran itu aku buka. Wow! Ini bukan sembarangan peluang ini. Dan, hadirnya aku pada kelas pertama program itu, ia seolah batu loncatan untuk aku terapung lebih tinggi...insyaAllah.

Dan pandanganku tertala pada syiling 20 yang aku kumpul untuk dijadikan wang saku sarapan harianku.

20 sen.


Agaknya, siapa yang menyuruh budak itu membelikan rokok? Tergamaknya dia...

Aku hanya mampu tersenyum. Tersenyum melihat gelagat dunia dan isinya. Yang aku sebagai penghuni pun tidak akan pernah faham.

Cerita ini tergantung...sama seperti pemikiran aku pada ketika melihat puntung rokok tersepit di jemari budak perempuan itu...penghujungnya, tiada siapa tahu....

Persepsi itu...harus diputar. Fokusnya jua, aku harus ubah agar ia kembali bersinar.
[playlist artists="false" ids="3487,3477,3459,3428"]

Hari khamis sengaja aku dedikasikan ia sebagai hari trivia. Trivia Thursday gitu...kadang the distraction is getting real, menyebabkan aku pun terbabas dari ikut jadual yang sepatutnya.

Holla gais, amacam sebulan praktikal? Alhamdulillah so far so good. Sekejap je dah sebulan, episod podcast pun dah habis bahagian pertama. Lengkaplah sudah part Cuba. Insyallah minggu depan dengan tema yang lebih gelap akan membawa korang Jatuh bersama ke lohong tidak berpenghuni yang pernah Orang lalui....

Nantikan kemunculannya. Jeng jeng jeng.....

So, untuk entri ni kita bercerita mengenai trivia sepanjang mencari ilham untuk merekod episod #4.

Trivia rakaman #4: Tulis


Tulis. Macam senangkan, sebab semua Orang boleh menulis.

  • Tajuk yang paling tadak idea sekali nak kupas isu apa

  • end up, aku random reading dengan sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa benda yang aku hujahkan

  • Tiga hari buat skrip tanpa hasil. Words masih lagi kosong selepas termenung dan research yang mendalam....

  • Ayat Quran yang sepatutnya dimasukkan adalah surah Al-Qalam...

  • Entah dari mana entah, seruan surah Luqman datang...

    • dan teringat pada ayat feveret aku yang ke 34.



  • Lepas bancuh air, dan teruskan pembacaan sambil menaip skrip, tetiba rasa gerun dengan isu yang dikupaskan.

  • Lagi-lagi part akhir yang mengatakan....(pi dengaq apa kalau nak tahu apa part terakhir yang buat aku gerun tu...)

  • Bukan sebab takut mati, tapi sebab terasa sangat kerdilnya diri ini dan betapa tak bersedainya untuk melangkah ke alam hakiki...

  • sebab itu ia seakan kedengaran awkward....(for those yang wonder kenapa bunyi aku agak janggal...)

  • Episod yang paling simple editing.

  • gila tak tersentap dengan isu ni...

    • 1) Sebab aku pun masih banyak main dalam hal-hal remeh Islam,

    • 2) Betapa kurangnya bersyukur dengan aturan Tuhan....walhal...sampai masa Tuhan pasti akan sempurnakan rezeki setiap orang...

    • 3) Walk the talk is really crucial...



  • Perancangan kita dan Dia kadang selari, kadang tidak...sebab kita sekadar merancang, Tuhan tetap yang menentukan...


Apa yang akan berlaku dalam part seterusnya?

Jatuh...

Jatuh...

Jatuh sedalamnya...

Tema yang jauh berbeza dengan bahagian Cuba...
Terima kasih kepada yang sudi mendengar Podcast Orang dan terusan bagi support! Korang adalah pemangkin untuk aku tetap konsisten dan istiqomah dalam melaksanakan jalan-jalan impian. Sokongan dari korang tersangatlah aku hargai. ^_^

Teringat kata-kata cerdik pandai, 'consistent is the key'. Walau kecik mana pun kerja kita, tapi kalau kita istiqomah buat....lambat laun ia akan menjadi compound value...siapa tahu....

Jumpa di terowong gelap tak berOrang minggu depan!

Till then......Moga Husnul Khatimah!
[playlist artists="false" ids="3477,3459,3428"]

Salam sejahtera buat kalian semua yang masih sedia menjengah ke laman sofieadie.com. Apa cer ni? apa cer sebenarnya kau lambat publish episod ketiga ni?

3 hari!

3 hari kau postponed episod ni sofie. Kau dah kenapa? Orang naik angin gila bila dia dapat tahu kau dah tak konsisten dengan perancangan 4 bulan menuju tahun 2020.

Trivia rakaman #3: Takluk



  • Hectic!

    • Penat gila gila gila gila sebab jadual hidup  yang terlalu pack!

    • Walau weekend tu dipanjang tiga empat hari sekalipun, aku memang tadak masa rilek-rilek dah...



  • Why?

    • Demi nak tahu macam mana flow penulisan skrip teater, maka aku telah mendaftarkan diri untuk menyertai writing workshop by Anomalist Production

    • Then, macam biasa, sisi hidup adhoc part-time tu masih lagi melekat.

      • bila-bila dipanggil untuk bekerja tu, aku kenalah datang...





  • Mental breakdown!

    • Entah. Kadang, dalam sebulan tu aku MESTI alami situasi macam ni.

    • Ni kira sekejap lah tak sampai makan masa berminggu atau berbulan....

    • Cara rawat mental yang berselirat ni, aku cubalah untuk tidak terlalu pressure diri sendiri...

    • Jawapan paling senang untuk Lari dari lingkup yang haywired tu, adalah tidur

    • So, yeah...demi tidur dan luruskan objektif hidup yang kalau 'tak di revise akan semakin bengkok', maka aku tangguhkan operasi merekod episod ni...



  • Normal aku set waktu merekod adalah 0200-0400

    • Jadi aku kena tidur pukul 9 malam dan bangkit pada pukul 2 pagi tu untuk dapatkan vibe rekod yang tenang.

    • Episod ni direkod selepas waktu subuh, sebelum aku pergi intern

    • Jadi ada kemungkinan bunyinya agak bising dari biasa



  • Untuk episod special, aku setkan durasi 15 minit.

  • Normal episod hanya berdurasi 8-10 minit.

  • Originalnya, episod ni direkod selama 23 minit secara spontan tanpa skrip yang detail

  • Antara episod yang makan masa yang paling lama pada fasa post-production. Iaitu selama 5 jam.

  • Kalau korang perasan, episod ni ada ralat pada contoh.

    • Part cerita Toy Story. Sepatutnya, ia adalah Toy Story 4, bukan Toy Story 3. (Forgive all of my nonsense....)

    • Ada satu part bunyi alarm yang menunjukkan jam sudah pukul 0635 pagi.

      • Menandakan waktu untuk bersiap ke tempat praktikal.





  • Takluk adalah episod yang berat.

    • Sebabnya:-

      • Ia harus dipraktis sebelum disampaikan pada khalayak.

      • Sebelum suruh orang minum duduk, kita kena minum duduk selama 21 hari dahulu. Dan jadikan ia suatu habit sampai kita berasa kekok untuk minum berdiri dan berjalan





  • Awalnya, aku nak guna ayat 'baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur'

    • Hujah mengenai suatu isu yang lagi berat dari yang sedia ada ni

    • Isu tu perlukan kajian yang rapi, aku tak boleh spontan je kongsi.

    • Maka, aku tukar ke isu yang lebih ringan sikit.



  • Banyak part yang aku terpaksa delete, seperti:-

    • Selain dari kata 'beliang' aku juga ada ceritakan kata 'kempang'.

    • Cerita orang yang paling banyak dikenakan hukum bila dia langsung tak buat apa-apa.

    • Dan....hujahan penaklukan anasir luar, bila kita lalai mengawal hijab wakanda kita



  • Lastly, ianya susah sebab aku DAH LAMA GILA tak cakap bahasa sarawak  dalam tempoh sebegini lama selepas 14 tahun


Ya, SARAWAK is stand for; Sayang Awak Rindu Awak Walau Awak Kemana.

Oh ya, bermula episod seterusnya, aku akan mula publish pada setiap hari Isnin.

Since weekend tak sebegitu mengizinkan untuk aku aktif publish pada hari Ahad. Plus, hari Ahad juga, aku cuba jadikan ia sebagai hari tanpa soc-med.

Akhir kalam, semoga korang dapat belajar perkara baru sepanjang aku mulakan perkongsian melalui dunia podcast. Bersamalah kita mendidik diri dalam menjadi seorang Mu'min yang Haq. InsyaAllah.

To the end moga husnul khatimah!
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    6 jam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    15 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    Sehari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026