Cerita paling besar dalam hidup aku untuk bulan lepas adalah, khabar penutupan kiosk tempat aku kutip pengalaman dan belajar menstabilkan hidup pelbagai sisi. Dua tahun kot aku ulang alik, habiskan masa hujung minggu, puasa, raya dekat situ. Siapa tak feeling bhai....banyak memori tercipta dekat situ. Tapi sekarang tinggal sejarah.
Walaupun penutupan March aku dipenuhi dengan bergambar bersama artis, ianya tidaklah dapat mengubah rasa sedih tu. Huhuhu
Macam drastik pun ada...tapi hidup ni kalau takde perubahan, tak hidupla namanya. Maka, aku belajar untuk terima perubahan itu sebagai satu kebaikan. InsyaAllah, banyak lagi rezeki lain yang akan datang.
Hidup kembali normal. Yang tinggal, hanya bergegas dengan dateline assignment. Fokus hidup sebagai pelajar tahun akhir. Mencari kehidupan perjalanan yang seterusnya. Sampai tiada lagi impian yang mahu dicapai selain dari hidup bersama Tuhan.
Sebulan dah berlalu sejak aku tinggalkan blogger dan pindah ke platform Nexbuilder. Feel dia, tetap lain. Yelah, tujuh tahun main dengan blogspot. PBAKL kali ni pun tak dapat pergi disebabkan kekangan lain. Takpelah, banyak lagi buku yang aku tak habis baca.
Esok ada modul finishing school. Dah nak habis dah belajar. Bersediakah untuk hadap dunia sebenar?
Kerjaya, keluarga, kehendak, impian.....aku sandarkan hidup ini hanya untukMu Tuhan. Permudahkanlah segala urusan kami dunia akhirat. Amin.
Wallahua'lam....
Dua minggu lepas, aku rasa terlalu down sampaikan rasa nak harakiri pun ada. (Cepatnyalah aku putus asa dengan hidupkan?) Then selepas je dapat noti yang duit poket dah masuk, laju je bawak diri pergi ke mall. Hahaha, shopping kan boleh release segala stress! Dan memang betul, memang bahaya jadikan shopping sebagai jalan untuk buang stress. Sedap tu sedaplah, tapi yang naya duit makan kaulah merana.
Dah terlalu lama tak jaga diri ni. Lagi-lagi manjakan diri sendiri. Kesian dia, baru sekarang tuannya nak belajar cara jaga diri sendiri. Jadi, post kali ni, aku nak ceritakan macam mana cara aku self care on budget.

Beli barang idaman yang kau peram sejak tiga bulan lepas.
Disebabkan, tiga bulan lepas aku broke as hell, dan baru sekarang ada duit lebih, jadinya...aku lunaskan impian tu dengan beli barang tersebut. Pergh! rasa dia macam dunia ni ana yang punya bhai! hahaha. Okaylah, bahaya jugak pupuk dendam shopping macam ni. Mau tak ingat baki akaun sendiri.
Beli barang berkualiti dengan harga murah
Aik? Boleh ke beli barang berkualiti dengan harga ciput? Apanya tak boleh, awak pergilah time dia ada offer. Tak pun, dekat kedai-kedai yang selalu ada sale. Aku suka pergi AEON. Sebab AEON, barang-barang dia boleh tahan cantik dan berkualiti jugaklah. Plus, bila shopping kat AEON, kau tak perlu risau sangat, sebab fasiliti yang AEON sediakan sangatlah selesa.
Beli produk penjagaan dengan saiz percubaan
Namalah baru nak belajar cara jaga diri sendiri, nak manjakan diri kan...benda yang nak kena beli mestilah termasuk; scrub badan, losyen, krim malam, krim siang, perlindungan UV dan sebagainya (since barang yang aku beli tu mostly tadak pakej percubaan, ambiklah saiz paling kecil yang dia ada).
Aku belajar benda macam ni agak lambat jugaklah. Sebab jenis manusia yang suka ambil mudah dalam banyak hal. Maka, tak perlu beli saiz gabak terus (walaupun dia lagi murah) sebab takut kau tak konsisten pakai. Karang bazir jer.
Pelihara kesihatan
Walaupun ubat-ubatan ni tidak elok untuk diamalkan, tapi bagi aku ia adalah keperluan. Aku terpaksa jugak ambik kalau tak nak sengsara sendiri. Aku serik dowh bila ubat aku habis stok. Hbis segala rutin aku lari sebab merana tahan sakit dia. Allah saja tahu. Untuk yang sihat wal-afiat tu, jagalah kesihatan elok-elok. Ikhtiar itu penting untuk teruskan hidup.
Bawa diri makan sedap sebulan sekali
Kalau mampu, pergilah belanja diri dengan makanan kesukaan dengan harga mahal. Bukan selalukan? Jarang-jarang. Kalau ada lebih yang banyak, belanja diri pergi short vacay. Tapi, berbekalkan status 'pelajar' ni, income pun masih bergelar 'duit poket', terpaksalah tahan hati dulu dengan impian nan satu.
Biasa aku akan spend dalam 400 untuk self-care. Jaranglah bawah dari tu. Sekali setahun aku belanja diri sendiri dengan barang berkualiti. Sebab selalunya semua barang tu tahan setahun. Berbaloilah kan? Beli produk penjagaan muka dengan harga mahal tapi tahan setahun. Samalah jugak dengan make up dan lain-lain. Aku jenis manusia yang akan target something pricey of quality instead of temporary beauty. Ecececececeh....
Okaylah, budget tu takdelah badget sangat. Tapi, kalau dibahagikan dengan setahun, sangatlah jimat;
400 / 365 = 1.10
Jimatlah kan?
Kalau korang pulak, selalunya habiskan berapa untuk belanja diri sendiri?
Dalam tahun ni, kemungkinan aku akan tamat belajar. InsyaAllah. Doakan segalanya dipermudahkan.
2019 adalah tahun dimana aku patut pilih untuk fokus kehidupan sebagai seorang pelajar. Yup! Betul-betul belajar. No more part time work, no more cari gali sisi yang aku tahu lambat laun iakan pergi. Itulah hidup. Yang datang akan pergi, yang hidup akan mati.
Pilihan itu tak akan sentiasa jelas. Ia sentiasa ada dua, tiga, empat atau lima jalan yang perlu kita tapis. Itu cara Dia agar kita sentiasa merujuk pada Yang Kuasa. Dia beri pilihan, sepertimana Dia kurnia Hidayah. Kita, dengan ilmu yang dangkal, iman yang senipis helaian kajang, perlu minta pada Dia...dipermudahkan segala urusan.
Sampai bila pun, pilihan kan sentiasa ada. Ada kos melepas, faktor yang perlu diambil kira.
Macam sekarang, adik aku baru sudah STPM, dihadap dengan berjuta pilihan. Mana hala tuju, ikut hati atau tunjuk kata ibu. Dia pun tak tahu. Pening haru biru! Kesian pun ada, tapi nak buat macam mana...aku sebagai kakak yang sekadar wujud memenuhi mayapada ini, hanya mampu mencucuh akal dia dengan setitis dua hikmah.
Kuasa pilihan tu sebenarnya ada dalam diri setiap orang.
Tapi, disebabkan faktor luaran, kita jadi kecut perut untuk dengar kata sendiri. Iyalah, segala yang dipilih sekarang itu seolah pantulan masa hadapan. Ambil kos ini, kata ramai akan menganggur. Mana tidak serba kena dibuatnya.
Dari sudut pandangan aku, benda memilih kos ni sebenarnya bukanlah suatu yang kau perlu fedup, bergaduh, tarik muka bagai nak rak semua. Ia adalah suatu proses dimana kau perlu enjoy the moment of understanding your true desire. Tak perlu gelabah, tak perlu kalut. Rezeki Tuhan semua ada jaminan. Bukan sebab kos yang dipilih, bukan jugak sebab universiti yang kau masuk dan bukan jugak sebab keputusan yang kau agungkan.
Semua tu asbab. Tuhan kata 'Kun' maka 'Fayakun'.
Usaha ya kita usaha. Tapi jangan lupa Dia. Tuhan sangat suka bilamana kita libatkan Dia dalam setiap urusan kehidupan kita. Nampak remeh, tapi itulah dia indahnya hidup bersama Ilahi. Mana ada manusia yang tahan kita rengek dekat dia minta nasihat selalu. Tapi, dengan Tuhan, Tuhan lagi suka. InsyaAllah, proses kehidupan yang seterusnya itu semacam smooth. Semacam lancar dan terasa ringan.
Lepas dah dapat setiap apa yang kita nak, tadah tangan, syukur. Usaha lagi, doa dan tawakkal.
Senang kan nak kasi ceramah free dekat orang. Aku pun masih bertatih lagi libatkan Tuhan dalam setiap keputusan. Kadang lupa, terasa angkuhnya dengan Tuhan. Bila tak jadi, marah diri sendiri. Bodoh sombong tak bertempat.
Bila dah pilih, belajar untuk YAKIN. Yakin setiap keputusan itu adalah yang terbaik dari Dia untuk kita. Berhenti, berhenti salahkan diri sendiri dan orang lain. Belajar untuk berdamai dengan Takdir.
Dari sisi hidup aku yang sekarang, aku pilih untuk berhenti kerja sambilan, dan fokus pada dunia pembelajaran (sambil selam celup update blog). Memang rasa lain. Otak kau senget benget, jadual hidup dari kelawar kena jadi ayam. Memang pening. Sampai FYP yang orang lain dah submit, aku masih terhegeh-hegeh bersengkang mata nak buat pembetulan. Sedih, cemburu sebab ketinggalan. Tapi itu lah pilihan awal yang aku buat tak pakai otak. Jadi tanggunglah risiko sendirikan.
Jadi, buat adik-adik yang masih mencari dan mengkaji pilihan kalian, pilihlah diiringi dengan Dia. Dia tahu kamu tidak tahu, Dia tahu kamu buntu...jadi call-lah Dia.
Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. InsyaAllah.