Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Bismillah awalun kalam pemula jemari menaip kata diwaktu malam yang rata-rata memejam mata. Lena. 

Dia?
Dia sibuk memikirkan urusan dunia yang entah sampai bilakan berakhir.
Mana semua orang?
Ditoleh kiri. Dipandang kanan.
Dia tersengih sumbing.
Manakan ada orang jika sendiri tinggal didalam gua tidak keluar.

life, rant

Apa yang kau cari orang?

Orang sudah tidak wujud. 
Kenapa?
Kerna yang tinggal hanya jasad yang bernyawa menanti dicabut.
Bila masakan Izrail datang menjemput.
Takut!

"Kau ponteng kenapa?"
"Saja nak cave in. Dah lama tak lepak dengan diri sendiri."
"Mana semua orang?"
"Entah! Dah balik rasanya. Maklumlah nak dekat cuti deepavali."

Dia senyum lagi.
Bestnya. Teringat zaman dimana dia juga pantang dengar istilah cuti, laju saja mencari tiket untuk balik. Kemana dimana destinasi dia tidak kisah. Janji tempat yang berbeza dari duduknya sekarang.

"Boleh tak kalau aku nak berhenti?"
"Berhenti apa?"
"Hidup. Eh, tak...kerja. Aku nak pencen jap."
"Bos sayang kau. Dia tak kasi kau berhenti lama."

2019.

19 rencana yang ditulis dipandang. Dibaca seolah semua itu sudah berlaku. 
Dua bulan lagi. Cukupkah masa yang berbaki?
Mana semua orang?
Sunyi sepi hening tak bersuara.

Syhh...
Kau dengar itu. Bisikan hati mereka berbalah. 
Yang satu ingin terbang, satu lagi mahu menjunam. 
Yang satu pula menangis tak berkesudahan.
Kenapa?

Aku mahu pulang!
Malangnya destinasi itu jalannya sudah hilang.
Semaknya melukakan.
Bagaimana harus aku jalan? 

green, worldAku cuba. Cuba untuk bercerita dalam bahasa biasa. Dalam bahasa yang aku selalu guna untuk berbicara. Tapi bila berhadapan dengan alam maya, ayat itu seakan ditukar ritmanya. Lari nadanya seolah aku menjadi orang lama. Orang Merong Mahawangsa. Eh!

Mana semua orang?
Tadi berjalan sekadar membeli beras secupak dua. Hingga terputus tali beg yang digalas. 
Mana ada orang galas beras sebelah tangan? 
Tak pasal malu seorang. Haila haila....

Semua orang sihatkah? 
Lama menyepi khabar tak didengar.
Mesti dunia nyata mereka meriah hingga lupa pada kewujudan maya.
Maya yang akan hilang dek arus kemodenan yang pesat.
Surat diutus tidak beralamat.
Manakan sampai pada si tuan.
Apa ceritamu?
Sepi tak berlagu?
Asyik membaca buku atau sedang berkejaran menghabiskan waktu?

Dia pandang lipas yang dari tadi mencari sasaran untuk tempat lepak. Sampai ke dinding tingginya. Tak sangka lipas boleh memanjat. Tak sangka lipas tak gayat. Aku yang tengok sudah naik geli. Ergh!

Kalam kitakan bertemu lain waktu. 
Akhir hidup, moga husnul khatimah.

Mana semua orang?
Jawablah sedang ralit mengait pahala bekalan ke alam baqa'.

Pray, the best
When selling a property, you may not manage to do a complete overhaul. You can just do a handful of small steps on the weekends to make it more appealing to prospective buyers. If it’s a home, you wouldn’t want to completely depersonalize it. Just make it attractive to a wide range of potential buyers. Here are tips to attract a buyer’s attention.

1. Make the First Impressions Count


tips, property
The first impression that people get when they visit your property speaks volumes. Ensure that your home has a curb appeal. Properly maintain your fence, lawns, driveway, front door, and letterbox. Make your outside space inviting since it’s a great selling point.
The first thing prospective buyers look for is a clean environment. Therefore, make sure that the entrance to your home is clutter-free. Remove any shoes, coat racks, and umbrellas out of the way. Make sure the area is free from garbage or dirt.  
Also, make sure that your front door isn’t faded or chipped. Your walkway or porch should not have any debris or leaves. Spruce up the entrance by applying new paint to your trim and door. You can also replace your lighting elements and house number so the house can look new.
Whenever prospective buyers cruise the neighborhood, they’re usually on the lookout for manicured landscaping. This doesn’t mean that you should take any design risks. Just stay simple since unique designing decisions do not necessarily appear charming to many people.

2. Change Your Interiors


tips, property
The exterior of your home can create a good impression if you’ve done a great work there. However, all that can be a waste of time and energy if your interiors are awful-looking. Therefore, give them some due diligence so that no prospective buyer turns away. Your interiors should be an extension of the elegance in your outdoor space.
Declutter your house. Paint walls anew. Install new lighting or upgrade the existing one. Ensure that your interior is as inviting as your outdoor space. Do necessary repairs such as fixing cracked tiles, broken door knobs, and threadbare carpets. Many buyers won’t spend much of their money and time repairing what they’ve just bought.

3. Freshen Up the Air


tips, property
Bad odor can turn off prospective buyers. You should fix any odd smells within your home. Don’t just cover them up. Make your home clear of garbage and fix your drainage if there’s any problem with it. Brew a fresh coffee pot to create an appealing, simple, and familiar environment.
Beware of pets. Not everybody loves them. Some prospective buyers might have allergies, while others may not be fans of animals. All in all, ensure that your home’s air is fresh enough so that you don’t keep off people who may be interested in the property.

Conclusion

You don’t need to make a complete makeover in order to sell your property. However, there are adjustments that you must do in order to attract prospective buyers. Ensure that your home has a catchy first impression by making its outside space as inviting as possible. Do not stop there. Apply some fine touches to your interior space.  
Visit https://getlistedrealty.com/ today to list your property or find your dream home.

Qitmir!


Dia senyap. Ekornya tidak berkutik seperti tadi. Setelah aku lalu, baru dia berlarian seperti anak kecil dipanggil pulang untuk mandi petang. Hairan juga, bagaimana anjing yang tidak punya akal, semacam tahu saja yang Qitmir itu raja mereka. Bagaimana? Garu juga kepala aku mencari jawapan.

anjing, qitmir

"Bagi kau anjing itu hina atau mulia?" 

Logiknya, sudah terang namanya anjing, mana ada yang mulia. Sudah tentu ia hina. Bukan H.I.N.A. (dari akronim yang aku cipta). Pelikkan?

Anjing.

Kenapa bila kita menyumpah seranah, laju saja mulut meng-anjng dan mem-babi-kan perkara yang menggerutukan emosi, mental serta jiwa kita? Apa yang kitakan dapat dari zikir yang tiada padanya suatu keberkatan?

Puas!

Puas kata mereka. Iyalah, tengah berang dapat pulak jerkah nama binatang yang hina, memang dapat lempiaskan kemarahan dan dalam masa yang sama melepaskan geram! Kelakarnya, dosa pun berganda. 

1- Dosa menyumpah seranah dan memaki hamun
2- Dosa membuat orang yang mendengar terjentik hati dan bermasam muka

Anjing!

'Kenapa tidak keduanya?'
'Babi?'

Kau berkerut dahi.

Apa mesejmu dari kehinaan dua binatang ini?


Anjing,

"Ustazah, babi tak terasa ke bila kita pandang hina dekat dia?"
"Ustazah, kenapa babi wujud padahal dia takde manfaat pun untuk hidup?"

Maka, ustazah hanya mampu tersenyum geleng kepala. Duhailah muridku ini....

"Kau ni tak baiklah cakap babi. Babi, babi, khinzirlah!" tegur kawan yang satu. 'Skema' sikit budaknya. 
"Eleh, kau pun cakap babi jugak. Kata orang. Dasar anjing!"

Ah, sudah! Pantang dibenarkan bersuara, laju saja mereka bertingkah. Yang satu anjing, yang satu menikus seperti kucing dan yang lain pula bersorak seperti babi. 

Siapalah yang buat tahun binatang ni?
-Kenali sejarah dan perihal zodiac dalam kalendar cina-

Tergelak dia sendirian membaca hasil carian google. 

Aduhai, dunia, dunia...
Terjawab sudah kenapa kucing tiada dalam kalendar. Kasihan! Ditindas dek tikus rupanya....

"Allah tu Maha Halus. Dia bagi andaian dari setiap ciptaan-Nya agar manusia berfikir dan mengambil pengajaran. Satu, Dia nak uji ketaatan kita padaNya. Kedua, supaya kita manusia tidak berkelakuan seperti mereka. Jelek sekali!"

"Apa sikap yang ada pada anjing dan juga khinzir boleh kita jadikan sempadan ustazah?"

Dia diam. Teringat pada bacaan kajiannya. Allah Maha Hebat. Penuh dengan kesempurnaan dalam menegur manusia secara berhemah. Tunduk menekur memuji kebesaran Dia. -Hikmah perumpamaan dalam Al-Quran-

"Kamu tahu tak, tiada makhluq pun mahu dicipta menjadi yang hina. Kita harus melihat pada yang mencipta bukan pada yang dicipta. Sama seperti bila menerima teguran. Melihat pada isi bukan pada si penyampai..."-Anjing, anjing dan babi, babi-

Jadi, jawapannya mereka itu hina atau mulia?

Lihat pada diri kita. Siapa yang memandang itu.

Apa yang dipandangkan terpantul imej pada siapa yang memandang. 

Siapa kita untuk menghukum?
Sikap mereka itu hak mereka, tugas kita menegur dan paling lemah mendoakan saja kebaikan bagi mereka. Lambat laun batu yang keraskan lekuk jua dek kerana titisan embun yang berterusan.

"Habis tu kan Ustazah, kalau kita tengah marah nak sebut apa? Ada ke perkataan lain yang dapat legakan kemarahan kita?"

"A’-uudzu billahi minas syaithanir rajiim"
Saya berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk.

InsyaAllah bila diamal dapat surutkan kemarahan. 

###

Anjing

Salakannya bingit
Kadang memeritkan pendengaran
Suara tanpa bayangnya sudah menaikkan rasa gerun
Tapi bila dilihat, tidaklah menakutkan.
Air liurnya penuh racun. 
Bisa.
Siapa pun akan suka pada kecomelan yang sementara
Tapi, ia jua makhluk
Dicipta dari Pencipta yang sama
Yang kita sukar untuk bezakan, 
garis halus yang memisahkan.
Antara anjing itu anjing, dan anjing anjing.
Sukar untuk difahamkan.
Yang hina, bukan pada yang dilihat
Tapi pada yang melihat

###

Anjing, hikmah, wujud

Lega.
Suatu ilmu baru dia belajar.
Benar kata orang lama, mahu mengajar harus punya sikap bersedia untuk diajar.
Akhir kalam, dia sudahi semoga semua itukan berakhir dengan husnul khatimah....
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    6 jam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    15 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    Sehari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026