Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Kabare kalian penghuni maya yang tidak henti menatap skrin yang kian hari memonopoli mata dari memandang alam nan semesta. Cuba pandang sekeliling barang sejenak, masihkah ada hijau berhampiran alam kita? 

Aku alhamdulillah masih ada. Dapat jugak merasa desa walau bandar itu lebih memeriahkan. Meriah bandar hanya mahu kaburi jiwa sepi penghuni kota....

Eh, eh...

Semester baru

Sekarang dah masuk tahun ketiga. Maknanya dah masuk semester lima. 5 bhai! Kejapnya dah jadi senior. Hahahahaha Apa yang berlaku sepanjang dua tahun aku jadi warga sementara Shah Alam ni? Dua tahun tu macam tak lama kan? Rasa sekejap sangat. Dengan jerih, perih, keringat dan air mata...bila ke penghujung rasa macam sekelip mata je semua berlalu.

Macam tak adil pulak rasa sebab biarkan sejarah lampau itu terkandus sepi tanpa sebarang pamit. Oh ya, nasib baik aku ni sejenis manusia yang tak lepas dari pen. Setiap kemana pada waktu apa...ada je nak conteng. Setelah diteliti, gaya penulisan aku tidaklah berunsur bullet journal atau yang sewaktu dengannya. Ia sekadar contengan alam yang terlintas difikiran...

Dulu aku pernah mengharap yang akan wujud sebuah teknologi, apa yang terlintas dihati, diminda terus ada tulisan. (yeah, memang dah lama wujud. Malaikat kiri kanan yang tak pernah lepas dari pena mereka juga...Allah....)

Masa balik Miri tempoh hari, aku dengan rajinnya telah mengangkut semua diari sejak aku belajar disemenanjung. Mana tah buku tahun 2004-2005 aku pun dah tak tahu. Mungkin tulisan zaman sekolah yang terlalu buruk menyebabkan aku buang tanpa ihsan. Mungkin. Jadinya, simpanan diari aku hanya bermula dengan nostalgic-nya sejak 2006. 

Contengan sem lepas

1. Sem lepas, alhamdulillah aku berjaya naikkan balik CGPA. Walau tak banyak tapi cukup memadai untuk aku teruskan perjuangan. 

2. Kedua, aku dapat praktis benda yang aku belajar dalam menguruskan tanggungjawab yang ayah beri. Belajar bidang hartanah ni seronok tapi agak mencabar jugaklah pada awalnya. Sampai rasa macam 'terpaksa' menerima hakikat yang aku ini sudah dewasa. 'Welcome to adulthood dude!'

Itu yang wujud dua entri rumbling pasal betapa tidak bersedianya aku untuk digelar manusia dewasa. Aku masih belia....huhuhu

3. Dan, alhamdulillah majlis Muharram 1440 hari tu segalanya dipermudahkan. Hasil pertolongan kawan-kawan, berjaya jugaklah aku mencari ustaz untuk ketuai majlis. 

Masa proses cari ustaz tu aku dah wonder, apasal aku tak jadi lelaki? Maklumlah masa tu cuti panjang. Semua lelaki dah macam tak wujud! Bapak geram nak matiey r! Last-last suami member aku punya kawan jugaklah yang offerkan diri. Pastu semua tanya; 

'weh sofie, mana kau kutip ustaz tu dowh?'

Kau tanya aku kat mana aku kutip? Kau tak tahu nak cari ustaz ni bukan kerja senang. Lagi-lagi zaman ketandusan iman dan pupusnya lelaki tulen. Adoyai! Nasib tak terjun tingkat 17. Nasib jugak aku masih punya Tuhan. Allah....

Walau tak megah tapi cukup memadai. Cukup dengan apa yang ada ini sudah buat aku gerun untuk hidup. Risaukan tenggelam dalam dunia nan sementara....

#

Contengan alam....

So misi sem lima ni kita cari calon mahu? hahahahah
Gelak je aku mampu weh....
Cukuplah dengan komitmen yang ada ini aku pun dah tak mampu nak urus, inikan pulak nak serabutkan kepala dengan komitmen lain...jadi, aku hargai masa sendiri. Masih punya keluarga yang memahami itu cukup aku syukur.

Aku tahu, bagilah sesiapa pun untuk jadi diri ni nescaya semuakan undur diri. Hatta aku sendiri pun banyak kali give-up nak jadi diri sendiri. Lagi-lagi bila manusia selalu cakap; 

'Kau lain, kau dah biasa sensorang. Sebab tu kau tak kisah berdikari.'
'Kau over independent bolehlah handle semua benda sendiri...'
'Kau kan bla bla bla...'

Aku....jujur cakap....aku sendiri tak rasa aku biasa. Aku sendiri masih perlukan manusia lain untuk hidup. Tapi manusia selalu anggap, orang yang biasa sendiri ini mereka tidak dihulur tangan, tidak dijenguk pun masihkan hidup..

Fizikalnya mungkin ya, hatinya? emosinya? Ada siapa peduli? Tiada...itu tinggal rahsia dia dan Tuhannya saja....

Kawan, jika kamu ketemu dengan manusia yang jalannya sentiasa sendiri, itu bukan bermakna dia sombong atau pentingkan diri atau terbiasa berdikari...tegurlah dia. Dia pun manusia jua. Manusia yang jatuhnya bangkit sendiri. Bukan robot. Lolongan serigala dia malam hari kamu tak dengarkan kerna kamu sibuk berliburan. Kita tak tahu teguran kita yang manakan menjadi pemangkin pada manusia lain. Just be good to others...nothing harm will come to you...


'Allah tak kejamkan untuk hantar orang jahat pada hambaNya yang baik-baik....' dia cuba pujuk diri. Yakin. Aku ada Allah menjadi mantranya hari-hari....

Aku ada Allah
Aku ada Allah
Aku ada Allah...

Hasbunallah wa ni'ma wakil....
Wa la haula wala quwatailla billahil a'liyiladzim...

Bisiknya...tidak putus...tidak henti....

#


"Dulu, saya tak tahu pun...kawan yang selama ini dengan saya pernah attempt to commit suicide...masa dia meninggal baru saya tahu. Itupun sebab terjumpa tulisan dia yang dulu-dulu...tak sangka...saya ingat dia okay. Sebab dia tak pernah cerita."

Please don't let this conversation happen in any funeral...

Kadang aku sendiri alpa dan tidak sedar....tapi aku cuba untuk menjadi manusia yang memahami. Sebab aku tahu apa rasanya....berpaut pada tali tangsi...

InsyaAllah....kita semua mampu mengubahnya...

To the end,
moga husnul khatimah....
Amin....
It is every parent’s or guardian’s desire that their kids obtain the highest grades possible. With superlative grades, a parent is poised to believe that their kids will have a bright future. Obtaining excellent grades has many benefits to kids; they lead to scholarships, fun opportunities, boost self-confidence, among several other advantages. Evidently, the advantages of kids getting better grades extend beyond the school environment. As a parent, a few key tips that will augment your kids’ grades include:  

1. Closely monitor how they manage they homework


Religiously, closely, and personally oversee your kids when working out their homework to ascertain whether they are on the right track. By superintending how they manage their homework assignments, you can seamlessly distinguish their weak areas and consequently formulate strategies on how to sharpen their scope of the grey areas.

Homework plays a vital role in escalating your kids up to bettering their academic performances. For starters, it acts as a link between what was taught in the classroom and the next lesson. A productive homework routine not only speeds up your kids’ learning processes but also develop in them a  positive attitude towards extra work.


2. Leverage on as many learning tools as possible to polish on the identified areas of weaknesses

After distinguishing on the various areas that are compromising on your kids’ grades, deploy as many relevant learning tools as possible to assist them in solidly grasping the unclear concepts. Since a variety of learning materials uniquely present the same ideas, the kids will have a better chance of getting the whole picture from different perspectives thereby boosting their comprehension of the subject matter. Apart from their course books, there is an unlimited number of online resources such as writing samurai that they can always consult to better their mastery of different concepts taught during class hours.

3. Engage with teachers on the discerned problem-related areas

As a parent, chiefly concerned with your kids‘ performances, it is advisable that you maintain a close and good relationship with their teachers precisely to be able to make deliberate plans with them pertaining your kids’ academic milestones. Since their teachers understand their academic strengths and weaknesses, they are better positioned to come with brilliant ideas on how to comprehensively assist your kids consistently improve their grades. Apart from keeping the kids busy at home in revamping their weak areas, also make their teachers aware of the shortcomings as they will put an effort in helping them ameliorate the challenging concepts, consequently enhancing their grades.


4. Offer the kids a conducive learning environment


Finally, being delicate beings, kids need a favourable physical, mental, and emotional environments to focus on their academics thereby scooping the best grades out of the efforts they invest in learning. As a parent or guardian, strive to ensure that you avail your kids with a stress-free learning atmosphere. Dedicating an ambient learning space free from destructors where they can learn while at home, ensuring they grab enough rest, knowing what is happening in their lives on a daily routine, among a plethora of other measures, are a few examples of what constitutes a conducive physical, mental, emotional learning environments.
Pintu definisi dia banyak. Terlalu banyak. Dari segi maknanya, pintu adalah suatu akses dari suatu tempat ke tempat lain. 

Akses. 
Pintu adalah akses untuk kemana kita mahu pergi. Tanpa pintu, kita tak akan dapat ke suatu tempat itu bahkan boleh jadi ia adalah jalan mati atau sekadar kotak?...
Entah...

Apa kes ni kau nak merapu meraban pasal pintu pulak??

Oh, cerita dia aku baru beli almari dari Lazada. Maklumlah, barang yang kena pasang sendiri ni memang aku suka. Plus, dia boleh tingkatkan kemahiran hidup...eh, eh...dah macam budak sekolah pulak ada kemahiran hidup bagai...

Dan selama aku pasang barang-barang ni, aku tak pernah lagi handle barang yang ada pintu. Ini first time! Mahu tak mengah...sensorang pulak pasang tu! Lagilah...BARAI!

Hampir empat jam siap screwdriver pun dah haus...aku half-give up dah....mahunya tak give up...tonggang terbalik tonggang terbalik almari yang nak sama berat dengan aku ni lapar bhai! Dan aku pun biarkan part pintu tu dulu...sebab dah fedup+lapar+penat = BARAI, aku pun masak air. Makan maggi. Tapi ngantuk. Tapi lapar....end up aku terpaksa makan dulu...(karang gastrik lagi naya!)

Huh....
Hinges dia aku pasang terbalik. Tambah pulak dengan screwdriver yang aku beli dekat Daiso pun 'pondan-pondan'....Allah....sabar ajelah....almari pulak tinggi. pintu pun kena setup dalam kondisi berdiri. Dimana terpaksa guna bangku (disebabkan bangku tadak, maka baldi sajalah pembantu ketinggian aku...), last-last aku biar je dulu....

Aku sebenar tak suka kerja dipause sampai H, sekejap-sekejap sampai O...kalau boleh aku nak kerja tu sampai Z. Bila aku dah dedicate masa tu untuk suatu kerja tertentu, dan tak siap...aku rasa macam...argh!!!! kerja simple pun tak boleh buat on time...adoyai....tapi nak buat macam mana, ini bukankerja simple. Tangan pun shock sebab tak pernah berjam-jam putar screwdrier, tetiba kena kerah...mahu tak merah...

Pintu ni...

macam ibu kepada segala akses. 
Itu bidalan sebuah pintu. 
Kaitannya pada hidup kita. Yang sering benar kaitkan pintu pada hati...
Hati itu pintunya lagi rumit untuk dikendalikan. 
Usahlah kata mahu diukur saiznya atau lain-lain keperluan...
Wujudkan saja 'pintu' itu sendiri pun barangkali boleh ambil beribu zaman untuk disiapkan...

Almari tu pula adalah rahsia.

Kita cipta almari, untuk simpan kita punya 'skelaton' atau apa jua cerita dari tertembus ke dunia luar.
Setengah orang, tak suka 'almari' dia tak berpintu. Atau terdedah pada khalayak. 
Tapi, ada juga golongan yang pamerkan isi almari dengan lindungan kaca.
Lihat boleh, usik jangan.
Privasinya almari, itu hak dia.
Ada cermin. Buat aksesori...
Buat teman agar tidak sendirian.
Kadang, setengah orang dia rela duduk dalam kotak. 
Sebab kotak simple. Tak complicated. Tapi sedikit jumud. Sedikit....

Masalah dengan orang yang pilih almari adalah; dia selalu lupa yang pintu ni satu material yang renyah untuk dijaga. 
Tombol tak boleh sembarangan. Hinges tak boleh main taram. 
Tak kena pada almari, nampak benar celanya....
Hilang satu skrew, terkeluar cerita yang kita boleh labelkan sebagai khabar angin.
Sebab dah kena intai dek orang...
Haru hidup!

Almari ya...
berbeza pulak saiznya. 
Ada kecil, besar...satu singgahsana pun ada. 
Semakin besar sesebuah almari, pasti punya banyak rahsia atau pengetahuan yang dia simpan sendiri dan pendamkan sehingga bersawang. 
Jarang-jarang dijengah. Sekali masuk, boleh sesat angannya.
Almari kecil jarang berpintu. Sebab itu kadang dia telus. 

Pintu & Almari

Kadang sukar mahu ukur sesebuah almari hanya kerana pintu...
Jika ikut logik, besar pintu, besarlah almarinya. 
Kecil pintu, kecillah saiz almari tadi...
Tapi logik tak semua boleh pakai...
Sebab tiada fakta. 
Namalah bidalan...

Jadi, 'pintu' apa yang kita guna bagi 'almari' kita?
Entah!
Bila lihat pada renyahnya sebuah hinges, buat aku rela pilih pintu roda. 
Roda pula isunya...
sudah...
sampai kesudah aku tak berhenti merapu...

To the end...
kita semua akan pilih untuk masuk ke pintu syurga. 
Pintu jua untuk kesana...
Jadi, sudah kita hias 'almari' dengan indah?

Pintunya kita harus pilih....
Baguskah materialnya?
Fungsi sesuaikah dengan kerangka dan daunnya?
Atau dibiar terdedah...

Wallahua'lam....

p/s: itu belum lagia mbil kira kunci, tombol, mangga....inilah akibat bila otak ligat bekerja lebih dari pergerakan fizikal yang lain....😅😅😅


Kadang rasa lagi bagus guna open wardrobe...semua orang boleh tengok isi tanpa sebarang sikap prejudis. Tapi sayang isi kan berdebu dek dedahan yang kita tak tahu dari mana sumbernya...

To the end.
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    2 jam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    12 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    21 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026