Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Masuk bulan Ogos ni, maka genaplah tiga bulan setengah aku naik public transport bergelar uber dan grab car ni. Jangan persoal kenapa aku tak naik bas. Dia akan jadi isu masa vs duit. Sebab aku sayang masa maka, aku pilih uber dan grab. 


Biasanya jarak dari tempat kerja aku dan rumah adalah 6.2km (dengan menggunakan highway). 
Jadi range normal tambang aku antara RM9 - RM13. Kalau kurang dari tu memang murahlah dan kalau lebih dari tu...memang mahal!

Dua-dua servis ni ada pros and cons dia. So far aku tak menangkan mana-mana pihak sebab dua-dua okaylah...nak kata tip top pun, dua-dua lebih kurang. 

Ini adalah review bagi uber dan grab car dikawasan Shah Alam/Klang berdasarkan pengalaman penulis.

Dalam entri ni aku akan buat beberapa senarai yang menjadi faktor dan sebab aku pilih antara Grab Car dan Uber.

1. Tambang.
Grab Car: Tambang dia telus. No hidden fees yang dikenakan. Melainkan kalau perjalanan kita tadi ada melibatkan tol. Kalau dalam booking tu dia tulis harga RM9, maka RM9 jugalah yang kita akan bayar setibanya di destinasi tadi.

Uber: Kalau bukan peak time, harga dia tak berubah masa kita tengok awal booking. Tapi...haaa tapi kalau tetiba kita terlibat dalam jammed or mana-mana laluan yang bergerak secara perlahan tu, baiklah pilih Grab Car...sebabnya Uber automatik akan kira jarak jammed tadi macam teksi meter. 

Tak pasal-pasal tadi awal book RM9 boleh jadi RM14. Aku dah kena lebih kurang tiga kali macam ni. Satu masa ada lawan bola dekat stadium shah alam, dua masa musim nak dekat raya, tiga sebab ada accident dekat simpang nak keluar highway. 😓

2. Khidmat mesra
Dua-dua sama. Sebab dia tertakluk pada pemandu. Tapi semalam aku naik uber yang dipandu oleh seorang veteran yang sangat penuh tatasusila dalam pemanduan. Rate dia dalam uber pun tinggi. Selepas dengar perkongsian dia semalam, no wonderlah orang rate dia tinggi. 

Beliau kata; "Memandu uber dan grab car bukan sebab untuk cari duit lebih. Kalau sekadar nak cari duit lebih, kita akan cenderung kepada stress, tak ambil kisah pasal penumpang, kita tak jaga adab pemanduan...bagi saya memandu uber ni lebih kepada mencari pengalaman. Belajar tentang karenah manusia diatas jalan dan memahami penumpang. Bila kita enjoy kerja sebagai pemandu, kita akan seronok."

Dan aku rasa bertuah sebab dapat naik uber dengan pak cik tu dua kali! 

Setuju sangat sebab aku pernah naik uber yang pemandu dia siap demand lagi. Ada jugak pemandu Grab car tu tak reti sabar. Disebabkan aku serik setiap kali book kena tunggu terpacak macam tiang 10-15 minit, maka aku selalu order awal. Entah macam mana pemandu tu naik angin sebab dia kena tunggu aku 3 minit. Aku pun...senyaplah..dah salah aku tak sengaja. End up aku malas nak layan dia. Bulan puasa pulak masa tu. Aku fikir, mungkin dia moody sebab tak dapat sahur kot.

3. Keselesaan kereta.
Dua-dua sama. Takde beza.

4. Promotion
Grab Car: Lagi banyak promotion berbanding Uber. Macam hari tu Grab ada buat collaboration dengan Traveloka. Time ni aku sanggup guna Grab dari Uber semata-mata nak ambil peluang menang tiket dari traveloka. Tapi, dah tamat. Tak tau siapa yang bertuah tu. Dahlah world wide dia buat. Huhuhuhu

5. Friendly apps.
Aplikasi Grab Car lagi mesra pengguna. Dari segi interface dia. Pastu kita boleh collect point untuk redeem apa-apa yang ditawarkan dalam apps tu. 

member, points

Points tu jugak tentukan kita punya membership. Dia ada empat peringkat; Member, Silver, Gold, Platinum. Sekarang aku masih dekat Silver. Masih dalam misi untuk unlock ke peringkat Gold. Ni yang lagi eksited guna Grab even dia mahal seringgit dua dari Uber. 

grab,member

Grab boleh jimat dengan cara GrabShare. Tapi kalau tak nak lambat, jangan mengada guna GrabShare.

Uber dia terlalu simple sampai kadang tu rasa annoying nak guna apps dia. Dia takde apa-apa point yang kita boleh tebus. Such a boring apps. hahahahaha Dia hanya ada rate kita yang diberi oleh pemandu uber. Argh! siapa suka kena rate kan?? hahahaha aku punya rate 4.77 je👽...Uber buat aku rasa muhasabah setiap kali lepas guna. 

Sebagai konklusinya dari segi kutipan bintang untuk semua faktor di atas tadi, aku kasi....

rate, star,

Dua-dua aku akan guna. Even aku tak gemar Uber punya apps, tapi dia masih membantu aku untuk lebih jimat. Sikitlah...Dan Grab kadang bila guna promo, tak ramai pemandu yang akan ambil. Itu kata pemandu sendirilah. Aku pun tak faham konsep tu. Janji dapat tambang murah..😉

Suka aku tekankan lagi sekali, review ini adalah dari sudut pandangan aku yang baru tiga bulan berturut-turut naik Grab Car dan Uber bagi kawasan Klang/Shah Alam. Sampai semua orang mempertikaikan betapa tidak ekonomikalnya aku. Tapi, alhamdulillah...so far semuanya tertampung. 

Mungkin grab dan uber dekat kawasan korang ada lainnya sikit. So, apa kata share pengalaman korang pulak sepanjang menggunakan perkhidmatan Uber dan Grab car ni.. Korang akan pilih mana satu, UBER atau GRAB?
Selepas beberapa tahun membuat research, naluri aku kuat mengatakan tahun ini adalah tahun pembuktian yang aku harus mengambil langkah besar dalam dunia blogging. Sebesar mana itu termasuklah overhaul blog ni. 

quote, blogging

Antara perkara yang termasuk dalam end-year blog missions aku adalah:

1- Tukar blog platform
Ini adalah keputusan yang paling sukar sekali bagi aku. Dah lama terbiasa dengan blogger tetiba nak tukar ke wordpress, uh....siapa pun takkan kata senang. Tapi, since aku ada plan yang besar untuk blog ni pada jangka masa yang panjang, maka aku HARUS tukar blog platform. Bila? InsyaAllah dalam tempoh empat bulan ni. 

Kalau ada entri pasal pertukaran platform tu nanti, tandanya nak dekatlah tu. ^_^

2- Brand the blog
Haa....yang inilah faktor utama yang menyebabkan aku buat misi pertama. I have to get my own blogging brand. Blogging memang seronok, dan lagi bertambah seronok kalau dari blog tu aku dapat tunaikan semua impian aku. It's start with blog...^_^

Stop wishing and start doing!

3- I'm gonna open an eCommerce shop!
Walah!!! Akhirnya aku berjaya menyimpan modal untuk buka eCommere shop sendiri! Ini adalah langkah yang paling besar sepanjang aku menceburi dunia blogging. Blog + eCommerce shop? It's gonna be awesome! InysaAllah niche blog aku takkan lari. Masih lagi berkisar tentang life seorang budak ambivert yang berangan hatinya made in German. ^_^

InsyaAllah aku akan up entri special untuk barang yang akan disenaraikan dalam e-Shop tu nanti. 

4- Overhaul my social media account.
Semalam aku dah buka akaun facebook baru demi blog branding. No more yuhaadie facebook. Akaun tu aku scroll semalam terasa macam; 'Bapak tak matang giler aku punya status! dahlah guna shortform. ish ish ish...'. So, aku decide untuk delete that facebook and replace it with the new account. 

Sebenarnya berbelah bagi jugak, sebab the hardest part of ending is starting over again...right? 

5- Coming soon!

***
Become an ambivert is hard. Because, when your extrovert part getting excited exploring the new world, but your introvert part keeps holding on your old sweet memories which make your moves stuck between that. It's okay, I know my introvert part will thank me later. ^_^

Maka terjadilah pertempuran antara dua indentiti dalam satu jasad.  Let's see who gonna win the battle? 

InsyaAllah, doakan segala prosesnya berjalan dengan lancar. Aku masih akan buat annual contest dalam blog. Hadiah dia akan semakin awesome dan rare. Akhir kata, semoga semua misi kalian dalam apa jua bidang turut dipermudahkan. 


Enjoy blogging! 

Siapa pernah tengok kartun 'Trolls'? 
"He who cntrols the Trolls control the kingdom. And I am He!"

Itu adalah trademark bagi watak antagonis dalam cerita ni. Tapi entri ni bukan berkaitan dengan review cerita Trolls. Ini adalah entri tentang...mencari bahagia dalam hidup.

Bergens makan Trolls untuk bahagia.
Tapi kekalkah kebahagiaan mereka? -Tidak!-
Ia adalah mindset Bergens. Padahal mereka boleh bahagia tanpa perlu membunuh warga Trolls.

Bahagia itu bukan satu pengorbanan yang tidak adil. Ia adalah satu keseimbangan dalam hidup. Ia adalah konsep 'give and take'. 

Perkara pertama untuk ubah presepsi dalam hidup kita adalah, ubah minda kita. 

Aku tahu, situasi ubah minda tu bukan macam ubah nasi putih jadi nasi goreng. Bukan juga macam tukar duit seringgit kertas menjadi dua keping syiling 50 sen. Bahkan lebih dari itu. Bak kata DAO, untuk berjaya kita perlu tutup mulut biawak dalam kepala kita. Setiap orang ada bela biawak dalam kepala. 

Buktinya, bila terlalu banyak membandingkan hidup kita dengan orang lain. Kenapa tidak kita buat hidup kita juga sehebat dan setanding mereka dengan cara 'Start living and stop comparing'? 
..
(Dah macam ceramah pulak. 😅)

Tak salah untuk membanding. Ia salah bila kita hanya banding tanpa sebarang tindakan untuk memajukan diri. Biar cuba dan gagal dari tak pernah cuba. 

Malu?
Siapa tak malu bila gagal? Hatta kalau repeat paper pun malu dengan kawan sendiri. Inikan pulak kalau kena repeat proses harungi hidup. Buat itu gagal, buat ini gagal. Tapi, gagal selepas usaha itu sesi pembelajaran namanya. 

How to start living? 
Terlalu banyak jawapan Google akan bentangkan sejurus kita menaip soalan ni pada ruangan search. 

Dan bagaimana seorang sofie mahu start living her life?
Kalau korang tanya aku pada 10 tahun dulu, mungkin aku akan jawab; 'Lantaklah apa yang orang nak fikir pasal kita, janji bahagia.'

Tapi kalau korang tanya aku sekarang, aku hanya senyum dan jawab; 'Just be yourself''

Samakan jawapan dia? Cuma struktur ayat berbeza. Lebih matang? Mungkin! Sebenarnya semua orang tahu jawapan itu. Semua orang tahu....

Kalau diberi peluang merantau ke tempat orang, pergilah. Sebab jauh perjalanan luas pemandangan. Luas jua pemikiran bahkan hidup akan lebih bermakna bila kita sudah mula menghargai erti sebuah kesusahan. 

Comfort zones adalah silent killer. Mungkin dia tak bunuh kita secara fizikal, tapi dari segi mental dan emosi. 

Impian aku paling besar adalah mahu menjadi nomad seperti Zahariz Khuzaimah. Berjalan dan bermusafir serata bumi Tuhan. Alam adalah rumah. Teruja, tapi dalam masa yang sama takut bukan? 

Nomad? Alaa lelaki senanglah nak jadi nomad, tak bahaya ke kalau perempuan jadi nomad? ← ini adalah salah satu statement yang dikeluarkan oleh biawak dalam kepala. 

Hentikan dan bunuh biawak itu. Dan sekarang alhamdulillah, biawak itu seakan sudah dibunuh pada musim 'kemarau' yang lalu. Musim itu, jatuh berdarah pun kau tak sedar sebab hati tegar semangat juang kau telah tekad untuk ubah nasib hidup kau.

Hikmah gagal adalah kekuatan jiwa. 
Hikmah berjaya lagi nikmat setelah gagal.

Stop comparing!
Dulu aku cemburu dengan sebilangan manusia yang tak pernah berpisah dengan keluarga mereka. Aku cemburu lihat keluarga mereka sering ziarah setiap minggu dekat asrama. Menangis? Tipulah kalau masa awal dulu aku kata aku tak menangis. Dan aku sedar, masa itu telah mengajar aku erti rindu dan pengorbanan. 

Hikmahnya? Campaklah kemana pun, insyaAllah aku boleh survive.

Dalam diri kita semua ada satu suara kecil meronta untuk bebas. Bebas dari biawak dalam kepala, tapi selagi kita benarkan suara biawak itu mengawal tindakan kita lebih dari suara kecil itu, selagi itu kita tak akan berjaya. 

Cara bebas dari biawak ni, banyakkan membaca dan cari kawan baru yang sama misi dengan kita. 
Proses seterusnya, kita harus bersedia untuk berubah. 

I believe when I see it. 

To be happy we don't need to eat the Trolls. 
Happy is come from within not from the outside. You know who can make you happy. -YOU- 
Change your mind and you will change your world.

InsyaAllah, prosesnya lebih mudah untuk berubah ke arah lebih baik.
Salam Jumaat dan let's live the life with full of happiness!

#seeuonthetop

Happy, life,
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WORDLESS WEDNESDAY 10/26 :.
    12 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Misi tebas rumput di laluan berbata
    17 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    2 hari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026