Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
'Cik datang sini shopping ke?' tanya Encik Grab Car.
Aku hanya angguk dan mengiyakan.
'Haah, shopping.'

Dan dialog kami berhenti meninggalkan radio Era yang riuh memasarkan barang dicorong pembesar suara. Bingit!

Jap! Aku dah tipu orang ke?

where, are, you, now

Hurm...kalau kebenaran itu bakal menyebabkan diri ini diadili tanpa sebarang siasatan, apa salahnya jika menipu sekali dua. Ah! abaikan.

Sebab malas mahu bersembang.

Semalam, Uncle Grab Car turut mengajukan soalan yang semakin lali aku dengar.
'Cik hari-hari naik grab car pergi balik ke?'
'Hurm...' aku iyakan saja.
'Uish! Cik kerja manager ke? Hari-hari naik grab car...'

Nak aje aku jerkah pada pak cik tu. 'Weh, aku nak naik uber ke nak naik grab car hari-hari ke, aku tak susah hidup oranglah. Orang kasi masyuk pun mau bising ka?'

Tapi, aku pilih untuk senyap.
Diam lagi bagus. Amin-kan saja doa dia. Semoga seorang aku ini berjaya hingga ke tahap manager diperingkat empayarnya kelak. Amin.

Lepas Sekarang ni, kalau mereka tanya...aku dah pandai menipu. Aku dah mula bagi auta dari fakta.
Aku dah lali dengan kebenaran identiti.

'Datang sini nak bukak puasa ke?'
'Iya...'
Tipu.

'Datang sini, nak ke bazaar ke?'
'Iya...'
Tipu lagi....

Dan penipuan itu semakin rancak dipenghujung Ramadhan...
Allah.
Bukan niat aku....

'Cik, saya sekarang berada di sekitar sini. Cik kerjakah hari ni? Mahu saya ambil?'
Satu mesej masuk.
Aku baca sekilas.
Ah, malas mahu ada kaitan dengan manusia begini.
'I already have my own transport. Thanks for asking.'
Tipu....

Takut.
Sumpah takut.

Tapi, nak buat macam mana....untuk hidup kena pandai survive. Kena pandai auta. Tapi, biarlah berpada.

Satu benda saja aku takkan pernah tipu.

'Cik orang mana?'
And I'm proudly saying that;
'Saya orang Sarawak.'

Benda ini saja aku takkan tipu.

Tapi, jangan tanya aku di Sarawak ada apa.

'Aih, hidup dah guna smartphone kemain besar siap data berpuluh GB, takkan tak pernah google kot?'
Pergilah manfaatkan tepon besar gabak hang tu...jangan asyik dok baca benda viral pastu sibuk nak kecoh. Benda tak viral tak mau ambik pusing. #domorelah
....

'Ini kedai awak sendiri punya ke? Ke kerja dengan orang?'
'Kerja dengan orang.'
'Awak pun boleh buat bisnes macam ni sendiri.'
'InsyaAllah...'

'Adik, kenapa kerja dekat kedai ni?'
'Pengalaman bermula dari bawah..'
'Ah, tak payah nak start dari bawah sangat...nanti susah nak ke atas...'
Senyum.
'Bagus adik terus mintak kerja dekat badan professional sana. Ha, senang hidup..'
Itu kata kau.

Kerja hanya untuk penuhi dompet yang kosong, tidakkan mampu kenyangkan jiwa...
Kerja hanya sekadar lewa, duit yang masuk juga takkan kekal lama...

Kalau boleh, aku pun tak nak kerja makan gaji.
Kalau boleh, aku pun mahu hidup tiada syarat...
Bebas...hidup senang.
Belanja mewah
Tanpa sebarang kerja?
Mimpi itu!
Angan mat jenin kata orang...

Terasa asingnya bila hidup untuk masa depan.
Terasa jauhnya bila hidup tak serupa idaman orang...
Terasa kerdilnya...
......

Cukuplah...banyak sangat nak cerita sampai tertipu diri sendiri. Tipu orang tentang identiti sampai diri sendiri hampir hilang.
Nak hilang pergi mana? ada je kat sini.

Orang yang kita kenal tiga tahun dulu dah tak sama dengan orang yang duduk depan mata kita sekarang. People changes buddy...people changes...terimalah hakikat itu.

Dan boleh jadi juga, aku yang kalian kenal suatu waktu dahulu, bukanlah orang yang sama lagi. Boleh jadi kawan, boleh jadi....

Tanya khabar, bunyinya sudah hambar...
Fasa perkenalan kita sudah terbatas.
Ruang dan waktu jadi alasan.
Kita adalah orang asing.....

Sua muka tetapi hati sudah tidak bertemu
Sedih bukan?
Ada baiknya kita tak pernah kekal dan akrab
Ada baiknya kita sekadar kenal atas angin...
Kau tidak serik dan aku tidak sakit...
Sebab kita adalah orang asing...

Seperti biasa, seorang aku ini memang tidak pandai bermasharakat...sebab itu dia selalu warning;

"Don't get too close...it's dark inside..."
if it's have a light...maybe it's not for you...

#salamramadan dan #doakanyangterbaik

asing, alone
miss, something, lost, someone

Usai balik dari kerja, aku masuk ke rumah. Aku tengok semua orang tengah buat assignment. Aku rasa cemburu. Aku rasa dah lama tak lepak dan borak dengan kawan satu rumah.Cuma buat masa sekarang aku hanya dapat terjemah satu je rasa kedalam perkataan. 

Aku penat! 

Betul ke aku penat? 
Penat buat apa?

Penat sebab asyik pendam rindu?
Hahahahah aku nak rindu orang?

Oh, come on....aku pun manusia apa..
Salahkah aku untuk merindu orang?
Keluarga? 
Tanah air?

Semalam, satu hari itu bagi aku tidak cukup untuk cerita semua. Ah! masing-masing dah besar. Cerita pun, aku lah manusia paling terakhir sekali dapat khabarnya. 

Bukan tak rindu...
Bukan aku tak rindu saat kita ketawa riang macam dulu...
Bukan aku tak rindu nak buat jenaka sebagai penghibur hari-hari akan datang...
Tapi, aku sendiri dah hilang identiti aku...
Aku dah keliru....
Aku....

Aku takde niat pun nak marah atau melatah saat kau jerkah...
Aku cuba untuk jadi manusia yang terbaik, tapi apa yang selalu aku dapat....aku pentingkan diri.

Aku dah kecewakan diri aku sendiri.
Aku memang manusia yang tak sedar untung ke ek?
Ah! 

Aku penat dengan emosi gila begini...
Aku patut dicampak ke hutan arizona sana kot. hahahahahah

Okaylah, 
Aku dah merapu banyak sejak dua menjak. Itu semua gara-gara fius otak aku terbakar. 
Itulah, bulan ramadhan orang sibuk kejar pahala, aku pergi kejar dunia...
Padan muka!

Kawan,
Bila kau lihat aku bisu begini...
Kalau kau betul kenal aku, kau tak akan jauhi aku...
Kalau kau betullah faham, kau tak akan jauhi aku...
Tapi sayang...rasa itu hanya aku saja yang rasa...
Rupanya,...selama ini aku sendirian...

Manusia mana mahu tegur aku kalau rupa sudah macam singa?

Kawan, saat aku seperti singa itu sebenarnya jiwa aku sudah luluh dalamnya...
Ah, sudahlah mengharap pada manusia.
Berhentilah...

Tuhankan ada?
Tepuk dada dan usap perlahan sambil bisik pada diri, 'AKU ADA ALLAH'

Tidak sakit lagi bukan?
Senyumlah...😊

Aku lihat mereka semua bertiduran menyiapkan tugasan.

Kata nak jadi ejen hartanah yang hebat, takkan baru masuk isu conventional method vs Discounted method dah menyerah kot?
Bangkitlah!!!

Sungguh aku rindu saat kita belajar dan saling mengajar sesama sendiri.
Aku rindu kalian.
Aku rindu...

Kawan,
kalau jalan aku dan kau sudah tak sama kelak, mahukah kau singgah di RnR untuk bertukar khabar denganku?

Seorang aku ini sungguh tidak pandai dalam bermasharakat. Sebab itu dia rasa dia mampu saat sendirian. Walhal, matinya kelak bukan dapat terus ke kuburan tanpa bantuan rakan.

Doakan dia. Doakan jua aku itu. Agar diberi rasa rindu untuk bersua dan berkawan lillahi Taala...
#doakanyangterbaik
Ramadhan, puasa,

Ramadhan tahun ni adalah paling......nak kata hambar tu, takdelah hambar sangat. Alhamdulillah makan semua cukup. Nak kata meriah tu, tak jugak. Dia macam ada something missing. Something yang aku sendiri tak tahu macam mana nak terangkan. Something yang....

Mungkin sebab tahun ni puasa aku betul-betul sambut di bandar? Hah! bandarlah sangat! Walhal kat Miri tu pun, bandar jugak. Kalau nak compare dengan sini, Miri tu lagi ramai non-Muslim. Miri tu lagi...

Mungkin sebab keadaan aku meraikan puasa. Aku yang jarang berbuka dirumah. Hanya seminggu sekali dapat berbuka dengan nasi dengan rasa amannya dan feeling like home...walaupun nasi tu pun aku tetap beli dekat bazaar. Tapi, okaylah daripada enam lagi hari yang lain. 

Kenapa tak berbuka nasi je hari-hari?
Ikut selera melayu kampung macam aku yang gilakan sambal udang petai ni, memang hari-hari aku akan ngadap nasi. Ngadap ayam percik, nasi kerabu, nasi dagang, ayam masak merah, ikan bakar, etc. etc. Tapi, hanya satu hari je aku dapat buat macam tu. Hari rabu. Sebab hari rabu je aku off kerja. Yang lain, semua aku terpaksa berbuka ditempat kerja. 

Kadang, orang tak faham nikmat 15 minit untuk aku berbuka tu. Peduli pulak mereka aku nak makan? Janji diorang dah habis makan. Tu yang time orang nak berbuka, time tu jugak nak beli barang. Barang yang aku jual ni bukanlah keperluan wajib dalam hidup pun. Tapi...tu lah...orang tak faham.

Bayangkan aku baru nak mula makan nasi lepas minum air, tetiba diorang datang. Tengah nak 'aaa' bukak mulut ni, nampak diorang belek barang, automatiklah suapan aku terhentikan? Kadang tu, aku buat tak endah jerlah...sekali...dijelingnya kita macam tak hormat pembeli! What?? It's only two minute after azan kot?? Takkan nak assume aku terus habis makan? 

Even bukan makan nasi pun, selera boleh merudum melihat manusia sebegitu. Sedih kot! Especially kalau manusia itu dari agama yang sama. Man! dekat Miri tu, lambakan non-Muslim elok je kalau waktu maghrib diorang bagi ruang untuk berbuka puasa. This is what we called:- Respect. Hormat. 

Jika hanya kau saja mahu dihormati tetapi tidak pandai menghormati, kau boleh pergi mati kot! hahahahhahahah (Bapak kejam! tak pepasal aku pulak jadi setan bulan puasa macam ni...sedih!)

Takdelah, puasa tu memanglah takde penat mana pun. Setakat 14-15 jam tak makan/minum tu, memanglah tak mati...tapi, nikmat berbuka tu Ya Allah, tolonglah fahami...

So, how's the Ramadhan?
So sad ha? 

Lagu Raya sudah meriah dimainkan...kuih, baju, langsir, karpet raya? Usahlah diperkatakan...apa yang dikejar dengan keperluan raya jika ramadhan masih huru hara?

Alah, kau bujang tak balik raya memanglah tak kecoh tak kalut fikir semua tu...cuba kau ada family bagai nanti? kau pun sama jugak dengan manusia yang kau kata..

Iya, iya..iya..bukan sebab aku tak puasa dengan keluarga, aku tak balik raya, aku nak marah semua orang yang sibuk beli persiapan untuk raya, bukan! Aku cuma mahu sampaikan, walau sesibuk mana pun kau membuat persiapan raya, janganlah sampai terlepas untuk mengejar pahala Ramadhan. 

So, kau tu dah bagus sangat ke?
.....

Apa ertinya raya kalau ramadhan yang sedia ada ini tidak aku layan dengan penuh istimewa?
Apa erti raya jika pantang larang puasa pun aku buat sambil lewa?
Apa erti raya jika baru sehari puasa dah fikir baju raya warna apa?
Nothing...

Ramadhan, puasa


Didunia tidak ada hari raya
Disini tidak ada hari ria
Juga tidak ada hari gembira
Tidak ada hari merdeka...

Aku ingat, bulan puasa...mall akan sunyi.
Aku ingat, bulan puasa...nasyid tentang sedih puasa dipasang.
Aku ingat, puasa itu sebulan rasanya...

Tapi, itu semua hanya aku saja yang ingat. 

Aku pun tak boleh nak banyak bunyi, tak boleh nak bising...sebab aku jua manusia yang akan ulang kesilapan yang diperkata. Jadi, aku nasihatkan diri ini agar terus bersabar. 

Biarlah...puasa kita lain-lain presepsinya..
Bagaimana kita mahu terjemahkan dalam perbuatan itu juga tidak sama...
Terpulanglah..

Semoga Ramdhan kita pada tahun ini lebih baik dari Ramadhan tahun lepas. Dan semoga kita berpeluang bertemu Ramadhan akan datang. ~Amin~

Salam Ramadhan!
Maaf Zahir Batin. 
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WORDLESS WEDNESDAY 10/26 :.
    6 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Misi tebas rumput di laluan berbata
    11 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    2 hari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026