Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Ramadhan, puasa,

Ramadhan tahun ni adalah paling......nak kata hambar tu, takdelah hambar sangat. Alhamdulillah makan semua cukup. Nak kata meriah tu, tak jugak. Dia macam ada something missing. Something yang aku sendiri tak tahu macam mana nak terangkan. Something yang....

Mungkin sebab tahun ni puasa aku betul-betul sambut di bandar? Hah! bandarlah sangat! Walhal kat Miri tu pun, bandar jugak. Kalau nak compare dengan sini, Miri tu lagi ramai non-Muslim. Miri tu lagi...

Mungkin sebab keadaan aku meraikan puasa. Aku yang jarang berbuka dirumah. Hanya seminggu sekali dapat berbuka dengan nasi dengan rasa amannya dan feeling like home...walaupun nasi tu pun aku tetap beli dekat bazaar. Tapi, okaylah daripada enam lagi hari yang lain. 

Kenapa tak berbuka nasi je hari-hari?
Ikut selera melayu kampung macam aku yang gilakan sambal udang petai ni, memang hari-hari aku akan ngadap nasi. Ngadap ayam percik, nasi kerabu, nasi dagang, ayam masak merah, ikan bakar, etc. etc. Tapi, hanya satu hari je aku dapat buat macam tu. Hari rabu. Sebab hari rabu je aku off kerja. Yang lain, semua aku terpaksa berbuka ditempat kerja. 

Kadang, orang tak faham nikmat 15 minit untuk aku berbuka tu. Peduli pulak mereka aku nak makan? Janji diorang dah habis makan. Tu yang time orang nak berbuka, time tu jugak nak beli barang. Barang yang aku jual ni bukanlah keperluan wajib dalam hidup pun. Tapi...tu lah...orang tak faham.

Bayangkan aku baru nak mula makan nasi lepas minum air, tetiba diorang datang. Tengah nak 'aaa' bukak mulut ni, nampak diorang belek barang, automatiklah suapan aku terhentikan? Kadang tu, aku buat tak endah jerlah...sekali...dijelingnya kita macam tak hormat pembeli! What?? It's only two minute after azan kot?? Takkan nak assume aku terus habis makan? 

Even bukan makan nasi pun, selera boleh merudum melihat manusia sebegitu. Sedih kot! Especially kalau manusia itu dari agama yang sama. Man! dekat Miri tu, lambakan non-Muslim elok je kalau waktu maghrib diorang bagi ruang untuk berbuka puasa. This is what we called:- Respect. Hormat. 

Jika hanya kau saja mahu dihormati tetapi tidak pandai menghormati, kau boleh pergi mati kot! hahahahhahahah (Bapak kejam! tak pepasal aku pulak jadi setan bulan puasa macam ni...sedih!)

Takdelah, puasa tu memanglah takde penat mana pun. Setakat 14-15 jam tak makan/minum tu, memanglah tak mati...tapi, nikmat berbuka tu Ya Allah, tolonglah fahami...

So, how's the Ramadhan?
So sad ha? 

Lagu Raya sudah meriah dimainkan...kuih, baju, langsir, karpet raya? Usahlah diperkatakan...apa yang dikejar dengan keperluan raya jika ramadhan masih huru hara?

Alah, kau bujang tak balik raya memanglah tak kecoh tak kalut fikir semua tu...cuba kau ada family bagai nanti? kau pun sama jugak dengan manusia yang kau kata..

Iya, iya..iya..bukan sebab aku tak puasa dengan keluarga, aku tak balik raya, aku nak marah semua orang yang sibuk beli persiapan untuk raya, bukan! Aku cuma mahu sampaikan, walau sesibuk mana pun kau membuat persiapan raya, janganlah sampai terlepas untuk mengejar pahala Ramadhan. 

So, kau tu dah bagus sangat ke?
.....

Apa ertinya raya kalau ramadhan yang sedia ada ini tidak aku layan dengan penuh istimewa?
Apa erti raya jika pantang larang puasa pun aku buat sambil lewa?
Apa erti raya jika baru sehari puasa dah fikir baju raya warna apa?
Nothing...

Ramadhan, puasa


Didunia tidak ada hari raya
Disini tidak ada hari ria
Juga tidak ada hari gembira
Tidak ada hari merdeka...

Aku ingat, bulan puasa...mall akan sunyi.
Aku ingat, bulan puasa...nasyid tentang sedih puasa dipasang.
Aku ingat, puasa itu sebulan rasanya...

Tapi, itu semua hanya aku saja yang ingat. 

Aku pun tak boleh nak banyak bunyi, tak boleh nak bising...sebab aku jua manusia yang akan ulang kesilapan yang diperkata. Jadi, aku nasihatkan diri ini agar terus bersabar. 

Biarlah...puasa kita lain-lain presepsinya..
Bagaimana kita mahu terjemahkan dalam perbuatan itu juga tidak sama...
Terpulanglah..

Semoga Ramdhan kita pada tahun ini lebih baik dari Ramadhan tahun lepas. Dan semoga kita berpeluang bertemu Ramadhan akan datang. ~Amin~

Salam Ramadhan!
Maaf Zahir Batin. 
Tarbiahkanlah hati ini bila ia mula menyimpang.
Takut tidak berjumpa jalan ia hanyut ke sungai..

Didiklah jiwa ini agar sentiasa miliki rasa berTuhan
Supaya tidak jadikan manusia sebagai sandaran

Silapnya meletakkan jiwa menagih manusia untuk perhatian
Silapnya percaya pada manusia untuk pulihkan kesedihan
Silapnya dibiarkan ia berulang
Silapnya ia tak mampu dihalang
....

Sampai bila kawan?
Sampai bila harus memendam
Sampai bila mahu hebahkan tawa
Jika sendumu sendiri dalam kelam?

...
Sampai bila tanyamu?
Sampai bila tanyaku...
Sampai tanah terakhir menutupi kubur...

Tapi, aku tak mampu lihat kau begini
Lihat sendumu tak berbunyi
Hidupmu seperti mati
Seakan aku ini tiada fungsi

Tidak aku jadikan kamu sebagai pelepas rasa
Aku diam kerna sedang mendidik jiwa
Aku diam sebab aku masih punya telinga
Yang tidak akan hebah apa yang Dia dengar

...Kawan, cerita, rant
Aku terpanggil untuk membuat entri ini setelah dua bulan berkecimpung dalam dunia 'part-timer' disebuah kedai aksesori gadget. (Baru dua bulan, dah kecoh....hahahahahahah) Well, ini bukan kecoh, cuma nak khabarkan sahaja. 

Sepanjang dua bulan tu, terlalu banyak karenah, ragam dan watak manusia yang boleh kita aku jadikan...pengajaran? Yup, pengajaran mungkin... Kali ini aku terpaksa bebel jugak. Sebabnya, aku nak kalian kenal pasti, yang mana satu kategori kalian saat berurusan dengan tukang jual gadget phone.

Rant, sofie

Golongan 1- Tengok dari jauh. Tak pegang langsung!
Aku suka pelanggan macam ni. Usha lima kaki jaraknya. Tenung macam ingin tahu gamaknya. Dari kiri ke kanan kemudian melangkah perlahan kehadapan. Tengok sambil tangan bersilang didepan atau belakang. Muka tanpa reaksi. Ada jugak sesetengah yang bereaksi seakan tidak berpuas hati dengan harga. 

Bila orang macam ni dah usha lama-lama, maka aku pun bangun untuk serve. Aku pun awal tadi usha jugak dia, cuma tak berganjak dari kerusilah. (Gua nak khatam sehari satu buku ni...) 

Aku: Yes sir?

Belum sempat aku berdiri, mencicit lari. Cyeh! Kalau cakap 'saya tengok jer' automatik aku akan benarkan korang merenung selama mana korang mahu...

Golongan 2- Sebatu lagi dah tanya...
'Adik/kak, casing (jenama phone) ada tak?'

Orang macam ni bagus. Aku akan terus direct pada casing yang mereka pinta. Mana yang ada aku tunjukkan, mana yang tiada aku akan jawab; 'Sorrylah kami tak ada stock dari sekian sekian...'. Kena faham, saiz kedai 3'x3' mana dapat sumbat semua jenama. Mesti ikut demand and marketlah...

Dari golongan ini akan melahirkan golongan kecil yang bertanya tapi....:

2(a) Kosong! 
Literally-nya hanya menengok saja tanpa belek. Tangan sekadar kuis-kuis sambil mulut cakap, "Ini je ke ada?" Aku pun senyum dan angguk. Bila dorang nampak bahagian depan macam bukan jenis dorang suka, terus assume semua sama tak lawa....Maka, mereka pun bla...

Orite, thanks...(mana yang thanks tu, welcome-lah, mana yang tak thanks tu, THANK YOU!)

2(b) Pilihan hati takde...
Dia dah belek. Habis tilik, dikuis bagai mahu tercabut, siap mintak tolong bukakan kunci dan 'try boleh?'

Boleh saja nak try...

Maka, dia pun try casing tersebut pada phonenya. Demo sikit ala-ala selfie. Then, hurm...'Yang macam ni takde ke kak?' sambil tunjuk pada casing dari jenama yang lain. Dia pun, 'takpelah kak, terima kasih...'

Aku pun kemaslah macam biasa. Tiada paksaan dalam pilihan.

2(c) 'Ada diskaun?'
Dia hampir sama macam golongan 2(b), tapi part nak bayar tu dia agak berat sikit. Lawa dah lawa, tapi mahal? Hurm....untuk phone 3k, 4k, casing RM29++ minta tawar? Are you kidding me? Okay, mungkin ada yang bawah dari harga tu, aku tak kisah pun diorang tanya diskaun. Orang tanya, kita kasi. Orang tak tanya, sale berisi. Tak gitu? 

So, nasihat aku, cubalah tanya dulu pasal diskaun dan janganlah tunjuk muka macam memang nak beli. Kena pandailah kan...jangan tawar sampai diberi lengan minta peha pulak...fikirkan kalau korang meniaga, suka tak dengan makhluk yang kerja minta tawar ni? Harga mau tawar, air mau manis, apa kes?

Okaylah, kita pun bertoleransi mengikut polisi. Ada yang okay, terus angkat. Yang tak okay, terus berhajat untuk ke kedai ustad. No biggie!

Golongan 3- Ustad fan
Aku tak marah pun kalau korang minat beli aksesori gadget dekat kedai ustad. Aku pun kalau dah pi situ, aku akan suka jugak. (Cuma aku tak pernah pergi lagi setakat ni). Tapi ura mengatakan kedai ustad itu memang bagus, murah walhal kualiti dan mutu sama. Okaylah, tak kisah pun. Rezeki Ustad. 

Cuma Fan dia, suka sangat membuat perbandingan. 'Ini kalau dekat kedai ustad, seringgit pun boleh dapat', 'Uish, mahalnya...kat kedai ustad baru_____'. etc. etc. etc. 

Dah naik muak dah. Tapi etika kata, walau orang campak tahi, kita kena bagi gula. Mungkin mereka kurang arif selok belok ekonomi...faktor lokasi, faktor sewa, faktor kemudah-dapatan, faktor belian pukal, faktor persaingan.....

Golongan 4- Tengok jer..
Ini sama dengan golongan 1 tadi. Cuma bagusnya diorang, diorang cakap yang mahu 'tengok saja'. Okaylah, kita pun biarkan, sambung balik baca buku. Takdenya aku nak marah. Well, kalau aku jadi customer bila aku cakap 'tengok jer' tu, means 'aku nak tengok tanpa kau tengok aku, boleh tak? Back off...'

Golongan 5- Habis madu sepah dibuang...
Mula tadi dia antara manusia dari golongan 2, tapi yang jadikan dia termasuk golongan 5 adalah bila dia dok tengok, dok try sampai dua tiga tapi satu haram tak beli? Seriously man? 

Habis sepah satu, then boleh pulak cakap 'mahal'? Logik akal cuba cakap barang dekat shopping mall mana yang korang boleh beli dengan RM100 ada sepuluh barang? Kalau ada aku nak pi. (Shopping mall, bukan shop lot atau pasar atau gerai.)

mall, shopping, centre

Golongan 6- Request pelik-pelik
"Saya nak casing yang tak keras sangat, tak lembut sangat.."

'Adakah ia nasi?' lintas fikiranku. 

Ada masa tu, aku akan mencari dan tunjukkan 'nasi' yang dimaksudkan. Kalau kedengaran yang agak pelik dari 'nasi' tu, kita tak boleh nak buat apa. Ni memang kena pergi makan dulu...maklumlah bertanya time puasa, dapat pulak peniaga yang asyik fikir nasi...memang itu ajelah dia bayang. 😅

Golongan 7- Memang perlu
Dia tanya, dia try satu dua, berkenan dia terus beli. Senang! Tanya diskaun, kita kasi, dia diam kita pun diam. Beres! 

Golongan yang paling aku suka, urusan pun tak panjang...cerita pun mudah. Kita pun seronok dan doakan dia sentiasa murah rezeki.

##

Itulah definisi 'tengok jer' yang aku telah hurai beserta contoh. Kalau minta rajah, aku takleh kasilah. Sebab ini esei ma! hahahahha

Okaylah, dah macam buat tujuh golongan pemuda yang diyakini masuk syurga dah rasa. Walhal, 7 golongan pembeli aksesori phone. 
.
.

Selepas diteliti, pembelian casing ni hampir sama macam pemilihan jodoh. Satu metafora yang agak jauh untuk disamakan bukan? Tapi ada benarnya. Cuba tengok;

Golongan 1- Dia suka orang. Dia tengok dari jauh. Bila orang tanya, peluang dah ada, tapi dia lari...so, melepas jodoh bukan?

Golongan 2- Dia suka, dia tanya tuan badan. Available ke tidak. Ada 'can', masuk line, kalau takde dia berundur.

2(a)- Tanya tanya cuma nak tengok. Tak nak kenal pun. Nampak tak lawa, kita reject. Siapa kata lawa itu letak pada sarungnya?

2(b)- Tanya, berkenan tapi....kurang pakej. Sebab dia tak sama macam...

2(c)- Berkenan, jatuh hati...tapi hantaran mahal. Takpe kita boleh runding. Kalau betul ingin, kita kasi. Kalau tanya tak berisi, kita pun tak ingin...

Golongan 3- Orang dah kahwin cakap, hantaran melampau. Bila orang kasi murah, tanya pulak 'ori' ke tak...pastu buat majlis mahal, complain. 

Golongan 4- Saya suka awak tapi saya tak nak kahwin dengan awak. Boleh?

Golongan 5- Try je, nak kasi komitmen tu...macam tak lah kot...mahal sangat!

Golongan 6- Terlalu banyak sangat ciri-ciri, sampai manusia macam tu sebenarnya tak wujud! 

Golongan 7- Saya nampak awak, saya suka dan saya nak hidup dengan awak! senang! tak kisah berapa mahalnya. Janji awak, saya punya...😉

Hahahahahhaha..
##

Okay, cukuplah setakat ni metafora melampau aku. Mahu kena ketuk dek orang. So, apa pandangan korang? 

Adakah benar cara pembelian seseorang itu terhadap sesuatu barang melambangkan cara hidup dia dalam mengendalikan perhubungan? 

Agak-agak korang akan masukkan diri korang dalam golongan nombor berapa? Haaa....

##

Kadang kita tak tahu pun tindakan kita boleh memberi gambaran kepada sisi kita yang lain bukan? Itulah uniknya manusia. 😊 

Don't take it too hard...just enjoy reading! 😉
#salamramadhan 
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WORDLESS WEDNESDAY 10/26 :.
    5 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Misi tebas rumput di laluan berbata
    10 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    2 hari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026