Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Orang kata, kalau kita ada idea, kita tak boleh perapkan dia dalam memori dengan niat akan luahkan idea itu dilain waktu.

Tapi, bila kita kerap memulaukan idea yang datang, akhirnya idea atau segala inspirasi untuk kita berilham pun akan merajuk. Rajuknya yang sukar dipujuk hinggakan kita atau spesifiknya aku terpaksa mencari kick-starter dia yang aku sendiri pun tak tahu kat mana. Gilakan rasa bila situasi macam ni melanda!

Tak pernah dalam hidup aku berhenti menaip or menulis dalam satu tempoh yang lama hingga aku lupa nak mulakan ayat. Hatta bercakap sekali pun aku tak tahu nak mula dari mana...macam sekarang...jadinya aku dapat rasakan yang post ini agak hambar...huhuhu 

Bagi aku February bulan yang sangat singkat untuk tidak melakukan apa-apa perkara yang aku tak dapat buat bila kuliah bermula. Misalnya layan movies, series dan juga jalan-jalan.

view, picture, sofieadie

Jalan-jalan ke aku? Adalah sikit.
Syukurlah kakak kahwin dengan orang jauh. Sambil menyelam minum air lah kita. So, aku sarankan adik beradik aku, kalau nak settle down ke apa nanti, pergilah dok tempat jejauh sikit. Biar senang nak berjalan. Alasan nak ziarah, tapi alang-alang tu bolehlah cuci mata kan? Duduk dekat-dekat memang syok, tapi tu lah...kerap sangat jumpa pun takde cerita gak...

Marathon Movies? 🎥
Aku suka layan movies online. Tapi bila ada orang tawarkan untuk tengok diwayang, aku takkan tolak der...confirm aku terima.

----selepas enam jam penghasilan entri untuk review movie----

Penat otak aku me-revise balik semua movie yang aku tengok hari tu. Aku dah sum up siap-siap untuk post seterusnya. Ingatkan nak gabung je kat sini, tapi panjangnya ya ampunnnn tobat tak mau baca!

Sib baik movie je, angau tv series pun syukur dah surut...kemaruk Oliver Queen lawan dengan Promethous tu memang menyakitkan hati betullah! Tak masuk lagi si Flash nak lawan takdir. Takdir ke? Hurm...takdirlah kot...Yang Legends of Tomorrow tak sudah nak kejar dak Legion of doom. adoyai!! Gotham pulak aku pause dulu, tunggu sampai dia habis season nanti baru nak layan. (rasanya semua series ni aku pause, sebabnya bila tengok sikit-sikit..feel tak sampai..) Bikin panas doh kalau layan tak habis...

Buku? 📕📖📕
Semalam aku baca Kembara Afghanistan dan juga buku pasal bridged al-qassam. Lepas aku baca dua buku ni aku rasa confused...kau! nak confused pasal apa pulak?

Yelah, kan aku ni kind of manusia yang banyak disajikan dengan cerita perang. Perang Vietnam, perang Jepun, perang Africa, perang Afghanistan, Perang German, Rusia...bukan aku takde tengok cerita perang dari sudut pihak yang US lawan. Ada...cuma tak banyaklah. Pastu, lepas aku baca buku tu..aku taktau nak sedih ke suka ke apa. Aku macam neutral je lah. Sedikit dicuci mindanya...

Nak nak pulak lepas aku baca buku tu, aku pi tengok movie Man Down. Trauma perang yang dialami oleh tentera Amerika. Sampai gila jugaklah jadinya. So, aku kesian bila tentera tu jadi macam tu, tapi dalam masa yang sama aku macam tak faham kenapa diorang perlu hadapi situasi tu padahal diorang hanya bertugas? Dan orang yang menembak kawan tentera tu tadi juga menjalankan tanggungjawab dia untuk mempertahankan diri. So, takde yang salah dalam situasi ni. -spoiler alert-


lawak ke, hambar je, boleh lah
Sumber

Apa yang dicari dalam perang sebenarnya? 
Damai, aman, kata sepakat? Tapi kalau buat perjanjian pun kadang berat sebelah dan kadang setengah pihak buat tak endah. Bila akan berakhir kalau macam ni? Histroy keep repeating itself. Dan aku takkan pernah jemu untuk tengok cerita perang walau aku tahu benda tu...

Kadang aku tak boleh nak persoalkan orang yang sign up jadi tentera ni. Sebabnya, once diorang jadi tentera, mereka sudah ada jalan untuk melakukan pengorbanan terhadap negara walau terpaksa gadaikan nyawa dan hanya sekelumit je yang ingat pada mereka.

Kagum dengan semangat yang diorang miliki. Aku? Hanya memerhati mereka setelah mereka dimoviekan...kelakar kan? hahahaha

Okaylah, tak mbohlah ulas panjang. Aku bengang dengan status whatapps pun tak habis lagi. Apa ke pihak whatapps tak tahu yang status bertulis tu memberi makna dalam hidup seseorang? Sibuk nak stroy mory...semua benda nak distorykan..kenapa tak buat auto screen shot jer? di era yang semua orang nak ss semua conversation ni kalau ada fungsi tu takdelah teruk kena maki macam pertukaran terhadap fungsi status ni...

Dan kehambaran hati aku terhadap whatapps semakin meningkat sejak peristiwa itu. Dan post ni aku telah taip selama seharian suntuk hanya kerana mencari kick-starter untuk mulakan entri...yang berakhir dengan kebencian terhadap whatapps. Is it?

Oh, lagi satu...tetiba gigi bongsu baru nak tumbuh yang menyebabkan selera makan aku merudum. 😷

Yeah aku lesap macam chips more, no more oreo...chiao lu...tetiba terasa banyak benda pulak nak tulis..chiss...
Suatu perkara yang majoriti blogger akan menitik beratkan adalah SEO blognya dan juga berat blog. Bila dua benda ni tidak menepati ciri-ciri yang sepatutnya, automatik rasa macam serba tak kenalah hidup. Sikitlah rasa serabut...tapi takdelah sampai rasa nak makan pun tak selera an??

Kalau korang pernah menghadapi situasi macam aku sekarang ni, dan masih tercari-cari editor plus designer blog yang sesuai, aku sangatlah berbesar hati memperkenalkan korang dengan MellyaCrayola.

banner, blog, header
Tengok blog Mellya pun dah cukup membuktikan hasil kerja beliau. Sejak kebelakangan ni, ramai blogger bercerita tentang blog Mellya. Memang tak silap bahkan lagi sahih, kerja beliau sangat bagus!

Al-kisahnya...
Hari tu, time aku belek-belek jenjalan sekitar dunia blog, aku ternampaklah satu post pasal blog Ana Suhana yang baru bertukar wajah... Kerjanya kemas cantik! Memang sedap mata nak melepak situ lelama. 

Bila dia ada mention pasal blog dia ditouch up oleh Mellya, siap dengan dapat SEO 100% tu, aku terus macam... 
"Bestnya dah capai seo 100%! Aku ni jangankan 100, 80 pun susah nak dapat!"

Then, aku pun apa lagi terus contact Mellya. Tak sampai pun sejam, dia dah balas. Dan...tadaaaa! Hasil dari kerja tangan Mellya..akhirnya blog aku dapat mencapai matlamat SEO 100%!!! Yuhuuu!!!

seo, 100%, blog

Memang terbaiklah!

Jadinya, kalau korang perlukan khidmat editing blog ke, buat banner yang lawa dan awesome, memang aku 100% recommend kerja beliau adalah yang terbaik dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Okaylah, aku pun nak fly ke Johor dah ni...ada masa punya waktu, kita bertemu dilain hari. 

P/s: untuk yang bertanya aku cari calon mana nanti...maybe aku akan jawab belah utara. Hahahaha...demand lagi, orang Langkawi...itupun kalau ada and berjumpalah...

Chiao lu, papehal jangan lupa roger...jangan lupa pergi ke blog Mellya untuk dapatkan blog yang lebih awesome!!! 

Da!
Bila kau ada ramai adik beradik perempuan dan kakak kau kahwin, secara automatik yang lain kena pakai tudung. Sehinggalah kakak kau yang kahwin tadi balik ke tempat baru dia, barulah kau boleh hidup seperti biasa.

Itu situasi aku. Aku rasa ramai yang faham kot situasi ni. Tapi itu bukanlah suatu masalah besar bila kakak kau kahwin...masalahnya bila kau LUPA yang kau dah ada orang baru dalam rumah!

pelamin, kahwin

Oh, sebelum tu aku naklah ucap tahniah dan selamat pengantin baru buat kakak aku yang nombor dua. Alhamdulillah dengan sekali lafaz pada 11 Februari lepas, dia selamat menjadi isteri orang Johor. So, kalau aku nak cari calon lepas ni, tak boleh dahlah ambik orang Johor. Kenalah cari orang dari pelusuk dunia yang lain...

Ramai yang dah tahu, tapi masih ada yang belum tahu...yang kakak guenya itu juga miliki blog dong! Carilah lo yang mana blognya...

Situasi masa hari kejadian?
Senggaut kau! Aku tak sempat tengok sesi lafaz salam semua tu, yang aku sempat, sedar-sedar dorang dah siap sarung cincin. Terlepas moment paling berharga...

Apa yang buat aku lambat tu, aku pun tak tahulah...adik aku dok sibuk pakai shawl dia punya pasal. Dok belit sana, belit sini...alih-alih terbelit sebab lambat...chis!!

Kenduri dimana?
Kitaorang buat kat rumah, rewang gitu. Yang sewa hanya pelamin, kanopi, dan baju kahwin..cuma masa hari kejadian ramai yang tak puas hati dengan fotografer dia. Agaklah...sampai orang biasa boleh tegur assistant dia pegang kamera pun salah itu dah kira tahap parahlah kan? Ini majlis penting untuk orang kot! Bukan hari sukan sekolah yang kau boleh snap setiap 30 minit. Majlis kahwin nikah ni setiap saat tu berharga!!!

Walau fotografer cenggitu, alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. FYI, ini adalah majlis pertama dan pencetus dalam keluarga aku. So, masih banyak benda yang terlepas. Maklumlah nervous kata orang. Ada enam lagi majlis kahwin yang akan menyusul...insyaAllah kesilapan lalu tak berulang..

Tema?
Hari tu belah perempuan peach, belah lelaki purple...maka temanya yang sebenar adalah peach purple. Dengan hantaran 5 balas 7.

(Aku tukang cerita bagi pihak kakak aku. Aku tahu dia masih takde masa nak update kat blog dia. Plus sekarang dia mana senang nak dapat line..hahahahah Bulan dua ni, dia dan pasangan busy. Sumpah aku sendiri pun kesian tengok. Nak buat macam mana, setiap susah pasti ada senangnya kan? hehehehe)

Miri dan Johor.
Dari ceritanya kakak gue, depa ni bertemu dalam MySpace. Baju team rewang dorang pun ada logo ni. Mok madahlah tek...

Keluarga dari Johor aku tak tahu berapa orang yang datang. Tapi senang kira satu van, dua kereta. Tu je yang aku nampak. Aku pun sempat kenal dengan dorang masa raya haji hari tu. Tanya beradik aku yang tak pernah jumpa family belah laki, memang nganga ajelah dorangnya...

Menu?
Menu kahwin: daging hitam, ayam masak merah, tempoyak, buah pear asamboi, sayur masak lemak, air oren, air tebu.

Doorgift?
Air kotak, keropok dua, pastu gula-gula...

Esok, family aku pulak fly ke Johor. 18 februari ni kenduri belah laki pulak. Fuh! habis team rewang belah perempuan penat lelah, sekarang team rewang belah laki pulak.

Rumah pun dah start sunyi. Kononnya tahun ni semua tak balik raya, so majlis kahwin dan makan doa selamat hari tu kira pre-openhouse untuk raya tahun ni. Aku pun malas nak balik raya...makin besar ni makin tak de rasa nak raya.

cousin, little

Itulah liputan sempena hari kakak aku kahwin...
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WORDLESS WEDNESDAY 10/26 :.
    6 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Misi tebas rumput di laluan berbata
    11 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    2 hari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026