Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
*Perihelion adalah nama batch kitaorang sebagai student Geomass 1316. 
Dalam istilah Astronomi, Perihelion adalah "the point in the orbit of a planet, asteroid or comet at which is closest to the sun."

Aku bukan nak hurai pasal Perihelion dari sudut astronomi, maka kalau terasa berminat untuk tahu lebih lanjut boleh layari laman sesawang atau buku rujukan yang berkaitan dengannya...okey?

So, dua hari lepas..seperti yang korang semua maklum dan alami..ia adalah hari yang paling (acane aku nak describe ek?) paling mendebarkan lah jugak. Sangat!!! Sampai aku rasa macam tidur pun tak lena dowh. Bila nak tido pun tak dapat, aku cubalah hiburkan diri ni supaya fikiran tu tak fokus pada 'kebarangkalian itu'....

1500 090816.
Konon buat hati kental. Tak nak semak...takut! Tapi cuba jugak semak. and...

"What? Tak dapat??!"

Mak aih! sodih eden ginie! kena buat rayuan lah gamaknya...

Dalam sedih begitu, baru aku perasan...nombor ic yang aku masukkan SALAH! hahahahahahha...Bismillahirrahmanirrahim.....puh!

"Alhamdulillah!!!"

Dan bermula detik itulah handset aku yang selama ni tak pernah riuh, boleh riuh seharian suntuk! Hebat! 

Tahniah semua!!! 


Tapi....tapi aku tak pi dah Araustralia....T^T...(bajet sedih konon! padahal dalam hati teruja nak melampau!)...taklah! aku serius sedih ni...mana lagi nak cari makanan murah dan kos sara hidup rendah macam kat Arau tu? Dan untuk seketika (sekejap dua macam tu jerlah..) aku teringat yang lepas ni, aku dah tak perlu susah payah angkat tripod bagai. Kena turun site, bergelap semua pun dah tak payah...dan aku...akan berpisah dengan the best group LP ever! okay...sedih sikit...sikit je...

Lima orang: dua masih setia bersama. Aku dah curang dulu. Sorang lagi QS. Dan seorang lagi bawak diri...ke mana? aku pun tak tahu....(lara benar nampaknya...)

Dan...this is the goodbye for Perihelion! Thanks for everything! Tiga tahun bhai...lama tu! (ala...tiga tahun je pun...sentimental betullah aku nih....T_T)

Disebabkan penangan AnoHana yang masih menampar diri ni, time aku dok layan semua karenah kat phone, aku dok repeat lagu ni sampai tak tau dah kali ke berapa. Dan mungkin ni lagu yang sesuai untuk tema entri kali ni.. ^_^...terimalah lagu ini dari saya untuk anda semua yang pernah hadir sepanjang tiga tahun di Arau. 


Tipulah kalau aku kata takde 'somebody I used to know'...boleh jadi, orang itu aku. Boleh jadi jugak dia. Ah! sebolehnya aku tak mahu berperasaan begini. Untuk mereka, aku ucapkan tahniah dan terima kasih kerana pernah menerima aku suatu ketika dulu. Biarlah perkenalan kita singkat, tapi cukup bermakna...Maaf saja mana pernah cukup. Tapi, mendengar lafaz "aku terima maafmu" itu lebih bahagia dari "aku terima nikahnya..."

Sayonara Perihelion!!!
Wah!! tak sangka dowh aku kata macam tu. Macam mimpi pulak dah....semoga perjalanan baru kita semua nanti diberi ketenangan dalam diri. Amin! 

Haa...nampaknya lepas ni, aku tak boleh nak hurai panjang dah pasal Geomatik...pasai..pasai aku dah 'cerai' dengan dia. (jangan risau, entri-entri geomatik yang lama tu aku takkan buang. Korang boleh buat rujukan) tapi fakulti aku masih sama. Cuma lain dah lah...aku takleh nak riak angkat total station da, aku dah tak perlu pakai baju merah tu (mungkin...) Aku dah tak perlu jadi tukang pegang payung yang sentiasa menyayangi dan melindungi total staion lebih daripada nyawa aku sendiri...

Bos! Aku da resign jadi assistant kau. Lepas ni kau bolehlah cari asssistant baru yang lebih hebat dari aku...Korang dua hiduplah baik-baik kat Arau nanti. Kalau makan kuey teow kungfu tomyam tu, jangan lupa kitaorang....rajin-rajinlah ziarah tempat lepak kitaorang dulu. Kirim salam kat kedai Oren juga. Entah masih sama ke tidak pekerja dia..*_*

-'Once surveyor, selamanya surveyor'- itu korang...

Rezeki masing-masing. Adalah tu hikmah dia....aku dah kena buat kajian untuk kos akan datang ni. (Tolong naikkan views blogger yang berkaitan...haaaa....)

Kalau takde permintaan, memang tiadalah entri pasal geomatik lepas ni...cuma bab-bab throwback tu, aku rasa mesti ada punya nanti....insyaAllah...

Aku rasa banyak lagi entri untuk Geomatik yang aku belum kongsi. Hurm....kena buat ni sebelum daftar nanti. And aku tak perlu MDS!!! yeay!!! Bahagianya rasa!

Siapa daftar 3 - 4/9/16? 
Kita geng! Mungkin takda MDS. Sebab 5/9 tu dah start kelas. Siapa yang daftar awal pada tu, mungkin adalah kot...kot...kot...(ini perasaanku saja...)

Sayonara Perihelion!!

Okay...wa gerak lu, pape roger....and see you when I see you...


Thanks for reading and all the best semua!
Dalam penggunaan kata ganti nama diri, aku selalunya bahasakan 'orang'. Digunakan dengan campuran bahasa melayu sarawak miri dan bahasa baku. Tak semua orang aku gunakan kata ganti nama diri ni. Hanya orang tertentu. 

Dengan member, aku guna aku kau.
Kawan sekolah, saya kamu..
Orang asing, saya awak. Atau panggilan yang sopan...

Orang. 

"Bukan orang yang ambik benda tu. Tadik orang nampak ada orang 'limpas' situ yang ambik..."

"Bah...kenapa dia tak pergila?"

Orang. Dia. Orang. Dia....


Sampailah suatu hari aku ditegur oleh seorang yang sangat sensitif dengan isu penggunaan kata ganti nama diri...

Menurut beliau; "Orang yang membahasakan diri mereka 'orang' adalah orang yang merasa dirinya does not belonging to them...dia rasa diri dia adalah asing untuk diri sendiri..."

Orang tak bermaksud pun macam tu sekali. Orang cuma terbiasa.
Orang rasa, lebih selesa dari nama sendiri. 
Orang lebih suka macam tu.
Orang...orang tak pernah terfikir pun nak tukar...

Dan orang rasa bukan orang sorang je yang guna nama orang untuk gelarkan diri mereka...

Orang tak rasa pun nak tukar. 

Ini bukan isu psikologi. Ini hanya kata ganti nama diri. Why take it serious man? 

Dah r, orang chow dulu...nanti dia marah kalau orang cerita kat orang lain pasal dia...
Satu tak sama dengan Pertama.
Satu adalah satu dan pertama adalah pertama. Apa yang membezakan nombor ni?

Satu.
Satu orang yang lahir setiap hari adalah bukan orang yang pertama lahir didunia. 
Satu orang yang pergi, juga bukan orang yang pertama tinggalkan alam fana.
'Satu hari' juga bukan 'hari pertama' untuk kita jadikan ianya adalah 'satu hari'...


Pertama.
Pertama hadir sebelum satu wujud.

"Kiranya kau cuba katakan yang Pertama dulu, kemudian baru satulah?"

Habis, kalau macam tu pembelajaran nombor kita selama ni, silap bukan?

Zero. Pertama. Satu. Dua...begitu maksud kau?

Bukan. Pertama tiada dalam senarai digit number. Ia adalah nombor dalam bentuk tulisan. 

Jadinya jika satu = 1, maka pertama = ? 
1 = satu, dalam ayat. Tapi pertama = apa dalam digit?

Kalau kau cakap, pertama dulu baru satu, ada lagi satu ke belakang satu? Ah! Pening aku!

'Pertama' digunakan untuk menyedapkan bunyi kepada nombor satu...(kedengaran relevan untuk logik akal...)

Selalu orang rebut menjadi yang pertama, berada di nombor satu...kalaulah satu tu bukan letaknya dihadapan, barangkali nombor apa yang akan layak didamping oleh zero dan dua? 

Jika Zero ada kosong,
Satu ada pertama,
Maka dua......

Abaikan hujahan mengarut aku yang boleh bazirkan karan orang yang membaca...aku pun dah naik gila mencari teori jika satu tidak sama dengan pertama, kenapa pertama boleh jadi nombor satu? Adakah ianya sama atau beza dari segi bahasa? Mungkin! 

Usah dihujah jika belum habis selidik...maka, aku pilih untuk berhenti berhujah tentang topik yang 'satu' ini...berhenti sebelum akidah terpesong. Mengucap....


Cerita disebalik satu dan pertama.
Aku bawak kereta selalu mati enjin masa gear satu. Bukan pertama kali. Bahkan berkali-kali. Ah! Practice makes perfect huh? Alright...aku cuba untuk 'satu hari' tu aku bawak enjin stabil...kadang hari tu bertuah, aku lega....kadang aku hilang fokus...All is well!

Dan semalam, aku rasa hari itu semacam teruk. Tiada 'Bismillah' barangkali. Bukan barangkali...acap kali...Maka, esok aku mesti cuba yang terbaik! Harus!!!

p/s: Satu lagi, aku kurang gemar digit jam ditulis 130, melainkan kalau 1300 atau kau cuba maksudkan dengan 1:30 pm...rasanya lebih senang kalau ditulis 1330? 

0128 dari otak yang bercelaru....
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    2 jam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    12 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    21 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026