Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang menyambutnya diseluruh dunia. Macam mana first day Ramadhan? Sempat bersahur tak? Kalau sempat, alhamdulillah...apa? tak sempat? Takpe, boleh cuba lagi esok. Yang paling penting, niat puasa jangan lupa...


Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan tahun ini. Dan untuk pertama kalinya selepas 12 tahun, aku dapat puasa penuh dekat rumah. Takde asrama-asrama atau kolej atau rumah sewa untuk masa ni. Fully at home! ^_^

Aku pun tak tau apa perasaan puasa penuh dekat rumah...mungkin jimat sikitlah kot! sebab tak perlu ke bazaar setiap kali nak ber'sungkei' (padah orang sarawak  sungkei ya berbukak puasa...) Kalau puasa kat tempat orang, biasanya aku jadi pembeli ja...tu pun kadang sampai tak tau nak bukak puasa dengan apa walaupun gerai bazaar sampai lima puluh nam puloh...

Masa tu, aku kena planning betul-betul dan tanya perut dengan wajarnya untuk menu bukak puasa. Bajet takleh lebih dari 8 hinggit. Makanan berat: RM5, air: RM2, kuih: RM1. 

Kadang tu datang mood semua benda terliur, mau habis nak dekat 50! Giler punya nafsu makan uncontrollable! Air beli air KKN yang 4 ringgit, nak ayam goreng pulak, kuih kalau boleh semua jenis ambik. Donut lagi...plus kalau hari tu ada kerja site...(ni zaman kat Arau ritulah...) Kadang tu bukak puasa sampai ke KP pun ada...sebabnya, kes cari tapak survey yang tidak diketahui kedudukannya....haila haila, rindu pulak ngan deme-deme tu...huhuhuhu

Kalau masa dekat umah sewa Kelantan dedulu, boleh jimat sikit. Sebab nasi boleh masak. Air boleh bancuh. Jadi beli lauk jerlah. Kalau rasa nak makan kuih muih, share je duit dengan housemate...

Tapi, tahun ni disebabkan puasa dekat rumah, maka kitaorang jadi penjual. Jadi sukalah aku nak menjemput perantau-perantau yang berpuasa di Miri untuk datang ke bazaar dekat stadium Miri. Boleh jumpa kitaorang kat sana...hahahaha =_=!

Menu apa ya? Mana bisa kasi tauk...datang ajalah nengoknya...gerai nombor 112. Bazaar kali ni adalah kali pertama aku join secara penuh. Biasa aku join masa nak dekat-dekat raya...sebab baru cuti masa tu. Sekarang, dari first puasa sampai ke raya dekat rumah. Maka involvement dalam pembuatan menu di bazaar dan hari raya akan ada 60% air tangan aku...mungkin 50% atau 40%....huhuhuhu

Nice to meet you Ramadhan!
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Kepada kawan-kawan aku yang di Langkawi, Selangor, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah dan juga Sabah, Selamat Menyambut Ramadhan dari Miri. (Aku asingkan Langkawi dengan Kedah, sebab aku masih tak boleh terima hakikat yang Langkawi tu daerah Kedah....T_T) 

Tak lupa buat semua rakan blogger dan seluruh umat Islam di muka bumi ini, Salam Ramadhan!

Okaylah itu saja short update untuk hari ni. Dah macam ucapan salam perantauan pulak aku rasa...hahahahaha...

So, tahun ni korang sambut puasa dekat mana? 

Ada yang puasa dekat negara yang siang dia panjang tak? Kalau ada, semoga bertabah and all the best for you all.

Last but not least, I represent to you one of my favorite Ramadhan songs...


Thanks for reading and listening!
Dua hari yang lepas, aku ada buat satu entri tentang keadaan aku bila blog hilang kompas. Lepas tu, aku tak taulah perasaan aku atau aku yang terlalu paranoid sampaikan aku rasa yang entri tu macam menyinggungkan perasaan ramai pihak. Oh God! Dosa apakah yang telah aku lakukan terhadap mereka?!! Huwaaa.....

Aku pun macam, "Weh, ko dah buat apa dengan blog kau ni? Adoyai!". Blur sekejap! Dan entri kali ni aku nak mintak maaf kepada korang jika ada yang tersayat jiwa, terguris hati mahupun terobek emosi. Ampuni gua lorh! Mintak maaf banyak-banyak...T^T

So, bila aku dapat komen dari korang, aku pun terfikir jugak. Okay, kita sama-sama fikir...dan itulah faedahnya bila kita suarakan pendapat. Mungkin ada pro's dan con's. Tapi dua-dua takde salah dia. Sebab lain orang lain pendapat. Yang penting aku dah dah bersedia terima sebarang kecaman. (Kalau kena kecamlah....sedih woo...) Takde r...aku chill ja...

Kalau korang tertanya-tanya, kenapa aku buat entri kejam macam tu? Aku pun akan tanya diri aku balik...dan diri aku akan jawab, dah namanya blog hilang kompas, sesatlah jawabnya...T_T

Chillax!
Terima kasih untuk yang sedia menerima pendapat dari aku dan sudi berkongsi pandangan tentang hal tu. Kita sama-sama belajar. Salah dan silap itu semuanya datang dari kelemahan aku sendiri. Yang penting belajar dari kesilapan. *tarik nafas panjang-panjang....lepaskan perlahan*

Sebenarnya aku pun lebih suka baca blog yang ceritakan tentang pengalaman, kisah hidup...apa yang mereka fikir..sebab itu memang genre favorite aku. Dia macam terasa dekat dengan dunia sebenar. Dah namanya hidup dalam satu dunia...adoyai.. tu jerlah kot...kot!

Dan aku pun masih newbie, perlu banyakkan belajar lagi, banyak silap yang berlaku tanpa sedar...mintak maaf lagi sekali. Dalam perancangan akulahkan, blog ni dalam fasa transition. InsyaAllah masih dalam proses. Aku dah berubah angin ke?


Angin? urm...*panas pulak hari ni...tetiba* aku masih dalam plan untuk menaik tarafkan blog sendiri. Scary kan?

Benda yang paling aku takut: Kehilangan pembaca setia macam kim chaa, nina, yana, tashira, numigx, tomo...dan ramai lagilah...fuh!

Perubahan itu menakutkan bukan?

Akhir kata dari aku,

Be yourself. Because everyone is already taken...

Thanks for reading! 
Siapa pernah rasa macam ni? Rasa macam blog korang dah jauh dari motif utama korang cipta blog? Pastu berlakulah peminggiran terhadap blog kerana blog bukan lagi satu keseronokan...huhuhuhu

Aku tak taulah pasai pa dua tiga menjak ni, aku rasa blog aku kind of tersasar dari apa yang aku nak. Dia macam takde jiwa aku dalam blog ni. Rasa kosong gitu! *Tarik nafas, turun nafas....helaan yang panjang!* Tandanya, aku perlu betulkan balik keadaan.

Untuk mencari balik kompas blog aku yang hilang tuh, aku terpaksa buat 'QnA dekat diri sendiri'. Sesi temu bual ni dah bermain dalam minda aku sejak balik dari diploma ri tu. 


Soalan pertama: Apa tujuan blog ni dibuat?
  • Untuk kongsi cerita, pengalaman, hujah-hujah yang tak boleh disuarakan, erm...berdebat dengan hati sendiri...mostly personal thingy...

Kau rasa ada ke orang nak baca cerita merapu meraban kau tu?
  • Erm....agak sukarlah nak jawab. Kadang tu adalah, kadang tu takde. Tapi, tak kisah sebabnya blog suka-suka...

Target utama kau berblogging?
  • Just for fun! Takde target tinggi. Tapi nak jugaklah merasa view beribu riban... $_$

Pernah tak, nak jadikan blog satu platform penciptaan identiti maya?
  • Pernah! Tapi dah macam tak dah, sebabnya maya dah masuk realiti...

Kesilapan yang menyebabkan kau hilang kompas?
  • Bila jiwa aku tak turut serta dalam aksara yang aku taip. Rasa kosong!

Pernah tak terfikir nak jadikan blogging sebagai pasif income?
  • Masa awal aku buat blog ni, aku tak fikir sangat pun pasal tu...tapi kalau ada rezeki tu, aku tak tolaklah...

Percaya tak kalau aku kata, fokus utama kau lari sebab tu?
  • Hurm...maksud kau?

Kau buat blog untuk suka-sukakan? Lepas tu bila kau ada peluang buat duit dengan blog, kau punya fokus utama untuk blog tu dah lari sebab kau lebih teruja nak jadikan blog kau sebagai income. Kau pun cari jalan untuk semua tu...tanpa sedar, identiti kau sendiri dalam dunia blog tu hilang...

Ooh...tapi aku tak rasa pun macam tu...adalah sikit...sikit jerlah rasa gitu.


Habis tu, kau rasa sebab apa blog kau hilang kompas kalau bukan sebab tu?
.....


Dan sesi perbualan tamat begitu saja, tanpa aku tau jawapan dia. Mungkin aku tau...ya aku yakin aku tahu...cuma bukan kompas yang hilang. Aku yang baca kompas terbalik! Dush! 

Antara tanda awal blog hilang arah yang dialami oleh aku adalah bila hilang rasa seronok untuk buat entri dan aku rasa terbeban padahal blog sendiri tuh, bukan blog orang lain...

Memang perubahan itu menakutkan, tapi selagi kita tak berubah, kita takkan kehadapan...

Maka, koreksi diri sendiri balik, lagi-lagi sempena Ramadhan ni...buat blog pun kena reflect balik diri sendiri. T_T Sebab blog tu satu identiti jugak. Bila blog kita hilang kompas, arah atau jauh dari sasaran yang sepatutnya, cuba tanya pada diri;
  • Bermanfaatkah blog aku untuk dibaca? 
  • Berbaloikah orang membacanya? 
  • Jika blog dijadikan satu buku jurnal, agak-agak setimpal tak dengan harga?
  • Friendly user tak blog aku nih?
Paling tidak punkan, aku selalu jugak fikir, kalau aku pergi dulu tanpa sempat pesan dalam wasiat pasal blog ni, agak-agak blog ni dapat jadi jariah aku ke?

Kadang blog ajar aku banyak perkara. Dia buat aku rasa macam "dunia ni ana yang punya!". Tapi dalam masa yang sama macam burung unta yang menyembunyikan kepala dalam pasir. Burung unta?

Semakin lama pengalaman kita berblog, semakin kita tahu arah blog kita yang sebenar. Betul dak?

Aku kira newbie what, sebab baru tiga tahun. Kalau ikut tumbesaran manusia, bertatih lagilah aku ni. Tu pun macam banyak perkara dah berlaku. Boleh pulak tersasar. Adoyai! Maafkan saya, budak baru belajar...


Memang kadang tu, setiap hari aku dok cari cara nak improvekan blog sendiri, tingkatkan kualiti entri supaya orang yang baca pun, rasa berbaloi nak spent masa dekat entri kita. Dua tiga minit yang pembaca guna untuk hadam balik apa yang kita tulis tu, cukup berharga untuk aku. Masa tu lagi mahal tau dari emas. 

So, bila aku tengok balik cerita lama-lama aku, rasa macam...agak-agak orang hadam ke mesej yang aku nak sampaikan? ke terlalu tinggi metafora yang aku guna sampai tahap bombastik dan orang kena ulang dua tiga kali baca, dan bila fedup, 'x' lah jawabnya....what a sad ending! T^T

Itulah yang terjadi bila blog hilang kompas...

Kalau keadaan ni pernah berlaku dekat koranglah kan, korang akan buat apa? 

Thanks for reading! :)

p/s: aiyak! mintak ampun kalau entri ni banyak buat korang sentap...ngeeee...
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    6 jam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    15 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    Sehari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026