Assalamualaikum and hello there,
Kali ni aku akan cerita serba ringkas untuk yang masih belum familiar dengan istilah geomatik. Info ni adalah perkongsiaan dari pengalaman aku sendiri dan juga rujukan dari sumber-sumber yang berkaitan. Buat yang mencari "apa itu sains geomatik" dan inginkan pendedahan yang lebih dekat dengan "Sains Geomatik di UiTM, Arau", korang bolehlah keep on reading this blog.... ^_^ (ayat promote blog sendiri..hahahahaha)
Memandangkan sekarang musim mengisi UPU, maka apa salahnya kita kongsikan juga pengalaman ni kan? Mana yang kurang ke lebih tu harap dapat dimaafkan.
Sebelum buat apa-apa keputusan untuk ambil sesuatu bidang, korang mestilah buat kajian yang mendalam supaya minat pelajaran korang tak akan tersangkut di pertengahan semester. Tak kiralah bidang apa pun. Cuma dalam entry kali ni, aku akan fokus pada Geomatik. (maaf kalau terdapat kecacatan dalam maklumat :P)
Maksud Geomatik:
Menurut wiki geomatik adalah suatu bidang yang mengumpul, menyimpan, memproses dan menghantar maklumat georagrafi atau maklumat rujukan peta.
Geomatik juga merangkumi
seni, sains dan teknologi dalam menguruskan maklumat rujukan geografi. (boleh rujuk
sini,
sini dan
sini)
Dalam bahasa mudahnya ia adalah bidang ukur tanah yang merangkumi semua prospek termasuklah penentuan kedudukan, arah kiblat, pasang surut air dan lain-lain.
Antara bidang Sains Geomatik termasuklah:
-Cadastral / Topografi
-Engineering
-Hydrografi
-Geodetic
-Remote Sensing
-GIS (Georgraphy Information System)
-Astronomy
-Carthography (buat peta)
-Photogrammetry
-dan banyak lagi....etc.etc.etc...
Bidang kat atas ni adalah antara subjek yang wajib diambil sepanjang tempoh bergelar pelajar geomatik.
Sila rujuk
sini untuk keterangan lanjut.
Diploma Sains Geomatik di UiTM Arau terbahagi kepada
tiga:
1- AP120 : Sains Geomatik tulen
2- AP121: Sains Geomatik GIS
3- AP122: Sains Geomatik sumber alam
untuk Degree hanya ada AP220 sahaja (rujuk
sini)
Dari segi kerjaya bidang Geomatik sangatlah luas dan saling berhubung kait. Geomatik juga termasuk sebagai salah satu kerjaya professional.
- Isu berkaitan tanah; rujuklah cadastral,
- Penentuan arah kiblat,; astronomy (ilmu falak)
- Tentukan kedudukan tempat secara spesifik; rujuklah GIS, geodesy,
- Pertanian; GIS, remote sensing
- Offshore; hydrography
- Isu strata; cadastral
Isu bangunan senget benget; engineering...dan baaaanyak lagi...
Walaupun bidang ni selalu menjadi kerjaya 'balik tabir', sebab dilindungi arkitek dan engineer... janganlah sedih-sedih...lambat laun semua akan tahu betapa pentingnya geomatik dalam kehidupan.
Contoh kesedaran terhadap pentingnya Geomatik bila isu Batu Putih, kehilangan pesawat MH370 muncul. (sebenarnya banyak lagi, tapi isu ni paling menonjol)
Bidang ni jugak mengajar kita ingat siapa diri kita.
Ya, kita manusia yang dicipta dari tanah, dan kepada tanah jua kembalinya kita suatu hari nanti...
Berminat?
Kalau ya, silalah teruskan membaca...
thanks for reading ya!
p/s: kalau korang tanya aku dalam banyak-banyak subjek aku suka apa, insyaAllah aku akan jawab cadastral. Sebab isu cadastral dia banyak terikat dengan undang-undang dan pekeliling. :D