Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Assalamualaikum and hello there,

Kali ni aku akan cerita serba ringkas untuk yang masih belum familiar dengan istilah geomatik. Info ni adalah perkongsiaan dari pengalaman aku sendiri dan juga rujukan dari sumber-sumber yang berkaitan. Buat yang mencari "apa itu sains geomatik" dan inginkan pendedahan yang lebih dekat dengan "Sains Geomatik di UiTM, Arau", korang bolehlah keep on reading this blog.... ^_^ (ayat promote blog sendiri..hahahahaha)

Memandangkan sekarang musim mengisi UPU, maka apa salahnya kita kongsikan juga pengalaman ni kan? Mana yang kurang ke lebih tu harap dapat dimaafkan. 

Sebelum buat apa-apa keputusan untuk ambil sesuatu bidang, korang mestilah buat kajian yang mendalam supaya minat pelajaran korang tak akan tersangkut di pertengahan semester. Tak kiralah bidang apa pun. Cuma dalam entry kali ni, aku akan fokus pada Geomatik. (maaf kalau terdapat kecacatan dalam maklumat :P)

Maksud Geomatik:

Menurut wiki geomatik adalah suatu bidang yang mengumpul, menyimpan, memproses dan menghantar maklumat georagrafi atau maklumat rujukan peta. 

Geomatik juga merangkumi seni, sains dan teknologi dalam menguruskan maklumat rujukan geografi. (boleh rujuk sini, sini dan sini)

Dalam bahasa mudahnya ia adalah bidang ukur tanah yang merangkumi semua prospek termasuklah penentuan kedudukan, arah kiblat, pasang surut air dan lain-lain.

Antara bidang Sains Geomatik termasuklah: 
-Cadastral / Topografi
-Engineering 
-Hydrografi
-Geodetic
-Remote Sensing
-GIS (Georgraphy Information System)
-Astronomy 
-Carthography (buat peta)
-Photogrammetry
-dan banyak lagi....etc.etc.etc...

Bidang kat atas ni adalah antara subjek yang wajib diambil sepanjang tempoh bergelar pelajar geomatik.
Sila rujuk sini untuk keterangan lanjut.

Diploma Sains Geomatik di UiTM Arau terbahagi kepada tiga:
1- AP120 : Sains Geomatik tulen
2- AP121: Sains Geomatik GIS
3- AP122: Sains Geomatik sumber alam

untuk Degree hanya ada AP220 sahaja (rujuk sini)

Dari segi kerjaya bidang Geomatik sangatlah luas dan saling berhubung kait. Geomatik juga termasuk sebagai salah satu kerjaya professional. 
  • Isu berkaitan tanah; rujuklah cadastral,  
  • Penentuan arah kiblat,; astronomy (ilmu falak)
  • Tentukan kedudukan tempat secara spesifik; rujuklah GIS, geodesy,
  • Pertanian; GIS, remote sensing
  • Offshore; hydrography
  • Isu strata; cadastral
Isu bangunan senget benget; engineering...dan baaaanyak lagi...

Walaupun bidang ni selalu menjadi kerjaya 'balik tabir', sebab dilindungi arkitek dan engineer... janganlah sedih-sedih...lambat laun semua akan tahu betapa pentingnya geomatik dalam kehidupan.

Contoh kesedaran terhadap pentingnya Geomatik bila isu Batu Putih, kehilangan pesawat MH370 muncul. (sebenarnya banyak lagi, tapi isu ni paling menonjol)

Bidang ni jugak mengajar kita ingat siapa diri kita.
Ya, kita manusia yang dicipta dari tanah, dan kepada tanah jua kembalinya kita suatu hari nanti...
Berminat?
Kalau ya, silalah teruskan membaca...
thanks for reading ya!

p/s: kalau korang tanya aku dalam banyak-banyak subjek aku suka apa, insyaAllah aku akan jawab cadastral. Sebab isu cadastral dia banyak terikat dengan undang-undang dan pekeliling. :D
Minggu depan aku ada hydro camp. Subjek terakhir dalam sesi praktikal. Dalam tempoh tu, aku dah buat siap-siap semua entri yang berkaitan dengan Sains Geomatik. Iyalah, sekarang ni musim sesi soal jawab dengan google untuk lepasan SPM. So, apa salahnya aku berkongsi sedikit sisi cerah dalam Sains Geomatik ni. (^_^)

Mana tahu ada yang berminat nak jadi future land surveyor ke apa....aku cadangkan, kalau sesiapa yang ambil kos ni kerana "tak kisah pun sambung apa", tolong buat dengan serius. Betul, aku cakap serius ni. Khusus yang perempuan. Lagipun peluang kerjaya untuk bidang ni sangat luas. Paling kurang pun jadi drafter.

Aku rasalahkan....(perasaan aku mengatakan), adik-adik yang baca blog aku mesti fobia tengok nama kos ni masa pilih UPU kan? hahahhahahha....jahat pulak aku rasa...takdelah dik, kos ni best sebenarnya. Kalau tak percaya, cuba letak kos ni dalam lapan pilihan tu...nanti kalau dapat jangan lupa bagitau ek? mana tau, adik nanti jadi junior kami...huhuhuhuh

Dalam blog ni, kalau korang nak tahu pasal geomatik, boleh pergi "Info"


Ni aku kongsi beberapa blog dan link surveyor/juruukur tanah yang mungkin boleh digunakan sebagai rujukan kepada junior akan datang:
(ada yang dah lama tak update...maklumlah surveyor siang malam sibuk...pagi turun site, malam buat calculation...)

http://jurukurtanah.blogspot.my/
http://baganbeachboy.blogspot.my/
http://ukur-tanah.blogspot.my/
http://rahsiajurukurtanah.blogspot.my/
http://jurukurkembara.blogspot.my/
http://enjagrofarm.blogspot.my/2008/11/perkongsian-pengalaman-sebagai-jurukur.html
http://kerjaukurtanah.blogspot.my/

dan banyak lagi yang korang boleh cari. Yang aku boleh kongsi yang ni je lah kot....

Untuk yang biasa baca blog aku (yang biasa dengan penulisan merapu...), aku minta maaf banyak-banyak sebab slot rant terpaksa bercuti sementara waktu. Kalau korang nak baca entri pasal geomatik ni pun apa salahnya. Kotlah ada sedara mara ke, sepupu sepapat yang dok tanya; 
"Sains Geomatik tu benda alah apa?" korang bolehlah jawab sikit-sikit kan....

Sains Geomatik tu, ukur tanah...

"Ukur tanah tu apa pulak ?"

Ukur tanah ni orang yang dok sukat tanah untuk buat geran tanah tu lah...yang dok teropong-teropong tepi jalan tu....(ni jawapan mudahlah...)

Okaylah...terpanjang pulak nota aku nih...padahal nak pesan yang seminggu ni aku tadak...toksah sedih na...nanti aku share pengalaman pergi kem hydro pulak. (Confirm muka terbakar punya, balik karang...)*pasrah ajelah...*

Last but not least, I would like to share my favorite quotes during hydro camp;
"Jika MSL pun diukur selama 18.6 tahun untuk mendapat accuracy yang tepat, inikan pulak hati manusia....."-sofieadie 'penangan hydro'
Thanks for reading! 

*MSL=mean sea level
The Secret Life of sofieadie....
Entri ni adalah bukti yang aku masih tak boleh move on dengan cerita The Secret Life of Walter Mitty. Iya, semua orang ada secret life...semua orang ada satu sisi yang tak semua orang boleh tahu/nampak/rasa...kecuali Dia...dan semua orang sedia maklum tu....so, sambil layan entri ni, kalau quota korang laju, bolehlah dengar lagu yang aku tujukan khas untuk hidup aku yang sekarang ni...


44 hari lagi sebelum aku unofficially tamat Diploma. 24 dan diploma. Terasa macam dah tua sangat. Macam lambat untuk segalanya dan hampir untuk tarik diri...jika undur rugi, teruskan mungkin mati...nein!!! Siapa kata macam tu. Aku kata. Cyeh! Percaya lagi pada suara yang demotivated kau...
Daripada hari tu aku sampai Arau, sampai sekarang aku hanya menjeling pada report nan tiga tu. Nak buat, tadak hati, tadak mood, protes....tak buat, nanti tak pasal gagal. 

Gagal?
Semua orang takut dengan gagal...kata senanglah, "gagal itu pemula bagi hidup baru"...tapi, bila dah lalui...apa yang aku plan dulu, 360 darjah kena cipta baru. Sebab aku sendiri yang bina tembok dalam putaran normal tu. Dan mencari alternatif itu rupanya tak seindah apa yang mimpi taburkan. Berhujah tentang mimpi, dah lama lenaku tak berwarna. T~T 


Nak tau apa "secret life of sofieadie"? 

Ignore everything that does not impact your life...

Macam kejam je bunyi dia. But, it's true bruh. Nay....tadaklah itu hanya kata-kata yang kejam untuk jiwa yang kering. Jangan simpan dalam hati. Itu pesanan untuk aku. Aku sendiri. T~T

How to live a happy life without use any manual?
Dulu kawan aku pernah cakap; "Aku peliklah dengan manusia yang baca buku tentang 'How to live a life', 'How to manage your life', 'How to complete your daily life without procrastination' dan etc... Buku macam tu tak sepatutnya ada pun..." Dan aku hanya senyap. Sebab masa tu aku tengah baca salah satu buku, 'How to...' (aku tak ingat tajuk dia...)

Nak kata masa tu aku sentap, tak jugak...sebab betullah apa yang dia kata. Tapi bro, tak semua manusia ingat apa yang dia perlu lakukan tanpa sebarang rujukan. Kalau tak, kenapa Tuhan tinggalkan Al-Quran untuk umat Nabi Muhammad? Memanglah kita boleh kata; dari kau baca buku tu, baiklah kau baca Al-Quran, dalam tu lagi banyak panduan, pahala pun dapat. Iyap, memang betul. Tapi, mempelbagaikan bacaan kita tu bukan satu kesalahan pun. Biarlah orang nak baca apa janji dia tak kacau hidup kita. 

Sebab manusia semakin dewasa, semakin perlu kepada bacaan "Bagaimana...."


The Secret Life of sofieadie..."Do whatever just to stay alive..."

Thanks for reading! 
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    Sejam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    10 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    20 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026