Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Assalamualaikum and hello there!
Kalau korang pernah baca mana-mana entri berkaitan dengan geomatik dari blog ni, amatlah dialukan untuk teruskan pembacaan entri ini (khas untuk mereka yang mencari suasana Geomatik di UiTM Arau...)

Antara lima sebab utama kenapa korang perlu ambil kos geomatik di UiTM Arau:-
[boleh jugak kalau kos lain yang berkaitan, asalkan Perlis]
1- Kos sara hidup yang murah
2- Kawasan yang masih kaya dengan warna hijau (kecuali masa musim panas dan kering...memang kuning jerlah ceritanya kan...)
3- Merangkumi semua kawasan pembelajaran; kelas, dewan, lab dan padang.
4- Survey site yang luas dalam kawasan kampus
5- Senang nak jimat duit.
(dulu aku pernah cerita kat entri ni)


Tiga sebab perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan untuk sambung belajar di UiTM Arau:
1- Arau tak banyak shopping mall. (alasan ni mungkin tak relevan sebab giant dah ada...mungkin akan datang pun banyak lagi yang akan dibuka)
2- Perlis takde wayang. (wayang korang boleh tengok kat Kedah...tak jauh sangat aih....)
3- Perlis takde airport (tu yang jadi transit banyak bagi orang jauh macam aku...)

Pesanan dari pengalaman aku, sila kuatkan hati untuk belajar bidang ni, sebab korang akan mengalami lima situasi pada setiap penghujung semester:
1- Kulit gelap
2- Kerja luar pada hujung minggu/ hujung minggu akan terganggu
3- Timbunan report dan kiraan data yang memeningkan
4- Himpunan test dan penyerahan report dalam masa yang sama.
5- Situasi skip kelas berlaku sebab nak siapkan report.

Jangan risau, semua perkara tu takkan berlaku kalau korang pandai mengurus masa. Semuanya bisa diatur kawanku...hahhahahahha...
Dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalannya... 
Pengalaman ni aku nak share kepada semua yang telah, akan, bakal bergelar salah seorang dari pelajar Geomatik.

Dulu, masa aku isi borang UPU, aku tak tau nak ambil kos apa. Misi aku hanya satu je; janji tempat aku sambung belajar tu adalah Perlis. Dan aku buatlah beberapa kajian tentang 'kos apa yang kalau ambil, confirm dapat kat Perlis?'. Tolonglah guna sebab logik sikit...jangan ikut contoh aku ni...tak bagus! hahahahhahah.

Dan jawapan dia adalah, kos Geomatik. Mesti korang tertanya kan, apasal tak ambil UNIMAP? entah! aku pun tak terfikir pulak masa tu. Maka, aku pun letak Sains Geomatik sebagai pilihan pertama aku dan Alhamdulilah hajat aku tertunai. 


Masa first masuk sesi perkuliahan hinggalah ke akhir semester lima, semua lecturer mesti akan tanya;
"Siapa yang ambil kos ni sebab minat?"
Aku yakin 50 dari pelajar dalam dewan kuliah, hanya 5 orang je yang akan cakap dia memang minat. Habis tu yang lain sebab apa? 
'Sebab takde pilihan!'

Kalau korang isi UPU, dalam tu ada kos Geomatik ni,
kebarangkalian untuk korang dapat kos ni sangat tinggi! 
Walaupun kedudukan pilihan geomatik ni paling bawah sekali! Tak percaya? tak percaya sudah...sebab tu lah ramai yang akan berhenti masa pertengahan semester. Sayang giler kalau diikutkan. Tapi, nak buat macam mana dah majoriti diorang jawab; "Tak boleh nak carry..."

Untuk korang yang masih lagi tercari-cari apa itu kos Geomatik ni, silalah buat kajian yang mendalam tentang bidang ni. Bidang Geomatik ni sangatlah luas! Merangkumi semua segi. Kalau memang minat, silalah teruskan dan sangat dialu-alukan...Tapi!
Haaa....ada tapi...tapi, kalau sebab takde pilihan tolong jangan berhenti masa pertengahan jalan...sayang kot! kalau betul-betul tak minat langsung, jangan pilih kos ni sebab dengar cerita...

Aku pilih kos ni sebab;
sebab aku nak cabar diri aku buat sesuatu yang diluar keselesaan aku...
Nak tau samada aku berjaya atau tak, tunggu next story...
Korang pulak?

p/s: aku rasa dah banyak kali aku ulang cerita sama tentang sebab apa aku ambil kos ni...tapi masih ramai tak percaya...lagi-lagi bila aku kata aku tak nak sambung kos ni....people changes buddy...huhuhuhu...
Assalamualaikum! Well, hello there!
Seperti yang sedia maklum, jumaat lepas aku telah pun tamat praktikal bagi dua subjek semester akhir ni. Haaa....belum habis lagi sebenarnya praktikal aku nih. Dia cuma dah tamat tempoh bagi sesi datang pejabat. Tu je baru....huhuhu..T_T

Memandangkan aku dan classmate yang lain ambil Hydrography Surveying dalam kampus, maka kitaorang akan mulakan sesi praktikal tu pada minggu depan. Hydro je lagi....haraplah semuanya akan habis dengan leganya...Amin! Toksahlah pening-pening pikir, kejap aku kata dah habis, tapi sebenarnya belum habis...aih, pening r! Biasalah tu, student life, memang ada pening-pening sikit hahahahah


Dan semalam adalah satu hari yang sangat "(penat + kematu + happy + ....)giler"... [sila expandkan formula tersebut.] Dia camni tau, bila orang Borneo nak jejak utara, memang ambil masa lama. Lagi-lagi kalau naik public transport. Paling sekejap pun dalam 6 jam kot...untuk ke utara dari Miri, banyak cara dia....tapi yang pastinya, semua melibatkan public transport yang berbeda ya! giya gayanya dong! :P

Cara pertama:

Route = MYY-KUL-AOR-kampus
Estimate Price = RM 260+-
Involving Transport =  Airplane, Taxi
Ambil flight MAS Airlines dari MYY-KUL-AOR. Kemudian, dari airport ambil taxi terus ke dalam UiTM, Arau dengan harga RM60. So far cara ni paling aku suka, sebab cepat dan senang. Cuma kita kena berangkut bagasi dari tempat taxi ke kolej tu lah yang sengsara.


Cara kedua:

Route = MYY-KUL-KGR/ARAU-kampus
Estimate Price = RM 250+-
Involving Transport =  Airplane, LRT, Bas, Taxi
Ambil flight MYY-KUL. Dari KLIA, cari LRT untuk ke mana-mana terminal bas. Kemudian naik bas ke Kangar/Arau. Tiket bas dalam RM60 (bundar). Then, cari taxi dengan harga lebih kurang RM25 untuk ke kampus UiTM Arau...dari Arau mungkin murah sikit kot berbanding Kangar. Sama jugak kena angkut bagasi sendiri dari tapak taxi ke kolej. Dah lama tak guna cara ni sebab renyah! Cuma yang bestnya, semua jenis transport tu kita dapat rasa dalam masa satu hari.

Cara ketiga: 

Route = MYY-KUL-ARAU-kampus
Estimate Price = RM 200+-
Involving Transport =  Airplane, Bas/taxi, KTM/ETS
Sama macam cara kedua, cuma yang beza dia naik KTM. Yang ni aku takleh nak detail dan bagi komen, sebab aku tak pernah buat sepanjang belajar kat Perlis ni...insyaAllah untuk balik nanti aku nak guna cara ni...

Cara keempat:

Route = MYY-PEN-KGR-kampus

Estimate Price = RM 230+-
Involving Transport =  Airplane, Taxi, Bas
Ambil flight Air Asia direct ke Penang (diorang inform hari tu, flight ni kena suspend...tak tau pasal pa...). Dari airport PEN, ambil taxi ke terminal bas dengan harga RM31.40. Kemudian beli tiket bas ke KGR dengan harga RM17.30. Dari terminal bas KGR pulak, ambil taxi lagi untuk ke kampus. Kali ni aku guna cara ni dan aku rasa sangatlah...*sigh*..sebab aku taktau route dia. First time trying. Sebelum ni just tanya orang macam mana dorang ikut cara ni. Tapi, bila aku alami sendiri...adoyai...

Cara kelima:

Route = MYY-KUL-langkawi-kampus
Estimate Price = RM 230+- (kot!)
Involving Transport =  Airplane, Taxi, Feri, 
Ambil mana-mana penerbangan yang buat route ni. Kemudian, dari airport langkawi pergi ke terminal feri terus ke Kuala Perlis. Dari KP tadi, ambil taxi ke kampus..cara ni aku pernah buat, tapi versi terbalik. Kampus-Langkawi-KUL-MYY. Sebab masa tu nak pusing Langkawi lepas habis semester 2.

Setakat ni, tu jerlah kot cara untuk ke UiTM, Arau dari Miri yang aku dapat kongsi dari pengalaman sendiri dan kawan yang lain. Mungkin ada lebih kurang dari segi harga atau route dia ke...yang pastinya bagasi memang kena angkut sendiri dari tapak taxi ke bangunan kolej T_T...

Sebenarnya ni bukanlah route terakhir aku ke UiTM, Arau, tapi as a final year student, ni mungkin route terakhir as a geomatics student lah...Lepas ni ada je kena datang balik, untuk konvo ke, clearance ke, nak merasa tom yam ke apa, nak imbau memori ke...etc....yelah, dari hujung ke hujung tu setiap tahun aku buat route dia. Mesti banyakkan tulis diari? Well, of courselah! Gila takde diari kalau dalam perjalanan...peneman paling setia sepanjang melalui liku-liku perjalanan tu, 

Untuk sesiapa yang dari Miri, yang berminat nak ambil kos Geomatik ni..mungkin boleh guna salah satu cara kat atas.

Bye Geomatics...bye geomass, haluan kita mungkin boleh bersama hingga ke sini ja...all the best untuk semua junior! Adik-adik yang bakal dapat result, nak isi UPU, tetiba nampak nama kos geomatik, janganlah terus ambil tanpa usul periksa. Nak ambil, biar betul-betul...jangan main ikut isi janji cukup lapan pilihan...betul nih...tapi dengar cerita junior part 4 sekarang hebat-hebat! Wow, tahniah! 


Aku jadi camni, mungkin niat datang sini tu dah tak betul kot. Niat semata-mata nak datang Perlis. Cyeh! nak sekarang, rasain lo! Tapi, alhamdulillah sebab walaupun niat datang Perlis, merasalah perjalanan panjang yang berhikmah kan? Baru tau semalam kat Perlis dah ada Giant..huhuhuh...ketinggalan suda..Perlis Maju 2015! Pastu masa shopping kat Giant, bapak ramai gila orang...c-mart pula sunyi sepi...

Okaylah, panjang pulak benda nak cerita hari ni. Tu lah nak bagitau, bila dah duduk kolej ni, memang quota tu kena jagalah. Takleh selalu macam kat rumah. 247 ngadap. Maaf kalau aku tak mai jenguk blog hangpa pasni...blog ni pun aku hajat wat "entri belacan" dalam tempoh ni...maka, kalau nampak entri aku lepas ni tu, maknanya autopublish-lah tu...k? 

Last but not least, happy all day and carpe diem my friends!


Thanks for reading!
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    Sejam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: PART 8 - SYAWAL 1447 :.
    2 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    7 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026