Masak ni ada banyak kategori. Masakan panas, berat, pastri, bake, dessert, etc....yang penting semua menghasilkan makanan. Dan janji bukan aku yang masak! Hahahahaha....okay..tak kelakar pun...T_T..
Kupas isu masak nih, aku rasa percentage aku mengusai dunia masakan hanyalah 0.01%...erm?? Okay, macam teruk sangat jer tu...atau mungkin macam titisan hujan di musim kemarau? atau sesudu beras? kot! Ah! lantaklah dengan peratusan tu...janji kalau aku campak-campak, dia jadi...itupun kalau jadilah.....Ni aku ada cerita nak kongsi dan ada soalan nak tanya..
Cerita dia begini;
Tadi, aku kengkononnya merajinkan diri nak buat satu cookies nih. Yeah, cookies pun kategori masak apa. Dari hari tu ayah minta buatkan cookies halia. Tapi, sampai ke sudah aku tak buat. Memandangkan ahad ni aku dah terbang ke utara, mau atau tidak kenalah buat. Kesian pulak kalau tak buat. Pastu aku lupa resepi apa yang aku campak dan guna masa raya hari tu. Maka, ber-google-lah aku sementara masih awal. Then, jumpa dalam dua tiga resepi cookies yang berkaitan, aku pun terus buat ikut resepi dia.
Aku ni bab ikut resepi macam noob sikit. Padahal siapalah nak kongsi resepi sebenarkan? Aku turut satu persatu. Masa tu sesi sukat menyukat bahan. Dalam hati aku apasal bahan dia macam terlampau banyak dan tak stabil ek? Dan aku hapuskan rasa hati tu. Aku teruskan sesi mencampur adukkan bahan pulak. Sehinggalah ke titisan vanilla terakhir, baru aku sedar...aku dah terlambat....gua dah terlambat bruh! huhuhuhu...dan aku merasalah doh tersebut. Pergh! vanilla dia bapak segelen aku rasa...dan aku muak! kembang tekak dek kerana overdose vanilla...dan aku terus rasa 'hangin' [maafkan saya budak suka vanilla....]*okay abaikan....*
Tapi, aku still proceed sampailah cookies tu masak dan selamat dalam bekas sekarang. Dan setiap kali aku tengok cookies tu, aku rasa macam tengok "unwanted cookies" pulak. Nak buang bazir, sebab mak aku kata dah okey dah..maka jadilah "cookies yaya"-THE END-
Itulah dia. Itulah dia, bila aku tengok orang masak, nampak semua jadi, semua sedap....tapi, bila aku buat, aku nampak, semua tak jadi, nampak semua tak sedap...dan rasa macam nak buang je dan hapuskan serta merta...tapi nasib baik dekat rumah ada "vacuum teletubbies"...takdelah membazir. Dan sebab rasa ini, buat aku langsung takde hati nak masak. Tak lalu tengok masakan sendiri...cyeh!
![]() |
| Lebih kurang ginilah hasil dia.... |
Masak oh masak!
Aku suka masak. Tapi,.....hobi tu memasak..tapi tulah...kalau aku sendiri masak, tak makan aku...dan umi hanya menggeleng kepala sambil berkata;
"Sampai bilalah tak nak masak ni? dan sekian sekian sekian sekian....sekian..."
Dan tak lama lepas tu, kalau aku dah tolong sedia bahan ke cuci barang lepas masak ke, isu masak takkan timbul. Problem solved!
![]() |
| Okay..i'll try... |
Soalan dia;
Korang pernah tak alami rasa ketidak sukaan pada masakan sendiri? Beria masak, tapi nak makan macam tak lalu...korang pun tengok je makanan tu dimakan orang. Sampai ke habis pun korang tak lalu. (Apasal ek?)
Eh! Panjang pulak bebel pasal masak nih. Ini gara-gara "unwanted cookies yaya" lah ni...lesaplah kau cookies....hahahahahahah..[dalam nada suara Adu du] Bab makan, no hal...aku on ja..semua balun..as long as halal lah kan? kecuali ceri..aku tak makan ceri..Tapi bab masak nih,..aku kena heal dulu rasa "tidak suka pada masakan sendiri"...
Okaylah...sampai bertemu kembali gais..yang rajin memasak, dan takde masalah makan masakan sendiri, kipidap yo!
Thanks for reading! Good Night!
p/s: hari ni last day praktikal!!! tak tau nak feeling apa...feel dia sama macam buat cookies yaya...huhuhuhu T~T










