Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Sambil baca, aku mohon korang mainkan playlist ni...ambik mood kelaut aku. Kalau korang sudilah...kalau korang ada mabuk laut, aku tak paksa...duduk di persisiran pun kira okaylah...

Sebenar takde apa pun nak cerita sangat. Cuti lama, aku pun dah terbang ke mana. Dikesempatan ni aku nak kongsikan satu berita sedih. Dimana seorang kenalan dari kos Geomatik (AP121) telah meninggal dunia tengahari tadi. Kejadian berlaku di Semenyih ketika beliau keluar pada waktu rehat. Motor yang ditunggang beliau mengalami kemalangan bersama lori. Alfatihah untuk beliau....


Cerita nak patah hati pun terbantut. Mula aku hulur kaki sebelah kedalam laut. Pastu tak sangka pantai tu terus turun kedasar. Bahayanya...

Selepas tenggelam ke dasar, aku cuba untuk berenang. Punyalah beria aku berenang tapi seinci pun tak berganjak. Oh, baru aku tau yang sebelah lagi kaki aku ada beban yang menampung. Satu lagi aku tak berenang pun. Aku hanya lompat katak. Hahahahaha ketawakan diri sendiri. Lepas tu dahlah beban tu bergari, kunci pulak tu...macam manalah aku nak tanggalkan dia kalau kunci dia sendiri aku dah hilangkan sebelum aku terjatuh ke dasar ni...berat!

Dalam sibuk nak lepaskan diri dari rantaian beban, aku dah lukakan kaki aku yang sebelah. Nasib baik dalam laut, so luka tu takdelah terasa sangat. Dan aku berhenti meronta bila aku rasa semua perbuatan aku hanya sia-sia. Takde hasil. Dan aku pun terus biarkan diri aku tenggelam bersama rantaian bebanan tadi, Yang beratnya makin bertambah setiap kali aku cuba meronta....

Otakku kelaut lagi....kini bukan saja otak yang berangan tapi jiwa pun turut melayang. Entah diawang mana, aku pun dah terlupa. Entah-entah tak sempat melayang aku sudah terkandas. Syadid! Tersekat kerana sawang labah-labah yang tebalnya kalahkan awan di langit. Cyeh! Kau yang sekatkan pemikiran dengan sawang, cakap aku yang tak bersihkan otak...


Persisiran pantai itu memukau selagi mana kita hanya melihatnya dari jauh. Jika kita pergi dekat, kita akan terbakar. Suka atau tidak persisiran adalah pentas bagi laut dan matahari. Kita adalah bonekanya. Pernah dengar tak orang dulu pesan, jangan terlalu kerap ke pantai? Kalau api boleh membakar, pantai boleh melemaskan. Even yang pakar berenang sekalipun. Ah, time-time macam ni lah mabuk laut...

Kunci tu dah jumpa ke belum? Geleng. Jadi, sekarang kau masih berantailah? Unjuk kaki. Kau ada nampak ke rantai yang membelengu kaki aku? Geleng tanda tak ada. Jadi, kenapa kau tanya tentang kunci jika rantainya pun tak dimangga? Kelip mata, celik minda...dari mana datangnya kunci jika sendiri pun tak pernah dimangga? Gila!

Bawa otak ke matahari untuk dihidang kepada sinar UV. Kenapa? 
Bagi otak tu cair, supaya tadaklah salahkan mood...otak yang beku, salahkan mood yang dingin...pigida!


Nak menang jangan overthink. Nanti jadi assumption dan membunuh jiwa kejayaan. Maka disitulah akan datang rasa putus asa dan ragu-ragu. Padahal itu semua sifat syaitan. Mengucap....
Dahlah...aku tak rasa yang entri negatif boleh membantu positifkan orang. Macam kalau kita makan halia tanpa air, adakah kita akan senyum? Takkan! See kau cuba salahkan halia pulak. 

Maafkan aku halia...bukan niat aku nak kata semua orang tak pernah senyum setiap kali makan kau, tapi kalau aku senyum masa makan halia, tu tandanya halia tak cukup power...so mana kau nak? 

Dah dah lah tu....awal tadi cakap tak de apa nak cerita sangat. Lepas tu ajak orang ke laut sama dengan dia. Apa? Ingat semua orang nak lemas dengan dia ke? Ceyh! Dari pilih bebas dengan cara lemaskan diri, baik aku terbang dan terhempas. Baru sakit dia puas! Lemas? Tak thrill langsung! 

Amboi! cakap besarnya...kau ingat kalau kau terhempas dan bersepai tu ada orang nak kutip ke? At least tubuh aku lemas, dia masih lagi bersatu dan kaku. Huh! Bersepai tu tandanya aku dah terbang cukup tinggi. Itu perasaan kau je...jangan ingat terbang cecah atmosfera kau berjaya...sebab tak semua satelit selamat kat angkasa tahu? Nanti sia-sia je terapung takde siapa peduli. 
Kau ingat kau lemas ada orang kisah? Haram takde! Dahlah kerja nak menenggelamkan diri je...langsung tak timbul.

Ah! sudah-sudah! aku nak korang dua pergi jemur otak kat matahari sana. 

hahahahahhahha....abaikan semua ni....ni kes dialog budak mental disorder like bipolar...memang hancur! sorang nak lemas, sorang lagi nak bersepai...alih-alih jadi pasir...mana tak muntah kalau orang nak fahamkan? Kan aku dah bagi warning awal-awal tadi..


Apa-apa pun, thanx for those yang baca nonsense entry ni...harap penulis selamat dibawa ke pakar...
Entah angin pantai mana menyeru semua memori dari utara ni...tak sangka 2016 muncul sebagai tahun terakhir jejak Araustralia. Time nak habis macam nilah, rasa sayang pulak nak berpisah. Yeah, tanpa pertemuan mana mungkin kita berpisah.

Kuasa rindu tiada siapa dapat lawankan?

Hai korang! Entri ni aku buat khas untuk korang. Iya, aku tau memang lepas ni kita akan jumpa lagi...tapi incase caturan kita tak selari dengan aturan Ilahi, so aku tak naklah biarkan semua rasa ni terperam dalam diari. Untuk yang pernah hadir dalam layar memori seorang sofie di Arau, aku ucapkan terima kasih sebab sudi jadi senyuman aku di hari kelak.

Sebenarnya masa aku tulis entri ni lagu Pergi; Aizat yang main,...tapi macam takde kaitan so, terimalah "Semua tentang kita" by Peterpan....


Orang pertama yang aku akan cerita adalah kisah AFS.
Sesi kenal dengan kau, aku ingat lagi masa tu kelas pertama CTU101. Ustaz tak masuk pun. Kau duduk depan, sebelah aku. Dan ice breaking pun bermula. Kau tanya aku jawab, kau jawab aku tanya. Sampailah dua minggu lepas tu baru kau realize yang aku lagi tua dari kau. Dan sejak dari sem satu sampailah sem lima, kita selalu satu group LP. Aku pernah sakiti kau, aku tanya, kau kata okay. Sabar kau memang tinggilah! 

Aku pernah datang rumah kau, kau bila lagi nak datang rumah aku? Sayang rasa nak berpisah dengan kau. Tapi tu lah...aku selalu kasar dengan kau, sebab teringin gak nak tengok respon kau, tapi sepanjang tiga tahun kenal kau, kau memang tak cepat melatah. Tabik r dengan kau. Aku tau kau ramai peminat. Memang patut pun. Sampai aku rasa aku tak layak ada kawan sebaik kau. Aku kasar, kau berhemah. [kipas mata jap...] paling kasar aku pernah marah kau masa befday kau yang ke 20. Sebenar aku takdelah marah sangat, tapi tu lah...kau memang baik. Bertuah siapa dapat kau. Aku? hahahah, takpayahlah...


Orang kedua.
Kau ego memang tinggikan? Sanggup tukar dari satu group LP dengan aku masa sem 3. Menyampah dowh! Iya, aku tau aku termarah kau masa sem 2, tapi takkan sampai macam tu sekali kot! Aku dah minta maaf da pun. Tapi tak tau pulak maaf aku kena reject. Kau tau tadak sapa boleh tahan dengan baran kau tu, sampai beberapa orang menangis sebab kau. Ish ish ish...tak baik buat anak orang menangis. Aku? bazir air mata je menangis untuk kau. Ceyh! Untungla dekan sem tiga. Sem tiga bagi aku, the worst sem ever. Sebab? Terlalu banyak konflik. 

Aku tau kau budak pandai, boleh pergi jauh dalam bidang ni. Aku lepas ni rasa macam nak tarik diri tapi...tengoklah dulu macam mana. Macam mana aku boleh kenal dengan kau ek? mungkin sebab sama negeri kot. Tu yang macam cepat nak detect tu. Dari sem satu sampai habis study, plan nak balik sekali tak tertunai. It’s okay it’s alright. Lagipun dah 14 tahun aku pergi balik sorang diri. Lau berteman macam pelik pulak rasa. Pasal ole-ole kau, nanti aku bawak. Tak leh nak janjilah. Sebab kau pun datang lambat masa viva nantikan?


Orang ketiga.
Jiran befday aku. Kebetulan benda yang aku dan kau ambil banyak sama. Ceyh! Contohnya masa MDS. Aku usher, kau budak gimik. Pastu dari kelab sampailah ke koko, muka kau je aku tengok. [dan kau pun kata, eleh, kau tu yang tiru...] choi! Mana ada...kau pun macam cerah je dalam bidang ni. macam mana aku kenal dengan dia? Aku pun tak ingat. Tapi setahu aku, kitaorang banyak join benda sama. Kebetulan! Kau debat, aku join debate. Dalam PD, dia ni orang panggil ‘Tory’. Masa zaman ‘tory’, aku macam tak kenal dowh dia ni sapa. Sumpah lain giler! Kalau kau tanya Ana pun dia 100% setuju. 

Oh, pasal bunga hari tu, aku ada buat entri, lau belum baca ko rajin-rajinlah cari ya...hahahaha. Ha, lagi satu, kau kata nak buat video pasal penang. Lama jugak aku tunggu. Entah dah siap ke belum ea? Dia nih ramah dengan orang. Baguslah..ingat tak masa kita lepak kat kopitiam masa final? Topik kita dari sekecil-kecil perkara, sampailah seluas semesta. Rindu pulak nak lepak ilmiah macam tu. Cuma tempat tu, kena tukarlah. Sebab lau setiap kali lepak kopitiam, mau kaya kedai tu. Yang sakitnya, hujung bulan bantai mamee chef. First and last time aku join korang study untuk final? So, final hari tu, aku tak tanya pun khabar kau macam mana. Sihat tak? Kadang dia ni, seni kalahkan perempuan, aku pulak yang rasa tercabar. Dahlah pandai jahit, masak, mengemas, pembersih...senang kata, semua benda dia pro lah.



Orang keempat.

Aku kenal dengan dia lambat r. Tu pun Suci yang kenalkan. Bestie Suci dengan Ana nie. Masa sem satu aku jarang lepak dekat bilik member kelas, rasa macam pelik pulak nak lepak bilik orang. Tu masa sem satulah. Naik sem dua, baru berani sikit nak jalan-jalan ke sana ke mari. Ikutkan masa makan malam tu, Suci join sekali. Tapi disebabkan hal apa tah tinggal kita berdua. Lau tak silap, aku makan paprik, kau ambil tom yam. Sebut pasal tom yam, dialah yang hantu. Pergi makan mana-mana pun, tom yam semedang. Tom yam lover katakan. Aku pun boleh kena tempias kau. 

Yang paling best sekali, kuey teuw kung fu tom yam. Pergh! Memang heaven kalau dapat bantai sebelum habis nanti. Selain pada tom yam, kau minat steamboat gak kan? Nak pergi seoul garden sampai sudah tak tercapai. Tapi lepak dengan kau tak pernah jemulah, sebab kau pelik. So ada je idea giler yang nak dibuat. Lagi satu, kau jenis tak susah nak bawak jalan. On je kalau nak makan malam kat luar even tak tau pun hala sebenar. Ingat tak kita bantai makan malam kat SRU malam tu? Duit ada semua on lah....cuba kalau tadak, memang beli maggi je lah....orang yang aku selalu tanya pendapat. Thanks buddy sebab sudi layan karenah aku. 

Sebenarnya banyak lagi aku nak bebel pasal korang. Nak cerita semua benda yang berlaku sepanjang sem lima. Masa screw prism hilang, pasal aku dengan AFS jatuh bendang, pasal prank seminggu befday girl, pasal bukak puasa kat KP....tapi aku dah kira words entri ni nak seribu lebih...so terpaksalah aku buat part by part...

Kalau korang baca, baguslah...aku nak ucapkan terima kasih sebab jadi sebahagian dalam memori hidup aku. Sebab ada orang hari tu kata dia rindu nak jadi boss...


bersambung....
Hari tu masa Matluthfi kawen, tadaklah aku sedu sangat. Pastu bila Akim kahwin, rasa dia sama macam masa pyan kahwin dengan zul. Tak sedih, tapi macam...macam tu lah. Macam makan nasi berlaukkan garam kosong, macam baca buku tapi satu pun tak faham atau macam tengok cerita ‘Pirates of Carribean’. Budak 90’s dah makin ramai bersalaman dengan tok kadi. Makinlah tua daku rasa. Tahniah buat Akim dan Stacy.

credit and sumber ig Fadzilzahari
Akim kahwin dah hari ni. Hari Jumaat, 1015; 5 Feb 2016. Okay tak sedihlah. Gembira lagi ada, sebab akhirnya mereka bersatu juga! Yay! [sambil kipas mata]

Since when aku minat Akim nih? Jap, belek diari lama dulu...based on apa yang ditulis dalam kitab lama, aku bukan minat Akim yang sebenar, sebab aku lebih minat Akim yang klon. Cyeh! Takdelah...aku memang minat sejak lagu ‘Bengang’ lagi...masa Akim buat konsert lagu Bercinta. Lagu I’m Yours....tak sangka dah nak dekat 10 tahun Akim sebagai artis. Dah jadi suami orang dah pun. Aku? tak payah tanyalah....

sumber IG: Akim & The Majistret
Tadak hal lah Akim dah kahwin pun. Ramai lagi ‘Akim’ kat dalam dunia ni. macam Adele kata, takde dia pun ada ‘Someone like you’ pun okey...tapi tu lah, kita takkan selalu dapat apa yang kita nak. Kadang kita kena belajar menerima apa yang kita tak nak atau tak suka. [quote tadak kaitan..T_T]

So Akim dan Stacy, selamat pengantin baru ya! Semoga bahagia hingga syurga.

credit to IG: Hlive

InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, time aku kahwin nak jemputlah Akim ke majlis. [itupun kalau sudilah, kalau tak terpaksalah panggil akim lain...] hahahahha berangan! calon pun tadak dah fikir pasal artis jemputan...choi! 

Dah! dah! tak baik usha suami orang lama-lama, itu hak milik stacy. Kita mana ada hak....
Entri khas untuk Akim dan stacy sempena korang kahwin. Nanti bila aku rindu korang, bolehlah aku belek entri nih...yelah katanya nak print out blog nanti...

Thanx untuk semua sumber gambar...tak sempat nak kejar flight tadi sebab sibuk uruskan tanah kat Miri ni...huhuhu kalau tak dah lama duduk sebelah stacy tadi...[okay! memang kena stop berangan...]

dah lama giler akim tak update blog dia...habis suda artis pujaan yang single mingle....sendiri lagi...
tetiba lagu zaiton sameon bergema dalam kepala...
"Dulu aku sendiri...kini masih sendiri"

Huhuhuhuhu...okay bye....ku rawat luka ini ditikar sejadah dulu.....

Liputan dari the rakyat post tentang perkahwinan Akim dan Stacy
lagi banyak gambar kahwin akim dan stacy
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Saya doakan apa jua yang berlaku, semoga dipermudahkan urusan kalian🤲🏻

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.com Tahun 2026
    6 jam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: BAPAKU BUKAN BAPAKU :.
    20 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    PERTANDINGAN TIKTOK PEMBACAAN KREATIF PERPADUAN 2026
    2 hari yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    5 hari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    3 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    8 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (6)
    • ▼  April (1)
      • Syawal, Mercun dan Mall Hunting
    • ►  Mac (5)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026