Entah angin pantai mana menyeru semua memori dari utara ni...tak sangka 2016 muncul sebagai tahun terakhir jejak Araustralia. Time nak habis macam nilah, rasa sayang pulak nak berpisah. Yeah, tanpa pertemuan mana mungkin kita berpisah.
Kuasa rindu tiada siapa dapat lawankan?
Hai korang! Entri ni aku buat khas untuk korang. Iya, aku
tau memang lepas ni kita akan jumpa lagi...tapi incase caturan kita tak selari
dengan aturan Ilahi, so aku tak naklah biarkan semua rasa ni terperam dalam
diari. Untuk yang pernah hadir dalam layar memori seorang sofie di Arau, aku
ucapkan terima kasih sebab sudi jadi senyuman aku di hari kelak.
Sebenarnya masa aku tulis entri ni lagu Pergi; Aizat yang main,...tapi macam takde kaitan so, terimalah "Semua tentang kita" by Peterpan....
Orang pertama yang aku akan cerita adalah kisah AFS.
Sesi kenal dengan kau, aku ingat lagi masa tu kelas pertama
CTU101. Ustaz tak masuk pun. Kau duduk depan, sebelah aku. Dan ice breaking pun
bermula. Kau tanya aku jawab, kau jawab aku tanya. Sampailah dua minggu lepas
tu baru kau realize yang aku lagi tua dari kau. Dan sejak dari sem satu
sampailah sem lima, kita selalu satu group LP. Aku pernah sakiti kau, aku tanya,
kau kata okay. Sabar kau memang tinggilah!
Aku pernah datang rumah kau, kau
bila lagi nak datang rumah aku? Sayang rasa nak berpisah dengan kau. Tapi tu
lah...aku selalu kasar dengan kau, sebab teringin gak nak tengok respon kau,
tapi sepanjang tiga tahun kenal kau, kau memang tak cepat melatah. Tabik r
dengan kau. Aku tau kau ramai peminat. Memang patut pun. Sampai aku rasa aku
tak layak ada kawan sebaik kau. Aku kasar, kau berhemah. [kipas mata jap...]
paling kasar aku pernah marah kau masa befday kau yang ke 20. Sebenar aku
takdelah marah sangat, tapi tu lah...kau memang baik. Bertuah siapa dapat kau.
Aku? hahahah, takpayahlah...
Orang kedua.
Kau ego memang tinggikan? Sanggup tukar dari satu group LP
dengan aku masa sem 3. Menyampah dowh! Iya, aku tau aku termarah kau masa sem
2, tapi takkan sampai macam tu sekali kot! Aku dah minta maaf da pun. Tapi tak
tau pulak maaf aku kena reject. Kau tau tadak sapa boleh tahan dengan baran kau
tu, sampai beberapa orang menangis sebab kau. Ish ish ish...tak baik buat anak
orang menangis. Aku? bazir air mata je menangis untuk kau. Ceyh! Untungla dekan
sem tiga. Sem tiga bagi aku, the worst sem ever. Sebab? Terlalu banyak konflik.
Aku tau kau budak pandai, boleh pergi jauh dalam bidang ni. Aku lepas ni rasa
macam nak tarik diri tapi...tengoklah dulu macam mana. Macam mana aku boleh kenal
dengan kau ek? mungkin sebab sama negeri kot. Tu yang macam cepat nak detect
tu. Dari sem satu sampai habis study, plan nak balik sekali tak tertunai. It’s
okay it’s alright. Lagipun dah 14 tahun aku pergi balik sorang diri. Lau
berteman macam pelik pulak rasa. Pasal ole-ole kau, nanti aku bawak. Tak leh
nak janjilah. Sebab kau pun datang lambat masa viva nantikan?
Orang ketiga.
Jiran befday aku. Kebetulan benda yang
aku dan kau ambil banyak sama. Ceyh! Contohnya masa MDS. Aku usher, kau budak
gimik. Pastu dari kelab sampailah ke koko, muka kau je aku tengok. [dan kau pun
kata, eleh, kau tu yang tiru...] choi! Mana ada...kau pun macam cerah je dalam
bidang ni. macam mana aku kenal dengan dia? Aku pun tak ingat. Tapi setahu aku,
kitaorang banyak join benda sama. Kebetulan! Kau debat, aku join debate. Dalam
PD, dia ni orang panggil ‘Tory’. Masa zaman ‘tory’, aku macam tak kenal dowh
dia ni sapa. Sumpah lain giler! Kalau kau tanya Ana pun dia 100% setuju.
Oh,
pasal bunga hari tu, aku ada buat entri, lau belum baca ko rajin-rajinlah cari ya...hahahaha. Ha, lagi satu, kau kata nak buat video pasal penang. Lama
jugak aku tunggu. Entah dah siap ke belum ea? Dia nih ramah dengan orang. Baguslah..ingat
tak masa kita lepak kat kopitiam masa final? Topik kita dari sekecil-kecil
perkara, sampailah seluas semesta. Rindu pulak nak lepak ilmiah macam tu. Cuma
tempat tu, kena tukarlah. Sebab lau setiap kali lepak kopitiam, mau kaya kedai
tu. Yang sakitnya, hujung bulan bantai mamee chef. First and last time aku join
korang study untuk final? So, final hari tu, aku tak tanya pun khabar kau macam
mana. Sihat tak? Kadang dia ni, seni kalahkan perempuan, aku pulak yang rasa
tercabar. Dahlah pandai jahit, masak, mengemas, pembersih...senang kata, semua
benda dia pro lah.
Orang keempat.
Aku kenal dengan dia lambat r. Tu pun Suci yang kenalkan.
Bestie Suci dengan Ana nie. Masa sem satu aku jarang lepak dekat bilik member
kelas, rasa macam pelik pulak nak lepak bilik orang. Tu masa sem satulah. Naik
sem dua, baru berani sikit nak jalan-jalan ke sana ke mari. Ikutkan masa makan
malam tu, Suci join sekali. Tapi disebabkan hal apa tah tinggal kita berdua.
Lau tak silap, aku makan paprik, kau ambil tom yam. Sebut pasal tom yam, dialah
yang hantu. Pergi makan mana-mana pun, tom yam semedang. Tom yam lover katakan.
Aku pun boleh kena tempias kau.
Yang paling best sekali, kuey teuw kung fu tom
yam. Pergh! Memang heaven kalau dapat bantai sebelum habis nanti. Selain
pada tom yam, kau minat steamboat gak kan? Nak pergi seoul garden sampai sudah
tak tercapai. Tapi lepak dengan kau tak pernah jemulah, sebab kau pelik. So ada
je idea giler yang nak dibuat. Lagi satu, kau jenis tak susah nak bawak jalan.
On je kalau nak makan malam kat luar even tak tau pun hala sebenar. Ingat tak
kita bantai makan malam kat SRU malam tu? Duit ada semua on lah....cuba kalau
tadak, memang beli maggi je lah....orang yang aku selalu tanya pendapat. Thanks
buddy sebab sudi layan karenah aku.
Sebenarnya banyak lagi aku nak bebel pasal korang. Nak cerita semua benda yang berlaku sepanjang sem lima. Masa screw prism hilang, pasal aku dengan AFS jatuh bendang, pasal prank seminggu befday girl, pasal bukak puasa kat KP....tapi aku dah kira words entri ni nak seribu lebih...so terpaksalah aku buat part by part...
Kalau korang baca, baguslah...aku nak ucapkan terima kasih sebab jadi sebahagian dalam memori hidup aku. Sebab ada orang hari tu kata dia rindu nak jadi boss...
Hari tu masa Matluthfikawen, tadaklah aku sedu sangat.
Pastu bila Akim kahwin, rasa dia sama macam masa pyan kahwin dengan zul. Tak sedih,
tapi macam...macam tu lah. Macam makan nasi berlaukkan garam kosong, macam baca
buku tapi satu pun tak faham atau macam tengok cerita ‘Pirates of Carribean’. Budak
90’s dah makin ramai bersalaman dengan tok kadi. Makinlah tua daku rasa.
Tahniah buat Akim dan Stacy.
Akim kahwin dah hari ni. Hari Jumaat, 1015; 5 Feb 2016. Okay
tak sedihlah. Gembira lagi ada, sebab akhirnya mereka bersatu juga! Yay!
[sambil kipas mata]
Since when aku minat Akim nih? Jap, belek diari lama
dulu...based on apa yang ditulis dalam kitab lama, aku bukan minat Akim yang
sebenar, sebab aku lebih minat Akim yang klon. Cyeh! Takdelah...aku memang
minat sejak lagu ‘Bengang’ lagi...masa Akim buat konsert lagu Bercinta. Lagu
I’m Yours....tak sangka dah nak dekat 10 tahun Akim sebagai artis. Dah jadi
suami orang dah pun. Aku? tak payah tanyalah....
Tadak hal lah Akim dah kahwin pun. Ramai lagi ‘Akim’ kat dalam
dunia ni. macam Adele kata, takde dia pun ada ‘Someone like you’ pun
okey...tapi tu lah, kita takkan selalu dapat apa yang kita nak. Kadang kita
kena belajar menerima apa yang kita tak nak atau tak suka. [quote tadak kaitan..T_T]
So Akim dan Stacy, selamat pengantin baru ya! Semoga bahagia hingga
syurga.
InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, time aku kahwin nak jemputlah Akim ke majlis. [itupun kalau sudilah, kalau tak terpaksalah panggil akim lain...] hahahahha berangan! calon pun tadak dah fikir pasal artis jemputan...choi!
Dah! dah! tak baik usha suami orang lama-lama, itu hak milik stacy. Kita mana ada hak....
Entri khas untuk Akim dan stacy sempena korang kahwin. Nanti bila aku rindu korang, bolehlah aku belek entri nih...yelah katanya nak print out blog nanti...
Thanx untuk semua sumber gambar...tak sempat nak kejar flight tadi sebab sibuk uruskan tanah kat Miri ni...huhuhu kalau tak dah lama duduk sebelah stacy tadi...[okay! memang kena stop berangan...]
dah lama giler akim tak update blog dia...habis suda artis pujaan yang single mingle....sendiri lagi...
tetiba lagu zaiton sameon bergema dalam kepala...
"Dulu aku sendiri...kini masih sendiri"
Huhuhuhuhu...okay bye....ku rawat luka ini ditikar sejadah dulu.....
Sebab ramai yang suka membaca. Kenapa
kita membaca? Untuk tambahkan ilmu pengetahuan. Kenapa kita perlu tambahkan
ilmu? Sebab ilmu dapat selamatkan kita dari kejahilan. Kenapa kita perlu
selamatkan diri dari kejahilan? sebab jahil itu merbahaya.
“ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya...”
Dunia penulisan takkan pernah berhenti. Maka, tulislah dari
hati. Bukan untuk kebanggaan diri, tapi untuk menyampaikan mesej yang penting.
Menulis untuk luahkan rasa kepuasan yang hanya orang suka menulis faham. Menulis
untuk kongsikan pengalaman, ilmu pengetahuan dan pandangan secara rasional. Kita
bagi orang berfikir sejenak tentang apa yang kita tulis, apa yang kita kiaskan.
The way atau gaya penulisan kita, adalah gambaran diri kita. Perasaan kita.
Gembira, sedih, terluka atau terujakah hari-hari yang kita lalui? Tulisan akan
eksperesikan segalanya. Orang yang baca pun boleh dapat rasa semua perasaan tu
kalau kita menulis dari hati dengan emosi yang terkawal. [sebab kalau emosi tak
dikawal, tulisan kita akan lebih kepada menghentam...] (angguk kalau setuju...)
Kalau yang pandai
compose muzik, mereka akan guna instrumen dan lirik. Kalau melukis, mereka akan
lakarkan dalam sebuah lukisan. Caranya berbeza, tapi mesej atau misi dia tetap
sama;
“ingin menyampaikan sesuatu secara umum tapi masih miliki makna yang tersirat
dan sarat untuk diungkaikan...”
yeah...true...
Itu definisi kata kerja menulis bagi aku. Aku yang menulis
sebagai cara untuk ‘menghilangkan’ diri. Cara untuk ungkapkan rasa yang
dilalui. Kenapa masih lagi nak ‘menyimpang’? tak boleh ke cakap ‘direct’ secara
telus? Boleh je sebenar, tapi tak semua boleh menerima ketelusan tu. Dalam
frasa kasarnya
“Don’t give a shit if you can’t take it” –Enders Game-
Situasi semua orang sama. There’s no unique anymore.
Jika
semua orang ingin jadi berbeza, bukankan sama tu?-Terbaik Dari Langit-
Dalam menulis jangan terlalu asyik berpunjangga [pesanan
untuk diri sendiri]. Sebab tak semua rela mengusutkan fikiran yang sedia
serabut. Ada batasnya. Ada limitnya. Macam dulu, aku rasa serabut sangat bila
baca hikayat cerita lama. Lagi-lagi dalam siri sehijau warna daun sampailah ke
kerusi.
siri buku komsas lama
Masa sekolah rendah aku selalu skip bahagian tradisional tu. Sebab aku
tak faham kenapa perlu diulang ‘maka’ dan ‘arakian’ tu banyak kali. Setiap kali
cuba faham, aku macam nak termuntah. Habis renyuk jugaklah buku tu dibuatnya.
Protes sebab tak faham. Padahal cerita tu simple je. Nak cerita yang pak lebai
tu malang dia bertimpa-timpa.
Itu kata aku masa baru kenal karangan dua muka. Tapi, bila
didedahkan dengan pelbagai jenis bahan bacaan dan gaya penulisan, baru aku
sedar betapa indahnya sastera tradisional. Sebab tu lah masa UPSR dulu aku
boleh skor dua subjek je; pemahaman dan penulisan. Aku tak minat buat karangan
isu semasa. Sebab bagi aku tulisan tu nanti akan bernada serius. Tegang! Aku
suka tulis atau pilih karangan perbincangan, pandangan, tulisan bebas. Idea
kreatif. [ye, walau diakui gaya tulisan aku sampai sekarang bosan..T_T]
So, back to kenapa kita menulis.
Aku jawab sebab nak ‘hilangkan’
diri. Korang pula? Adakah korang menulis sebab isi
masa lapang? Atau menulis sebab kerjaya korang perlukan tulisan korang? In case
ada yang membaca sini merupakan seorang novelis, atau penyelaras, atau penulis
artikel majalah, akhbar dan macam-macam lagi...sape tahu kan?
Akhir kalam, jangan berhenti menulis...sebab nanti tulisan jadi buruk giler....
Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨