Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Entah angin pantai mana menyeru semua memori dari utara ni...tak sangka 2016 muncul sebagai tahun terakhir jejak Araustralia. Time nak habis macam nilah, rasa sayang pulak nak berpisah. Yeah, tanpa pertemuan mana mungkin kita berpisah.

Kuasa rindu tiada siapa dapat lawankan?

Hai korang! Entri ni aku buat khas untuk korang. Iya, aku tau memang lepas ni kita akan jumpa lagi...tapi incase caturan kita tak selari dengan aturan Ilahi, so aku tak naklah biarkan semua rasa ni terperam dalam diari. Untuk yang pernah hadir dalam layar memori seorang sofie di Arau, aku ucapkan terima kasih sebab sudi jadi senyuman aku di hari kelak.

Sebenarnya masa aku tulis entri ni lagu Pergi; Aizat yang main,...tapi macam takde kaitan so, terimalah "Semua tentang kita" by Peterpan....


Orang pertama yang aku akan cerita adalah kisah AFS.
Sesi kenal dengan kau, aku ingat lagi masa tu kelas pertama CTU101. Ustaz tak masuk pun. Kau duduk depan, sebelah aku. Dan ice breaking pun bermula. Kau tanya aku jawab, kau jawab aku tanya. Sampailah dua minggu lepas tu baru kau realize yang aku lagi tua dari kau. Dan sejak dari sem satu sampailah sem lima, kita selalu satu group LP. Aku pernah sakiti kau, aku tanya, kau kata okay. Sabar kau memang tinggilah! 

Aku pernah datang rumah kau, kau bila lagi nak datang rumah aku? Sayang rasa nak berpisah dengan kau. Tapi tu lah...aku selalu kasar dengan kau, sebab teringin gak nak tengok respon kau, tapi sepanjang tiga tahun kenal kau, kau memang tak cepat melatah. Tabik r dengan kau. Aku tau kau ramai peminat. Memang patut pun. Sampai aku rasa aku tak layak ada kawan sebaik kau. Aku kasar, kau berhemah. [kipas mata jap...] paling kasar aku pernah marah kau masa befday kau yang ke 20. Sebenar aku takdelah marah sangat, tapi tu lah...kau memang baik. Bertuah siapa dapat kau. Aku? hahahah, takpayahlah...


Orang kedua.
Kau ego memang tinggikan? Sanggup tukar dari satu group LP dengan aku masa sem 3. Menyampah dowh! Iya, aku tau aku termarah kau masa sem 2, tapi takkan sampai macam tu sekali kot! Aku dah minta maaf da pun. Tapi tak tau pulak maaf aku kena reject. Kau tau tadak sapa boleh tahan dengan baran kau tu, sampai beberapa orang menangis sebab kau. Ish ish ish...tak baik buat anak orang menangis. Aku? bazir air mata je menangis untuk kau. Ceyh! Untungla dekan sem tiga. Sem tiga bagi aku, the worst sem ever. Sebab? Terlalu banyak konflik. 

Aku tau kau budak pandai, boleh pergi jauh dalam bidang ni. Aku lepas ni rasa macam nak tarik diri tapi...tengoklah dulu macam mana. Macam mana aku boleh kenal dengan kau ek? mungkin sebab sama negeri kot. Tu yang macam cepat nak detect tu. Dari sem satu sampai habis study, plan nak balik sekali tak tertunai. It’s okay it’s alright. Lagipun dah 14 tahun aku pergi balik sorang diri. Lau berteman macam pelik pulak rasa. Pasal ole-ole kau, nanti aku bawak. Tak leh nak janjilah. Sebab kau pun datang lambat masa viva nantikan?


Orang ketiga.
Jiran befday aku. Kebetulan benda yang aku dan kau ambil banyak sama. Ceyh! Contohnya masa MDS. Aku usher, kau budak gimik. Pastu dari kelab sampailah ke koko, muka kau je aku tengok. [dan kau pun kata, eleh, kau tu yang tiru...] choi! Mana ada...kau pun macam cerah je dalam bidang ni. macam mana aku kenal dengan dia? Aku pun tak ingat. Tapi setahu aku, kitaorang banyak join benda sama. Kebetulan! Kau debat, aku join debate. Dalam PD, dia ni orang panggil ‘Tory’. Masa zaman ‘tory’, aku macam tak kenal dowh dia ni sapa. Sumpah lain giler! Kalau kau tanya Ana pun dia 100% setuju. 

Oh, pasal bunga hari tu, aku ada buat entri, lau belum baca ko rajin-rajinlah cari ya...hahahaha. Ha, lagi satu, kau kata nak buat video pasal penang. Lama jugak aku tunggu. Entah dah siap ke belum ea? Dia nih ramah dengan orang. Baguslah..ingat tak masa kita lepak kat kopitiam masa final? Topik kita dari sekecil-kecil perkara, sampailah seluas semesta. Rindu pulak nak lepak ilmiah macam tu. Cuma tempat tu, kena tukarlah. Sebab lau setiap kali lepak kopitiam, mau kaya kedai tu. Yang sakitnya, hujung bulan bantai mamee chef. First and last time aku join korang study untuk final? So, final hari tu, aku tak tanya pun khabar kau macam mana. Sihat tak? Kadang dia ni, seni kalahkan perempuan, aku pulak yang rasa tercabar. Dahlah pandai jahit, masak, mengemas, pembersih...senang kata, semua benda dia pro lah.



Orang keempat.

Aku kenal dengan dia lambat r. Tu pun Suci yang kenalkan. Bestie Suci dengan Ana nie. Masa sem satu aku jarang lepak dekat bilik member kelas, rasa macam pelik pulak nak lepak bilik orang. Tu masa sem satulah. Naik sem dua, baru berani sikit nak jalan-jalan ke sana ke mari. Ikutkan masa makan malam tu, Suci join sekali. Tapi disebabkan hal apa tah tinggal kita berdua. Lau tak silap, aku makan paprik, kau ambil tom yam. Sebut pasal tom yam, dialah yang hantu. Pergi makan mana-mana pun, tom yam semedang. Tom yam lover katakan. Aku pun boleh kena tempias kau. 

Yang paling best sekali, kuey teuw kung fu tom yam. Pergh! Memang heaven kalau dapat bantai sebelum habis nanti. Selain pada tom yam, kau minat steamboat gak kan? Nak pergi seoul garden sampai sudah tak tercapai. Tapi lepak dengan kau tak pernah jemulah, sebab kau pelik. So ada je idea giler yang nak dibuat. Lagi satu, kau jenis tak susah nak bawak jalan. On je kalau nak makan malam kat luar even tak tau pun hala sebenar. Ingat tak kita bantai makan malam kat SRU malam tu? Duit ada semua on lah....cuba kalau tadak, memang beli maggi je lah....orang yang aku selalu tanya pendapat. Thanks buddy sebab sudi layan karenah aku. 

Sebenarnya banyak lagi aku nak bebel pasal korang. Nak cerita semua benda yang berlaku sepanjang sem lima. Masa screw prism hilang, pasal aku dengan AFS jatuh bendang, pasal prank seminggu befday girl, pasal bukak puasa kat KP....tapi aku dah kira words entri ni nak seribu lebih...so terpaksalah aku buat part by part...

Kalau korang baca, baguslah...aku nak ucapkan terima kasih sebab jadi sebahagian dalam memori hidup aku. Sebab ada orang hari tu kata dia rindu nak jadi boss...


bersambung....
Hari tu masa Matluthfi kawen, tadaklah aku sedu sangat. Pastu bila Akim kahwin, rasa dia sama macam masa pyan kahwin dengan zul. Tak sedih, tapi macam...macam tu lah. Macam makan nasi berlaukkan garam kosong, macam baca buku tapi satu pun tak faham atau macam tengok cerita ‘Pirates of Carribean’. Budak 90’s dah makin ramai bersalaman dengan tok kadi. Makinlah tua daku rasa. Tahniah buat Akim dan Stacy.

credit and sumber ig Fadzilzahari
Akim kahwin dah hari ni. Hari Jumaat, 1015; 5 Feb 2016. Okay tak sedihlah. Gembira lagi ada, sebab akhirnya mereka bersatu juga! Yay! [sambil kipas mata]

Since when aku minat Akim nih? Jap, belek diari lama dulu...based on apa yang ditulis dalam kitab lama, aku bukan minat Akim yang sebenar, sebab aku lebih minat Akim yang klon. Cyeh! Takdelah...aku memang minat sejak lagu ‘Bengang’ lagi...masa Akim buat konsert lagu Bercinta. Lagu I’m Yours....tak sangka dah nak dekat 10 tahun Akim sebagai artis. Dah jadi suami orang dah pun. Aku? tak payah tanyalah....

sumber IG: Akim & The Majistret
Tadak hal lah Akim dah kahwin pun. Ramai lagi ‘Akim’ kat dalam dunia ni. macam Adele kata, takde dia pun ada ‘Someone like you’ pun okey...tapi tu lah, kita takkan selalu dapat apa yang kita nak. Kadang kita kena belajar menerima apa yang kita tak nak atau tak suka. [quote tadak kaitan..T_T]

So Akim dan Stacy, selamat pengantin baru ya! Semoga bahagia hingga syurga.

credit to IG: Hlive

InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, time aku kahwin nak jemputlah Akim ke majlis. [itupun kalau sudilah, kalau tak terpaksalah panggil akim lain...] hahahahha berangan! calon pun tadak dah fikir pasal artis jemputan...choi! 

Dah! dah! tak baik usha suami orang lama-lama, itu hak milik stacy. Kita mana ada hak....
Entri khas untuk Akim dan stacy sempena korang kahwin. Nanti bila aku rindu korang, bolehlah aku belek entri nih...yelah katanya nak print out blog nanti...

Thanx untuk semua sumber gambar...tak sempat nak kejar flight tadi sebab sibuk uruskan tanah kat Miri ni...huhuhu kalau tak dah lama duduk sebelah stacy tadi...[okay! memang kena stop berangan...]

dah lama giler akim tak update blog dia...habis suda artis pujaan yang single mingle....sendiri lagi...
tetiba lagu zaiton sameon bergema dalam kepala...
"Dulu aku sendiri...kini masih sendiri"

Huhuhuhuhu...okay bye....ku rawat luka ini ditikar sejadah dulu.....

Liputan dari the rakyat post tentang perkahwinan Akim dan Stacy
lagi banyak gambar kahwin akim dan stacy
Kenapa kita menulis? 
Sebab ramai yang suka membaca. Kenapa kita membaca? Untuk tambahkan ilmu pengetahuan. Kenapa kita perlu tambahkan ilmu? Sebab ilmu dapat selamatkan kita dari kejahilan. Kenapa kita perlu selamatkan diri dari kejahilan? sebab jahil itu merbahaya.

“ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya...”


Dunia penulisan takkan pernah berhenti. Maka, tulislah dari hati. Bukan untuk kebanggaan diri, tapi untuk menyampaikan mesej yang penting. Menulis untuk luahkan rasa kepuasan yang hanya orang suka menulis faham. Menulis untuk kongsikan pengalaman, ilmu pengetahuan dan pandangan secara rasional. Kita bagi orang berfikir sejenak tentang apa yang kita tulis, apa yang kita kiaskan. 

The way atau gaya penulisan kita, adalah gambaran diri kita. Perasaan kita. Gembira, sedih, terluka atau terujakah hari-hari yang kita lalui? Tulisan akan eksperesikan segalanya. Orang yang baca pun boleh dapat rasa semua perasaan tu kalau kita menulis dari hati dengan emosi yang terkawal. [sebab kalau emosi tak dikawal, tulisan kita akan lebih kepada menghentam...] (angguk kalau setuju...)

Kalau yang pandai compose muzik, mereka akan guna instrumen dan lirik. Kalau melukis, mereka akan lakarkan dalam sebuah lukisan. Caranya berbeza, tapi mesej atau misi dia tetap sama;

“ingin menyampaikan sesuatu secara umum tapi masih miliki makna yang tersirat dan sarat untuk diungkaikan...”
yeah...true...

Itu definisi kata kerja menulis bagi aku. Aku yang menulis sebagai cara untuk ‘menghilangkan’ diri. Cara untuk ungkapkan rasa yang dilalui. Kenapa masih lagi nak ‘menyimpang’? tak boleh ke cakap ‘direct’ secara telus? Boleh je sebenar, tapi tak semua boleh menerima ketelusan tu. Dalam frasa kasarnya

“Don’t give a shit if you can’t take it” –Enders Game-

Situasi semua orang sama. There’s no unique anymore.

Jika semua orang ingin jadi berbeza, bukankan sama tu?-Terbaik Dari Langit-

Dalam menulis jangan terlalu asyik berpunjangga [pesanan untuk diri sendiri]. Sebab tak semua rela mengusutkan fikiran yang sedia serabut. Ada batasnya. Ada limitnya. Macam dulu, aku rasa serabut sangat bila baca hikayat cerita lama. Lagi-lagi dalam siri sehijau warna daun sampailah ke kerusi. 

siri buku komsas lama
Masa sekolah rendah aku selalu skip bahagian tradisional tu. Sebab aku tak faham kenapa perlu diulang ‘maka’ dan ‘arakian’ tu banyak kali. Setiap kali cuba faham, aku macam nak termuntah. Habis renyuk jugaklah buku tu dibuatnya. Protes sebab tak faham. Padahal cerita tu simple je. Nak cerita yang pak lebai tu malang dia bertimpa-timpa.

Itu kata aku masa baru kenal karangan dua muka. Tapi, bila didedahkan dengan pelbagai jenis bahan bacaan dan gaya penulisan, baru aku sedar betapa indahnya sastera tradisional. Sebab tu lah masa UPSR dulu aku boleh skor dua subjek je; pemahaman dan penulisan. Aku tak minat buat karangan isu semasa. Sebab bagi aku tulisan tu nanti akan bernada serius. Tegang! Aku suka tulis atau pilih karangan perbincangan, pandangan, tulisan bebas. Idea kreatif. [ye, walau diakui gaya tulisan aku sampai sekarang bosan..T_T]


So, back to kenapa kita menulis. 
Aku jawab sebab nak ‘hilangkan’ diri. Korang pula? Adakah korang menulis sebab isi masa lapang? Atau menulis sebab kerjaya korang perlukan tulisan korang? In case ada yang membaca sini merupakan seorang novelis, atau penyelaras, atau penulis artikel majalah, akhbar dan macam-macam lagi...sape tahu kan?

Akhir kalam, jangan berhenti menulis...sebab nanti tulisan jadi buruk giler....

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    2 jam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    12 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    21 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026