Span atau Iguana?
Span [atau ejaan betulnya sponge]
Span sifatnya menyerap. Dia serap dan membersihkan. Dia
serap dan dia fleksible dalam genggaman. Dia serap semua. Air, minyak,
sabun...tapi takde satu pun boleh ubah bentuk dia melainkan bila terlalu lama.
Span adalah kategori benda. Jamadat? Bukan. Dia benda.
Iguana.
Sifat dia berubah warna ikut persekitaran. Kalau dia ada kat
daun hijau, maka hijaulah warna dia. Kalau dahan coklat, maka coklatlah warna
dia. Kadang mata kita boleh tertipu dengan kehadiran dia. Itu iguana. Dia
makhluk tuhan yang bernyawa. Ada semua fungsi untuk hidup.
Span atau iguana?
Masih lagi bahaskan benda yang sama. Okay, aku biarkan tergantung.
Antara banyak benda dalam dunia ni, orang selalu suruh kita
hidup seperti ikan. Sebab apa? Sebab ikan walau hidup di laut masin rasanya
langsung tak masin melainkan kita yang taburkan garam padanya.
Habis tu kenapa ikan air tawar, rasanya hanyir padahal dia
spesies ikan juga? Apa beza ikan laut dengan air tawar? Contoh ea; Ikan laut ni
bandar. Ikan tawar ni semi urban. Bandar dia tak rosakkan diri sendiri,
melainkan ada yang rosakkan. Kalau semi urban dia ada gaya yang tersendiri yang
jadi tanda bahwa dia tu dari kawasan tertentu. Dia ada identiti. Ada janggut,
misai sebagai tanda yang dia tak sama macam ikan laut. Nilai diorang pun tak
sama. Tapi penghujung diorang tetap sama. Dua-dua akan hanyir.
Apa hubungan span, ikan dan iguana ni?
Dimanipulasikan: Faktor persekitaran/ kategori hidupan atau
benda/ sifat
Bergerak balas: Pengaruh terhadap persekitaran
Dimalarkan: Metafora untuk menyifatkan sifat manusia pada
sesuatu keadaan.
Hipotesisnya, diorang semua ada sebab tersendiri untuk
bersifat begitu.
Kadang, kita hidup seperti span sebab kita nak fleksible dengan keadaan. Kadang kita pilih untuk jadi iguana, kita ikut pengaruh dan arus persekitaran. Dalam masa yang sama juga, kita adalah ikan. Ikan yang tak mudah berubah rasa. Walau kita fleksible dan ikut trend kita masih ada pendirian dan identiti sendiri.
Tergantung mati aksara. Termangu fikir tentang sifat manusia. Kita takkan pernah serupa walau dari sulbi yang sama. Rima tawa pun tak senada, inikan pula hati manusia.
***
Pergi tempat tinggi, cuba bunuh hati.
Pergi tempat tinggi, cuba bunuh hati.
Bila teringat Ilahi,
tapak undur sekaki.
Takut dihakimi kerana membuta tuli.
Tangis bukan simpati.
Tangis ketawakan diri.
Walau belajar setinggi mentari. Otak dibuku lali.
Span, iguana atau ikan?
Okay aku patut stop merapu. Habis semua jamadat dikias.
Okay
stop!
##
##










