Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Span atau Iguana?


Span [atau ejaan betulnya sponge]
Span sifatnya menyerap. Dia serap dan membersihkan. Dia serap dan dia fleksible dalam genggaman. Dia serap semua. Air, minyak, sabun...tapi takde satu pun boleh ubah bentuk dia melainkan bila terlalu lama. Span adalah kategori benda. Jamadat? Bukan. Dia benda.

Iguana.
Sifat dia berubah warna ikut persekitaran. Kalau dia ada kat daun hijau, maka hijaulah warna dia. Kalau dahan coklat, maka coklatlah warna dia. Kadang mata kita boleh tertipu dengan kehadiran dia. Itu iguana. Dia makhluk tuhan yang bernyawa. Ada semua fungsi untuk hidup.

Span atau iguana?
Masih lagi bahaskan benda yang sama. Okay, aku biarkan tergantung.


Antara banyak benda dalam dunia ni, orang selalu suruh kita hidup seperti ikan. Sebab apa? Sebab ikan walau hidup di laut masin rasanya langsung tak masin melainkan kita yang taburkan garam padanya.

Habis tu kenapa ikan air tawar, rasanya hanyir padahal dia spesies ikan juga? Apa beza ikan laut dengan air tawar? Contoh ea; Ikan laut ni bandar. Ikan tawar ni semi urban. Bandar dia tak rosakkan diri sendiri, melainkan ada yang rosakkan. Kalau semi urban dia ada gaya yang tersendiri yang jadi tanda bahwa dia tu dari kawasan tertentu. Dia ada identiti. Ada janggut, misai sebagai tanda yang dia tak sama macam ikan laut. Nilai diorang pun tak sama. Tapi penghujung diorang tetap sama. Dua-dua akan hanyir.


Apa hubungan span, ikan dan iguana ni?
Dimanipulasikan: Faktor persekitaran/ kategori hidupan atau benda/ sifat
Bergerak balas: Pengaruh terhadap persekitaran
Dimalarkan: Metafora untuk menyifatkan sifat manusia pada sesuatu keadaan.
Hipotesisnya, diorang semua ada sebab tersendiri untuk bersifat begitu.

Kadang, kita hidup seperti span sebab kita nak fleksible dengan keadaan. Kadang kita pilih untuk jadi iguana, kita ikut pengaruh dan arus persekitaran. Dalam masa yang sama juga, kita adalah ikan. Ikan yang tak mudah berubah rasa. Walau kita fleksible dan ikut trend kita masih ada pendirian dan identiti sendiri.

Tergantung mati aksara. Termangu fikir tentang sifat manusia. Kita takkan pernah serupa walau dari sulbi yang sama. Rima tawa pun tak senada, inikan pula hati manusia.

***
Pergi tempat tinggi, cuba bunuh hati. 
Bila teringat Ilahi, tapak undur sekaki. 
Takut dihakimi kerana membuta tuli. 
Tangis bukan simpati. Tangis ketawakan diri. 
Walau belajar setinggi mentari. Otak dibuku lali.

Span, iguana atau ikan?
Okay aku patut stop merapu. Habis semua jamadat dikias. 
Okay stop!

##
Holla there!
Miss my entry huh? Dah habis godek semua entry dari 140414? Kalau ya, tahniah dowh! Terharu giler kalau ada orang sudi belek semua entry dari semengarut-ngarutnya sehingga sedalam lowest astronomical chart. Fuh! Ada yang lemas tak setakat ni? Bukan lemas dalam lautan yang takde sempadan ni..lemas dalam aksara yang tak terjangkau...takde kan? syukur!


Still alive huh?
So, as you all can see, aku pun dah update entry, kira masih hiduplah ni. Tapi, kalau tetiba aku buat entry autopublish padahal aku sebenarnya dah takde, korang percaya tak yang aku dah takde? T_T Okay! takmau tau...[tapi, mesti pernah terfikirkan? macam mana aku nak publish entry yang mengatakan aku dah takde bila aku dah takde nanti?....hurm...kena tulis wasiat ni...] oh, wasiat akhir zaman ni kedengaran pelik pulak untuk ditunaikan... 

Pandangan koranglah kan,

patut atau tidak delete blog kalau kita da takde?

Blog kot...blog...blog ni tak macam akaun media sosial yang lain...sebab dia blog. Kind of diari umum. Macam setiap entri ada cerita dan presepsi yang sendiri...Blog, dimana sebuah kehidupan lain bermula. 


Still Alive?
Alhamdulillah. Tak kiralah apa pun yang korang buat, tapi selagi dapat memberi manfaat kepada kehidupan yang lain itulah sebaik-baiknya kehidupan. 

Itulah kadang kita sepi di alam yang lain kerana kita nak memberi kehidupan di alam yang lain...

Kalau istilah lainnya; "Kita semua ada hidup yang perlu dihidup..." Terfikir tak, orang yang hidup di alam sosial ni, dia hidup tak di 'alam sebenar'? Kadang benda tu macam berlaku gak kat aku...aku macam takleh nak stabilkan hidup lagi. Bercelaru bagai rak buku yang tak disusun ikut jenis. Pening nak cari!

Syukur, masih bernafas. Ada peluang untuk perbetulkan semua. Stabilkan semua sisi hidup, stabilkan ekonomi, stabilkan semuanya. Antara realiti, impian, harapan, angan, kewangan...mengejar semua dengan umur yang semakin berkurang....terasa tak terkejar...terasa macam puntung rokok. Walau tau ia berbahaya, tapi untuk kepuasan dan ketagihan semua letak tepi..

Contoh ea...puntung rokok tu umur kita, benda dalam puntung rokok tu pulak dunia, kita adalah bara. Umpamanya kita bakar umur untuk dapatkan semua isi dunia walaupun hujungnya kita tahu yang tinggal hanyalah abu, Berbaloi tak? 


Tertakluk pada kesenian asap yang dapat dihasilkan. Kalau macam tu, apa beza dengan ubat nyamuk bakar? At least, ubat nyamuk tu dia bermanfaat untuk bunuh nyamuk. Maksudnya disini, berbaloilah kita 'bakar diri' untuk dapatkan semua dari kita langsung tak nyalakan api kan? Isi dunia tak dapat, nyamuk pun tak mati...

Syukur masih hidup. Bukan sebagai puntung rokok atau ubat nyamuk. Tapi sebagai seorang manusia yang tak pernah leka untuk merencana. 

Terima kasih sudi baca! 
Jangan lupa suarakan rasa
Dalam ruangan yang disedia...
Akhir kata, salam malam dari hamba...

p/s: boleh terlupa istilah untuk kapal selam yang tenggelam adalah tenggelam, bukan terselam, terendam atau terlemas...^_^! 
Assalamualaikum warga bumi yang sedang memerhati dan menilai dari bahasa hati yang tak berbunyi tapi bersuara nyaring dalam kepala.

[Okeh, salam pun panjang kemain kan?] Abaikan semua tu. Seperti tajuk yang tertera, sekarang ni...atau lebih tepat lagi pada detik 23:21 lagi sekali aku diamuk rasa tak berpenghujung! Apakah rasa itu wahai kalian yang sedang tekun membaca? Aku tak tahu...mungkin kalian tahu? Bagaimana?

Begini kisahnya...sebelum itu suka aku pesan agar kalian baca entri ini dengan intonasi cerita lama. Dimana dengan sebutan 'mana' bukan 'mane'. Kalian tak minat klasik? tidak mengapa...boleh terus ke kotak bualan tanda pernah datang ke mari.


Rasa itu tidak mengizinkan aku luahkan dalam bentuk suara. 
Rasa itu seperti rela ditayangkan dalam aksara. 
Rasa itu tidak berperisa
Tapi, cukup derita untuk dicerita,

Nah, kau dapat rasa apa yang sedangku rasa? Belum? Tidak mengapa, kerna aku tak paksa...

Cerita lama berpesan pada aku,
Kalau mahu maju jangan segan silu,
Bertanya bila tidak tahu,
Menjawab bila ada ilmu.

Sudah! Aku berhenti sekerat ini dahulu. 
Biar amukan rasa itu hanya tempias pada aku,
Bukan kamu mahupun kamu,
Risau kelak ia kan ganggu lenamu...


Kalian rasa aku sedang berpuisi? 
Mana ada...aku hanya diamuk rasa yang gila tanpa hujungnya. Mungkin iakan berakhir bila suria menjelma. Tapi kembali menyeringai bila malam tiba. Usah risau! Kerna siang itu lagi panjang dari malam. Damailah rasa itu disana. Sana. Sana...


Selamat malam kalian yang budiman.
Terima kasih sudi meneman
Hingga ke hujung perenggan
Moga kalian tidur dalam Iman (~_~)
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    6 jam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    15 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    Sehari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026