Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Assalamualaikum warga bumi yang sedang memerhati dan menilai dari bahasa hati yang tak berbunyi tapi bersuara nyaring dalam kepala.

[Okeh, salam pun panjang kemain kan?] Abaikan semua tu. Seperti tajuk yang tertera, sekarang ni...atau lebih tepat lagi pada detik 23:21 lagi sekali aku diamuk rasa tak berpenghujung! Apakah rasa itu wahai kalian yang sedang tekun membaca? Aku tak tahu...mungkin kalian tahu? Bagaimana?

Begini kisahnya...sebelum itu suka aku pesan agar kalian baca entri ini dengan intonasi cerita lama. Dimana dengan sebutan 'mana' bukan 'mane'. Kalian tak minat klasik? tidak mengapa...boleh terus ke kotak bualan tanda pernah datang ke mari.


Rasa itu tidak mengizinkan aku luahkan dalam bentuk suara. 
Rasa itu seperti rela ditayangkan dalam aksara. 
Rasa itu tidak berperisa
Tapi, cukup derita untuk dicerita,

Nah, kau dapat rasa apa yang sedangku rasa? Belum? Tidak mengapa, kerna aku tak paksa...

Cerita lama berpesan pada aku,
Kalau mahu maju jangan segan silu,
Bertanya bila tidak tahu,
Menjawab bila ada ilmu.

Sudah! Aku berhenti sekerat ini dahulu. 
Biar amukan rasa itu hanya tempias pada aku,
Bukan kamu mahupun kamu,
Risau kelak ia kan ganggu lenamu...


Kalian rasa aku sedang berpuisi? 
Mana ada...aku hanya diamuk rasa yang gila tanpa hujungnya. Mungkin iakan berakhir bila suria menjelma. Tapi kembali menyeringai bila malam tiba. Usah risau! Kerna siang itu lagi panjang dari malam. Damailah rasa itu disana. Sana. Sana...


Selamat malam kalian yang budiman.
Terima kasih sudi meneman
Hingga ke hujung perenggan
Moga kalian tidur dalam Iman (~_~)
Aku tak taulah pasal apa ayat aku sejak dua menjak ni macam 'berat' je nak keluar. Bila dah keluar rasa 'dalam' je baca. Macam ada maksud dalam maksud yang dimaksudkan tanpa maksud yang sebenar ingin disampaikan. Fuh! Apakebendanya tu? Aku yang nak tulis pun boleh hela nafas berat, inikan orang yang membacanya. 

Nak baca satu hal. Nak interprets lagi satu hal. Hari ni rabu semua orang ayat kurang, gambar lebih. Yang aku pulak, ayat lebih gambar kurang. Suka hatilah labu....


Apa maksud terbang dilangit?
Terbang dilangit ni istilah untuk sebuah kebebasan yang selalu diguna oleh ramai orang. Asal terbang je, bebas. Asal bebas je, melayang. Satu gambaran perasaan tanpa sebarang rintangan. Padahal nak terbang pun banyak rintangan sebenarnya.

Habis renang didasar tu bebas ke? 
Aku tak pandai berenang. Bagi aku istilah ni seperti bunuh dirilah. Nak kedasar laut buat apa? Boleh pecah kepala dek tekanan lautan dengan kegelapan yang penuh binatang pelik-pelik. Tak maulah!

Sebenarnya kita semua nak terbang dilangit dan takut untuk renang didasar. Sebab apa? Sebab benda dilangit semua orang boleh nampak, tapi benda dalam laut, tak semua berani tengok.


Dasar tu aku boleh samakan dengan sisi-sisi dalam diri seseorang. Ada cantik, ada gelap, ada pearl, ada ikan jerung, ada Nemo, ada spongebob...dan macam-macam! sebab tu ada lagu kata..."Don't get too close, it's dark inside..." 

Langit? Langit itu posisi kita dalam lingkungan sosial. Apasal pulak? Sebab, warna laut datangnya dari pantulan dan penyerapan persekitaran dia. Yang paling memberi impak pada warna dia, adalah langit dan benda yang ada dalam laut tu. Pantulan tu datang dari warna. Warna datangnya dari mainan cahaya. Dan cahaya itu adalah lambang jiwa kita.

So, choose your society wisely because it determine your personality...


Dan lagi sekali aku tertulis entri 'berat' yang mungkin sukar dihadam. Dan aku terpaksa 'kunyah' lebih dari 33 kali bagi senang telan. 'Blender'kan lagi bagus! Jalan singkat tak selalunya berkat. Oh God! aku rasa minda aku dah sesat dalam lautan hingga ke dasar mean lower low water...Dan aku patut hentikan tarian jari diatas papan kekunci ni. 

For those yang baca dengan gigih dan cuba untuk faham, aku ucapkan tahniah dan terima kasih sejauh pluto dipandangan dan sedalam dasar lautan.

Dah...aku dah habis....thanx for reading again!
Bebas berantai ni dia punya lingkungan tak besar. Radius dia pun tak panjang. Macam sempadan Sarawak kat Laut China Selatan la lebih kurang. Nampak macam besar, tapi tak boleh pergi jauh. Bila lebih dari had, kita kan dipersalahkan kerana melanggar peraturan. Macam zombi yang terikat dengan rantai besi. Dapat bayangkan tak?

Samalah seperti orang yang hidup dia penuh kebebasan, tapi jiwa dia terbelenggu. Boleh jugak disamakan dengan burung merak, bersayap tapi tak boleh terbang. Nak bebas tapi ada rantai yang menjerut. Ronta atau biarkan, tetap akan mati. Jadi jalan selamat, pilihlah bertenang. Seperti dibiarkan tapi dalam minda penuh perancangan. Susun atur nafas dengan perlahan supaya tak tewas kerana putus harapan.


Bebas berantai situasi dia tak sama dengan gantung tak bertali atau layang-layang putus tali. Gantung tak bertali dengan layang-layang putus tali ni, kalau dia jatuh atau terhempas, memang teruk kesan dia. Konsep dimana letaknya rantai atau tali tu bergantung pada presepsi seseorang.

Kadang letaknya di pergelangan tangan seperti gelang, kadang seperti rantai yang memukau tapi bisa menjerut. Boleh jadi seperti gelang besi dikaki seperti banduan merbahaya. Kadang tali itu digenggam oleh kita. Ada masanya jugak tali tu seperti pelampung ketika kita lemas, seperti sayap ketika kita hampir terhempas dan seperti titian untuk kita ke seberang.


Siapalah taknak hidup bebaskan? Bebas dari apa jua segi yang hanya korang sendiri tahu definisinya. Dalam terlalu teruja untuk hidup bebas, jangan sampai tersalah melepaskan tali dalam genggaman atau memutuskan rantai yang diikat. Sebab boleh jadi tali atau rantai itu adalah hidayah dari Tuhan. 

Maka fleksible kan ‘tali hidup’. Supaya ‘tali itu’ dapat membawa kita lebih jauh dan selamat ke destinasi impian.


Fuh! sekarang ni aku pulak yang rasa terpenjara. 
Thanx for reading!
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WORDLESS WEDNESDAY 10/26 :.
    9 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Misi tebas rumput di laluan berbata
    14 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    2 hari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026