Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Notis: 
Kepada semua yang join First Mini GA by Tashira tempoh hari, bolehlah semak kat sini untuk senarai pemenang. 

Jadi entri aku kali ni adalah mengreview blog yang menang dibawah tajaan aku sendiri. Peserta #32 telah berjaya menjadi pemilik novel adiwarna keluaran terbaru! Blog yang bertuah itu jatuh kepada........*bunyi gimik*


Tahniah kepada shawal!

So sebelum aku post hadiah dekat shawal, aku nak review sedikit tentang blog dia...

Shawal guna tema Hitam+Putih untuk blog dia. Umur dia pun muda lagi...dan aku rasa sangat tua bila dia gelarkan aku kakak...[takleh terima hakikat yang diri tu dah berusia...] Dia start blogging pada tahun 2011. Masa zaman blog gilang gemilang dan dipenuhi dengan lagenda otai. 

Apa yang menariknya, blog shawal sedang anjurkan Giveaway sempena tahun baru dimana salah seorang sponsornya adalah aku....[tu yang terkejut bila tahu shawal yang menang...] okeh, kepada yang belum join GA tu bolehlah klik sini...

Kategori blog ni bercampur. Macam-macam ada! Info islamik, tips kesihatan, movie review dan pendidikan. Senang cerita kalau nak cari info islamik dalam masa yang sama nak tahu pasal movie, mungkin boleh jenguk blog ni. Based on archive dia, mungkin shawal termasuk salah seorang peminat k-pop. Dan baru-baru ni jugak dia ada update pasal "2015 SBS Drama Awards". 

Dari segi penampilan blog, blog shawal simple dan teratur. Susunan widget yang kemas, tulisan mudah dibaca dan senang loading. First masa mula kenal dengan blog ni, aku baca "AkubudakInnocent". Pastu bila tengok balik, rupanya "aku bukan innocent"....apa da aku nih..mata juling terbalik sudaa....[sorry shawal!]

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada blogger Tashira sebab sudi anjurkan GA ni dan kepada sponsor yang lain juga sebab sudi meriahkan hadiah. 
Tak lupa juga terima kasih kepada semua peserta yang menyokong mini GA ni. 
Tahniah kepada semua yang menang!!
Yang tak menang pulak, jangan sedih-sedih k? 
InsyaAllah ada rezeki di sumber yang tak diduga....

Thanx for reading!
Panas otak 
Ia berlaku bila kita ada idea tapi takde ayat nak diluahkan. Boleh jadi jugak dia berlaku sebab kita terlalu lama mengadap PC tanpa mengalih pandangan ke tempat lain. Kalau situasi macam ni berlaku, bilik yang sejuk pun boleh jadi panas. Siap berpeluh lagi!

Macam tadi, tadilah kot...nak pilih rumah sewa untuk duduk masa viva nanti...sampai otak ni panas. Jem sekejap! dengan busy nak tanya sape je yang nak duduk rumah sewa pastu takde respon. Dari panas otak, boleh turun jadi panas hati. Takpelah, mungkin semua tido awal kot! 


Kitaorang tengah cari rumah sewa yang fully furnished kat sekitar Arau, Kalau boleh dekat dengan kampuslah. Harga yang kitaorang [enam ke lapan orang], bajet sekitar paling mahal 2.4k untuk 53 hari. Itu yang pakcik ni bagilah. Memang harga dah okey sebab termasuk semua bil. Kitaorang pun macam, murahlah tu kan?

Tapi, masalahnya belum lagi bagi kata putus, pak cik tu dah siap bagi nombor akaun lagi suruh bank in deposit. Ai, pak cik biar bebenar? Sebab sekarang yang setuju baru empat orang. Yang lain masih belum respon lagi. Tapi aku dah pesan awal la kat pakcik tu supaya bersabar. No need to rush la...Dia pun okay je lah. 

Panas otak sebab tak membaca kot aku rasa. Tepu je otak ni asyik pandang skrin. Itulah biasanya mood membaca ni naik hantu masa kat U...masa ada final sibuk nak baca novel. Bila dah free macam ni, mood dia tersangkut. Macam nak baca, tapi tak nak baca novel. Sebab nak move on selepas baca sesebuah novel tu makan masa ooo...lagi-lagi kalau baca novel RAM. Tak pun novel Noor Suraya. Yang paling susah sekali nak move on, novel tulisan Pingu Toha dengan Kak shai! Sampai tak boleh nak bezakan mana satu realiti.


So, bacaan aku sekarang more kepada motivasi. Tak pun, panduan ke...selain tu macam...buku-buku yang kurang digemar orang. Contohnya, 'Increasing you financial IQ'. Asal aku baca je, bila orang tanya; "Ko baca buku apa?" Aku pun tunjukkan cover. Pastu si tukang tanya tu pun macam; "Oh" So, motivasi aku macam down bila buku yang menarik dan penting orang bagi respon macam tu. Tapi, aku abaikan je perasaan tu sebab janji aku bahagia baca buku tu. 

Bahan bacaan tu depends gak r. Takdelah semua bahan berat aku baca. Ada jugak kadang nak baca yang ringan-ringan, carilah majalah. Tapi, majalah sekarang mahal wo...dulu lima ringat, sekarang sepuluh ringgit...Gila tak gila!

Okaylah, panas dah otak aku bebel pasal panas otak ni. Mentang-mentang esoK Jumaat, sekati je tido lambat! Tak sedar esok kerja...okaylah...aku chiao lu! 

Jangan panas-panas otak baca blog aku...thanx for reading!
Disebabkan kelmarin dulu aku buat entri yang menakutkan tahap fobia pada waktu yang bergerak perlahan, maka kali ni aku nak memperjelaskan lagi bahawasanya kerja opis ni takdelah seteruk yang aku ceritakan sampai didera waktu bagai..[kesian orang yang nak kerja opis dimomokkan dengan entri mengarut aku. Maafkan saya...] Okay je sebenar kan? Lagi okey kalau kerja tu kita minat dan kita suka. [ni kes tak minat dengan kerja lah sebenarnya ek?]

Apa yang penting, niat semasa pergi kerja. Kalau belum sampai tempat kerja dah fikir nak balik, memang lamalah cerita dia. Cuba kalau niat datang tempat kerja sebab nak tunaikan tanggungjawab (sebagai pelajar) kerana Allah taala. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan dan kerja akan datang dan dilakukan dengan lapang dada. [Pesanan untuk diri sendiri...]


So, untuk korang yang sedang kerja opis atau baru nak kerja opis ke, sebenarnya kerja opis ni seronok....bila ada banyak kerja. betul tak? Selain daripada tu jugak, kerja opis ni ada waktu yang banyak pada sebelah malam. [tapi still rasa tak cukup masa...] Sebab tu lah dalam entri lepas aku ada tulis yang kerja opis ni, sesuai bila dah ada keluarga atau komitmen. 

Jangan risau, kerja opis ni memang cool macam dalam drama...sebab opis ada sediakan air cond. Jarang jumpa opis guna kipas. So kerja opis memang cool! [kadang sampai perlu bawak sweater ngan selimut lagi...]

Dia cuma tak best bila kita masih baru lagi. Atau kita buat sebab terpaksa. Atau bila kita ada konflik di pejabat. Atau disebabkan kita baru, kita takut orang judge kita. Boleh jadi jugak kita tak minat kerja opis sebab lingkungan dia yang seolah-olah terperangkap dalam ruang kecil. Cubicle misalnya. Tambah pulak takde tingkap yang boleh kita lihat langit di sana....jadi semua benda ni, lama-lama boleh jadi tepu jugaklah....



Overall, untuk hadapi suasana pejabat tanpa rasa bosan, memang kitalah yang kena jadi aktif. Sebab suasana opis dah pasif, kalau kita pasif jugak...tu yang boleh jadi mereput...

thanx for reading!
chiao lu!

p/s: baru habis pulun balut hadiah tadi....
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    Sejam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    10 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    20 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026