Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Dengarlah daku berceloteh;

Dua malam berturut-turut aku ngan classmates berhabis kerat tulang nan 14 nih demi 30 markah. Uit, 30 markah tu sangat besar untuk carry mark der..mana nak gali markah banyak tu?

Task dia? Kita orang kena buat satu pre-comp plan dengan skala sebenar siap dengan design sekali...complete pre-comp...mak aih, sape yang tanah dia besar memang sangat-sangat perlukan kudrat semuanya untuk design lot tu..(dan aku pun da guna istilah yang orang tak faham..)

Ah, abaikan semua tu...(pre-comp plan ni macam kita punya proposal untuk buat satu tapak perumahan atau kawasan yang nak dimajukan dan di bahagikan lot dia ikut standard area tapak pembangunan..dan plan ini digunakan sebagai reference oleh engineer dan arkitek...*huraian sesimple mungkin...)

Lastly, kitaorang berjaya submit semua report tu dalam masa yang ditetapkan...Alhamdulillah lepas satu tugasan. At least......, walau sebenarnya lambakan lagi report kena buat....

Memang sakit sikit lah semester ni...sebab? Sebab report banyak GILER tapi kerja kat site tak banyak pun padahal. Penat buat report dengan penat buat kerja luar nisbahnya macam 1:4
Nampak tak disitu...sebenarnya kerja ngadap lappy nie lagi restless dari berjemur bawah matahari.

Kena pulak kalau musim submit report dan assignment dan juga test dua dan final dalam tempoh yang terdekat...mak aih,...terasa macam robot da...tido entah kemana makan pun ikut suka...
(Ini bukan kes suka buat kerja last minit ea, ni kes lambat memproses data dan maklumat...) hahahahaha dah macam cuba bersembunyi di belakang cahaya matahari da...(abaikan peribahasa tu...) 

Sebut pasal peribahasa, teringat masa kirim nasi goreng kat member nie, masa tu dalam keadaan tengah lapar giler (lepas skip berapa kali makan sebab nak siapkan cepat atau kata lainnya malas nak turun beli makanan). Dengan terujanya bukaklah polistrin tu nak makan, sekali nasik dia bapak ciput! 

Bukan tak bersyukur, tapi sangat tak berbaloi dengan harga 7 ringgit untuk nasi yang kalau istilah mengarutnya ayam berak pun besar lagi...(sangat tak senonoh...masa bengang macam-macam istilah mengarut terkeluar...)

Then, daripada mood marah tu member tanya...
"Hang rajin tengok ke ayam berak? Banyak mana, besaq mana..." Dan....hahahaha hahahaha pecah perut kau gelak.... 

Dan aku terpaksa order makanan lain sebab tak memenuhi percentage kekenyangan perut aku...tak pasal-pasal aku black list kan kedai tu...dengan alasan harga tak berpatutan...apa ke dia guna beras emas?!

Macam-macam ragam dorang sepanjang berkampung kat bilik aku. Dah macam hotel da dorang cakap...semua disediakan, maklum kolej masing-masing bukan dekat. 

Masa nilah nak tengok semangat setiakawan kata orang. Susah gelabah kita bersama. Seronok pulak rasa..itu lah hikmahnya report berlambak nih...dan tetiba rasa macam "lumut fever" pulak...rindunya masa tu..

(Lumut fever adalah hydrography camp kat lumut, Perak)
Oklah, best of luck untuk semua yang sudi belek entri ni...sape yang final dengan finalnya...dan apa yang penting;


Kejayaan itu bukan diukur dengan berapa markah kau dapat, tapi berapa banyak usaha kau untuk tolong orang lain dapatkan markah tu...-sofieadie-

rindu zaman lumut....huhuhuhu

Semalam aku berjumpa dengan Sir Z yang mengajar subjek Engin. Surv. 2,..dan dengan penuh ____ (undescribe feeling) aku cuba mintak maaf pasal betapa aku tak perform dengan final paper sem lepas bagi kos tu. Walaweh...betapa kecutnya perut nak kata:

"Sir, saya mintak maaf sebab tak dapat perform final lepas.."

"Ko tak dapat buat pun..."

Hahahahah itu aku tau tu Sir...sebab tu saya spoil tak D sem lepas. Dan aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding jer..Bukan senang kan nak buktikan yang kita boleh, selepas kegagalan yang hampir hadir. Lagi-lagi pada seorang yang mulia bernama Pengajar. Oh Tuhan...

Feeling sem ni rasa macam-macam falsafah berlegar di minda...antaranya:
  • "Kerap mendongak, hingga lupa menjenguk, bila terhantuk baru tersentak.."
  • "Tanpa gagal hidup takkkan pernah berjaya.."
  • "Hidup tanpa gagal ibarat kanvas tanpa corak dan warna..." 

dan macam-macamlah yang aku merapukan hanya untuk memangkinkan balik hati yang galau. Dan last sekali, aku BALIK.


Balik kepada Tuhan. Berkat hidup tu kurang sebab mengabaikan Tuhan. Tahu ilmu, tak amal..kau abaikan..dan bila gagal kau salahkan Tuhan? Apa jenis manusialah aku ni?

Dan sekali lagi..ia berulang..

Bagai bayang hitam yang mengekori..samada aku perlu takut atau lawan.

Akhir sekali aku ambil keputusan seperti last word Sir Z semalam;

"Sofi, kau move forward. Semua benda tu dah lepas. Cuba lagi yang terbaik.."

Siapa faham perasaan tu? Seorang Lect. bagi kita peluang dan harapan untuk kita terus bangkit walau kita dah calitkan parut padanya? Terharu. Serius!

Dan Sem 4 ni banyak yang aku perlu langsaikan untuk kebaikan. Come onlah, barang baik mana ada dapat dengan mudah..semua perlukan Mujahadatunnafsi.. Semua senang bila kita selesaikan urusan dengan Tuhan dahulu... (tetiba rindu zaman '04-'09, lagi-lagi '07)

"Kadang bila dah lama sangat berseorangan cuba untuk berkumpulan, kita rasa terbeban..tapi itulah kehidupan..."-sofieadie-
"ASSALAMUALAIKUM"
(Bebelan seorang Aku, budak tepi jalan...)


Sedih ke bila 'kawan' yang kita cuba untuk berbaik dah tak mahu endahkan kita lagi. Ok itu memang semua salahku...aku yang mulakan perang dingin ni dan aku berusaha untuk tamatkan tapi dah terlambat. Kau dah berpaling pada arah yang bukan lagi boleh aku putarkan masa. Dan aku sangat berharap kau tahu yang aku maafkan dan aku mintak maaf. Maaf dah macam sebati mulut orang lain, tapi bukan untuk mulut aku. Sebab nilai sebuah kemaafan sangat mahal. Dan kau tahu itu.
Aku dan 2015.
Aku dah penat mencuba (oh, mungkin terlalu awal untuk aku ucapkan istilah penat tu...)
Sampaikan aku pernah terfikir, 'mungkin aku patut cek Rahim aku ni, sebab orang perempuan yang takde sifat belas dan penyayang ni berkemungkinan takde Rahim kot!' #meraputaksudah

Kadang releven jugaklah kan...hurm...tak baik sungguhlah aku ni.
Aku cuba berbaik,
Aku panggil kau lari.
Aku bukan nak bertekak
Aku cuma mahu kau fahami...

Kalau kau boleh bagi ceramah dekat orang awam,
kenapa tidak kau selamatkan secara hemah aku yang sebilik?
Mungkin perkara kecil ini kau tak perasan,
Aku sakat kau baran,
Kau provoke aku diam.
Aku tahu kita bukan sehaluan,

Sebab aku tahu;
'mana ada  kawan di waktu ini, yang ada hanya kenalan....kawan sudah tidak ada lagi...'
(credit nasyid by Qathrunnada: Kasih Sayang Sudah Mati....')


Aku harap kau baca.
Kau tahu siapa...

 *Thanks untuk AcikWatie for birthday present! Dah sampai selamat di rumah...nice Acik....
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WORDLESS WEDNESDAY 10/26 :.
    12 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Misi tebas rumput di laluan berbata
    17 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    2 hari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026