Last entry for 2016…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
Bagi aku, 2016 itu macam “tahun yang paling sukar untuk dilupakan…” 
Bagi aku jugak, “2016 adalah tahun akhir jejak Arau sebagai student kampus Arau…”
Lagi??
#
2017: Hai! Holla! Ini 2017. Awak 2016 kan? Awak punya tempoh sewa dah tamat dah dengan budak ni…mungkin awak boleh keluar kot. Bawak barang-barang awak semua tu sekali. Jangan tinggal satu pun tau! 
2016: Aduh! Ada ke patut dihalaunya kita 2015? Aku ada sehari lagi kot duduk sini, tak reti sabar ke?
2015: Alah! kau pun dulu buat kat aku macam tu jugak…apa kau lupa?
2014: Tak payah nak kata orang lah kalau kau sendiri pun lupa apa yag kau buat dekat aku…
2013: Hidup baru azam baru…heh! alih-alih dekat aku jugak yang budak ni ingat…
2012: Eleh! kau jangan perasan ek, dia ingat aku lagilah….come onlah ini 2012…
2011: Iyalah tu…dalam banyak tahun, 2011 paling dia sayang..
2010: Aku bukan nak kata apa, korang tu tahun pahit dia…so, tak payah perasan! aku ni je dia suka…
2009: Aku tahu budak ni paling sukar nak lepaskan aku…
Dan 1992: Kalau bukan tahun aku, korang semua takkan wujudlah…
#
2016. 
Jujur aku cakap, 2016 paling banyak ajar aku untuk hidup. 2016 yang buat aku tak pernah ada target untuk lepasi tahun ini dengan jaya, tapi aku dah berjaya. Berjayakah aku? 
1316. 
Durasi diploma telah tamat tanpa rasmi. Berat untuk tinggalkan semua memori di belakang. Tapi, suatu hari tu…aku mendengar sang bayu menyampaikan salam…dari Arau katanya…

“Suasana itu dicipta dari minda baru jiwa dapat merasa tanpa perlu hadir ke destinasi yang kau rindu…”

Lantas, aku jenguk ke luar jendela…aku nampak kelibat Academic Height. Aku nampak pokok yang menjadi tempat aku berkongsi rasa. Aku dapat hidu bau Arau. Ya! Arau ada satu bau…bau ‘dust’ aku gelarnya dulu…
#
Kau tahu kan, siapa pun tak pernah jangka akan hidup sehingga ke usia ini.
Come onlah, Generasi 1999 dah tamat high school. Takde dah batch 19xx ni…
2016. 
Tahun yang mukaddimahnya langsung tidak aku suka. Tidak pernah hatta mengingatinya buat aku rasa sesak!
Persoalan; sampai bila aku mahu hidup begini? sampai bila aku mahu kejar bayang semalam?
Aku diam…bayang itu lari. Sebab aku sembunyi di bilik gelap. Aku melangkah dalam gelap. Mencari sinar yang tak pernah aku jumpa. 
Dan aku selesa berada diruang itu. 
#
2017
Awalun yang mencabar. Tapi aku suka! 
Kenapa?
Terlalu banyak elements of surprise. Hahahahahha
2016?
Aku takkan pernah lupa tahun ini. tahun yang paling banyak…banyak banyak banyak cerita…cerita yang takkan pernah luput. Separuhnya ada bukti. Sebahagiannya ada saksi…Sukunya pula hanya lagu yang berbicara….
#
Song of the year?
#
Last entry. Isinya berjeda. Banyak….
Last entry 2016, Terasa banyak untuk cerita, tapi sedikit pula yang terluah…
Merenung ke belakang buat aku rasa semakin tak percaya. 
Tahun yang pernah aku hitung dalam buku petak besar dulu kini semakin hampir. 
2020?
Usianya aku sudah menginjak..jauh dari angka dua, perlahan-lahan…
#
Dan aku menatap library sambil dikelilingi nota dari semua subjek. 
Alhamdulillah sudah siap. 
Perang 2017 sudah bermula. 
Pemangkin yang tiada tandingnya. 
#
Baru sedar… Break is the song of the year…
but I still dream about you,…
then I woke up and I’m alone..
Nasib baik dah bagi oreo kat ahli sihir dengan drakula…kalau tidak nightmare saja…
huhuhuhu
###
p/s: oreo dah habis…baru perasan tadi aku makan Nips! 😱 Tak percayanya aku dah lupa tragedi Nips! hahahahhah…
Untuk kamu, aku ucapkan selamat berjuang untuk final exam dan juga hari-hari mendatang….kamulah….kamu yang pernah hulurkan Nips..tapi sayang aku tak ambik…hahahahahah
Menyesal? -tak pun- 
Okay,…aku memang patut chiao…makin merapu halanya….
benci rasa menyesal bila ada peluang…gua takut der…takut pada suatu yang tak pasti..pada impian mungkin aku berani, tapi bila melibatkan barang yang tiada waranti ini, aku memang takut…..
Okay…memang kena chow..

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Last entry for 2016…”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading