Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Well gais, dah nak dua bulan aku tak borak sini. Huh...semangat itu hanya wujud pada Januari saja rupanya. Sudah habis Januari, macam biasa terus tenggelam bersama lapisan ozon yang lain. Buat hal sendiri dan langsung hilang dari radar.

Sometimes...it feels peaceful in this way.

Korang pe cer? Aku alhamdulillah syukur atas segalanya masih dipertemukan Ramadhan Kareem yang ke-1445 Hijrah. Lama jugak aku termenung nak mulakan entri ni. Aku baru je renew domain hari tu. Ingat nak beralih domain platform ke tempat lain since Google Domain dah dibeli oleh dak Shopify jadi macam tak best pulak rasa. Maybe aku patut pindah dia ke Hostinger. Tengoklah macam mana.

Ikut pada hari tu, aku dah nak kubur je blog ni. Maybe sampai disini saja kisah aku dan blog....tapi tu lah tak tahu lagi. Tengoklah macam mana.

Aku pun menaip ni macam takde tenaga yang ceria ha ha ha ha. Apa-apa ajalah.

Bulan Ramadhan macam biasa kesesakan jalan lebih berganda. Aku syukur makan jammed hari-hari, pergi balik kerja itu normal. Aku ni, time kerja kadang sampai lupa semua. Tapi bila dah lega, santai saja kerjanya. Syukur punya kerjaya.

Iftar so far alhamdulillah masih aman. Ada rezeki kita iftar buffet ya gais. InsyaAllah.

So far teraweh aku just buat sendiri. Masih belum berjemaah. Tak rajin nak keluar selepas sangkut jam sekian lama. Merata jammed. Bazaar pun aku pergi yang dekat rumah je. Mostly aku masak, sebab rasa macam lebih selera. Jimat-jimat sikit labu ekonomi tengah macam gini.

Orang lain dok merancang perjalanan balik raya. Ikut suka hangpalah. Aku raya tak raya sama aje rasanya. Macam tu je lah. huhuhu

Takat tu jelah entri aku sekadar kemas sawang ni. Blog lawa-lawa dibela sawang sudahnya. hahahaha

Tengoklah time ada mood ke apa, sekarang mood ke Pluto sudah.

Papehal roger. Adios!

Aku tak tahu samada aku ni yang emo lebih atau tekanan kehidupan yang menyebabkan kesabaran aku semakin menipis. Entahlah...

Bulan January terasa benar panjang. Panjang yang hingga aku sendiri lupa untuk hitung.

Ini pun dah menguap bagai. Nak dikatakan terlalu sibuk itu, tidaklah. Tapi otak ni terasa betul penuhnya. Segala info perlu diserap laju dan tangkas.

Menulis pun tulisan semakin cakar ayam!

Itu ini itu ini, tapi masih jua Januari.

Kestabilan itu semakin jelas, alhamdulillah.

Aku pun macam-macam idea nak diluah.

Tahun ni kena betul-betul korban untuk masa hadapan. Penat pun penatlah badan. Biar mental kuat dan kental. Ini masih belum had maksimum kau.

Kau boleh pergi lagi jauh. Tapi kau malas kan...sebab kau dah selesa. Kenapa nak bertaruh nyawa lagi?

Entahlah tu.

Mental juga dibuatnya dengan rencah kehidupan ini. Serba serbi merasa kurang padahal kecukupan itu sedia terang sudah melimpah.

Apa lagi yang tidak disyukurkan?

Nafsu oh nafsu....tolonglah aku.

Aku tak mampu nak ikut hendak kau saja, aku juga perlu jaga minda, hati, pancaindera dan paling penting dana.

Tekanan itu wujud kerana dana yang semput.

Kau yang cipta ia, kau yang puja dan fikirkan ia sehingga senak dada.

Aku cuba dowh, cuba untuk berlapang kala sempit.

Berdamai kala terhimpit. Tolonglah hambaMu ini Ya Rabb...Aku tewas. Perkuatkan jiwa aku agar tetap bertahan dan perjuang segalanya. Aku masih punya Allah...

Segalanya akan berakhir. Sepanjang mana kau merasa detik dunia ini, di sana iakan menjadi sebuah mimpi. Satu petikan jari...hingga kau merasa kehidupan hari ini adalah sebuah dongeng...

Ya Allah, aku lemah...aku perlu kekuatan dari Engkau Ya Allah....kuatkanlah jiwaku ini untuk menghadapi segala cabaran. Aminnn...

Untuk aku, usahlah cepat melenting.

Tarik nafas dan hela....this too shall pass.

Kau dah lama tak borak dengan diri sendiri kan...duduklah, borak bersama dia. Dia hampir tewas tu...tolong selamatkan jiwa dia. Okay?

Untuk aku, kau kuat! Kau mesti kuat! Kau wajib kuat! Sebab kau, adalah segalanya....Senyum duhai diri...aku bangga dengan kau. Dah dah jangan stress sorang okay....

Aku ada je ni dengan kau....aku sentiasa ada. Janganlah menangis okay...

Ingat tu, kita masih ada kekuatan bersama. Senyum okay ^_^

Bulan Januari sudah pun menghampiri minggu-minggu akhir. Bulan yang agak panjang bagi permulaan tahun 2024.

Januari ada lima minggu. Terasa betul panjangnya.

Aku ni nak dikatakan sibuk, boleh jugaklah setiap kali weekend memang tak menang masa untuk sendiri. Kadang semangat tu lemah betul. Kena paksa betul-betul untuk kuasai dan pelajari perkara baru. Kalau tidak, memang melayan Netflix, series dengan game je lah ha.

Tak salah pun kadang nak luangkan masa dengan aktiviti santai macam tu. Cumanya kurang bermanfaat itu yang tak menjadi pahala buat rasa sia-sia dibuang waktu. Sebab tu bila sibuk, sibuklah sebetulnya. Bila ada masa, buat semua perkara yang kita rasa seronok.

Semalam sambil menunggu, tak sangka aku berjaya habiskan satu buku. Macam, wow....terlalu lama aku tak khatam buku dalam sekali duduk. Sampai apa yang berlaku di sekeliling pun aku dah tak sedar apa.

Hasrat manusia itu selalu menggunung. Hendak dicapai satu persatu selalu memerlukan kesabaran yang tinggi. Tidak tinggi, memang boleh kufur nikmat.

Semua mahu. Ini mahu, itu mahu, kalau boleh sekelip mata semua diperoleh.

Buat kita lupa untuk nikmati pada apa yang ada.

Rasa cukup. Syukur alhamdulillah.

Yakin dengan aturan rezeki Dia.

Tak semua yang kita lihat itu hakikat. - Ini quote adik aku dulu.

Aku pun rasa macam kena polish balik penulisan sendiri. Terasa betul hambarnya. Aku tak tahulah kalau masih ada orang lagi yang belek blog aku ni selain Kak Ana. Thanks Kak Ana rajin baca bebelan entah apa-apa saya. Arigato!

Mungkin sebab aku masih di fasa belajar untuk memahami transisi buat ayat aku terbejat mati. Mungkin...

Padahal setiap minggu otak aku keluar bersiar, setiap kali bukan dihadapan laptop, laju saja ideanya mengalir. Dan bila aku tenang-tenang duduk menghadap, kering betul rasa.

Jadi, untuk hari ni, aku kena paksa untuk hargai setiap detik. Aku tahu detik, saat itu semua berharga. Lebih lagi kita tak dapat mengulang setiap yang berlalu.

Semoga semua rasa itu dipertingkatkan ke arah kebaikan. Amin!

Tajuk buku yang aku baca tu adalah, 'Critical Thinking & Stoicsm'. Buku ni aku beli dekat Google Books. Menghabiskan kredit hasil daripada jawab beberapa Google Survey. Daripada terbiar tamat tempoh macam tu saja, aku pun beli buku ni. Tak sangka sepantas itu aku menghabiskan bacaan. Nampak tak betapa pentingnya pemikiran ini untuk diselenggara.

Makanya, setakat ini sajalah entri bebelan sofie bagi minggu ni. Ada rezeki kita jumpa lagi di entri akan datang, Moga lebih bermanfaat lah. Hahahahaha

Till then amigos!

 

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    7 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    19 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026