Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?" 

Alhamdulillah kita masih disini...bersama sebuah lagi transisi hidup yang belum pasti. Pada sebuah kehidupan yang tidak pernah kita duga akan hidup ke detik ini...

Alhamdulillah...

Siang hari yang sudah, aku ikutkan naik angin. Bengang jugak bila orang yang buat janji sendiri mungkir, walhal aku tidaklah mengikat sangat pada janji. Tapi kecewa jugaklah. Kecewa sebab orang dah bagi harapan. End up kita yang kena rawat balik harapan yang tidak terlerai. Entah apa-apa kan...

Aku cuba untuk tenang. Sabar...nak marah bising-bising pun tak ke mana...maka aku hanya selesaikan ia cara yang lebih waras dan matang.

Kadang aku sendiri tak pasti adakah aku ini terlalu empati atau terlalu naif sehingga baiknya orang selalu tidak ambil serius pada apa yang aku hajat.

Wonder jugak; "Am I a joke to you?"

Entah.

Ke orang tak pernah tengok aku marah dan bengang sehingga mereka suka-suka janji, suka-suka mungkir. Suka-suka pijak arah itu ini seperti aku ni boneka lembu yang dicucuk hidung?

Heh...

Iya, transisi merendahkan ego. Hanya diam sebagai penenang keadaan. Hendak dikecoh, bukan selesaikan apa pun. Hendak diheboh, tidak ke mana jua jawapan. Baiklah kita diam. Kemam dan hadap sendiri. Akhir hidup kita kelak, kita jua yang menjadi sahabat sejati...

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;"

Korang pernah rasa, bilamana korang ada banyak cerita untuk dikongsi tapi kau toleh kanan dan kiri, rupanya kau sendiri. Kaulah yang gembirakan diri kau, kau juga yang membuat diri kau menangis. Dia rasa nak sangat kongsi cerita tapi tu lah...tak jugak semua cerita kita tu layak punya pendengar...

End up kita tenang aja layan sitcom barang se-episod dua. Buat rawat jiwa agar tidak merasa terlalu sepi.

"Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;"

Iya transisi itu amat sunyi...

Sunyi hingga kadang tidur aja kemeriahan alam yang kita punya untuk sandar...

Kadang bila orang tanya, 'Siapa manusia yang kau akan hubungi kala kecemasan?' atau soalan "Siapa yang patut dihubungi jika kau di situasi yang mencelakakan?' (naudzubillah min dzalik!)

Aku sendiri termenung. Siapa ya yang harus aku hubungi? Siapa ya yang berada di talian pantasku?

Termenung jua difikir...

Kau tahu pada cerita aku?

Kau tahu apa khabar terakhir tentangku?

Nah...aku tak rasa kau punya klu...no man...

We are always alone...

Ha ha ha...

Habis jika pada insuran siapa yang kau letak sebagai penama?

....

Jika kecemasan...hubungi...?

Angkat bahu...

Nampak sangat kau tidak punya siapa....hahahaha (although kau tahu yang aku akan hubungi kau...ye kau...)

Ada je...cuma kadang aku tak gemar menjadi beban. Cukup-cukuplah lahirnya aku ini membebankan semua orang...hahahaha

Janganlah perginya kelak jua membebankan. Moga dipermudahkan kehidupan dalam pemergian...

Transisi ini aku hanya diam. Diam dan biar orang membuat tekaan. Biar saja prejudis melanda. Biar saja segalanya...

Hendak dikisah apa sangat...hidup ini singkat. Terlalu singkat untuk diperdebat.

Kata Faizal Tahir, kita santai aja...

Tenang-tenang menikmati hidup...

Transisi ini aku akan hargai setiap detik yang berlalu. Sepahit dan sekelat mana pun, aku akan hadap...

Kerna aku punya Dia...

"Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia."

Dah seminggu jugak dunia blog ni sepi.

Aku pun asyik dengan realiti kadang malas nak hadap dunia maya. Soc med pun malas nak bukak. Update story then blah...orang tak kisah pun pada kehidupan kita, kenapa kita harus bermenung pada kehidupan orang.

Hakikat...orang tak pernah kisah.

Maka, mahu direnung apa lagi? Jalan saja....

Kadang, benda dalam hidup ni jadi rumit bila orang terlalu takut pada ketidak pastian. Risau pada masa hadapan yang belum pasti. Gusar pada tabur janji...

Kadang mahu saja cakap pada diri, sandaran itu harus pada Yang Esa, bukan manusia...baru kita tidak kecewa.

Tapi, jiwa ini punya nafsu sering alpa. Bila rencana tidak berjalan lancar, mulalah mengeluh sedikit kecewa....nyata manusia itu jika janjinya tiada diikat pada Dia, sering punya siur yang kita sukar mahu duga.

Mahu disalah apa? Sudah itu jalannya...Sudah itu cerita dia.

Perkara diluar kawalan kita usahlah terlalu dimenung. Hadap saja jawabnya...

So, aku pun hanya menunggu dan menunggu sambil menitip doa agar segalanya dipermudahkan walau tidak selari dengan rencana...

Alhamdulillah sepanjang cuti ini harinya redup, sejuk dan mendung....cuaca yang sering diidam kala musim cuti panjang. Boleh bersantai, berselubung dibalik barisan cerita buat penglipur lara...

Ingatkan, jika cuti panjang ini dapatlah berteman sehari dua...nyata hanya dinding nan empat jua dihadap. hahahaha...

Lumrahkan hidup ini bersama dinding...karang diakhir senja, pada lianglah peneman...

Itulah kehidupan ini kawan...

Hujung harinya, kita tetap sendiri.

Lebih tenang. Lebih jauh dari riuh yang belum tentu membawa senyum pada bibir...

Syukur...

Syukur pada yang ada. Syukur pada yang setia. Syukur pada yang mengota...

Syukur pada yang bertanya khabar.

Syukur ada Dia...

Renung apa lagi ya?

Idaman semakin hampir,

Kita terusan berusaha sehingga ia menjadi realiti...

Okaylah, entri sekadar buang sawang...cuci laman yang kian berhabuk...jadilah kan walau sekadar cerita yang belum tentu orang faham...

Hidup ini untuk dihayati...bukan difahami...hahahaha

Dah r, chow lu...pape roger!

Adios!

Ah, mengantuknya sejak dua menjak ni...Sekarang balik kerja pun dah tak ikut waktu yang betul. Kadang terlebih masa, kadang terlajak itu ini....Tapi kalau nak dirungut sangat pun tak ke mana. Aku bukanlah nak tunjuk terlalu rajin untuk stay dekat office settlekan kerja orang semua. Tapi tu lah...hakikat hidup sekarang...

2022.

Tak sangka banyak jugak tahun 2022 ajarkan pada aku. Ha, entri throwback lah ni....throwback pada tahun-tahun lalu yang banyak mencorak diri....Time nak menulis macam ni mulalah sakit perut itu ini ragamnya. Secara ringkas, 2022 adalah tahun pembelajaran pada sebuah kehidupan baru.

Paling tidak tersangka adalah...aku berjaya hadapi segala cabaran yang terdampar. Punyalah masa lalui rasa perit betul...tapi bila dah lepas, leganya hanya Tuhan yang tahu...Alhamdulillah, syukur kata orang. Untuk dugaan dan cabaran pada masa hadapan, aku doa agar diperkuatkan lagi jiwa ini untuk menghadapnya. InsyaAllah.

Ayuh kita throwback balik rentetan tahun 2022.

  • Januari adalah bulan terumbang-ambing dalam menggembang dunia kerjaya. Nak tolong orang, tapi kalau sara hidup sendiri tak tertanggung, tak boleh jugak. Struggle itu ini, itu ini...akhirnya....terpaksa memilih untuk keluar dari zon selesa. Time ni aku ingat lagi, aktif betul ikut expo sana sini...kerja bagai nak rak sampai hujung minggu. Sampai orang pun dok kata kita kerja bagai nak rak ni, bukan kerja sebenar. Seolah macam main-main je kerjanya....
  • Selepas beberapa minggu pertimbangan, dan berdasarkan kestabilan yang dilihat terlalu goyah pada waktu itu, maka aku pilih untuk compromise segala hubungan....
  • Dan kalau aku terlalu fikir pada menjaga perasaan orang, aku mungkin langsung takde masa untuk diri....
  • Masa ni memang agak perit dan mencabar. Kerjaya lama zon selesa aku tinggalkan. Ada lebih kurang sepuluh interview aku hadir. Ada tiga tempat yang shortlisted, dan alhamdulillah, aku berada di laluan untuk yang selari dengan pendidikan bertahun aku belajar. Syukur....
  • Aku sebenarnya tak ingat mana apa yang berlaku pada bulan ni. Yang tahu nak fokus kerja dan buat yang terbaik. Sampailah akhir tahun 2022....
  • Raya aku balik kejap. Shootage sana sini walau tahu balik raya bukan ke mana pun. Jumpa mana yang ada, then kembali ke Gotham.
  • Sedar sedar dah December, ada gathering family.
Dan sekarang dah 2023.

Tak sangka dah cecah 2023. Alhamdulillah masih disini. Memperbaiki kehidupan, memperhalusi perjalanan kedewasaan dengan hati yang lebih terbuka dan fikiran yang lebih lapang.

Aku takde benda pun nak share sangat dengan korang. Ada cerita kita kongsi, ada cerita biar kita saja yang tahu....hargai sebuah privasi hidup gitu...

Tu jelah kot post yang sangat tidak menarik ni. Malas jugak n ak update, tapi update jugaklah...sebab rasa macam dah lama takde cerita baru. Huhuhu Mouse aku pun dah takleh scroll, mintak baru gamaknya....

Papehal roger! Till then...

Adios!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    6 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    18 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026