Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

16 Januari 2022.

Tak sangka lagi setahun genaplah usia 10 tahun persahabatan kitakan teman?

Aku rindu korang. Sumpah rindu giler. Rindu nak jumpa, rindu nak borak sampai subuh either in real life atau discord. Rindu gila sampai aku rasa....aku termenangis saat ingat semua detik dan kenangan kita.

Aku rindu korang dowh. Sumpah rindu.

Sekarang dua dari 6 dah ada keluarga. Makin susah nak lepak macam dulu. Dulu sembang bolehlah...kata nak jumpa semua....tapi realiti....masing-masing kesibukan dengan hakikat. Hakikat yang kita perlu pada melunaskan tanggungjawab. Itu ini yang buat masa berlari hingga tak sedar semua lupa bertanya khabar.

'Weh fin, aku rindu gila dekat hgpa'

Itu text yang aku hantar pada Afin yang jauh di Terengganu. Ikut hati, usai balik dari kerja tadi, nak je aku singgah tasik port lepak kitaorang dulu. Tapi aku sedar, aku takde teman. Aku dah takde korang untuk aku borak, sembang pasal hidup, falsafah, impian...angan....aku. dah. takde. sesiapa dowh....

Sedih gila.....

Yang buat aku rasa macam, aku ni replaceable....

Ah, aku je sibuk rindu orang bagai nak rak....orang tak tentu lagi rindu kau pun lah...

Tak tahulah kenapa hari ini rindu itu bagai membuak. Emosi aku pun korang tahukan. Macam roller coaster. Kadang emo terlebih. Kadang hati kering....

2022 dah weh.

2022.

Aku tak kisah hidup Ca yang lain. Korang yang lima ni dah macam beradik aku sendiri....

Entahlah....

Aku tak tahu sampai bila persahabatan kita ni akan kekal.

Tanpa khabar. Tanpa sua...

Mungkin lambat laun ia akan pudar.

Sepudarnya tanpa sedar.

Kau, kau.

Aku, aku...

Takde dah angan yang kita pernah sembang macam dulu.

Lepas dapat mesej denga fini barang setengah jam, aku rasa sedikit okay. Aku masih ada dia walau kita jauh. Aku rindu gila nak sembang dengan hang fin....

Ni lah kelemahan aku, terlalu beremosi bila dalam suatu perhubungan. Kalau boleh, aku nak selalu ada buat korang. Selalu available tak kira masa. Tapi aku tak boleh. Aku cuba selagi boleh.

Tapi, somehow....aku rasa sunyi gila sebab, aku je cam terhegeh dengan korang. Korang kisah pulak dengan aku an. hahahahaha bodoh r perasaan macam ni...

Tak suka overthinking cani....

Dia buat aku rasa macam, asal dowh aku kena fikir benda ni?

Asal aku kena rindu orang yang belum tentu rindu aku?

Apasal dowh???

Aku harap, korang bahagia dengan kehidupan yang korang jalani. Samada pilihan atau tidak, yang penting korang kena pilih untuk bahagia.

Untuk Baz yang selalu ada untuk aku sekarang, thanks sebab sudi layan karenah dan ragam aku.

Thanks sebab luangkan masa untuk lepak dan hadam falsafah aku.

Thanks for everything. Aku tak tahu siapa yang aku boleh borak deep-deep kalau bukan dengan hang. Aku harap, semoga hang bahagia selalu. Kita ceriakan hari-hari kita sesama.

Aku tahu kita masih #teamsingle. Moga pencarian kita berakhir tahun ni. Aminnnn

Untuk Fin, Ibu kepada Ali.

Thanks sebab jadi peneman aku sepanjang dunia belajar. Dari Arau hingga ke Shah Alam. Hanglah teman borak 247 aku. Hangpalah the only roomate/buddies yang memang faham gila watak aku. Walau aku tahu hang bukan kisah sangat pun dengan aku, tapi aku tahu dan hargai setiap keberadaan hang dengan aku.

Tiga tahun weh. Tiga tahun dah kita tak jumpa! Gila r! Aku rindu hang weh!!!! Aku rindu gila nak borak sampai subuh dengan hang walau setiap hari kita jumpa. Cerita tu memang takkan habiskan. Ada jaaa benda nak sembang. Dasyat betul!

Thanks sebab sabar dengan aku. Thanks weh...kalau bukan hang, aku tak tahulah jenis apa yang boleh faham dan hadap dengan pe'el aku ni...

Untuk Afiq the best guy friend forever yang irreplaceable ever!

Thanks gila gila gila gila gila buat kau. Thanks sebab banyak bagi kata semangat untuk hidup walau banyak kali nak give up. Aku benci hidup buat kau sentiasa ada bila perlu. Just one phone call away, kau selalu ada je untuk aku. Susah gila nak cari kawan macam kau dowh. Kawan yang respect gila dengan perempuan. Sekarang nak cari kawan laki macam kau susah dowh.

Susah dia sampai aku rasa, kau memang win lah sebagai kawan paling baik aku. Gila tak win. Nak cari orang macam kau bukan senang dowh.

Mungkin aku tak perlu lagi cari orang macam kau. Mungkin aku kena belajar untuk terima orang baru. Kenal dan bagi peluang untuk kawan dengan orang yang aku boleh jadikan lebih dari sekadar kawan.

Aku manalah retii siaaa!!!!

Dulu kau ada bolehlah aku mintak guide. Itupun harey kena scam. Ah, bodoh amat sih aku ni! Rasa macam nak je sembelih perasaan sendiri ni. Apasal terlalu naif oiii???

So, sekarang...aku tumpang happy tengok kau happy. Hajat kau alhamdulillah semua jadi kenyataan. Aku je ha masih terkandas tak sudah. hahahaha aiguuuu....

Doakanlah kawan kau ni ikut jejak kau pulak an. Ada rezeki, tahun ni. InsyaAllah. Tidak tahun ni, tahun depan...

Yoooo Alia si busy gila ni memang susah nak jumpa. Ada jaaaaaa agenda dia. Aku dengan kau bukan jauh sangat pun. Tapi, nak jumpa lebih payah dari baz.

Alia, zaman diploma ye lah selalu kesitu sini bersama. Zaman dah habis belajar, kau geng raya ja lah kan Lia?

Tak raya, gathering steamboat. Tu ja.

Tapi aku faham....itu kau punya hidup....papehal aku doa kau hidup sebaiknya dan bahagia sokmo.

Yang paling jauh antara semua, Anaaaaa

Thanks ana for being in the geng. Aku tahu aku bukan kawan yang baik untuk korang. Kawan yang terlalu penuh emosi dan kepentingan. Tapi, Ana? Aku kagum gila sebab dialah paling berjaya dan terserlah kebolehan sejak habis belajar. Alhamdulillah, rezeki masing-masing.

Thanks ana sebab ada masa aku kena scam.

Thanks sebab support aku dan marah aku. Argh...aku yang naif ini....

Aku tak tahulah berapa banyak air mata aku mengalir untuk entri ni. Sampai kering dan mengantuk dibuatnya.

Aku tahu....kita semua rindu untuk jumpa dan lepak macam dulu.

Ke aku je yang rindu sorang padahal korang tak rasa pun nak gather....hurm.....

Adatlah tu kan....

Kita kena terima yang pertemuan, perpisahan itu lumrah...

Lagu apa aku guna untuk hilangkan rasa rindu ni?

Lagu Cantonese dari kumpulan Beyond tajuk Sky.

Aku rasa lagu ni sangat relatable sebab kita semua dah menginjak terbang jauh ke ruang angkasa hingga tiada lagi jejak pada memori yang menjadikan kita itu KITA. Sekarang, memori itu semua hanya sekadar dijenguk dari atas.

Jenguk dan senyum betapa jauh perjalanan yang kita telah susur. Tapi untuk turun ke landai dan kutip setiap senyuman, air mata itu...mungkin tiada siapa mahu. Aku?

Aku jelah dok sibuk menyapu semua debu landai perjalanan memori itu. Korang semua dah terbang setinggi langit. Hanya aku si penjaga memori yang akan menjenguk laman agar ia kekal segar. Kekal mekar.

Kadang, aku terbang jua. Terbang dan singgah. Itulah aku.

Aku dan memori...

yang tinggal hanya sebaris senyum dan air mata....

Aku kena terima, yang korang juga punya kehidupan.

Aku faham...sokay...aku setia bersama memori yang kita pernah ada. Siapa lagi yang akan ingat pada semua kenangan kalau bukan si kotak hitam ni....

Aku doa korang semua bahagia dan diperkuat jiwa untuk hadapi kehidupan. Dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

Aku sayang persahabatan kita.

Selamatkan aku kalau korang ternampak aku dicelahan neraka kelak.

Moga kita bisa bertemu dan berhibur di telaga kautsar. Aminn...

Aku rindu korang.

Ada rezeki, kita jumpa...

Okay....dah dah...jangan nak nangis sangat. Esok kau kerja....kang bengkak mata tu....

Mana ada...aku tak nangis lah....aku just...shit i'm crying like hell! Aku rindu korangggggg.....

Simfoni dua jiwa yang berlainan dunia itu sukar dijangka apa yang mereka fikir. Jauh itu dekat. Dekat itu dugaan. Jauh itu rahmat.

Kata mereka.

Perancangan mereka.

Ah....alih-alih yang dikongsi sama untuk mendekatkan jarak itu hanyalah lagu. Ya, lagu....

Walau genrenya tidaklah sama, paling kurang...terasa yang ia ada. Dan sentiasa ada di telinga serta hatinya.

Gila!

Sejak bila kau mula layan lagu melayu?

Well, aku layan je, cuma takdelah terserlah obsesnya....itupun artis yang terpilih je la kot yang dilayan. Bunkface, Sofarz, Peterpan Radja....hurm...dan tak ingat..banyak sangat kononnya.

Alhamdulillah aku dah selesai dapat booster. Dan masuk hari ni, habislah cuti aku untuk sekian lamanya tidak bercuti.

AIA kau pe cer?

Hahahaha....gelak je mampu.

Aku tak tahulah weh...

Aku just nak simple life. Simple strive...simple in everything. Cukuplah hidup complicated bertahun-tahun dulu. Boleh tak sekarang just, take a deep breath, and let it go?

Argh....dah lama tak bersenam, tapi suka makan itu ini. Esok aku sorang pulak dekat expo. Hurmmm.....#bertabahlah. Doakan rezeki esok mengalir bak air yang deras. Aku pun dah merepek banyak lately. Otak mereng, senget tak usah katalah. Township pun dah lama tak buka. Gila!

Banyak kontrak dah di terminate. Aku just nak fokus satu sisi untuk hidup. Sebagai manusia, yang hanya mahu bernafas dengan tenang. Bersama simfoni alam, dan jiwa yang rindukan masa lapang dan kebahagiaan.

Apa itu bahagia?

Kenapa kita kena ada benchmark untuk suatu kebahagiaan?

Dia termangu bila dipersoal tentang bahagia. Apa aku tidak pernah bahagia selama hidupnya jiwa?

Entahle....

'Weh, aku tak rasa aku dapat kawan dengan perfume tu lagi..'

'Asal?'

'Entah. Just macam, nah....tak rugi pun kalau hilang dia...'

'Okaylah tu...aku pun tengah move on gak sekarang...'

Itu perbualan terakhir mereka tentang kehidupan mengenal orang. Ah, manusia....sukar benar untuk dikenal. Sudah suka, lain pula cerita. Ada saja simfoni yang tak serupa. Rima yang harus ditolak dan keluar dari prinsip hidup.

'Kadangkan, kita kena compromise kita punya rules kak. Akak tak boleh bawak manual selalu. Manusia ni orang, bukan robot...' dan seperti biasa mereka akan berdekah ketawa.

Orang lain takde manual ke dalam hidup diorang?

Mustahil aku sorang je ada guidelines? - itu pula soalan yang dia tidak pernah suarakan...

'Ada rezeki, kita jumpa waktu raya...paling awal sebelum puasalah...'

Diam.

Tiada balasan untuk 5 saat....

Betul dowh dia ni...cakap dah tak main-main dah. Serius benar parahnya...

'Baikkk. Jaga diri leklok...'

Send.

Tapi matanya berair. Cuba untuk tidak terlalu berdrama.

Indah sinar sang suria Merdu irama sang bayu Tiada seindah wajahmu Tiada semerdu suara mu....

Yang tinggal hanya senarai lagu. Simfoni peneman kala berjauhan?

Entah.

Ia sesuatu yang masih tiada kata kepastian.

Sesuatu yang hanya simfoni sahaja bisa ungkai.

'So, are you familiar with Sum 41?' soalnya.

'Opkoslah. Band legend tu...'

'Haaa....kalau macam tu dengarlah With Me dengan Best of Me...'

I don't want this moment to ever end Where everything's nothing without you I'd wait here forever just to, to see you smile 'Cause it's true, I am nothing without you....

Itu irama dia. Lagu bukan sekadar halwa telinga. Ia harus dikaji, diselidik, sebelum diminat...tapi tak semua jugaklah...

So, takat tu jelah simfoni ini berbicara. Sampai masa, bertemu jua kita. Rajin, rajin, malas, malas. Yang penting, aku masih disini...

Adanya untuk bercerita tentang hidup nan sementara...

Siapa sebenarnya yang dapat benefit bila kita fokus pada penyelamatan Bumi?

Orang yang bergelar enviromentalist?

Orang yang menggelar diri mereka NGO?

Orang yang memakai gelaran pengasas kepada penyelamatan Bumi?

Atau alam sekitar dan penyu tu sendiri?

Kemanusiaan manusia itu punya agenda yang sukar ditafsir. Ada yang berbuat kerana niatnya memang baik itu, tidak mengapalah. Kalau yang berbuat kerana profit itu jadinya bagaimana?

Kisah pulak penyukan....

Ada satu masa, kalau kau betul nak selamatkan alam sekitar, cerita dia hanya bermula dari diri. Kau jaga alam dengan tidak membuang sampah merata. Kalau kau itu adalah pembuat yang membuat suatu produk, ambillah faktor bahan kimia yang diguna. Kimia itu terhasil kadang secara gabungan yang dicipta bukan secara natural.

Itu yang buat ia bahaya.

Huh...kau berfalsafah pasal alam sekitar tiba-tiba ni dah kenapa?

Kisah pulak penyu kan?

'Dalam banyak-banyak haiwan yang dicipta untuk menjadi ketua, kau suka pada lantikan haiwan apa?' seperti biasa dia mengaju soalan.

'Singa' spontan kawan itu menjawab.

'Kenapa?' soalnya kembali.

'Well, lion is already the king of the jungle right?' jawapan dibalas dengan nada kurang kepastian. Dia sekadar menangkat bahu dan mencebik tanda tidak tahu.

'Kenapa bukan serigala?' dia soal lagi

'Serigala ada apa?' dan mereka ketawa.

'Akak, kita ni dah jadi manusia cukup elok dan sempurna Tuhan kurnia aqal. Kenapa nak idolakan haiwan sebagai simbolik ketua?'

'Idolize something to be a reference is a good thing, you know. You can learn a lot of things from them, actually.' Teman hanya mengangguk.

Begitulah hari-hari yang berlalu dengan pelbagai topik dan cerita baru. Cerita yang buat mereka tutup pilihan kehidupan atau buka peluang yang mendatang.

Berapa lama untuk dia hidup agar amalnya melebihi dosa yang dia lakukan?

Berapa cagar yang dia harus bayar agar dia selamat dari api neraka?

Tidak tahu. Ujar hatinya.

Tindak tanduk tidak serupa orang inginkan syurga. Kau benar mahu minum air di telaga Kautsar? soal hatinya.

Termangu....

Bukan setakat penyu, siapa pun tidak kisahlah pada apa yang kau lakukan. Itu semua cerita kau dan Tuhan.

Di zaman semua orang berbangga dan asyik menayang aib, dia mencari makna dan erti malu. Tunduk dan zuhud pada apa yang dikurnia. Syukur pada apanya hidup. Demi pembaharuan dan pembaikan amal, jika ini yang buat dia rapat dengan Tuhan, baiklah dia belajar erti redha.

Redha pada ketentuan.

Bukan dia give up.

Bukan juga melepas harapan.

Hidup ni, kau kena faham. Yang pasti itu hanya mati. Lainnya? sekadar selingan dan gangguan untuk kau fokus kehidupan sana.

Nikmat dunia itu kawan, titisannya terlalu halus hingga kadang boleh buat kau kufur.

Alhamdulillah jika masih punya iman.

Alhamdulillah kau masih bernafas dan ingat pada Tuhan....

Siapa lagi yang kau ada jika bukan Dia.

Hidup ini pinjaman, segala yang datang pasti punya tarikh pulang...

Begitulah seadanya...

Cerita kita ini, penyu pun tak kisahlah....

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    6 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    18 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026