Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Dua minggu sudah terasa seperti harapan dia kembali menyinar. Namun, semuanya menjadi baki yang membuat emosi barannya membuak. Hingga dia rasa tidak mahu berinteraksi lagi pada manusia yang tahu ambil untung tanpa melakukan kerja.

Marahnya dia pada manusia sejenis begini. Sudah tua pun masih bersikap dalih. Habis yang aku bayar itu kau. Bila ditanya, disoal semua, kau mudahnya menjawab, 'Oh, itu dia yang buat. Oh, itu dia yang usulkan..'

Habis tugas kau yang aku bayar hampir 5 ribu itu untuk apa? Untuk berdolak dalih sematakah? Dasar si tua pemalas!

Marah! Marah! dan amukan amarahnya seolah tidak terkawal bilamana manusia sebegini mengelatnya lebih tinggi dari melakukan kerja. Apa pun dia tidak buat. Yang dia tahu, memprejudiskan asbab aku dan hanya mahu kaut untung.

Kau itu agent yang datang pada aku untuk menjual. Namun sedikit untung pada si penjual pun kau tidak fikir. Bodoh amat sih!

Sabarnya seolah menipis dan kepercayaannya pada semua agensi hartanah semakin sinis. Tanpa kalian pun rumah masih boleh terjual bahkan punya lebihan yang memuaskan.

Sebab manusia seperti kalianlah semua urusan semakin sulit dan panjang. Tahu, tahu mahu untung. Tahu, tahu tidak mahu campur tangan setelah dapat komisyen.

Konon berkata, 'apalah untung aku dapat dari menjual rumah kau itu? Ciput cuma.'

Habis kalau ciput, mengapa kau beriya itu ini? Aku pun tidak hinginlah khidmat pemalas kau itu!

Kopi

Habis kopi diteguk bagi membuang segala baki amarahnya pada manusia yang dia remark sebagai Syed 8481 itu. Ini nasib baik selepas dua hari dia hibernate, amukan itu sudah sedikit lega. Lega kerana dia berfikir waras.

Seolah hijab skeptikal pada mereka yang bersembunyi disebalik kerjaya Agensi Hartanah ini hanya suatu kroni kapitalis semata. Bukanlah hendak diitu sangat mereka yang menjual mahupun membeli. Tahu, tahu, mahu komisyen sudah selesai boleh cuci tangan. Kemudian acah terpaling bekerja. Hauk betul ya kalian...

Durian

Durian kuning yang dibeli oleh buah hati kesayangan menjadi penawar segala pahit hidupnya realiti yang dihenyak oleh mereka ini tadi. Pemalsu kaki scammer professional yang sering digula-gulakan oleh marketing yang entah apa-apa. Urghhhhh!

Bila difikir balik, jika bukan kerana desakan dari ortu ini, memang dia sendiri mampu menjualnya sendiri. Biarlah makan masa yang sedikit panjang sekalipun. Janji tidak menggunakan mereka yang tahu-tahu mahu untung begini.

Sudahlah yang buka pintunya juga aku. Yang terhegeh bertanya itu ini juga aku. Habis kau buat apa? Di pihak sebelah sana juga yang dealnya adalah agent juga. Baiklah aku guna agent sana saja.

Cola

Memang betullah tebakan aku langsung tidak senang dengan kau dari mula itu harus diwaspada. Baik dari mana-mana agensi sekalipun, jika kalian mampu menjualnya sendiri, baiklah dijual dan dibeli secara terus melalui pemilik. Banyak perihal boleh dipermudahkan dari situ.

Kadang agent ni, tak semua punya pengetahuan mahupun skill komunikasi yang baik dengan pelanggan. Kalau bertemu yang bagus itu alhamdulillah. Tapi selebihnya hanya tahu jaga periuk nasi semata. Lain dari itu tidaklah mereka kisah. Pandai-pandailah kau atur sendiri.

Lagi baik, jika kau punya tunai sendiri. Belilah secara tunai tanpa melibatkan pihak kewangan yang ini pun hanya tahu mengaut untung tanpa melindungi pengguna.

Dengan kondisi kerajaan yang hanya berpihak pada sang kaya tanpa membela nasib rakyat biasa ini, tidaklah punya kebaikan apa pun. Kita hanya ada kita.

Kerajaan?

Usahlah diharapkan sangat mereka yang tahu menswastakan segala. Entah pada apa lagi mahu diharapkan jika yang berkuasa pun langsung tidak membela.

Ibarat cola yang hanya memusnah segala dalam diam.

Kopi, durian dan cola...

Kopi itu sudah menjadi ubat pada dia bagi menghadap realiti.

Durian? Penawar pada segala pahit yang dialami...

Dan Cola? Huh....itulah kerajaan monopoli dan segala agensi kapitalis sekarang...Manisnya indah namun akibatnya kau tanggunglah sendiri....tidak kaya manakan mahu punya kelebihan untuk miliki layanan kelas pertama. Mimpilah....

Pengajaran?

Kautlah segala ilmu sebanyak mungkin agar kita tidak mudah diperdaya oleh sang kuku besi dan serigala jadian bertopengkan si biri-biri...



p/s: apa pun entri rujukan luar perihal hartanah ini tidak semua boleh dipercaya hinggalah kau laluinya sendiri. Segalanya content dan clickbait semata.

Jika ada entri mengatakan penjualan dan pembelian rumah itu lebih mudah dengan menggunakan agent, harap semua bertemu agent yang berniat tulus untuk mengendalikan urusan seperti Phil Dunphy.

Bukan semata nak rumah terjual. Lepas tu markup harga tanpa pengetahuan owner. Pasai pa entri aku bitter sangat ni? Sebab agent macam kau buat taik dengan aku, sampai semua agent aku dah tak percaya. Baik dari agensi tersohor mahupun tidak, semua sama.

Menggaru kepala kejap bila tengok rating GTMetrix ni dah ke angka F. Tandanya apa itu? Tandanya website gue ini sudah berat bak memikul batu kala membukanya ya?

Urgh...males banget gue mahu kaji perihal yang itu. Janji wajah baru page utama gue ini sudah siap. Alhamdulillah...

Wajah lama dulu yang pernah mengungguli anugerah website paling berjaya sesi 2024 sudah aku tukar. Muak barangkali ha ha ha ha...Iya, cepat benar muak dengan wajah blog sendiri ya. Nyata tukar baju blog itu lebih mudah banding update entry seharian. Plus, sedar tak sedar ani jam sudah ke esok harinya.

Esok pulak aku kerja. Macam tak kerja je kau ea?

Iya...hari ni rasa macam malas betul nak bersembang. Malas nak itu ini dengan manusia. Malasssssss...

Salah aku?

Iya, aku salah. Ambilah kau nak betul tu gak..

Mana ada habis barang tu? Masih banyak lagi...

Ha iyalah masih banyak lagi...walhal terang lagi bersuluh sudah kering kontang...

Ambillah korang. Tegakkanlah benang yang dah basah lencun semedang takde rekod rasmi dalam otak korang. Otak aku? Ini otak orang genggam kerja dia bagai nak rak. Aku ikut arahan, bila benda dah setahun kendian kau sendiri tak ingat arahan kau, itu salah aku kah? Dasar nyanyuk petala langit ke dua belas!!!

Tapi aku buat apa tadi?

Aku diam teman.. diam dah hembuskan nafas menyampah pada manusia sebegini. Dunia je semua ni kawan...dunia saja.

Kesal dengan peristiwa tempoh hari aku berasa sedikit lega. Lega yang, aku tak perlu menjaga hati sesiapa. Kau ingat kau je boleh sakitkan hati orang? Eleh...banyak lagilah ruang aku boleh sakitkan hati kau. Kau tunggu je.

Ya Allah tak baiknya aku ya Allah...apaan sih sudah merasuk jiwa ini doang?

Haih...itulah nampak tak...ha inilah ciri-ciri manusia yang masih punya sakit. Sakit mazmumah. Sakit hati atas perkara kecil kerana hal-hal dunia. Omaigad...teruknya kau....

Itulah...sedar tak sedar nak kiamat ni kau masih lagi fikiran macam ni ye...sedar-sedarlah diri oii....bawa ingat Tuhan banyak-banyak. Istighfar!

Okaylah, saja bebel kotlah ada orang tengah tunggu...bilalah si sofie ni nak update entri baru. Ha...ini aku dah update ni, hidup lagila tandanya tu.

Yang kerja komen semua spammer. Kau yang bukan scammer atau spammer tu tak reti nak komen? Takpelah...kau dah baca pun kira syukurlah.

Papehal roger. Adios!



Tenang hari tu seolah direntap kasar dari jiwa dia. Segalanya terus merubah persepsi dia pada dunia yang satu ini. Dunia yang dia boleh menyarung topeng untuk terlihat lebih mesra, lebih berjiwa manusia, lebih mudah untuk diperguna...

Namun, setelah peristiwa itu dia seolah sedar letak duduk dirinya. Dia bukan manusia yang itu. Dia sekadar ke dunia itu demi menyara diri dan keluarganya. Cukup. Bukan untuk diperlakukan sebegini..

Bukan dia sengaja untuk melakukan kesilapan. Perihal kecil yang boleh dijawab dengan;

"Takpelah, nanti pergi selesaikan dulu yang itu. Takde apalah.."

Semenjak detik itu, nyata dia hanya sekadar alas kaki...kuli untuk di tempat itu...

Hakikatnya memang perit untuk diterima. Tapi itulah realitinya...

Lantas segala gerbang, tembok dan perisai terus dia persiaga. Tidak mahu lagi leka sebegini. Tidak mahu lagi menjadi yang huha huha demi melihat yang lain merasa selesa. Tidak...itu persona sudah mati sejak dinista sebegitu hina.

Sagat terasa dalam hatinya. Walaupun punya pepatah berkata "Kenapa kau merasa renyuk jiwa bila diperkata manusia luar? Walhal diri kau juga yang mengenal dengan lebih baik..."

Namun dia gagal.

Tenang itu hadir sedikit telat saat itu. Semua perisai dia sudah sedia. Sekarang, hadaplah dia yang ini. Dia yang tidak lagi senang untuk bersembang hal-hal tanpa sebarang motif yang jelas.

Cukuplah detik ini mengajarnya.

Ada hikmahnya juga perkara sebegini terjadi. Tidaklah dia perlu bersusah itu ini demi melegakan hati manusia lain.

Nyata....bila punya kesedaran begini, dia auto terlihat antagonis pada mereka. Ya.

Snap....

Just because dia pernah bagi ruang sebegini rendah dia berhak untuk terus diinjak...tidak..

Dia juga berhak untuk meletak jarak dan mencipta sempadan.

Tenanglah jiwa. Kita sudah selesai satu kelegaan untuk perihal ini. ...

Terima kasih atas pengalaman ini. Terima kasih menyedarkan dia...

Jelaslah dia tidak pernah salah dalam mencipta jarak sedari awal...demi jiwa yang lebih aman....



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Brand New Blog!
  • Sekerat Jalan
  • Recommended blog editor: MellyaCrayola

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    6 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    18 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026