Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Selepas dok layan K-Drama Unlock My Boss hari tu, aku macam dok mikir nak layan series apa. Ingatkan nak ulang tonton series New Girl. Tapi susah pulak nak mencari platform untuk nengoknya. Dok tengok dekat 123movies, iklan berlambak. Menyampah jadinya nak nengok.

Pastu, belek-belek snippet Friends pun macam takde hala tuju tak best jugak. Jadinya gedung dok belek cerita untuk jadi peneman makan, lalulah series Cold Case. Nampak menarik.

Aku pun bukak. Ohh...ala-ala style cerita CSI ni. Patutlah...rupanya cerita olahan dari orang yang sama. Iaitu Jerry Bruckheimer....patutlah pun.

Awalnya memang nak tengok series Malcolm the Middle, tapi tak jumpa pulak mana boleh nengok citer tu.

La aku baru sampai Season Satu citer Cold Case ni. Not bad jugak. Sebab dia ada jugak selit yang macam citer based on true story.

Bagusnya series ni dia tak pernah anggap kes yang belum selesai ni sebagai satu kes remeh. Dorang ada team yang akan gali balik kes-kes lama sampailah jumpa siapa si pelaku ni. Pada Detektif Lily Rush ni dia kata Cold Case lagi penting sebab dorang tunggu lebih lama. Jadi keadilan pada mangsa yang kes lama ni sama jugak macam kes-kes yang baru.

Suka tengok style Detektif Rush ni sebab dia sempoi dan kemas. Paling suka tengok style dia negotiate dengan pelaku sampailah dorang mengaku.

Bolehlah belajar dari sini yang sikap yang tenang dalam semua perihal tugasan itu sangat penting.

Total series ni ada 7 season. Setiap episod dalam 45 minit gitu. Kalau korang minat cerita penyiasatan macam ni, bolehlah layan dekat Amazon Prime Video.

Okay gais, papehal gua chow lu marathon Cold Case.

Alhamdulillah atas segala kurnia rezeki Allah setiap hari tanpa henti buat kita hambaNya. Rezeki untuk bernafas, masih waras, punya ketenangan, Iman, Islam serta Ihsan...

Rezeki yang jarang disyukuri oleh kita. Aku terutamanya.

Semalam, minggu lepas, terasa berat dijiwa. Mungkin menumpang rasa atas kesayangan hati kehilangan sahabat beliau. Kendian, aku pula di fasa seolah hilang waras dalam bersyukur walhal tiada sebab apa pun. Cuma ianya buat aku termenung hingga melilau entah ke mana.

Itulah...otak ni kalau melilau tanpa ingat Tuhan, memang akan jatuh kufur nikmat. Bahaya...

Pentingnya punya insan yang selalu ada dengan kita adalah, mereka tunjang kekuatan kita. Lagi pula buat insan yang memilih untuk bersama dan dipilih dia untuk harungi segala...

Kadang ditanya, kita ini akan okay ke?

Jawapan yang kita cuma ingin dengar adalah sebuah 'Ya, insyaAllah kita akan baik-baik saja...semuanya akan okay...'

Dan tanpa sedar, kekuatan itu hadir semula seperti sebuah tepukan dan tarikan tangan kala kita sudah tidak betah untuk berdiri saat terduduk. Ah...inikan cuma dunia. Usah terlalu dikira sangat...sakitnya tiada tanding dengan khabar gembira di sana.

Sebuah pemergian atas dunia hanya sementara. Rezeki kitakan bertemu di Sana bersama. InsyaAllah...

Sepertinya kelelahan dunia ini cuma sebuah ujian untuk mencuci jiwa yang penuh segala debu dan likat kerak dosa. Aku ini diusia begini, memang entah sudah pekat manalah dosa yang harus ditanggal dari jiwa.

Belajar pujuk diri, inikan cuma dunia.

Belajar hargai setiap nikmat yang diberi, tidak kira sebesar mana yang diterima...

Belajar tersenyum walau ia mengundang luka dijiwa...

Kerana, ini hanya dunia duhai diri...

Dunia itu dimata Allah pun hina, mengapa kita manusia beria untuk mengejarnya? Usahlah terpedaya diri...

Aaaa sedih... mahu bersedih juga.

Tidak mengapalah jika ingin bersedih...sandarkan kesedihanmu pada hitungan dosa dan hari akhirat. Bukan kerana tidak mendapatkan dunia seperti yang direncana. Kelak kamu menambah rasa tidak bersyukur saja...

Nak nangis...huhuhu

Sabar...inikan cuma dunia. Tempat untuk bersedih dan air mata. Niatkan segala titisan air matamu itu agar menjadi pemadam api neraka....

Nak nangis lagi...iya iya menangislah diri. Selagimana menangis di dunia ini, kamu dikira bertuah punya jiwa yang mudah terusik. Sensitif pada dosa...ah,...kalau setulus itu jiwa kita, nescaya tiada lagikan mahu pada dunia yang hina ini.

Allah...selamatkan jiwa yang sedang rindu pada akhirat ini...tenangkanlah ia agar pengakhiran dan pertemuan di akhirat kelak merupakan suatu senyuman dan khabar gembira.

Tidak mengapalah jika dunia ini sebuah tempat ujian dan air mata. Kerana, inikan cuma dunia...

Tenang jiwa. Walau ia bergolak, senyumlah demi sebuah kebahagian yang hakiki di negeri abadi...

Hari tu dah plan awal katanya. Nak hadiri events anjuran MWA. Tapi tu lah...aturan awal kita ni tak sama dengan perancangan Ilahi. Apa yang dituntut, kita perlu menuntut. Eh tiber...

Dan dan pulak pada hari kejadian, banyak perkara yang diaturkan pada sana dan sini. Alhamdulillah selancar itu juga aturan lainnya.

Takpelah...dalam setiap aturan kita yang kita rasa sudah elok itu kadang ada lagi caturan yang lebih cantik. Begitulah kehidupan...

Nak dikeluh kesal terkilan itu begitu sajalah. Melamun mana lagi...

Hidup perlu diteruskan.

Sepertinya hari ini, bermacam juga agenda. Tapi aku pilih agenda begini. Lebih tenang, lebih santai dan kemanusiaan pada aku. Pada yang lain? Usahlah disandar sangat pada aku yang kian sedar betapa pentingnya punya kepentingan diri. Atau terma lainnya boundaries. Atau bahasa kitanya, sempadan...

Ia sempadan yang sering kita jadikan kawasan free duty tax. Means takde orang pun patut langgar sempadan tu. Terutamanya diri kita sendiri.

Bunyi macam kejam je kan. Tapi, siapa lagi harus jaga diri kita ni selain kita sendiri...berpadalah...

Okay?



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    3 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    15 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026