Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Usai maghrib dia berteleku merenung panjang. Ah sudah lama dia tidak sepi begini sambil senyap tidak berkutik di tikar sejadah. Rindunya suasana ini. Pada diri, pada perjalanan yang dia sedang hadapi.

Sepi. Tenang itulah yang mahal.

Fikiran pula kosong langsung tiada apa yang dirisau. Walhal dia tahu, baaaanyak perkara yang sedang bermain untuk diaturkan...tapi senja itu dia tenang.

Seakan sudah tiba diusia senja sambil menatap mentari di ufuk timur.

Hari ini temanya semua hijau. Dari anak tudung ke stoking. Kecuali kasut...mungkin warna baju memainkan peranan kepada emosinya hari ini. Terasa lebih tenang.

Mungkin. Hijau itukan damai.

Semenjak dua menjak ini kerap hujan dan panas yang melampau. Siangnya terik benar! Alhamdulillah sempat kering segala jemuran. Namun, bila petang menjelma, alam seakan sedih pada sesuatu. Kilat sabung menyabung bagai memberi amaran.

Amaran apa? Aku sendiri tidak tahu. Seram.

Tapi itu semua dia tidak fikir. Yang dia tahu mahu menaip entri setiap hari. Konon!

Sudahnya, sudah seminggu juga terbiar. Apalah yang disibuk tu. Hurmm...entahlah.. Doom scrolling pun tidak jugak. Itulah jika tiada catatan, nyanyuk semacam kau ya?

Aku dah berkali pesan, setiap hari tu duduk, ambil ruang dan masa untuk kita. Diri sendiri ni. Ajak borak dengan aku ni. Eeee kau kan....selalu lupa diri ea...

Minggu ketiga Syawal sudah ni. Tak sangka kan secepat itu dia berlalu dalam lambatnya....huhuhu

Tu lah orang dah pesan banyak kali, nak keberkatan waktu, solatlah di awal waktu. Baru kau akan rasa betapa panjangnya hari. Ni solat pun sat awal, pastu sat ikut dan nak buat masa bila.

Itulah yang menung panjang kadang. Ah, rindunya pada diri sendiri. Rindu pada kedamaian yang sepi. Tanpa sebarang validasi. Aku semakin injak usiakah? ha ha ha...bicara seperti warga tua benar!

Sehijau warna itu...

Warna yang damai. Semoga ia tidak hilang....insyaAllah...

Nantikan...kau rajin-rajinlah jenguk aku kat sini...janganlah ikut suka kau je nak borak pastu senyap berhari. Updatelah o....bagi aku tahu kau masih hidup. Bagi aku at least kau masih ada suatu emosi. Emosi yang tenang semestinya paling bagus. Tidaklah kerja asyik nak emo saja kan...

Sebenarnya ada hijau tu dalam diri kita. Tinggal nak cari je. Adalah nanti akan jumpa..kalau dulu asyik oren kan...sekarang dia jadi hijau dah...

Ada satu masa tu, aku harap sangat kau akan lebih menjaga diri. Usahlah terlalu pamer diri pada khalayak ni. Risau yang tidak-tidak. Memang ada baiknya, cuma akhir zaman sudah kita ni, lebih banyak tidak dari baik. Jadi berhati-hatilah okay...

you still matter, even when you’re unseen.

Nanti kita jumpa lagi okay. Jaga diri tu. Till then!

Alhamdulillah minggu Syawal pertama berlalu dengan penuh barakah dan rahmat buat seluruh isi alam. Syukur masih diberi peluang meraikannya dalam keadaan yang lebih tenang dan berlapang dada, InsyaAllah.

Kehidupan dan ragam itu lumrah. Namalah hidup pasti punya ragam.

Pagi ni aku bangun dengan melihat video hentaman para zionis terhadap Gaza makin menjadi dan extermist! Nak marah, sedih, kecewa dan paling menggeramkan adalah mereka zionis masih merasakan diri mereka layak mendapat tanah Palestin. Ya Allah kejamnya dorang ni.

Laknat Allah terhadap zionis dan Israel!

Kesian mereka kat sana. Musim Syawal kita rai dengan gembira, dorang sana terpaksa mencari perlindungan pertahankan tanah air. Ya Allah berilah pembelaan kepada tanah Palestin 

Dunia hari ini penuh huru hara. Teringat nasyid huru hara yang pernah menjadi siulan tika dulu...

///

Nasyid: Huru Hara oleh Nadamurni

Huru hara berlaku dimana-mana

Krisis terjadi disetiap tempat dan masa

Peperangan menggila membunuh manusia memusnahkan harta

Kemiskinan kemelaratan dimerata dunia

Penzaliman terjadi diseluruh dunia

Kerosakkan akhlak menghilangkan kemanusiaan

Kasih sayang hilang dari hati manusia

Jiwa manusia kosong dan menderita

Dimana pergi hidup dalam ketakutan

Kerana manusia telah ganas macam haiwan

Bahkan kejahatan manusia lebih merbahaya

Dengan akalnya manusia merosak dan memperdaya

Aduh dimanakah kita dendak pergi lari

Kemanakah kita mahu selamatkan diri

Kemanakah oh kemana kita mahu mengadu

Kepada siapakah nak minta penyelesaian

Orang kaya tak boleh diharap lagi

Orang besar juga sama sahaja

Para ulama bukan lagi contoh masyarakat

Cerdik pandai petah bercakap tiada modelnya

Wahai Tuhan kami kasihanilah kami ini

Jangan biarkan kami dalam derita lagi sengsara

Seorang penyelamat datangkanlah segera

Membawa rahmat dan karomah jua berkatnya

////

Ragam dan kondisi dunia sekarang amat menakutkan. Lagi-lagi sepanjang bulan Ramadan ni. Ada saja cerita yang membuatkan kita rasa takut. Takut untuk mengejar dunia terlalu leka sebab tanda-tanda itu semakin menghampiri. Bahkan kita juga lebih banyak bermuhasabah diri daripada menjadi sebahagian yang berperang tanpa henti secara fizikal mahupun di alam maya.

Biarlah hidup lebih tenang dan aman tanpa perlu mengambil bahagian dalam isu pergaduhan yang tiada pucuk pangkalnya. Semoga negara kita dipelihara Allah. Aminn.

Jadinya, diri ini kena ingat selalu ada perjuangan lagi besar yang kita perlu hadapi. Sabar, tenang dan bertabah atas setiap dugaan. Ini dunia, tempat kita akan sentiasa diuji. Jadi aku harap kita dapat hadapi dengan penuh tenang.

Kadang aku sendiri geram bila aku cepat melatah. Geram pada diri sebab masih tidak mempunyai kebijaksanaan emosi dan berfikir yang tinggi. Takpelah, kita belajar satu persatu okay...yang penting jangan putus asa. Banyakkan berdoa...

Macam hari tu, aku sangat geram bila satu daripada pekerja dibawah seliaan aku buat sesuatu tanpa merujuk. Nanti silap hari bulan kalau ada sebarang salah yang dia lakukan, siapa juga akan dipertanggungjawabkan? Menjawab jugak aku ha...

Tahu kau orang lama, tahu dah biasa. Tapi itu bukan job scope kau. Jangan memandai. Bila memandai ni lah datang bahaya. Alhamdulillah takde apa-apa. Tolonglah faham...

Itulah dia ragam macam-macam cerita. Kadang naik geram sebab kitanya lapar...

Sabar-sabar Sofie oii...kau dah cuba yang terbaik, semoga selepas ini jadilah pengajaran pada diri.

Semoga apa pun ragam yang kita kena hadap atau terbuat, segeralah muhasabah diri. Pesan untuk diri ni terutamanya.

Semoga husnul khatimah. Berjumpa lagi di entri akan datang. InsyaAllah...

Till then!

Salam Syawal semua!

Seronok musim Syawal di bandar ni dia sunyi. Jalan tak sesak, orang tak ramai. Syurga sementaralah orang kata. Misalnya semalam shopping topup groceries pun aman damai je. Memang tak ramai orang. Jadinya mahu dekat 5 jam jugaklah aku membelek barang semalam.

Lepas tu, ha sekarang barang rumah pun tengah ada sale. Pergh, lagi syok nak berlama buat perbandingan barang dalam kedai. Sedar tak sedar dan waktu berbuka. Itulah ralit sangat.

Pengumuman raya pun dah keluar. Alhamdulillah bertemu Syawal 1446H kali ini dalam keadaan yang penuh rasa syukur. Ya, Syawal Gaya Kita...

Sepagian dibangunkan dengan lantai berminyak. Rupanya minyak dibeli semalam bocor. Adeh...tak pasal-pasal kena bersihkan kesan minyak semua. Dek kerana rasa tak puas hati dengan kelajuan air keluar dari sinki, maka aku pun buat water testing. Sampailah kelajuan air yang keluar di tahap yang memuaskan.

Dok buat water testing, rupanya gully trap yang tersumbat. Banjirlah lantai tak memasal. hahahah adoyai...banyak beno dugaan penghujung Ramadan kali ni ye...sabar ajelah.

Selesai je buat kerja teknikal tadi, kita pun mula buat popia milo. Hajat awalnya nak buat popia mini udang kering. Sekali kau, harga udang kering melangit mat! Terus cancel. Itu yang fokus pada popia milo saja. Aneka kuih raya kali ni dua saja. Popia milo dan Cornflakes Caramel.

Esok baru buat cornflakes. Santailah...raya gaya kita ni tak kalut. Tenang tanpa gangguan dan pengunjung. Itu paling disyukuri sangat sejak memilih untuk gaya begini. Tenang, damai walau dari awal Ramadan dok dengar bunyi meletup mercun, meriam dan segala bahan api yang orang kata lawa-lawa tu.

Ko bayangkan dah nak sebulan 'orang kaya' sini bakar duit dorang. Aku tak tahulah berapa dorang belanja untuk beli semua pencemaran bunyi ni. Yang tukang jual lah pun berleluasa. Nampak gayanya aku ni bukanlah penggemar bahan pencemar bunyi begini...ha ha ha...

Macam biasa, lagu musim raya pilihan tetaplah nasyid yang banyak menjadi teman raya dulu kala. Benda tu tak  boleh lari. Sebab ia sebahagian dari dunia kedewasaan. Kadang terimbau satu dua cerita. Biasalah...namalah kehidupan...

Fuh tepat jam 12, terasa macam berperang dah bunyi mercun saling bersahutan ni. Sambung siapkan popia milo sat.

Okay baru selesai kemas semua. Dapatlah dua bekas popia milonya.

Tak sempat nak buang sampah lagi. Hari pun dah pekat malam ni malas pulak nak keluar membuang. Esok baru plan nak mengemas rumah. Nak diikut sangat rasa malas pun dah tak tertahan tengok debu habuk apa semua.

Raya gaya kita ni tenang, santai adanya.

Ada rezeki, berjumpa Ramadan akan datang. Sayu betul rasa meninggalkan Ramadan. Selalu macam tu...sedih sebab banyak tak tersempat dibuat untuk hargai Ramadan...

Okaylah takat tu cerita kali ni. Semoga Syawal ini menjadi bulan kesyukuran dalam diri. Cukup dengan segala yang ada. InsyaAllah.

Till then amigos! Adios!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    43 minit yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    12 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026