Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Alhamdulillah masih.

Ye ini akulah, tetiba nak menaip katanya kalau hilang lama sangat nanti takde bukti yang kau masih bernafas. Bila takde bukti, kendian nanti kau tetiba nak teringat pada hari sekian-sekian, kau dah takde saksi. Lepastu meroyan sensorang. Maka, terhasil entri ni...

Aku an, asal ada lauk bergedel mesti jadi isu. Isu ejaan lah apa lagi.

'Eja betul dia apa? Ada r ke takde r?"

"Bergedel ada r lah."

"Bukan takde ke? Itu garpu salah eja..."

Aku tak tahulah siapa yang sibuk sangat jadi grammar nazi bila perkara bukan perihal profesional. Kadang bengkek pun ya. Bergedil ikut ejaan jawi huruf ya tu i. Entah tetiba jadi huruf 'e' bila tulis melayu. Pelik-pelik. Sama juga dengan isu ejaan Ramadhan vs Ramadan.

Kadang geram dengan kamus DBP ni sebab ni lah. Ejaan dulu macam ni pastu tetiba pergi update jadi tak sedap dieja. Kan tak pasal-pasal bising jadi cikgu bm nih. Haihh...

Niat nak update semata cerita perihal aku masih hidup.

Alhamdulillah dok membebel ni masih bernyawalah.

Kitakan, bila bengang dengan isu kecik cinonit macam ni kadang termenung, haih kecilnyalah jiwa aku. Perkara boleh je ignore takpayah layan. Biar je sembang dengan angin sana. Mungkin lepas ni kalau benda-benda macam ni berbangkit aku layan bagai angin lalu. Ha ye lah yelah.

Kadang nak bahas isu bahasa ni sampai sudah takkan habis. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Nampak macam simple kacang peas, tapi puith kena tegur jiwa meroyan. Apolah...

Okay habis cerita ejaan apa yang betul salah.

Lepas tu ada cerita ni, katanya nak rai hari mulia bulan kemenangan akan datang. Jadi kita jemputlah siapa yang kita nak rai. Lah da nak jemput pun ada demand syarat pulak dah...

Haih tak tahulah acano tu.

Kena semak balik hati tu. Sikit-sikit tak ngam dengan orang. Sikit-sikit dok kata orang. Ce tenang-tenang fikir, renungkan...hati aku ni yang ada masalah. Busuk sangat!

Bila naik dewasa ni kadang malas nak ambil hati sangat. Manusianya begitulah, ada silap lebih kurang. Mungkin masa begitu dia pun tak fikir begini. Sukar nak kawal emosi. Jadi kita ni yang tahu serba sedikit kena banyakkan bersabar. Nak naik sama baran, tak jadi apa kang. Jadi diamlah.

Biar angin je menyelubungi alam.

Tu lah banyak kali orang dok pesan, hatta hadis pun kata, bila dalam keadaan tak stabil, baiknya diam. Jika tiada perkataan yang baik-baik, diam. Dengan diam itu lebih banyak pahala, maka diamlah. Ait ait captain!

So, masih hidup lagi ke tu...

Hidup lagi le...tengah hidup belajar untuk tingkat kesabaran dan banyakkan bertenang. Ye weh...ini dua elemen paling mahal dalam jiwa kita. Bila dua ni takde, itu yang jadi sekejap-sekejap tempeleng kepala orang. Eeee seram pun ya.

Jadinya, sementara masih hidup ni perbanyakkan istighfar. Kalau ada rasa macam geeeerammm je rasa dengan dia ni, kita diam. Diam dan diam. Biar tak yah dilayan orang begini. Okay?

Okaylah gais, takat ni aku bebel hari ni. Ni dah terluah sikit rant hari ni, mungkin kosong sikit barang nak difikir. Tidak asyik melilau entri tanpa sengaja dalam kepala. Kalau dalam kepala ni boleh auto taip dekat laptop, terus auto-publish siap, aku rasa mungkin dah beriban entri aku hari ni.

Tapi teknologi belum pergi secanggih itu. hahahah

Nak ada entri kena rajin mengadap sambil bebel seolah kau tengah bercakap pada angin. Angin, angin, angin...kau ni kalau angin tu ada nyawa, dia pun pengsanlah dengan bebel kau. Adoyai...

Okay chow lu. Adios! Pape roger!

Oh ya sebelum aku terlupa, aku dah revamp AO jadi SS. Sembang Sorangla...apa lagi. Mehla singgah ke site second kami. Trimas na!



Salam Ramadan buat semua Muslim yang merai bulan yang penuh baroqah ini. Bulan yang bagi persepsi pada ramai orang yang ia kan mengundang banyak kesesakan. Tidak kira dimana, ia akan sentiasa ramai dengan himpunan manusia.

Bulan yang kita akan menjadi saksi kepada masjid akan penuh setiap hari.

Alhamdulillah 'ala kulli hal, bulan ini kita diberi peluang untuk menemuinya. Alhamdulillah...

Jadi, perkara yang aku nak kongsikan seperti tajuk entri yang tertera adalah, website ini telah memasuki senarai 'Web Excellence Awards' dan akan dapat sijil weh!!!

Website ini akhirnya ada sijil anugerah! Cayalah...

Setelah sekian lama punya blog dan website, akhirnya ada juga sijil ya...Tahniah!!!

Okaylah anugerah Website Awards ni siapa yang anjurkan? Kenapa kau beria nak dapat anugerah apa semua ni?

Penganugerahan ini dibuat selepas diteliti oleh para juri pihak penganjur iaitu Exabytes Group. 

Apa yang korang akan dapat dengan sertai pencalonan dalam anugerah ni? Plus, korang tak perlu bayar entrance fee pun untuk submit website korang kat sini. Jadi, kalau nak tahu sentuhan design korang tu lulus dinilai oleh para juri selain korang sendiri, korang boleh cuba submit blog dekat sini okay.

Last aku join dulu masa tahun 2019. Masa tu tak dapat anugerah excellence. Mungkin banyak kelemahan pada faktor yang lain. Sekarang, ada kenaikan sikit. Sikitlah... Dari 'B-' ke 'A-' gitu...

Macam mana nak join?

Korang just isi butiran dekat borang yang disertakan pada link ni. Atau korang boleh pergi website www.mwa.my untuk explore lebih lanjut sebelum buat submission.

Ramai tanya juga, apa faktor penilaian untuk dapat anugerah ni?

Kalau dapat anugerah ni, kira macam extra lah untuk korang buktikan yang website itu ada nilainya. Gitu lah...

Aku ni main submit sebab memang nak tahu berapa score design hasil tangan pemilik nama sofie ni. hahaha. Alhamdulillah setakat ni nilai melepasi 70.

Terima kasih buat team Exabytes yang telah menjadi juri bagi menilai website daku yang masih newbie ini.

Dengan nilaian dari kalian, adalah semangat sikit nak buat comeback kan? Kalau tak, ikut mood je bila nak update, bila nak buat worth content apa semua. Kadang perkara ni jadi pressure untuk aku teruskan.

Tapi, mana boleh give up kawan. Impian kena diteruskan. Nak tak nak kena buat. Baru kita dapat meraih kemanisan sebuah kejayaan.

Semoga terus istiqomah dalam berkongsi kebaikan dan ilmu yang bermanfaat!

Till then!

Rupanya Arrested Youth ada album baru November yang lepas. Aku yang terlepas pandang seperti mana aku sering terlepas pandang pada kadar kenaikan harga bagi yuran perkhidmatan dalam industri profesional.

Ah, semua pakat naik harga ni kawan...macam mana kita nak survive? gusarnya..

Yang pegang rezeki itu Allah. Jangan diragui jaminan rezeki dari Dia. Kita pun telah berusaha, jadi doa dan tawakkal padaNya.

Kenapa satu album baru ni, lagunya semuanya seakan familiar benar. Seolah aku pernah mendengar pada hayat lepas. Nampak tak sebenarnya lagu dia punya rima senada dengan jiwa? Begitulah betapa familiarnya ia pada halwa.

Minggu ini aku dah khatam drama Korea bertajuk 'Family Matters' (2024). Pergh...memang tak rugilah tengok cerita tu.

Oh ya, sebelum pada itu minggu sudah aku tak sempat marathon apa-apa cerita. Biasanya misi aku satu minggu satu series. Jadi minggu ini bermula drama 'Unlocked'. Walaupun cerita tu agak slow dan urghh tapi aku layankan jugak sebab nak tahu pengakhirannya bagaimana.

Dalam masa yang sama, aku masih lagi jadikan sitcom 'Everybody Loves Raymond' sebagai peneman makan. Sebelum aku mulakan series Family Matters tu aku sempatlah melayan anime 'Wedding Peach'. Selang seli gitu mood nak melayan ceritanya.

Minggu depan dah masuk bulan puasa. Jadi rasanya fasa sebulan tu kalau boleh, kurangkanlah layan perkara lagha ni kawan. Teman pesan kat diri teman jugak nih. Jangan diikut hawa sangat masa Ramadhan kelak.

Apa yang aku suka pada lirik Arrested Youth ni adalah dia realistic. Dan mudah nak faham metafora semua. Sebab tu lagu dia paling aku suka giler sampai jadikan ringtone noq! Tajuk lagu tu adalah, 'The Kid I Used to Know'.

Takat ni sajalah cerita kita minggu ni. Papehal roger!

Sampai bertemu pada entri akan datang. InsyaAllah ada rezeki, kita berjumpa pada Ramadhan kelak. Till then!

Adios!


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    11 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    23 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026