Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Kau tahu kan kenapa, cuma kau buat tak tahu, buat tidak peduli...

Bitter betul perasaan mutakhir ini. Kelat pada mereka yang tiba-tiba muncul di atas nama ukhwafillah.

Jelak dengan segala tiba-tiba yang seolah dunia hasil dari kelompokan itu tiada impak yang buat sebahagian diri ini memberontak.

Pesimisnya kali ini hingga dirasa seperti membuak untuk diluahkan.

Satunya, pada manusia yang guna kita hanya kerana kita saja punya rantaian untuk ke manusia yang mereka berhajat untuk bersua.

Kedua, pada manusia yang berhubung semata untuk perkara yang diri pun sudah tidak mahu punya kaitan.

Hanya kerana silam kita sama, tidak bermakna kita perlu kembali berhubung. Tidak...

Dunia itu sudah lama dibakar jambatannya.

Kenapa perlu libatkan aku semata mengubat kerinduan kamu pada suasana lalu?

Mengapa mahu diimbau segala cerita yang indahnya hanya di mata kamu?

Eh, itu kamu yang mementingkan diri!

Kenapa harus aku menghibur sesuatu yang teramatlah tidak aku setuju.

Tidak!

Aku tidak pernah mahu ingin bertemu. Apa kalian tidak sedar?

Kita semua sudah elok-elok terpisah jauh tanpa sebarang cerita berita. Malah, aku sendiri sudah mengosongkan memori dari kisah lampau yang membuat aku langsung tidak bangga memilikinya. Untuk apa?

Ah, memang tersangat baiknya kita sekadar mengintai di balik jendela daripada menerjah masuk tanpa rela. Cukuplah sekadar aku tahu kamu itu masih hidup, tanpa menjadi sebahagian watak dalam cerita hidup kamu.

Lagipun, siri kisah itu sudah jauh terkebelakang. Mana mungkin aku ingin mencoret semula watak yang tiba-tiba ini. Bahkan pembaca pun mungkin tidak gemar dengan kewujudan semula watak yang tiba-tiba ini.

Teruntuk manusia yang sesuka hati menjadikan aku sebagai si layang, pengirim kepada manusia lainnya, mungkin sudah masa untuk dihapuskan watak kalian dalam cerita akan datang. Lagi pula, aku ini jua sudah tiada lagi kaitan dengan cerita kalian.

Ah....aku memang bitter. Sepahit peria dan petai di laman sana. Bukan lagi pencinta bunga si rama-rama.

Untuk A, thanks dowh buat aku macam ni. Buat aku sekadar penyandar pada keselesaan novel kau. Aku bukan buku teks yang hidupnya terletak elok. Sekilas pandang semua terasa wow. Tidak.

Untuk A yang lagi satu, semata aku dan kau pernah menjadi pelarian di pesta buku zaman lalu, tidak menjadikan kau punya tiket emas pada aku.

Ah....ada baiknya dikambus lari saja dari sisi yang itu dan ini...

Oh ya, kamu menyimpan nomborku sekadar ingin dijadi rujuk pada nombor lainnya...oh....terbaiknya kamu....

Sungguh aku bitter!

Kemudian sekadar pengalas basi bertanya; Oh, kamu bagaimana? Sekarang di mana? Kerja di mana?

Ah, skrip yang sudah ku hafal sebagai hal-hal yang tidak lagi ingin diborakkan.

Ya aku bitter. Ya aku marah. Ya aku baran.

Pada kalian yang terlalu....

Sungguh aku marah. Katalah aku garang sekalipun...ini cara aku tetap tenang.

Kalian mencabar ketenangan yang aku jaga...ah bodohnya aku terlalu percaya...



Kadang tu seperti tidak percaya yang kita ini semakin di hujung waktu. Sepertinya baru semalam kita ini bertatih, berlari mengejar sang belalang di rimbunan rumput yang panjang. Ah...segalanya tinggal kenangan. Kenangan usia yang singkat yang kemudiannya dikaburi menjadi hamba pada sesuatu yang tidak pasti.

Seberapa lama usia kami di habiskan untuk menjadi sebahagian dunia asing. Teramat asing hingga keluar menjadi kelawar...

Ah...terasa benar tidak normalnya disitu ya. Ralat, asing dan janggal semua perasaan itu ada. Tapi iyalah....kita ini hanya akur pada kata mereka.

Alhamdulillah bersyukur masih menjadi orang.

Alhamdulillah...

Perjalanannya panjang.

Ada keringat, air mata dan jerih tidak terkira. Ada hati terguris sini dan sana sehingga kita pun terperangkap pada kehendak yang mana. Alih-alih, memilih bawa diri asing dari segala itulah jawapan terbaik.

Katanya, berdamai dengan takdir. Kata mereka, sampai bila harus lari?

Kata dia...sehingga kekuatan itu hadir dan dia tidak lagi goyah ketika berhadapan konfrontasi. Bersama dia. Ya dia.

Dia yang mereka mula menolak kala diperkenal kali pertama. Gila!

Gila itu ucapan mereka pada aku. Aku yang sudah cukup gila pada dunia yang didedahkan kalian, bertambah lagi memilih jalan yang bisa menjadi kecaman. Pada siapa?

Iman tak dapat dijual beli...

Ia tiada tepian pantai

Walau apa pun caranya jua...

Engkau mendaki gunung yang tinggi

Engkau merentas lautan api...

Namun tak dapat jua dimiliki.

Jika tidak kembali pada Allah....

Terbang tunduk pada setiap peristiwa. Pada setiap liku perjalanan yang dia sudah bersimpang padanya.

Baru sekarang dia lega. Baru sekarang dia menerima. Setiap renyah, lelah, keluhan dan segala rasa yang dilalui perit dahulu itu kini telah menjadi kekuatan, pemujuk dalam diri.

Tidak mengapalah....ini dunia semata. Ujian kita begini mungkin adalah hikmahnya.

Tapi kau yang memilih begini ujiannya, masih dikira hikmah juakah?

Cuma tersenyum. Siapa kamu untuk menghukum aku?

Eh...tidak baik kau berkata begitu. Menjawab dengan senyum pun sudah memadai. Tidak usah dicerita, dibentang atau dihujah pada mereka yang tidak bersama jalan ini.

Yang penting kita disini dan mereka disana berada dalam rahmat Ilahi serta baik adanya. Cukup.

Mendoakan dari kejauhan dari terlibat dengan rasa yang tidak lagi ingin dia rasa. Cukuplah.

Mungkin dia rindu pada suasana lampau. Mungkin dia rindu pada riuh, teriakan meriahnya kala mereka bersama. Tapi, dikenang tiada seorang pun yang akan bersama dia untuk meneman dalam mengharung jalan yang ini. Jadi...untuk apa lagi dia bertandang disitu mengemis kasih?

Melangkahlah mencari bahagianya sendiri.

Terbang dan tunduk. Terima kasih pada segala.

Terbang dan menjauh. Menjadi pemerhati mendoakan kalian dari kejauhan.

Semoga semuanya baik-baik husnul khatimah.

Tak boleh...

Tak boleh bila kita minta undur, putar, perbaiki, sesuatu perkara yang sudah berlalu.

Tak boleh...

Bila kita mula pertikai pada takdir yang menyebab ia berlaku.

Tak boleh...

Bila kita pilih untuk give up dan sabotage diri daripada mencari sinar dalam debu...

Tapi boleh je bila kita jalani dan hadap setiap perkara dengan tenang dan sabar.

Boleh tak kita tenang-tenang dengan pilihan yang kita buat tanpa fikir prejudis dan stigma masyarakat?

Boleh...tersangatlah boleh.

Yang hidup dalam hidup kita ini adalah diri kita. Kita lebih tahu setiap imbalannya. Kita tahu kesan akibatnya. Kita harus berlapang dada dengannya.

Boleh kan begitu?

Boleh...

Apa pun boleh kerna yang membahagiakan hari kita itu adalah diri kita sendiri. Bukan pandangan masyarakat terhadap kita.

Jadi kawan, macam mana macam mana pun kita kena bolehkan diri untuk menghadapi setiap hari kita. Okay...

Tadi aku ada baca satu ilmu baru dari buku Anthony Robbins. Dia kata kita ni terlalu biasa dengan setiap keajaiban yang berlaku disekeliling kita hinggakan kita dah tak rasa setiap darinya itu adalah suatu anugerah...

Kita selalu hukum diri kita dengan meletakkan syarat untuk bahagia. Padahal kita boleh je set minda kita dengan katakan apa pun yang terjadi, kita akan mencari jalan untuk menikmatinya...

Boleh kan macam tu?

Lama juga ya aku ambil masa untuk publish entri yang simple ni. Nampak macam simple, sekadar tanya boleh tak...tapi tu lah....ada benda kita kena fikir yang tak semua boleh itu ada jawapan yang semudah dengan sekadar menjawab ya dan tidak.

Satu hari nanti kalau aku terbaca balik entri ni kan, aku nak kau tahu yang boleh atau tidak kau teruskan saja langkah. Hadap segalanya sebab aku tahu kau kuat. ^_^ Kau cukup kuat untuk menjadikan perkara mustahil itu suatu keajaiban.

Tetap tenang ya. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat.

Moga husnul khatimah!



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    7 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    19 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026