Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Bulan Januari sudah pun menghampiri minggu-minggu akhir. Bulan yang agak panjang bagi permulaan tahun 2024.

Januari ada lima minggu. Terasa betul panjangnya.

Aku ni nak dikatakan sibuk, boleh jugaklah setiap kali weekend memang tak menang masa untuk sendiri. Kadang semangat tu lemah betul. Kena paksa betul-betul untuk kuasai dan pelajari perkara baru. Kalau tidak, memang melayan Netflix, series dengan game je lah ha.

Tak salah pun kadang nak luangkan masa dengan aktiviti santai macam tu. Cumanya kurang bermanfaat itu yang tak menjadi pahala buat rasa sia-sia dibuang waktu. Sebab tu bila sibuk, sibuklah sebetulnya. Bila ada masa, buat semua perkara yang kita rasa seronok.

Semalam sambil menunggu, tak sangka aku berjaya habiskan satu buku. Macam, wow....terlalu lama aku tak khatam buku dalam sekali duduk. Sampai apa yang berlaku di sekeliling pun aku dah tak sedar apa.

Hasrat manusia itu selalu menggunung. Hendak dicapai satu persatu selalu memerlukan kesabaran yang tinggi. Tidak tinggi, memang boleh kufur nikmat.

Semua mahu. Ini mahu, itu mahu, kalau boleh sekelip mata semua diperoleh.

Buat kita lupa untuk nikmati pada apa yang ada.

Rasa cukup. Syukur alhamdulillah.

Yakin dengan aturan rezeki Dia.

Tak semua yang kita lihat itu hakikat. - Ini quote adik aku dulu.

Aku pun rasa macam kena polish balik penulisan sendiri. Terasa betul hambarnya. Aku tak tahulah kalau masih ada orang lagi yang belek blog aku ni selain Kak Ana. Thanks Kak Ana rajin baca bebelan entah apa-apa saya. Arigato!

Mungkin sebab aku masih di fasa belajar untuk memahami transisi buat ayat aku terbejat mati. Mungkin...

Padahal setiap minggu otak aku keluar bersiar, setiap kali bukan dihadapan laptop, laju saja ideanya mengalir. Dan bila aku tenang-tenang duduk menghadap, kering betul rasa.

Jadi, untuk hari ni, aku kena paksa untuk hargai setiap detik. Aku tahu detik, saat itu semua berharga. Lebih lagi kita tak dapat mengulang setiap yang berlalu.

Semoga semua rasa itu dipertingkatkan ke arah kebaikan. Amin!

Tajuk buku yang aku baca tu adalah, 'Critical Thinking & Stoicsm'. Buku ni aku beli dekat Google Books. Menghabiskan kredit hasil daripada jawab beberapa Google Survey. Daripada terbiar tamat tempoh macam tu saja, aku pun beli buku ni. Tak sangka sepantas itu aku menghabiskan bacaan. Nampak tak betapa pentingnya pemikiran ini untuk diselenggara.

Makanya, setakat ini sajalah entri bebelan sofie bagi minggu ni. Ada rezeki kita jumpa lagi di entri akan datang, Moga lebih bermanfaat lah. Hahahahaha

Till then amigos!

 

Alhamdulillah masih dipertemukan dengan bulan Rejab 1445H.

Bercampur aduk emosi ni ha. Kejap sedih, gembira, terharu, semua rasa memang sekaligus datang membuatkan aku pilih untuk numb.

Dengan isu Palestin yang masih lagi di ambang yang terang lagi bersuluh ia adalah genocide membuatkan aku rasa syukur ke Hadrat Ilahi atas segala kurnia.

Kadang, ada perkara kita selalu ambil mudah. Taking for granted kata omputih. Macam aku lah. Ada perkara aku pandang pada prinsip. Ada perkara aku redah langgar dinding tanpa toleh pada keliling.

Menyesalkah aku kelak? - InsyaAllah tidak.

Bersiaga kata orang. Mungkin langkah aku ini walau bukan langkah London atau Langkah Cheraton, tapi langkah yang buat aku rasa lebih baik tidak lagi melangkah.

Baik terus terjunam dari menapak yang penuh hati-hati. Kadang tetap jua sakit.

Jadinya, buat tinta...terima kasih kerana masih ada. Pada aku yang jarang bercerita sekian dewasa, namun kau tetap sentiasa ada.

Punya aksara untuk dijadi cerita.

Pada 2024 yang baru 14 hari berlalu, kau tetap aku coret menjadi memori kedewasaan yang indah.

Macam tak sangka dan masih tidak jangka ianya berlalu.

Berlalu seolah kita tidak pernah lalui setiap detik darinya. Walhal, kita punya memori bersama.

'Kering hati kau roy...'

Iya...sudah lama tidak bersiram, kini ia hanya mekar pada sesuatu yang layaknya ia mekar. Tidak lagi suram dan layu mahupun mati. Cuma lebih bersikap tertutup.

Pada apa lagi kehidupan kita?

Tidak lagi berkisah rakan mahupun taulan.

Tidak lagi berkisah orang itu lebih cemerlang mahupun hidup aku lebih gemilang...

Ia kini lebih bersikap, semoga semuanya baik-baik hendaknya.

Aku tidak lagi mahu tahu kisah tentangmu dan kamu juga tidak berbaloi untuk ku jadikan tempat bercerita. Semudah itu kita ya?

Terima kasih tinta,

Terima kasih kerana masih bersama.

Bersama dalam mengeksperesi rasa....

Mungkin rasaku ini tidak valid untuk kamu, mungkin jua rasaku ini hanya mendatangkan kebencian yang lebih dalam dirimu....

Namun aku tidak lagi gentar. Tidak lagi merasa seperti diawasi mata-mata selain tenteraNya...

Aku jelak mahu berjengket....

Cukup sekadar segalanya sudah diberitahu. Dan apa-apa selepasnya, terserah pada Dia.

Semoga semuanya dipermudahkan....amin....

Amboi engkau!!!! Tajuk kemain ea nak mengutuk orang. Kemain beria gosip sedewa alam ha kau nak cerita. hahahahaha

Takdelah weh, blog ni je port aku bergosip sembang sorang. Kau kena faham. Plus, siapa je nak viralkan post blog sekarang an? Kalau ye pun orang curik content kau jadi hak milik vtt, reels, tweet mahupun threads sekalian dia punya adalah. Tak usahlah borak kat platform orang. Platform sendiri setup, legit berdomainkan nama kau lagi agung kot.

So, apa cerita kita hari ni kawan?

Kau dah kenapa dowh?

Dah kawen, semakin tidak menjadi orang. Pastu mengadu, kamceng tak support member. Walhal, member lupa kamceng mat.

Ditarah segala member yang berkerat tulang semata membahagiakan orang yang belum tentu sebulu dengan kitaorang, pastu acah terpaling hilang dalam lingkungan? WTH?

Aku ni an, kenang kenal family kau je aku tak ganggu simbah cat merah bagai. Hatta kunci rumah aku pun kau ada kot. Kerja tak pernah setel masa aku upah, apa cerita bro?

Oh...alasan time buat kerja kat rumah aku, barang kau hilang pastu suruh aku pulak ganti? Macam tu? Anjirrr mana punya cuai ni dowh?

Marah beb gua tengah melampiaskan amarah pada kau lah. Siapa lagi! Puith!

Sabar ajelah ha.

Kadang tu, nak berkira pun tak boleh jugak. Tapi, bila orang yang kenal kita buat kita macam tak pernah kenal langsung tanpa apa-apa alasan, dan aku pun dah tak ingin nak tahu apa jua alasannya buat aku rasa macam, kau pergilah dari hidup aku.

Pergilah jauh-jauh.

Anggaplah kita tak pernah kenal langsung.

Sedetik pun memori dengan kau aku tak ingin nak ingatlah.

Semoga bahagialah. Itu je aku doa.

Aku tak pernah ada kamceng macam ni hauk perangai mat!

Suka hatilah kau dengan kehidupan kau.

Terpaling segala.

Aku syukur giler dunia ni luas dan kita tak pernah dipertemukan semula. Syukur alhamdulillah pada 2023 yang membuat kita terus terpisah selamanya.

Dapur aku terbengkalai sebab kau.

Kau janji bulan bintang, sudahnya kau yang menghilang.

Aku tanya dowh, bukan aku tak tanya. Dan aku tak paksa pun kalau kau tak nak. Aku boleh kumpul modal upah orang lain dowh.

Tapi kenang support member dan percaya kau boleh berjaya. aku yang teraniaya.

Dah dah lah korang guna istilah support member.

Zaman sekarang support member dah takleh pakai dah. Bukan tak nak support, tapi member yang hauk. Dah disupport begini tidak enak jadinya.

Hubungan kita macam belati dalam daging. Senyap-senyap, kau lah duri.

Aku tak boleh nak halalkan dowh. Sebab kau pun dah mewah. Dah senang. Jadi, bila dah dekat atas tu, reti-retilah turun bawah.

Tak banyak pun bendanya, cuma panda-pandai kaulah menilai. Sebab sekarang, kita bukan lagi kamceng. Bukan lagi sesiapa antara kita.

Kau harus tahu itu kerna kau yang tidak bersuara hingga buat orang melastik kau sejauh alam.

Kau tahu mana nak cari aku.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    8 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    20 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026