Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Aku ni bab membebel memang nombor satu. Lebih lagi bila bebel secara tulisan ni. Maklumlah, sape je teman borak kau sejak dewasa ni kan?

Balik-balik dinding blog ni, diari tak pun kau conteng dekat Words. Itu je lah tempat kau bebel. Jadilah buat hilang rasa nak borak.

Ikut pada norma seorang aku ni, aku sebenarnya tidaklah banyak celoteh. Ikut pada mood. Sekarang mood aku suka bercerita. Tapi sayang, tadak orang nak dibuat teman sembang. Maka, layanlah tulisan aku na.

Dah masuk dua minggu aku kerja secara kasual. Untuk minggu ni aku jadi cookies helper. Tukang buat cookies raya. Masyuk baq ang cookies dorang. Bila tengok bakery macam ni, teringat impian kitaorang nak buka bakery sendiri. Tapi biasalah, impian itu mudah...

Iya...yang mudah itu...berangan.

Yang mudah itu, berimaginasi luar dari kosmos.

Tapi bila segalanya punya penghalang, satu demi satu impian kita bagai dicantas. Sampailah sekarang yang tinggal hanya angan.

Seronok tengok orang berjaya. Kadang tanya jugak pada diri, aku bila? Kemudian senyum...'takpelah, janji aku bahagia dan tenang adanya...'

Sabar. Masa kamu belum tiba. Tepuk dada dan teruskan lagi usaha.

Kadang give up, kadang rasa menyesal, kadang itu kadang ini...semua buat dia terfikir, betulkah jalan yang aku pilih ni?

Yang mudah itu, mengeluh. Yang sukar itu bersyukur...

Iya aku belajar menadah tangan, menundukkan jiwa agar menjadi hamba yang bersyukur. Alhamdulillah...

Ini semua dugaan...kata P.Ramlee...

Kadang, bila bergaul dengan manusia tanpa kenal hingga ke dasar buat kita merasa lebih syukur atas setiap pengalaman dan keunikan yang hanya kita saja alami. Perit itu ada,...standardlah....tapi kita pun sudah move on. Untuk apa disandar lagi pada kisah yang sudah tidak relevan itu.

"Umur berapa ea? Nampak macam matang...tapi nampak macam muda..."

Aku hanya senyum. Iya, kerap benar dengar tebakan sebegitu. Senyum saja jawabnya. Malas mahu dibincang sesuatu perkara yang sudah luput dari ingatan.

Alhamdulillah, balik kerja saja dah tak perlu tunggu waktu berbuka. Sedang menuju ke rumah pun azan sudah bersuara. Masuk saja rumah, gelas digapai, air ditadah dan baca doa, terus diteguk. Melegakan tengkuk. Ah...

Lebih pulak bila kau kerja di ruang yang bahang, dapat mencicip setitis air segar yang sejuk pun sudah lebih dari nikmat seisi jagat. Itulah nilai sebuah kebahagiaan yang kita cari.

Sambil mengunyah strawberi coklat aku termenung lagi.

Inikah jalan hidup yang kita pilih?

Iya...

Inikah perjuangan yang kita cari?

Paling kurang aku bertemu ramai orang. Dan lingkaran sosial aku untuk menjadi biasa itu semakin luas. Tak kenal mana, tapi pernah kerja sekali...

Itu yang mudahnya....

Secara bertulisnya, mungkin tidak sehebat mana. Tapi begitulah kehidupan ini. Aku hanya mahu lingkungan yang ceria. Bukan sekadar sendiri cuma. Bukan aku tidak betah menyendiri, tapi cukuplah di alam sana aku sendiri. Tidaklah aku bazirkan hidup di dunia hanya menekur pada suatu sudut tidak berorang...

Yang mudah itu...lari dari ketidak selesaan.

Yang mudah itu, berada di garisan selamat.

Yang mudah itu bila kita berhajat dan kita usaha untuk mendapatkannya....

Are you hunger enough?

Teringat satu soalan tapisan dari satu syarikat yang aku apply kerja. Soalan dia berbunyi, 'If you're an animal, what kind of animal you want to be and why?'

Nak je aku jawab, dah aku lahir sebagai manusia asal aku nak imagine diri jadi haiwan pulak? Herannnn....

Aku jawab aku mungkin penyu kot. Ada space sendiri...

Mesti dorang expect jawapan dia helang, gagak, singa, naga etc...

Eleh...suka pandang rendah dengan penyu. Tak tahu impak penyu tu lebih besar dari helang dan semua haiwan riuh yang korang agungkan sangat tu.

Penyu kot....jangan memain...

Eh terpanjang lagi bebel aku...

Nak baca blog orang pun dah tak jumpa entri dari jiwa...maka, biarlah aku baca blog sendiri....lebih orang dari manusia.

Kay gais, papehal roger!

Adios!

Banyak.

Lebih dari sesuatu yang akan buat diri terjerat.

Risiko?

Lebih kurang.

Agak kecewa dengan diri. Dah mencuba sedaya, tapi takat itu ja. Sebab?

Entah....

Apa yang kau takut sebenarnya?

*selingan tukar battery keyboard sat.*

Belek-belek kuku yang makin panjang. Banyak pulak jadi perangkap kotoran bila kuku panjang ni kan. Ah, gatal pulak kepala. Garu sat...

Aku dah lama tak consume Bilaxten. Sebab nak ajar diri biasa dengan allergy. Tapi gatal dia ya Tuhan.....bisa merinding jiwa! Tapi ini semua dugaan. Jangan dibiasakan sesuatu itu dengan ubat. Nanti bila imun, kau sendiri susah.

Banyak hal sebenar aku takut. Misalnya sekarang, aku dah tak nampak apa yang di hadapan. Aku just hidup untuk sesaat akan datang dan berharap keajaiban kan berlaku. Kadang hanya berharap Tuhan rahmati hidup ni. Tu je...

Aku takut orang tahu siapa aku. Aku tak suka. Walau aku ini tidaklah semengah mana untuk diketahui, tapi aku tetap takut. Sebab aku sendiri pun seolah takut dengan bayang sendiri. Kenapa?

Itu persoalan buat aku gugup dan lari dengan tidur dari menelusuri ruang gelap dalam diri.

Biarlah...

Biarlah begini...

Bukan tidak mahu berjaya, tapi aku sudah lelah mahu meraih pada yang tiada pasti.

Aku cuba yang terbaik untuk hidup pada setiap hari. Syukur alhamdulillah, kau masih survive.

Peluklah dirimu itu.

"Awak kenapa umur sekian baru habis?"

Kadang soalan-soalan macam ni buat aku takut.

Takut orang menjauhi. Aku punya zaman kanak tidak senormal orang lain.

"Since your childhood has gone through so many things, does it affect your life?"

Aku hanya senyum.

Jangan. Please jangan bawa aku ke memori itu.

"Worries not, though my past seems not butterfly as it sounds, it has taught me a valuable lesson which only a few people be able to endure all the memories. ..."

Tapi aku senyum. Sebab bila ditanya spontan aku pasti merangka jawapan dalam kepala. Overthinker! Arghh....

Kenapa aku?

Mencebik...

Entah... ah...kau janganlah soal siasat macam ni...bisa merembes air mata karang. Dahlah esok nak kerja.

Okaylah...

So, apa yang kau takutkan?

Masa hadapan yang belum pasti? - semestinya

Semua benda di hadapan kita, masih menjadi rahsia. Even kita tahu esok nak pakai baju warna apa, tapi esok harinya belum tentu kita akan pakai seperti yang direncana. Maka tenanglah anak muda.

So, sampai mana dah kita tadi?

Oh ya, tentang sebuah ketakutan dan kehidupan. Hurmm....hidup pun sebuah ketakutan yang tiada jaminan. Kau hidup, hidup. Itu saja. Bagaimana hidupnya?

Hanya kau seorang saja yang tahu.

Sejak masuk 2023 ni, aku rasa begitulah hidup ni. Semakin tiada makna. hahahaha

Setiap hari hanya dilalui sebagai hamba Tuhan yang melata mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. Kerja adalah selingan bagi menunggu waktu solat. - Itu ayat yang aku pernah baca dekat Twitterjaya. Tapi sekarang ia seolah terbalik. Sedihkan....dikejar sangat pada target hidup dunia sehingga kau lupa hidup ini sebentar cuma. Alih-alih kau jua yang sakit.

Ah makin merepek je aku mutakhir ni.

Semoga diberi kekuatan dan kemudahan dalam melangsungkan kehidupan.

Semoga dimurahkan rezeki dan dikurnia kecukupan padanya.

Semoga hidup kita sentiasa dinaung rahmatNya dan moga bertemu Husnul Khatimah...

Amin...

Apa yang ditakut sebenarnya?

Bila jiwa semakin jauh dengan Tuhan...

Bila tak lagi seronok untuk menjadi seorang muslim

Takut bila perlahan Tuhan tarik iman, taufiq dan hidayah dari jiwa luhur ini....

Itulah sebuah ketakutan yang tiada tokok tandingan...

Moga Tuhan sentiasa menjaga kita...

Aminnn...

Itulah bila dewasa bukan pada waktunya, sampai usia dewasa begini kau jadi tak hadap. Malas!

"Dia bukannya malas...." dia menarik nafas dalam sebelum menyambung sisa dialog dalam kepala "cuma hanya mahu give up..."

Tapi, Tuhan kata 'Hamba-Ku janganlah kamu terlalu cepat berputus asa.' Makanya, disinilah dia cuba menjalani hidup dengan sedaya kudrat yang dia ada. Cuba. Cuba dan cuba walau orang kata usahanya tidaklah semengah mana.

Kau tahu kenapa aku malas dah nak usaha?

Sebab semua benda tu sebentar cuma.

Ah, pesimisnya hidup kau!

Hahahahah

Tak, aku ni kadang pesimis, kadang optimis kadang zero. Begitulah hidup ni. Jangan terlalu beria, terlalu berharap pun jangan. Ia ada, ada. Tiada, tiada...begitulah hendakNya...

Hidup perlu diteruskan walau apa pun rencana yang mendatang. Kau kena ada survival skills. Kena belajar buat duit tanpa bergantung pada orang sangat. Pergi ke mana pun kau boleh buat kerja. Eager to learn kata orang. Aku belajar, cumanya aku dah tak nampak hala dia ke mana. Lost track, lost everything...

Dah kenapa aku buat entri merepek ni. Aku dah fed up sangat ke dengan kehidupan?

Hurmmm....

Hadap je jawapan dia sekarang.

Hadap pada hidup.

Survive, thrive buat semampu yang kau mahu. Kau boleh punya...this too shall pass... - hari-hari itulah mantera kau.

Tak gerak, takde orang suap. Kau lah penerus kelangsungan hidup kau sendiri. Kau pun dah tak de tempat lain untuk bergantung harap selain Tuhan. Jadi kau buat je kerja. Kumpul je pengalaman selagi termampu. Bukan kau tak boleh. Boleh je...

Aku decide untuk unfollow the mass tapi akulah sebahagian consumer yang menyebabkan mass itu masih mengalir. Aku gagalkah?

Serba serbi terlalu biasa.

Ha ha ha haha...

Ye lah...syukur masih hidup alhamduilillah. Syukur atas segalanya. Kau boleh punya. Chaiyok!

Ah, serabut otak dia jadi macam ni lah. Sampai jiwa-jiwa pun mereput nak bina motivasi. Hari-hari kerja kau melepek, memanglah. Cer kau keluar, ambik udara segar...

Esok aku keluar kay. Jalan-jalan pergi kerja.

Kadang, di fasa terpaling bawah inilah kau tahu siapa yang selalu ada untuk kau. Siapa yang akan bertanya khabar pada kau. Kalau kau je tukang penanya khabar pun tak kemana jugak. Dah dahlah hidup jadi gam, pelampung dan bayang orang. Dah 2023 dah pun. Move on lah...

Cukuplah takat ni entri paling malas aku pernah buat...ini pun aku paksakan diri untuk jadi produktif. Kerja nak menangguh je kau ye...hahahahah

Itulah tu...doakan aku kuat semangat untuk teruskan kehidupan...takde sebab pun nak beria....alih-alih, semua mati juge...

huhuhuhu

Ah...dah -dahlah tu demotivated patah semangat camni...kau kena kuat. Harus! Wajib...Sedetik pun jadilah...sesaat je lagi...okay...

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    39 minit yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    12 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026