Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Itulah bila dewasa bukan pada waktunya, sampai usia dewasa begini kau jadi tak hadap. Malas!

"Dia bukannya malas...." dia menarik nafas dalam sebelum menyambung sisa dialog dalam kepala "cuma hanya mahu give up..."

Tapi, Tuhan kata 'Hamba-Ku janganlah kamu terlalu cepat berputus asa.' Makanya, disinilah dia cuba menjalani hidup dengan sedaya kudrat yang dia ada. Cuba. Cuba dan cuba walau orang kata usahanya tidaklah semengah mana.

Kau tahu kenapa aku malas dah nak usaha?

Sebab semua benda tu sebentar cuma.

Ah, pesimisnya hidup kau!

Hahahahah

Tak, aku ni kadang pesimis, kadang optimis kadang zero. Begitulah hidup ni. Jangan terlalu beria, terlalu berharap pun jangan. Ia ada, ada. Tiada, tiada...begitulah hendakNya...

Hidup perlu diteruskan walau apa pun rencana yang mendatang. Kau kena ada survival skills. Kena belajar buat duit tanpa bergantung pada orang sangat. Pergi ke mana pun kau boleh buat kerja. Eager to learn kata orang. Aku belajar, cumanya aku dah tak nampak hala dia ke mana. Lost track, lost everything...

Dah kenapa aku buat entri merepek ni. Aku dah fed up sangat ke dengan kehidupan?

Hurmmm....

Hadap je jawapan dia sekarang.

Hadap pada hidup.

Survive, thrive buat semampu yang kau mahu. Kau boleh punya...this too shall pass... - hari-hari itulah mantera kau.

Tak gerak, takde orang suap. Kau lah penerus kelangsungan hidup kau sendiri. Kau pun dah tak de tempat lain untuk bergantung harap selain Tuhan. Jadi kau buat je kerja. Kumpul je pengalaman selagi termampu. Bukan kau tak boleh. Boleh je...

Aku decide untuk unfollow the mass tapi akulah sebahagian consumer yang menyebabkan mass itu masih mengalir. Aku gagalkah?

Serba serbi terlalu biasa.

Ha ha ha haha...

Ye lah...syukur masih hidup alhamduilillah. Syukur atas segalanya. Kau boleh punya. Chaiyok!

Ah, serabut otak dia jadi macam ni lah. Sampai jiwa-jiwa pun mereput nak bina motivasi. Hari-hari kerja kau melepek, memanglah. Cer kau keluar, ambik udara segar...

Esok aku keluar kay. Jalan-jalan pergi kerja.

Kadang, di fasa terpaling bawah inilah kau tahu siapa yang selalu ada untuk kau. Siapa yang akan bertanya khabar pada kau. Kalau kau je tukang penanya khabar pun tak kemana jugak. Dah dahlah hidup jadi gam, pelampung dan bayang orang. Dah 2023 dah pun. Move on lah...

Cukuplah takat ni entri paling malas aku pernah buat...ini pun aku paksakan diri untuk jadi produktif. Kerja nak menangguh je kau ye...hahahahah

Itulah tu...doakan aku kuat semangat untuk teruskan kehidupan...takde sebab pun nak beria....alih-alih, semua mati juge...

huhuhuhu

Ah...dah -dahlah tu demotivated patah semangat camni...kau kena kuat. Harus! Wajib...Sedetik pun jadilah...sesaat je lagi...okay...

Cerita pasal interview ni kadang boleh buat perasaan kita turun naik beremosi. Berharap agar dapat. Berharap agar tak dapat, berharap itu, berharap ini...tapi yang paling penting, anggaplah semua ini sebagai sebuah pengalaman yang mendewasakan. Kadang dari interview ni banyak perkara kita boleh belajar, ambik pengajaran, improvekan diri.

Terlalu banyak nilai ilmu dari sesi temuduga sebenarnya. Yang belum tentu orang yang bagi tips juta nam tentang interview dapat rasainya. Sampailah korang sendiri hadap. Hanya yang berjiwa kental suka hadap interview ni. Hahahaha....

Macam aku, aku punya alasan jump kerja sebab nak challenge diri masa sesi interview. Mencari career advancement kata orang. 'Apa yang nak diadvancekan?' Interviewee tanya, 'Work environment, company culture, and a lot of things in career world that I have to explore...' - itu jawapan aku. Acah kemain kan?

Padahal, dah ada kerja nak kau, kau tak nak kerja tu. Dah kau nak kerja tu, kau pulak takde rezeki. Takpelah...sangka baik sajalah...mungkin rezeki kau ada lagi di tempat lain...

Nak kata berpuluh tu, tidaklah lagi sampai berpuluh interview yang aku attend. Tapi aku memang ingat hampir semua sesi interview yang aku pergi. Haaa nak mula dari mana cerita interview kita ni? Banyak ni nak share. Kelakar ada, tak masuk akal ada, rasa macam alasan semata pun ya... macam-macamlah. So, aku cerita bermula dari sesi awal aku kena interview secara rasmi hinggalah yang terkini. Kalau korang rasa kompilasi cerita interview ni dapat membantu hilangkan gugup korang masa hadir temuduga, moh le baca sampai titik akhir entri ni hehehehe ^_^

First interview aku pada tahun 2013.

Masa ni aku baru lepas habis SPM. Aku ni SPM lambat sikit dari manusia normal. Jadi sementara tunggu result keluar untuk sesi permohonan UPU semua, aku pun apply kerja dekat salah satu company retail yang amat ulung jugaklah. Since masa apply tu aku berdua dengan kakak aku, jadi kitaorang tak boleh diletakkan dalam satu department yang sama. Maka aku mendapat jawatan Sales Assistant.

Aku ni jenis sempoi, tak gabra sangat even tempat baru. Jadi bagi aku sesi interview tu semacam sesi suai kenal dan borak-borak. Aku boleh lupa jugak yang aku ni sebenarnya sedang ditemu duga. Alhamdulillah dalam minggu yang sama aku dah boleh ambil uniform dan start kerja pada minggu hadapan. Seronoklah jugak dapat kerja, even gaji tidaklah havoc mana. Tapi takpe, kita kumpul pengalaman.

Nama supervisor aku pun aku ingat sampai sekarang dan dia pun masih lagi kerja dekat situ. Kadang aku rajin, aku tegurlah dorang. Macam tak sangka dah nak dekat 10 tahun aku tinggalkan kerjaya di situ. Seronok sebab rakan kerja kat situ boleh tahan masuk air semua. Plus, kita jenis open je dengan orang, takde biased etc.

Sekarang dorang semua dah berumah tangga dah. Adoyai....

Lepas je dapat result UPU, aku terus hantar notis. Tak lama pun kerja situ. Dalam tiga bulan saja. Dan lepas habis diploma aku baru ingat nak kerja situ balik, sementara tunggu sambung degree, tapi dah tak boleh. Sebab dorang ada protokol dorang sendiri.

Second Interview as Part-Time Sales Assistant lagi?

Kerja kedua aku ni aku apply masa sambung belajar degree. Maklumlah kos sara hidup zaman tu sudah meningkat, aku nak buat duit belanja tepi plus isi waktu lapang sambil cari pengalaman, maka aku apply lah satu kerja dekat Indeed. Aku baca je posting iklan kosong tu, terus aku call orang yang posting.

Perghh....berani sia aku call orang! Tak pernah jangka aku ini berani juga ya hahaha....aku ni jarang bercakap, bercakap pun ikut pada mood. Rasa nak cakap, kita cakap. Cakap pun bila rasa perlu. Berat nau mulut ni.

Lepas pada call tu, poster job tu buat appointment untuk sesi temu duga dan isi borang.

Che...masa ni aku pakai smart tahu. Professional gitu. Pendapat aku, tak kiralah kau interview untuk apa jua position, yang penting keterampilan casual professional tu mesti ada. Sebab? Itulah first impression kau. Lepas tanya sedikit latar belakang dan satu dua soalan, aku isi borang. Nanti dorang akan bagitau kalau aku dapat kerja tu.

Dan alhamdulillah, dengan izin Allah, aku dapat kerja tu dan bertahan sepanjang aku sambung pengajian degree. Kecuali masa ada thesis je aku berhenti kejap. Tak lama lepas pada tu, kedai tu dah tutup disebabkan mall tu dah tak dapat banyak sambutan masa tu. Tapi, aku punya khidmat tetap digunakan dekat cawangan lain.

Inilah pengalaman kerja paling adventure untuk aku. Sempoi, simple....dan paling penting aku enjoy.

Lepas habis belajar, aku start apply kerja based on office pulak....

Third Interview as....

Kalau tak silap aku kerja ni aku dapat dari JobStreet. Ke Indeed? aku pun dah tak berapa ingat.

Sebelum pada kau dipanggil temuduga, masa aku apply tu dia ada request kita untuk jawab satu kuiz. Dan masa tu, dorang kata analisis hasil dari kuiz tu, aku merupakan calon yang paling dekat karakter dengan yang dorang nak cari. Maka dorang panggil interview dan isi borang. Standarlah kan.

Ini pun aku tak rasa macam interview. Dia macam sesi borak suai kenal camtu.

Alhamdulillah, aku dapat kerja dia. Seronok kerja sini. Sebab rakan kerja pun sporting, boleh dibawak menyembang. Tapi sayangnya, masa tu covid pulak....tak pepasal dorang terpaksa downsizing company. Dan orang kata dunia kerja ni, Last In First Out....haaaa akulah tu kena out.

Ini semua dugaan....

////

Covid dan Kerjaya?

Itu malas ar aku nak citer....sambung kendian pulak....okeys!

Esok nak kerja, sahur dan lain-lain lagi.

Semoga dipermudahkan urusan hidup kalian dunia akhirat!

Till then, adios!

Alhamdulillah sejak masuk bulan April ni hidup aku berlalu seperti sebuah drama RTM. Sebuah struggle yang jarang dikongsi tapi aku tetap akan cerita. Seolah pengalaman hidup ini sebuah dongeng dan ilusi yang orang tak akan percaya. Aku sendiri pun kadang tak percaya yang aku boleh hadap setiap pengalaman tu.

Misalnya yang paling-paling dan terpaling aku tak percaya setakat hari ni adalah aku menjadi warehouse helper dekat Mydin. Itulah pengalaman terpaling takut yang pernah aku alami. Ye lah mana taknya, dalam ramai-ramai pekerja kat situ aku adalah manusia warganegara. Semua adalah pekerja luar. Mahu tak nervous jiwa nih.

Tapi aku hadap dengan sabar. Kerja dan hidup ni keras kawan. Maka kita kena steady. Tenang saja anak muda.

Bermula 1 April hari tu aku dah join GoGetter secara aktif dan rasmi. Selama ni aku register aku tak pernah pun ambik mana-mana job lagi. Maklumlah waktu dan tarikh tak bersesuaian. Selepas dua minggu pergi balik interview, aku pun mula cari ikhtiar untuk buat duit setiap hari, dengan kerja yang lebih realistik dan lebih kepada pengalaman dunia yang aku jarang ceburi.

Penat memang penat, tapi seronoklah sebab kau boleh kumpul seberapa banyak pengalaman yang kau mahu. Sisi hidup yang orang tak pernah kisah akan jatuh hidup kau. Hahahaha tapi kita enjoy. Kita syukur sebab masih dikurnia kudrat serta jiwa yang kental untuk hadap segala ujian. Alhamdulillah.

Mungkin dengan pelbagai pengalaman ni aku akan mula kumpul sedikit demi sedikit sebelum terbit buku.

Kenapa masih tak terbit?

Sebab pengalaman masih belum banyak. hahahaha dasar alasan tak logika la kau.

Aku doakan agar kita semua diberi kecukupan dan kemudahan dalam mengharungi kehidupan. Aminnn...

InsyaAllah dengan cerita yang banyak ini, perlahan aku nukil buat tatapan rasmi awam kelak. Sape yang dah lama baca blog aku, dan masih setia tu, aku ucapkan jutaan terima kasih. hahahahah kalau adalah....aku pun tak tahu ada lagi ke manusia yang enjoy baca cerita merepek aku nih.

Huhuhuhu...ada tu cuma aku tak tahu hahahaha gila perasan sia minah ni!

Dahlah weh, esok shift kerja start awal, kena gerak awal. Ni mata sejak Ramadan asyik kerja nak pejam semedang. Ah! aku kena lawan! Hidup harus diteruskan!

Semoga dipermudahkan urusan semua!

Till then!

p/s: kata tak nak raya, tapi beli jugak baju rayanya...apodaa

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Bukan Sekadar Header...
  • Ceritera Ramadhan...
  • "Sains Geomatik?"

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Meragut Nyawa : Sabit Sawit
    3 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    14 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026