Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Hari terakhir di pejabat buat rasa dia berbaur. Sedih, gembira, seakan tidak percaya dia bakal menjadi penganggur paling berjaya. Akulah yang bakal mengejar segala impian. Akulah watak utama dalam sebuah novella. Lega. Itu rasanya. Lega meninggalkan sebuah tempat yang buat dia belajar dunia kerjaya.

Selang sehari dari tarikh akhir, bertalu jemputan temu duga hadir. Namun sayang, semua dia tolak. Gusar jika dia terima, tidak sampai setahun dua dia akan pergi lagi. Ah, penatlah! Bukan dia memilih kerja, cuma dia rasa hidupnya ada lagi yang lebih menarik dari sekadar menghadap sebuah pekerjaan yang buat dia rasa itu bukan tempat dia. Dan dia berani mati lompat tanpa sebarang jaminan. Tawakkal saja jawapannya.

Alasan? Dia mahu santai menghadapi bulan Ramadan. Mahu tenang tanpa sebarang paksaan yang belum tentu ada penambahbaikan kerjaya. Ah, selalu jua dia merungut. 'Sampai bila mahu setia di ruang kecil yang takut itu ini?' Lantas dia terjun. Terjun tanpa sebarang payung. Terjun tanpa sebarang pelampung. Lemas? Terhempas? Hidup atau bernyawa? Dia sendiri tidak tahu.

Banyak aspek kehidupan buat dia kadang termenung sendiri. Berbaur benar rasa malam ini.

Lebih pulak malam Ramadan yang ke-enam ini kali pertama dia bertaraweh di masjid bersama insan tersayang. Lain benar rasanya. Syahdu, sayu, sedih, rasa seperti merayu pada Tuhan agar hidup ini dipermudahkan. Agar matinya kelak husnul khatimah. Tanpa sedar mengalir jua air mata. Setiap kali ke tempat sebegini, laju saja jiwanya terusik. Laju saja air matanya menitik. Jiwanya rasa lemah. Tidak sekuat seperti nasyid Qathrunada yang sering dia alun kala sekolah rendah dahulu.

Orang yang kuat jiwa dan berjiwa besar, tidak kenal kecewa dalam perjuangan...

Dia tewas.

Dia bukan mahu buang semua. Dia hanya perlu sokongan dari orang yang mewujudkan dia ke dunia. Itu saja. Dia bukan mahu bermusuh lama. Siapalah dia untuk memusuhi mereka? Dia sekadar picisan yang lahir dari sebahagian dari mereka. Ah, menyesal jua terlahir di dunia ini.

"Kita tak boleh nak halang sebuah kelahiran. Kita kena tempuh, sabar dan hadap. Memang sakit. Memang perit. Jawapan kita adalah terusan kuat. Bersama..." dia tersenyum cuba mengalirkan kekuatan pada jiwa yang kian rapuh.

"Kadang, saya rasa takde sebab untuk wujud kat dunia ni. Rasa macam mesti dunia ni menarik jika saya tak lahirkan. Mesti semua orang lebih senang dengan ketiadaan saya..." dia kalih pandang ke luar. Lampu neon di jalan semakin berkaca. Tahulah dia yang dia sudah memecah tembok retina yang ditahan usai taraweh tadi. Perlahan suaranya bertukar menjadi sengau.

"Saya tak kuat...saya nak give up..."

Semakin dia tahan, semakin deras air matanya merembes keluar. Terdengar lagu Bintang oleh Budak Kacamata diputar oleh frekuansi radio Suria sayup menjadi lagu latar.

Bintang kau jangan bersedih Bintang kau jangan menangis Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana Bintang kau tinggi di atas Ku duduk rendah di bawah Hidup mu berteman bulan bukan insan kekurangan...

'Ah sudah, dan dan time ni kena pulak sound tracknya...' dalam sedih hatinya mendesis.

"Awak, saya ada ni. Kita hadap sama-sama. Kita tempuh sama-sama okay. Saya ada je..."

Dia cuba untuk mencari kekuatan di balik senyuman yang perit. Paling kurang sekarang dia menangis punya teman. Lebih baik dari dia menahan tangis dan meraung sakit sendirian. Dia punya jiwa yang sentiasa memberi kekuatan. Dia harus syukur dengan kebahagian yang dipinjam ini. Dia bukan tidak kuat. Cuma ada masanya dia kecundang. Rapuh itu tetap menembusi tembok egonya. Dalam situasi begini dia tetap bahagia. Walau tangis esak dia tetap syukur.

Nikmat Tuhan yang mana lagi kamu dustakan...

Bintang jangan kau terus begini Nanti malam mu tiada berseri Kita akan tetap bersama untuk selamanya Cuma lain suasana...

"Saya nak borak lama lagi dengan awak ni. Boleh ke?" dia minta izin.

"Boleh je, tapi saya risau lewat nanti nak ke sana."

Ya, dia sedia tahu. Bintang yang di hadapan dia ini punya dua dunia yang perlu dijaga. Jadi dia perlu kuat.

Bintang hentikanlah Tangisan yang akan menyiksa diriku Bintang dengarkanlah Ada satu pesanan terakhir dariku Bintang kau pergilah Kerna itulah yang terbaik untukmu

Senja itu berlalu sehingga kelam malam bulan kelihatan. Sabit bentuknya, indah sekali. Subhanallah.

Bintang Percayalah hanya engkau satu di dalam hidupku Bintang...

Iya, benar. Aku menonton wayang di bulan Ramadan. Cannot resist my temptation to watch it on the first day's launching. Urgh!

Tapi puas hati untuk tiga jam bersama pop corn sea salt yang masin amat dan juga pop corn caramel. Pergh...nasib tengok time tengah malam. Mahu tengok time siang ado jugak yang terbatal puasa kang!

Best ke weh?

Opkosle best. John Wick kot, kemonlah...mahu pulak John Wick ni bukan manusia sebarang manusia. Jatuh juta nam pun still bangun elok takde patah liuk bhai. Power gila. Entah-entah John Wick ni sebenarnya Demi God. hahahahaha

Memandai je kau an.

Iyalah, kalau orang lain cerita aksi macam Without Remorse tu, tembak sikit terus rebah na. Habis sampai isteri dia tak sempat diselamatkan dek kerana tembakan nan satu tu.

So, patutkah kalian menonton John Wick Chapter 4 ni?

Iya opkos patut. Plus, habis moreh terus shoot ke wayang tengok John Wick, pastu balik boleh sempat untuk bertadarus sebelum sahur.

Target aku bulan Ramadan tahun ni nak taraweh penuh setiap malam. InsyaAllah amin....moga dipermudahkan.

Apa lagi tentang John Wick Chapter 4 yang perlu korang terujakan?

  • Ada Donnie Yen
  • Kewujudan pertalian persahabatan yang erat
  • Aksi yang non-stop dan violence
  • Pure ending
Dan semestinya rotten tomatoes yang tinggi adalah punca utama untuk korang tontonnya.

Orites, takat sini saja dulu review kita. Aku pun tadak mood nak cerita panjang, papehal roger gais!

Adios!

Salam Ramadan 1444h buat semua Muslim yang merai.

Tetamu yang paling kita rindu dan rai. Tetamu yang membawa sejuta baroqah. Ia suatu yang dinanti semua...

Alhamdulillah di kesempatan ini kita diberi peluang untuk menemui Ramadan. Alhamdulillah syukur diberi peluang untuk perbaiki segala khilaf. Kadang kita tahu di bulan syaitan dirantai, iblis diikat ini satu-satunya yang tinggal adalah nafsu.

Allah, bantulah kami menundukkan nafsu kami di bulan yang mulia ini. Amin...

Well, aku pun masih belum merasa lagi puasa sebab Allah bagi cuti. InsyaAllah ada rezeki kita raya awal. Tapi nak menggantinya ya Allah liat naudzubillah...

Seronok tengok orang berkongsi pengalaman masing-masong merai ramadan. Terhibur juga baca...

Aku?

Macam biasalah puasa ni...sahur, masak makanan berbuka, berjimat dalam belanja. Tiada persiapan raya, hanya menghitung hari berlalu sahaja.

Aku rasa sekarang aku terbela burung tanpa sengaja dekat belakang rumah. Kemain korang burung ea, bersarang menumpang tak bayar sewa. Buat bising melata.

Tapi takpelah, aku pun malas jugak nak kisah. Dua tiga hari ni panasnya lain macam. Lepas tu hujan tiba-tiba. Kadang aku sendiri confused bhai.

Sekarang cuaca sukar nak diramal. Borak pasal cuaca pulak aku ni. hahahah

Aku pun syukur sebab dapat bebas dari semua serabut. Tapi kena kerja keras untuk fokus hala hidup sendiri. Ramadan sebuah hijrah kerjaya. Doakan aku dapat gapai setiap impian darinya.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan yang baik-baik hendakNya.

Selamat merai Ramadan gais!

Till then. Adios!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Bukan Sekadar Header...
  • Ceritera Ramadhan...
  • "Sains Geomatik?"

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    12 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    Sehari yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026