Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

"I didn't know that you will give up this early..." ujar rakan sepejabat selepas dia mengatakan yang keberadaannya disini kemungkinan tidak lama dan tidak pula dia berkata mengapa dan kenapa.

"What made you think that?" soalnya lagi.

"Saya rasa penat dengan kondisi syarikat yang amat lambat dalam buat keputusan. Terlalu indicesive yang kadang saya rasa, penat! Sekarang ni saya pun dah tak happy nak kerja lama di sini untuk apa lagi saya teruskan?" dia jawab sambil bermenung panjang. Boleh tak dalam banyak perihal hidup, bagilah at least satu sisi hidup yang akan berjalan dengan lancar. Just smooth sailing. Tak perlu pening. Ini, semua benda serba pusing. Geram!

Usai dari balik kerja dia akan melepak lama dalam kereta. Ambil semangat untuk hidup, mengutip segala jiwa yang telah lama hancur tiada rupa bentuk lagi. Senja itu dia berjalan perlahan. Mengira setiap langkah. Sampai bila lagi dia harus begini? Perlukah aku hanya undur diri dan tarik dari medan yang bukan lawannya ini?

Patutkah aku hanya lari dan tinggalkan segalanya dari dunia ini? Lari sejauh mungkin agar tidak ditemui sesiapa lagi.

Hela berat dilepas.

Jadi dewasa ini tidak semudah order makanan di warung Pak Ali. Dulu mungkin kita nampak hidup dewasa ini simple. Sekadar kerja, mencari wang dan hanya hidup. Tapi nyatanya tidak. Ada lagi perkara lain lebih dari itu.

Ada jiwa perlu dijaga. Ada hati perlu diperiksa.

Penat.

Kalau dengan give up-nya aku buat hidup orang lain lebih lancar dan tenang, baiklah aku lari. Lari hingga tidak ketemuan. Lari dari semua yang menyerabutkan. Lari sehingga aku tidak perlu toleh dan tangisi lagi segala rasa yang terlalu dalam....

Ah, dalam hidup ni tiada siapa pun kisahkan perihal kita. Masing-masing sudah punya pertarungan mereka sendiri, kenapa aku harus semakkan fikiran mereka?

Kadang, aku just nak lari. Lari, lari dan lari...

Aku sendiri kadang tak tahu mana realiti dan fantasi. Aku serabut. Aku kusut.

Sampai satu tahap, mungkin aku takkan kembali. Biar setinggi mana pun suara diseru, aku bukan aku lagi...Aku sudah lama mati bersama banjiran air mata yang sering mengalir kala senja hari.

Ah, senja...waktu yang tepat untuk dia merencana pelarian. Isolated Plan katanya...

Aku tak akan berpaling...itu tekad aku...

"Kita memang begini ya...sendiri saja dari awal hingga akhir" bisik Aryan pada Seroja. Mata mereka masih tidak mengerdip melihat mentari yang kian tenggelam dimamah bumi.

"Sarat topik kita ini" Seroja hanya angguk.

Selagi boleh hadap, hadaplah...sampai satu tahap jika lari itu lebih tenang, kita pergi saja ya?

Dia angguk.

Ya, ini bukan kisah nyata. Selagi ia masih di kepala, mereka hanya kekal dipenjara. Tapi, saat mereka tidak bertakhta, usah diseru jelata yang tidak bertanda. Mereka sudah lama terpenjara. Punya peluang, tiada dalih...merekakan lesap. Ditelan bayang senja...

Kursatil yang tiada siapa duga...

Aku ingat dah jam 23. Tapi rupanya ada 20 minit lagi sebelum aku pilih untuk menatap buku.

Aku tak tahu apa masalah orang lain, yang penting masalah aku selesai dengan aman. Aku taknak bercampur dengan orang sebab setiap dari orang yang kita kenal akan membawa pada pemahaman masalah yang dorang hadap. Kenapa aku perlu faham akan masalah diorang walhal diorang kadang tak pernah faham apa masalah kita?

Kenapa?

Orang cakap itu teknik pengurusan masalah kendiri. Bagi aku, cukup hanya kita jaga diri dan usah terlalu damping pada orang yang tidak pernah ada saat kita perlu. Setel. Hidup ini simple...

Kadang simplenya buat kita mencari masalah. Pandai cari masalah, pandailah simpan. Setel bukan?

Kenapa nak rumitkan keadaan dan mencipta masalah yang punya jalan penyelesaian?

Ko-mu-ni-ka-si!

Dan aku di sini hanya diam. Kalau satu pihak saja yang bercakap itu bukan komunikasi, Itu hanya sesi luahan ketidak puasan hati. Dah kenapa???

Kau tak puas hati dengan aku, yang aku sedia ada sudah move on dan berlalu pergi tu dah kenapa ya?

Kenapa itu persoalan aku?

Siapa yang kau cuba untuk seru dan panggil kembali?

Siapa?

Tidak, aku tidak pernah punya rasa. Aku hanya meletak rasa pada yang aku perlu sumbangkan rasa. Pada yang sedia tawar itu, mungkin perlu diterima hakikat yang kau tidak pernah berperisa. Hebe...

Kejam?

Celah mana?

Isthikarah?

Iya.

Apa petunjuknya?

Itu rahsia. Hal aku dan Dia.

Kenapa hendak dihebah?

Diam itu jawapan.

Diam kau pada janji yang tak pernah tertunai itu mungkir namanya.

Diam aku meraih janji hanya pemerhati pada hutang kau tabur.

Kisah pulak aku...

Ya, hidup ini punya kisahnya sendiri. Kisah yang kita cuba katup serapat mungkin agar tiada yang merobek jiwa lama. Kenapa hendak ditangis segala kesal yang semakin berjauhan?

Ya, sudahlah...baiklah kita begini...

Dunia kita sudah tidak sama....Bumi yang kita diam mungkin ya, tapi arena kehidupan kita tiada simetri lagi.

*hela nafas berat*

Aku tidakkan beralah pada diri, kenapa aku harus letak harapan pada orang yang mengatakan aku cepat mengalah? Kenapa ya? Harapan aku hanya pada diri. Pada Tuhan Rabbul Izzati. Punya harapan selain Dia, hanyakan berjumpa kecewa...

Jadi, baik aku bla dan angkat kaki. Lebih banyak hidup untuk dihargai dari menghabiskan masa pada mereka yang mempersolkan nilai kendiri...

Retrograde!

Aku jarang letak pengharapan pada manusia. Jarang...Sebab aku tahu berharap pada manusia itu sama seperti berharap diri ini untuk dikecewa. Tapi senipis mana pun harapan aku pada mereka yang bergelar manusia ini, aku tetap punya rasa terkilan...

Walhal aku tahu, aku faham dan aku cuba sabar. Tapi yang buat janjinya itu bukan aku. Aku tak suka berjanji dan aku takkan pernah membuat sebarang janji pada manusia selain aku. Kerana janji pada diri itu sudah cukup pada aku untuk aku simpan dan pegang. Tapi, janji pada manusia lain? Hurmmm....tidak sama sekali.

Aku dan janji, aku tidakkan bermain pada janji, pada tekad, pada azam...itu aku.

Perkara ini serius untuk aku.

Tidak mampu, usah janji.

Apa aku ini tunggul untuk kau jadikan sendal semata? Marahnya aku adalah diam.

Bengangnya aku adalah jeling. Aku tak suka dan aku takkan pernah suka.

Hidup ini ada prinsip. Ada jati diri. Bukan sewenang untuk mungkir.

Terkilan...ya sangat

Mungkin aku terlalu ada buat orang anggap aku ini bahan jenaka. Seolah setiap masa boleh dirunding sama. Tidak..

Aku pun punya keras kepala.

Kerap diberi muka inilah jadinya. Suka buat rasa orang lain tawar pada apa yang ada. Semakin lama semakin tinggi mungkir.

Entah apalah manusia ini...

Tidak boleh, jangan berjanji. Orang lain jua punya rencana lain. Orang lain jua punya waktu dan jadualnya sendiri. Bengang!

Ah, dunia dewasa semua orang mahu memperleceh masa. Kemudian kata, 'Oh sorry, aku ada itu ini itu ini sekian-sekian...'

Weh, kalau masa pun tak boleh nak manage, tak payah tengok benda lainlah...

Sigh...

Kecewa. Terkilan....

Ah, sudahlah...

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • "Sains Geomatik?"
  • Chillax!
  • Lari....with Traveloka

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    8 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    20 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026