Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Aku jarang letak pengharapan pada manusia. Jarang...Sebab aku tahu berharap pada manusia itu sama seperti berharap diri ini untuk dikecewa. Tapi senipis mana pun harapan aku pada mereka yang bergelar manusia ini, aku tetap punya rasa terkilan...

Walhal aku tahu, aku faham dan aku cuba sabar. Tapi yang buat janjinya itu bukan aku. Aku tak suka berjanji dan aku takkan pernah membuat sebarang janji pada manusia selain aku. Kerana janji pada diri itu sudah cukup pada aku untuk aku simpan dan pegang. Tapi, janji pada manusia lain? Hurmmm....tidak sama sekali.

Aku dan janji, aku tidakkan bermain pada janji, pada tekad, pada azam...itu aku.

Perkara ini serius untuk aku.

Tidak mampu, usah janji.

Apa aku ini tunggul untuk kau jadikan sendal semata? Marahnya aku adalah diam.

Bengangnya aku adalah jeling. Aku tak suka dan aku takkan pernah suka.

Hidup ini ada prinsip. Ada jati diri. Bukan sewenang untuk mungkir.

Terkilan...ya sangat

Mungkin aku terlalu ada buat orang anggap aku ini bahan jenaka. Seolah setiap masa boleh dirunding sama. Tidak..

Aku pun punya keras kepala.

Kerap diberi muka inilah jadinya. Suka buat rasa orang lain tawar pada apa yang ada. Semakin lama semakin tinggi mungkir.

Entah apalah manusia ini...

Tidak boleh, jangan berjanji. Orang lain jua punya rencana lain. Orang lain jua punya waktu dan jadualnya sendiri. Bengang!

Ah, dunia dewasa semua orang mahu memperleceh masa. Kemudian kata, 'Oh sorry, aku ada itu ini itu ini sekian-sekian...'

Weh, kalau masa pun tak boleh nak manage, tak payah tengok benda lainlah...

Sigh...

Kecewa. Terkilan....

Ah, sudahlah...

Aku ngantuk dah ni sebenarnya. Tapi otak bising.

Nak rasa kecewa, tapi tak jadi. Nak rasa itu ini, semua rasa tu aku hanya tahan. Sebab aku cuba untuk letak diri dekat tempat diorang. Makanya, aku hanya diam dan bermenung hingga kantuk mata dibuatnya.

Lelah!

Hidup ini memang hanya lelah kawan. Yang buat tenang adalah mindset dan perspektif kita terhadap dunia.

Aku berdoa dan harap sangat fasa kehidupan kita dunia akhirat dipermudahkan. Aminnn

Kadang tengok kita pulun bagai nak rak, tapi in the end tetap jua kena pulun di sana, terasa rugi giler amal.

Aku bukanlah mukmin sejati, tapi kecenderungan untuk sentiasa membaiki diri itu sentiasa mahu dan mahu. Sebab tahu, kita ini bukanlah maksum...

Tuhan tolonglah...tolonglah limpahi kami dengan rahmah dan hidayah. Apalah sangat amal ini jika dibanding dengan rahmat kasih sayangMu...

Tuhan, hari ni aku syukur. Syukur masih punya ingatan untuk sentiasa mengingatiMu. Syukur atas segalanya.

Tuhan...

Kau permudahkanlah urusan dan berilah kecukupan kepada orang disekeliling kami.

In the end, kasih kita pada manusia akan terbukti pada ketiadaan kita. Kasih orang pada kita jua hanya terserlah pada saat mereka tidak punya apa.

Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku merepek. Serius mata dan ngantok. AO untuk hari rabu akan rehat. Rabu untuk rehat. Rabu untuk rencana. Rabu untuk rancang...

Semoga dipermudah segala urusan dan diperlapang jiwa.

Till then...

In the end, it doesn't even matter...

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?" 

Alhamdulillah kita masih disini...bersama sebuah lagi transisi hidup yang belum pasti. Pada sebuah kehidupan yang tidak pernah kita duga akan hidup ke detik ini...

Alhamdulillah...

Siang hari yang sudah, aku ikutkan naik angin. Bengang jugak bila orang yang buat janji sendiri mungkir, walhal aku tidaklah mengikat sangat pada janji. Tapi kecewa jugaklah. Kecewa sebab orang dah bagi harapan. End up kita yang kena rawat balik harapan yang tidak terlerai. Entah apa-apa kan...

Aku cuba untuk tenang. Sabar...nak marah bising-bising pun tak ke mana...maka aku hanya selesaikan ia cara yang lebih waras dan matang.

Kadang aku sendiri tak pasti adakah aku ini terlalu empati atau terlalu naif sehingga baiknya orang selalu tidak ambil serius pada apa yang aku hajat.

Wonder jugak; "Am I a joke to you?"

Entah.

Ke orang tak pernah tengok aku marah dan bengang sehingga mereka suka-suka janji, suka-suka mungkir. Suka-suka pijak arah itu ini seperti aku ni boneka lembu yang dicucuk hidung?

Heh...

Iya, transisi merendahkan ego. Hanya diam sebagai penenang keadaan. Hendak dikecoh, bukan selesaikan apa pun. Hendak diheboh, tidak ke mana jua jawapan. Baiklah kita diam. Kemam dan hadap sendiri. Akhir hidup kita kelak, kita jua yang menjadi sahabat sejati...

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;"

Korang pernah rasa, bilamana korang ada banyak cerita untuk dikongsi tapi kau toleh kanan dan kiri, rupanya kau sendiri. Kaulah yang gembirakan diri kau, kau juga yang membuat diri kau menangis. Dia rasa nak sangat kongsi cerita tapi tu lah...tak jugak semua cerita kita tu layak punya pendengar...

End up kita tenang aja layan sitcom barang se-episod dua. Buat rawat jiwa agar tidak merasa terlalu sepi.

"Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;"

Iya transisi itu amat sunyi...

Sunyi hingga kadang tidur aja kemeriahan alam yang kita punya untuk sandar...

Kadang bila orang tanya, 'Siapa manusia yang kau akan hubungi kala kecemasan?' atau soalan "Siapa yang patut dihubungi jika kau di situasi yang mencelakakan?' (naudzubillah min dzalik!)

Aku sendiri termenung. Siapa ya yang harus aku hubungi? Siapa ya yang berada di talian pantasku?

Termenung jua difikir...

Kau tahu pada cerita aku?

Kau tahu apa khabar terakhir tentangku?

Nah...aku tak rasa kau punya klu...no man...

We are always alone...

Ha ha ha...

Habis jika pada insuran siapa yang kau letak sebagai penama?

....

Jika kecemasan...hubungi...?

Angkat bahu...

Nampak sangat kau tidak punya siapa....hahahaha (although kau tahu yang aku akan hubungi kau...ye kau...)

Ada je...cuma kadang aku tak gemar menjadi beban. Cukup-cukuplah lahirnya aku ini membebankan semua orang...hahahaha

Janganlah perginya kelak jua membebankan. Moga dipermudahkan kehidupan dalam pemergian...

Transisi ini aku hanya diam. Diam dan biar orang membuat tekaan. Biar saja prejudis melanda. Biar saja segalanya...

Hendak dikisah apa sangat...hidup ini singkat. Terlalu singkat untuk diperdebat.

Kata Faizal Tahir, kita santai aja...

Tenang-tenang menikmati hidup...

Transisi ini aku akan hargai setiap detik yang berlalu. Sepahit dan sekelat mana pun, aku akan hadap...

Kerna aku punya Dia...

"Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia."

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    11 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    23 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026