Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Aku ngantuk dah ni sebenarnya. Tapi otak bising.

Nak rasa kecewa, tapi tak jadi. Nak rasa itu ini, semua rasa tu aku hanya tahan. Sebab aku cuba untuk letak diri dekat tempat diorang. Makanya, aku hanya diam dan bermenung hingga kantuk mata dibuatnya.

Lelah!

Hidup ini memang hanya lelah kawan. Yang buat tenang adalah mindset dan perspektif kita terhadap dunia.

Aku berdoa dan harap sangat fasa kehidupan kita dunia akhirat dipermudahkan. Aminnn

Kadang tengok kita pulun bagai nak rak, tapi in the end tetap jua kena pulun di sana, terasa rugi giler amal.

Aku bukanlah mukmin sejati, tapi kecenderungan untuk sentiasa membaiki diri itu sentiasa mahu dan mahu. Sebab tahu, kita ini bukanlah maksum...

Tuhan tolonglah...tolonglah limpahi kami dengan rahmah dan hidayah. Apalah sangat amal ini jika dibanding dengan rahmat kasih sayangMu...

Tuhan, hari ni aku syukur. Syukur masih punya ingatan untuk sentiasa mengingatiMu. Syukur atas segalanya.

Tuhan...

Kau permudahkanlah urusan dan berilah kecukupan kepada orang disekeliling kami.

In the end, kasih kita pada manusia akan terbukti pada ketiadaan kita. Kasih orang pada kita jua hanya terserlah pada saat mereka tidak punya apa.

Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku merepek. Serius mata dan ngantok. AO untuk hari rabu akan rehat. Rabu untuk rehat. Rabu untuk rencana. Rabu untuk rancang...

Semoga dipermudah segala urusan dan diperlapang jiwa.

Till then...

In the end, it doesn't even matter...

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?" 

Alhamdulillah kita masih disini...bersama sebuah lagi transisi hidup yang belum pasti. Pada sebuah kehidupan yang tidak pernah kita duga akan hidup ke detik ini...

Alhamdulillah...

Siang hari yang sudah, aku ikutkan naik angin. Bengang jugak bila orang yang buat janji sendiri mungkir, walhal aku tidaklah mengikat sangat pada janji. Tapi kecewa jugaklah. Kecewa sebab orang dah bagi harapan. End up kita yang kena rawat balik harapan yang tidak terlerai. Entah apa-apa kan...

Aku cuba untuk tenang. Sabar...nak marah bising-bising pun tak ke mana...maka aku hanya selesaikan ia cara yang lebih waras dan matang.

Kadang aku sendiri tak pasti adakah aku ini terlalu empati atau terlalu naif sehingga baiknya orang selalu tidak ambil serius pada apa yang aku hajat.

Wonder jugak; "Am I a joke to you?"

Entah.

Ke orang tak pernah tengok aku marah dan bengang sehingga mereka suka-suka janji, suka-suka mungkir. Suka-suka pijak arah itu ini seperti aku ni boneka lembu yang dicucuk hidung?

Heh...

Iya, transisi merendahkan ego. Hanya diam sebagai penenang keadaan. Hendak dikecoh, bukan selesaikan apa pun. Hendak diheboh, tidak ke mana jua jawapan. Baiklah kita diam. Kemam dan hadap sendiri. Akhir hidup kita kelak, kita jua yang menjadi sahabat sejati...

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;"

Korang pernah rasa, bilamana korang ada banyak cerita untuk dikongsi tapi kau toleh kanan dan kiri, rupanya kau sendiri. Kaulah yang gembirakan diri kau, kau juga yang membuat diri kau menangis. Dia rasa nak sangat kongsi cerita tapi tu lah...tak jugak semua cerita kita tu layak punya pendengar...

End up kita tenang aja layan sitcom barang se-episod dua. Buat rawat jiwa agar tidak merasa terlalu sepi.

"Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;"

Iya transisi itu amat sunyi...

Sunyi hingga kadang tidur aja kemeriahan alam yang kita punya untuk sandar...

Kadang bila orang tanya, 'Siapa manusia yang kau akan hubungi kala kecemasan?' atau soalan "Siapa yang patut dihubungi jika kau di situasi yang mencelakakan?' (naudzubillah min dzalik!)

Aku sendiri termenung. Siapa ya yang harus aku hubungi? Siapa ya yang berada di talian pantasku?

Termenung jua difikir...

Kau tahu pada cerita aku?

Kau tahu apa khabar terakhir tentangku?

Nah...aku tak rasa kau punya klu...no man...

We are always alone...

Ha ha ha...

Habis jika pada insuran siapa yang kau letak sebagai penama?

....

Jika kecemasan...hubungi...?

Angkat bahu...

Nampak sangat kau tidak punya siapa....hahahaha (although kau tahu yang aku akan hubungi kau...ye kau...)

Ada je...cuma kadang aku tak gemar menjadi beban. Cukup-cukuplah lahirnya aku ini membebankan semua orang...hahahaha

Janganlah perginya kelak jua membebankan. Moga dipermudahkan kehidupan dalam pemergian...

Transisi ini aku hanya diam. Diam dan biar orang membuat tekaan. Biar saja prejudis melanda. Biar saja segalanya...

Hendak dikisah apa sangat...hidup ini singkat. Terlalu singkat untuk diperdebat.

Kata Faizal Tahir, kita santai aja...

Tenang-tenang menikmati hidup...

Transisi ini aku akan hargai setiap detik yang berlalu. Sepahit dan sekelat mana pun, aku akan hadap...

Kerna aku punya Dia...

"Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia."

Dah seminggu jugak dunia blog ni sepi.

Aku pun asyik dengan realiti kadang malas nak hadap dunia maya. Soc med pun malas nak bukak. Update story then blah...orang tak kisah pun pada kehidupan kita, kenapa kita harus bermenung pada kehidupan orang.

Hakikat...orang tak pernah kisah.

Maka, mahu direnung apa lagi? Jalan saja....

Kadang, benda dalam hidup ni jadi rumit bila orang terlalu takut pada ketidak pastian. Risau pada masa hadapan yang belum pasti. Gusar pada tabur janji...

Kadang mahu saja cakap pada diri, sandaran itu harus pada Yang Esa, bukan manusia...baru kita tidak kecewa.

Tapi, jiwa ini punya nafsu sering alpa. Bila rencana tidak berjalan lancar, mulalah mengeluh sedikit kecewa....nyata manusia itu jika janjinya tiada diikat pada Dia, sering punya siur yang kita sukar mahu duga.

Mahu disalah apa? Sudah itu jalannya...Sudah itu cerita dia.

Perkara diluar kawalan kita usahlah terlalu dimenung. Hadap saja jawabnya...

So, aku pun hanya menunggu dan menunggu sambil menitip doa agar segalanya dipermudahkan walau tidak selari dengan rencana...

Alhamdulillah sepanjang cuti ini harinya redup, sejuk dan mendung....cuaca yang sering diidam kala musim cuti panjang. Boleh bersantai, berselubung dibalik barisan cerita buat penglipur lara...

Ingatkan, jika cuti panjang ini dapatlah berteman sehari dua...nyata hanya dinding nan empat jua dihadap. hahahaha...

Lumrahkan hidup ini bersama dinding...karang diakhir senja, pada lianglah peneman...

Itulah kehidupan ini kawan...

Hujung harinya, kita tetap sendiri.

Lebih tenang. Lebih jauh dari riuh yang belum tentu membawa senyum pada bibir...

Syukur...

Syukur pada yang ada. Syukur pada yang setia. Syukur pada yang mengota...

Syukur pada yang bertanya khabar.

Syukur ada Dia...

Renung apa lagi ya?

Idaman semakin hampir,

Kita terusan berusaha sehingga ia menjadi realiti...

Okaylah, entri sekadar buang sawang...cuci laman yang kian berhabuk...jadilah kan walau sekadar cerita yang belum tentu orang faham...

Hidup ini untuk dihayati...bukan difahami...hahahaha

Dah r, chow lu...pape roger!

Adios!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • "Sains Geomatik?"
  • Chillax!
  • Lari....with Traveloka

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    8 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    20 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026