Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Awalun aqal ini selalu fikir, akukah belati dalam setiap perhubungan?

Tahun demi dekad dia hidup, ini adalah tahun terpaling sukar yang dia rasa. Jika dulu dia mengeluh atas kesukaran kerana menyiapkan projek tahun akhir, kini apa yang dia rungsing adalah sesuatu kehidupan yang langsung dia tidak fikir...

"Itulah, kita ini selalu beria dengan orang, alih-alih...sini juga kita. Rawat segala rawan, jahit segala luka dan ubat segala rasa..."

Satu demi satu ritma seolah tidak selari dengan minda. Diubah dari Post Rock Ambient kepada Calm Before Storm.

Jiwa dia langsung tiada tenang!

Ah, hati...raihlah tenang dengan mata terpejam.

Mutakhir ini dia sangat rapuh. Rapuh pada setiap kepercayaannya yang dulu. Pada semua yang pernah dia genggam. Otaknya seolah tiada pegangan. Yang ada cuma tawakkal pada Tuhan. Ya, aku jahil. Namun untuk kekal dalam kejahilan itu bukan jawapan.

Aku ingin berjaya. Buang segala belati dalam jiwa.

Aku terasa. Dia makan dalam.

Aku, terkilan. Dia, terusan menelan.

'Orang punyalah heboh cerita itu ini agar kawan nan seorang tidak merasa sendirian, alih-alih...seulas penghargaan pun tiada terlintas.'

'Samada aku yang terlalu sensitif atau memang realiti aku ini si belati dalam daging, aku tak tahu!' dia menggeleng.

Tersayat rasa jiwa. Bukanlah dia terlalu berharap agar dihargai. Namun, tidak luak pun jika secubit kasih dihulur.

'Terima kasih.'

That's it. Itu saja.

Namun, tiada....

Itulah, orang lama kata. Ikhlas itu rahsia Allah.

Hidup, aturan, perjalanan, segalanya yang kita rasa serba tahu itu tetap dalam wilayah Rahisa Allah. Apalah sangat yang kita tahu pada dunia ini?

Ah, redhakanlah semua...bisiknya.

Ku lepas ia pergi. Desisnya.

Sakit?

Ya benar perit. Namun aku tidak mahu simpan lama belati dalam diri.

Tertusuk ia dalam daging, siapa jua yang perit?

Aku juga...

Aku bukan belati.

Apa pun yang terjadi, usah terlalu terkait ia pada hati. Hati hanya untuk Allah. Dunia ini medan ujian. Tidak mengapa jika tidak bahagia. Namalah dunia. Segalanya sandiwara.

Cukuplah...buanglah ia pergi.

Pada Takdir jua kita ini.

Apalah sangat hendak di sedih.

Pergi, pergi ia pergi...

Tidak lagi ditahan, tiada jua ia menangguk di tempayan kasih

Cukup ia disini.

Dia bukan belati

Aku bukan penagih

Itu tipikal, kata orang. Tipikal untuk merindui sesuatu yang lampau. Merindui sesuatu yang mustahil untuk dirindukan.

Merindui selepas kehilangan itu terpaling tipikal.

Tapi aku?

Aku rindu aku yang lalu. Bukan sesiapa, bukan orang lain.

Aku Rindu Aku.. Noktah.

Walhal aku yang dulu amat merindukan aku yang kini. Pelikkan?

Kita sering merindui sesuatu yang mustahil untuk hidup di dimensi yang sama.

Ah, ini semua kerap melihat pada lampau yang lama. Lampau yang sukar untuk digapai. Ah...semua hanya kenangan.

Tanpa kebodohan lalu, aku tidakkan menjadi aku yang kini. Dewasa itu perit kerna kebodohan semakin terit untuk ditelan. Seolah kerongkong kita dimusim kemarau. Hatta darah pun tidak bisa merawat dahaga.

Kita ingat, bila injak usia, kita lebih waras. Nyata tidak...waras itu hanya dongeng kata mereka. Balik-balik kau harus punya sedikit kejam dalam jiwa. Agar kau tidak ditindas.

Ah...aku rindu aku yang lalu.

Aku yang tidak kisah pada orang kata.

Pada dunia menggila yang bersandar serakah semata.

Tanpa kepahitan, kita tidak matang....Kau kena terima, ujian itulah yang mendewasakan aqal dan minda. Redhalah...

Kau, tetap aku rindukan....

Kalau aku bertemu aku yang lampau, mahu aku yang kini dibelasah teruk oleh aku yang lain. Lunyai mahunya aku ini...Bodoh tiada kepalang! Disepak terajang pun segalanya hanya anganan Kalau.

Kesal itu ada. Menebal kesalnya. Namun aku akur,...menyesal itu mendewasakan. Punya penyesalan ertinya kita ini manusia. Memang begini natijahnya...

Kepada aku yang membaca coretan ini kelak, aku tetap bangga dengan dikau. Aku tahu kau tentu-tentu rindukan aku. Namun aku, lebih merindui kau dan berbangga yang kita ini bangkit walau kepayahan. Aku bangga dengan kau. Sudah-sudahlah menoleh ke belakang terlalu lama. Ada apa sangatlah di belakang ini. Majulah pandang ke hadapan.

Toleh selalu kau tak akan sampai...fokus, betulkan balik navigasi perjalanan. Matlamat destinasi harus tepat. Usahlah melencong terlalu kerap. Okay?

Aku pun rindu aku yang akan datang. Aku tetap jua merindui aku yang sekarang. Kita, tetap dirindukan walau tiada yang merindukan...

Cukup hanya kita. Kitalah kekuatan.

Bangkitlah kawan, bangkit dan terus bangkit...aku tahu, kita kuat. Tetaplah bangkit...bangkit dengan cara kita...

Aku rindu aku...

Dalam pelarian melarikan diri dari sebuah memori yang sukar untuk dilarikan, aku membawa diri. Jauh ke tanah orang. Ah, konon jauh. Walhal sekerat cuma. Jika benar boleh lari sejauh mungkin itu boleh merawat dari segala, sudah lama aku lari semahu mahunya jauh ke alam sana.

Tapi, tidak kata takdir. Aku, masih disini...

Saujana September dimulakan dengan sebuah pemandangan baru. Mengorak langkah walau lesu. Tetap bertatih walau hati sudah kata tidak mahu. Jenuh diperah segala rasa yang bukan lagi hak dia untuk merasa. Argh!

Kehidupan jiwa yang sentiasa ingin pada sesuatu yang tiada akhir.

'Kau, harus lepaskan ia pergi' kata Hati.

Aku merenung dalam ke dasar isi yang Hati cuba sampaikan.

'Kau, tidak lagi menangis pada yang tiada hak. Kau sudah kembali senyum...aku suka' dia tersipu bersahaja.

Segaris senyuman ini hanya terjadi selepas sedekad dia mengerah keringat agar jadikan Dia sebagai sandaran. Alpa!

'Itulah kau, nak kata bodoh, dekan jugak tiga sem. Tapi punyalah mahal yuran kebodohan kau, sampai begini sekali penangannya...' Akal hanya menggeleng. Hendak dikesal, segala sudah menjadi lepas. Jiwa hanya termangu. Sukar benar untuk Minda keluarkan segala ingatan yang tiada lagi guna untuk perjuangan mereka.

'Kau rasa, kita akan berjaya?' soal Iman pada mereka.

Hati, Akal, Minda, Jiwa hanya diam seolah berteleku. Apa kata Raja dalam diri mereka. Di mana mereka 5 saat akan datang, mereka jua tidak tahu. Samalah seperti jemari yang menaip ini. Itu semua gerak dari suatu kuasa yang amat ajaib.

Aku, di sini...mendengarkan satu lagu bertajuk 'Broken Road' tanpa henti. Lagu yang sama berputar sejam yang sudah.

'Apa mesejnya?' tanya Akal.

'Hurm...dia lagu fasal orang yang terusan mencari sesuatu bagi mengisi jiwanya yang tiada isi yang benar...' itu jawapan Minda.

'Ke mana kita esok Iman?'

Iman menjuih. Tidak tahu.

Sejak dewasa ini, Iman lebih gemar bersendiri. Menangis pada tingkah Akal dan Jasad yang sering buat Iman merasa seolah neraka itu seinci dekatnya. Ah, Iman menangis teresak bagai orang dirasuk. Menangis di atas sikap yang dia sendiri gagal untuk bendung.

'Sudah sudahlah tu Iman. Kita, manusia. Pasti ada khilaf. Ini pengajaran paling abadi yang kita akan ingat. Jangan terlalu menghukum jasad. Dia perlukan kita untuk kuat...' pujuk Hati. Bahu Iman ditepuk perlahan. Sudahnya tangisan Iman semakin menjadi...

Jasad mereka terhenti. Hanya Minda merencana, apa akan mereka atur untuk teruskan perjuangan dan impian.

Saujana September.

Walau tiada kelibat pantai yang dilihat sepertimana yang direncana, namun jiwanya sudah lama lemas di lautan yang tidak berdasar. Seolah lautan dan angkasa itu alam yang satu. Sekejap dia terasa seperti terlambung dek ombak. Sebentar lagi mualnya dia seperti berputar di ruang zero graviti.

'Aku ingin Pulang.' Desis Jiwa.

'Aku pun...' Hati menyambung.

'Samalah sepertiku...' ujar Akal sejajar jua mereka yang lain turut mengangguk.

Hati, Iman, Nafsu, Akal...Jiwa, Jasad, Minda...memandang pada aku. Si penaip segala cerita. Pengubah segala jalan cereka. Sejajarkah dengan Takdir? Aku geleng. Angkat bahu. Jawapan itu selamanya aku tidak akan tahu.

'Siapakah Raja dalam diri kini?'

Semua diam.

Saujana September melesapkan segala ingatan dan pengharapan pada suatu yang punya nyawa.

Manusia akan binasa.

Ini semua sementara.

Dia akan pulang bila-bila masa.

Jam 0042, mata mengalih pandang pada waktu. Sudah masa untuk beradu. Jasad perlu pada tidur. Walau hati ingin lagi bermenung. Borak bersama Akal dan Minda di persisir pantai yang tiada pasir.

Dia akur. Tidur itu fitrah. Aku ini manusia. Lemah dan selalu salah. Aku...mengalah. Bukan erti aku kalah. Tapi akur pada fitrah...

Namalah manusia. Hamba sahaya pada Dia. Bukan sesiapa....

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    6 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    18 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026