Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Simfoni dua jiwa yang berlainan dunia itu sukar dijangka apa yang mereka fikir. Jauh itu dekat. Dekat itu dugaan. Jauh itu rahmat.

Kata mereka.

Perancangan mereka.

Ah....alih-alih yang dikongsi sama untuk mendekatkan jarak itu hanyalah lagu. Ya, lagu....

Walau genrenya tidaklah sama, paling kurang...terasa yang ia ada. Dan sentiasa ada di telinga serta hatinya.

Gila!

Sejak bila kau mula layan lagu melayu?

Well, aku layan je, cuma takdelah terserlah obsesnya....itupun artis yang terpilih je la kot yang dilayan. Bunkface, Sofarz, Peterpan Radja....hurm...dan tak ingat..banyak sangat kononnya.

Alhamdulillah aku dah selesai dapat booster. Dan masuk hari ni, habislah cuti aku untuk sekian lamanya tidak bercuti.

AIA kau pe cer?

Hahahaha....gelak je mampu.

Aku tak tahulah weh...

Aku just nak simple life. Simple strive...simple in everything. Cukuplah hidup complicated bertahun-tahun dulu. Boleh tak sekarang just, take a deep breath, and let it go?

Argh....dah lama tak bersenam, tapi suka makan itu ini. Esok aku sorang pulak dekat expo. Hurmmm.....#bertabahlah. Doakan rezeki esok mengalir bak air yang deras. Aku pun dah merepek banyak lately. Otak mereng, senget tak usah katalah. Township pun dah lama tak buka. Gila!

Banyak kontrak dah di terminate. Aku just nak fokus satu sisi untuk hidup. Sebagai manusia, yang hanya mahu bernafas dengan tenang. Bersama simfoni alam, dan jiwa yang rindukan masa lapang dan kebahagiaan.

Apa itu bahagia?

Kenapa kita kena ada benchmark untuk suatu kebahagiaan?

Dia termangu bila dipersoal tentang bahagia. Apa aku tidak pernah bahagia selama hidupnya jiwa?

Entahle....

'Weh, aku tak rasa aku dapat kawan dengan perfume tu lagi..'

'Asal?'

'Entah. Just macam, nah....tak rugi pun kalau hilang dia...'

'Okaylah tu...aku pun tengah move on gak sekarang...'

Itu perbualan terakhir mereka tentang kehidupan mengenal orang. Ah, manusia....sukar benar untuk dikenal. Sudah suka, lain pula cerita. Ada saja simfoni yang tak serupa. Rima yang harus ditolak dan keluar dari prinsip hidup.

'Kadangkan, kita kena compromise kita punya rules kak. Akak tak boleh bawak manual selalu. Manusia ni orang, bukan robot...' dan seperti biasa mereka akan berdekah ketawa.

Orang lain takde manual ke dalam hidup diorang?

Mustahil aku sorang je ada guidelines? - itu pula soalan yang dia tidak pernah suarakan...

'Ada rezeki, kita jumpa waktu raya...paling awal sebelum puasalah...'

Diam.

Tiada balasan untuk 5 saat....

Betul dowh dia ni...cakap dah tak main-main dah. Serius benar parahnya...

'Baikkk. Jaga diri leklok...'

Send.

Tapi matanya berair. Cuba untuk tidak terlalu berdrama.

Indah sinar sang suria Merdu irama sang bayu Tiada seindah wajahmu Tiada semerdu suara mu....

Yang tinggal hanya senarai lagu. Simfoni peneman kala berjauhan?

Entah.

Ia sesuatu yang masih tiada kata kepastian.

Sesuatu yang hanya simfoni sahaja bisa ungkai.

'So, are you familiar with Sum 41?' soalnya.

'Opkoslah. Band legend tu...'

'Haaa....kalau macam tu dengarlah With Me dengan Best of Me...'

I don't want this moment to ever end Where everything's nothing without you I'd wait here forever just to, to see you smile 'Cause it's true, I am nothing without you....

Itu irama dia. Lagu bukan sekadar halwa telinga. Ia harus dikaji, diselidik, sebelum diminat...tapi tak semua jugaklah...

So, takat tu jelah simfoni ini berbicara. Sampai masa, bertemu jua kita. Rajin, rajin, malas, malas. Yang penting, aku masih disini...

Adanya untuk bercerita tentang hidup nan sementara...

Siapa sebenarnya yang dapat benefit bila kita fokus pada penyelamatan Bumi?

Orang yang bergelar enviromentalist?

Orang yang menggelar diri mereka NGO?

Orang yang memakai gelaran pengasas kepada penyelamatan Bumi?

Atau alam sekitar dan penyu tu sendiri?

Kemanusiaan manusia itu punya agenda yang sukar ditafsir. Ada yang berbuat kerana niatnya memang baik itu, tidak mengapalah. Kalau yang berbuat kerana profit itu jadinya bagaimana?

Kisah pulak penyukan....

Ada satu masa, kalau kau betul nak selamatkan alam sekitar, cerita dia hanya bermula dari diri. Kau jaga alam dengan tidak membuang sampah merata. Kalau kau itu adalah pembuat yang membuat suatu produk, ambillah faktor bahan kimia yang diguna. Kimia itu terhasil kadang secara gabungan yang dicipta bukan secara natural.

Itu yang buat ia bahaya.

Huh...kau berfalsafah pasal alam sekitar tiba-tiba ni dah kenapa?

Kisah pulak penyu kan?

'Dalam banyak-banyak haiwan yang dicipta untuk menjadi ketua, kau suka pada lantikan haiwan apa?' seperti biasa dia mengaju soalan.

'Singa' spontan kawan itu menjawab.

'Kenapa?' soalnya kembali.

'Well, lion is already the king of the jungle right?' jawapan dibalas dengan nada kurang kepastian. Dia sekadar menangkat bahu dan mencebik tanda tidak tahu.

'Kenapa bukan serigala?' dia soal lagi

'Serigala ada apa?' dan mereka ketawa.

'Akak, kita ni dah jadi manusia cukup elok dan sempurna Tuhan kurnia aqal. Kenapa nak idolakan haiwan sebagai simbolik ketua?'

'Idolize something to be a reference is a good thing, you know. You can learn a lot of things from them, actually.' Teman hanya mengangguk.

Begitulah hari-hari yang berlalu dengan pelbagai topik dan cerita baru. Cerita yang buat mereka tutup pilihan kehidupan atau buka peluang yang mendatang.

Berapa lama untuk dia hidup agar amalnya melebihi dosa yang dia lakukan?

Berapa cagar yang dia harus bayar agar dia selamat dari api neraka?

Tidak tahu. Ujar hatinya.

Tindak tanduk tidak serupa orang inginkan syurga. Kau benar mahu minum air di telaga Kautsar? soal hatinya.

Termangu....

Bukan setakat penyu, siapa pun tidak kisahlah pada apa yang kau lakukan. Itu semua cerita kau dan Tuhan.

Di zaman semua orang berbangga dan asyik menayang aib, dia mencari makna dan erti malu. Tunduk dan zuhud pada apa yang dikurnia. Syukur pada apanya hidup. Demi pembaharuan dan pembaikan amal, jika ini yang buat dia rapat dengan Tuhan, baiklah dia belajar erti redha.

Redha pada ketentuan.

Bukan dia give up.

Bukan juga melepas harapan.

Hidup ni, kau kena faham. Yang pasti itu hanya mati. Lainnya? sekadar selingan dan gangguan untuk kau fokus kehidupan sana.

Nikmat dunia itu kawan, titisannya terlalu halus hingga kadang boleh buat kau kufur.

Alhamdulillah jika masih punya iman.

Alhamdulillah kau masih bernafas dan ingat pada Tuhan....

Siapa lagi yang kau ada jika bukan Dia.

Hidup ini pinjaman, segala yang datang pasti punya tarikh pulang...

Begitulah seadanya...

Cerita kita ini, penyu pun tak kisahlah....

Sedang asyik kitaorang susun atur barangan untuk expo di Tropicana Garden Mall, kitaorang pun borak-borak bagi hilang sikit rasa sunyi dan kosong, entah topik apalah yang buat kitaorang bahas isu cerakin.

Apa itu cerakin?

'Cerakin tu dalam subjek BM dulukan? Masa sekolah rendah?' kata si teman dengan yakin. Aku pulak kepelikan.

'Eh, bukan cerakin tu term dalam Matematik ke?'

Dan kitaorang masing-masing dah tak betul sehingga jam 9 malam baru dapat balik. Itupun kes nak topup Touch N Go punya cerita yang buat kitaorang tepu pusing mall. But the good news is, our expo has soooooo many good places to eat! Yihaaaaa!

Dan paling best sekali, 14 Jan ni aku baru dapat booster. Alhamdulillah. Akhirnya sekian lama tunggu, baru dapat.

Jap, tadi aku nak borak apa dowh kat sini? Banyak benda nak cerita, end up tergendala. Cenggitulahnya hidup ni kawan. Kau sibuk kerja bagai nak rak, sampai lupa tentang kestabilan hidup, emosi, mental, jiwa dan rohani.

Baghai bhai!

Baghai-baghai pun, aku sendiri tak tahu kenapa aku pilih untuk stay...

'Does being loyal is a new sexy?' soalnya macam biasa pada teman yang tak pernah fikirkan perihal sebegitu.

'Entah...tak pernah fikir...'

Kadang aku sendiri pelik, fikiran korang ke mana ea kalau berfikir? Kenapa setiap kali aku ajukan situasi atau persoalan, seakan sisi itu tiada siapa pernah sampai. Aku. Sendiri. Bersama fikiran yang kian jauh melayang...

Kita semua pernah melayang fikir, tapi kenapa destinasi tidak sama?

Hurm....hairan juga ni...

Cerakin ni cerita dia...caca marba. Ya, aturan kerja aku habis ke laut! Mahu tidak menjerit juga untuk aturkan hidup, kerja, urus emosi yang entah boleh naik gila ni. Sakit jiwa o...

Apa hayat lepas aku telah buat sehingga hidup ini aku yang menjadi cagar?

Atau apa hayat yang datang akan kedapatan sehingga cagarnya aku harus langsaikan?

'Maksud akak?' seperti biasa setiap soalan itu perlukan penerangan. Situasi...yang sukar digambarkan....

'Pernah tak kamu fikir, kamu dah bahagia, ada keluarga kecil, baru nak merasa pelangi syurga dunia nan sementara, dan ditakdirkan waktu tu kamu meninggal masa melahirkan cahaya mata....are you ready to let go everything and not to put them in your heart?'

'Kan kat dunia ni semua benda sekadar pinjaman. Mak ayah, pasangan, anak semua tu sekadar pinjaman. Kesediaan untuk redha atas kehilangan supaya pada waktu kejadian kita tak melatah dan serupa manusia tiada Tuhan...'

'Ooohhh...faham-faham....kan...masalahnya kak, saya tak fikir ke situ...' dan ketawa mereka meletus bagai orang dirasuk.

Adoyai.....

Okaylah geng, lewat dah ni. Aku pun dah lama tak siram otak dengan membaca ilmu yang elok untuk jiwa. Rindu gila nak baca. Pergi kedai buku, lepak sensorang, just jalan without any direction...

Rindu zaman Arau...zaman di Academy Height...

Aku harap, kita semua bersedia untuk apa sahaja. Terutamanya ujian dan kehilangan. Juga kesenangan yang kita tak pernah sangka ia jua satu ujian hati.

Jaga hati, jaga iman kawan....doakan akhir sana kita berjumpa di taman syurga....

Aminnn....

Sayonara kawan!

I miss the days when life was so simple Felt like the glass was always half–full Where did that go?

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    9 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    22 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026