Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Kadang aku tak tahu kenapa tajuk entri dan isi penulisan ni langsung takde kaitan. Kisah pulak aku an...kau pun tulis kat sini sekadar hobi dan hanya update hidup pada mereka yang bukanlah kau kenal secara rapat. Mungkin ada yang rapat dengan aku still baca blog ni. Mungkinlah...

Tapi mostly, siapa je yang baca dowh? Selain pada junior yang Google pasal Geomatik? Aku pun tak tahu kenapa blog ni masih hidup...

Mungkin sebab akunya masih hidup.

Alhamdulillah gais! Bertemu kita pada tahun yang mengubah usia dia angka dua ke tiga. Kau sudah tua?

Ah, tua itu dikira pada angka saja. Dari segi hidupnya pada pengalaman, aku itu masih mentah. Masih di tahap budak hingusan dan masih melayan lagu yang ramai tidak kenal juga.

'Pada apa 2022 menjelma?' tanya aku...

Aku an, sepatutnya tidur dah tau waktu ni. Since untuk tiga minggu lamanya nanti aku takde off day. Tapi tu lah...masih jugak nak ngadap dan tulis entri even takde isi. Rindu sebenarnya nak aktifkan Alien Oren.

Tapi, AO bukan keutamaan aku sekarang. AO adalah entiti facade yang membantu sofieadie untuk hidup.

2022 ni sunyi dia lain macam. Tiada gegar gempita seperti selalu. Pada perayaan yang seakan berada di medan tempur.

Jap, aku sebenarnya nak borak apa kat sini dowh?

Hurm.......Wrap up of 2021?

Ah kau! 2021 pun banyak PKP, ada hati nak buat wrapped. Hurm sajolah labu oi...

Well, sebenarnya 2021 banyak giler benda yang seakan mega berlaku. Kau sembuh dapat berjalan setelah 4 bulan incapable. Pastu, dapat datang ke semananjung balik. Pastu, beraya dengan bestfriend kau...

Caca marba dowh entri aku ni. Kau hadaplah ya.

Zombi atau robot?

Mungkin aku zombot atau rombi. Atau sekadar bangkai bernyawa. Hahahaha....entohle labu...

'Kak, bila kali terakhir akak rasa kemeriahan sambutan tahun baru?' tanya sang teman selepas seharian mengadap expo yang yang tiada kunjungan.

'Hurm....saya paling suka sambutan tahun baru masa tahun 2008 dengan 2018.'

'Uish...saya takdelah ingat exact year...but, the 2022 kind of the worst new year celebration ever!' Jawab si teman.

'Mungkin orang takut tahun ni jadi tahun cancelled jugak kot...' jawab aku sekadar pasrah pada apa yang akan berlaku...

Weh...aku serius dowh mengantuk gila sekarang ni.Tapi aku rasa masih tak complete lagi cerita aku ni...kita sambung bebila aku free...wokeh?

Tak janjilah samada isinya takkan lari ke apa....but...aku nak tidur. serius mata dengan tangan aku menaip kian tak selari.

Papehal roger gais! Adios!

Disclaimer: Ini bukanlah perkongsian mengenai sejarah, pengenalan atau apa saja maksud sainstifik anesthesia. Ia sekadar tajuk yang diguna untuk rungkai falsafah hidup yang masih terbelit siratnya.

Well, kabare kalian?

Pe cer pe habaq semua. Sedar tak sedar, tinggal berapa hari je lagi kita hidup di tahun 2021 ni kan.

'So, apa yang 2021 telah ajarkan kamu sepanjang tahun ni?' soalku pada rakan kerja.

'Hurm...itulah masalah saya. Saya tak track event secara detail.' dengar usul keluhan. Samada dia penat, malas mahu fikir atau memang katanya benar, itu aku sendiri tak tahu.

'What happened on first quarter?'

'PKP' jawabnya lanjut.

'Second quarter?' masih memaksa untuk berkongsi paling kurang satu dua persitiwa yang mengajar dia menghargai tahun ini.

'PKP kak...' dia gelak. Seloroh.

Adoyaiii...

Habis 2021 ni dengan PKP saja rupanya ya?

Tarik nafas panjang. Anesthesia diambil hingga tiada deria untuk menyimpan memori hidup. Kebal dan lali tiada nilai sentiment pada apa jua peristiwa. Hatta satu saat.

'Album yang habis didengar tahun ni?'

'Mungkin album baru Shawn Mendes kot. Eh, bila Shawn Mendes keluar album baru? Tahun ni ke tahun lepas? Alaaa kak, saya rasa apa yang saya ingat semua event tahun lepas. Mana nak ingat apa yang berlaku tahun ni....' kata dia sudah lelah mahu meneruskan sesi soal jawab.

Ya, sesi itu berlaku sebab menanti traffic light yang lama benar merahnya. Penat jua mahu dibiar ruang senyap tanpa isi. Bila terbiar sepi, kau ha.....salah masuk simpang siap digelak oleh pekerja buruh pulak tu. Aigoooo! Bikin ribut dong!

'Kau dengan perfume?'

Aku geleng. Giler! Itu saja jawabnya.

'Bagus jugaklah kan yang semua ni berlaku. Gila betullah...'

Mahu tidak bertasbih gila bila kau tahu dan terjebak dengan suatu hidup yang tidak sepatutnya kau campur. Allah...giler tak rasa macam watak antagonis dalam hidup orang. Perghhhh memang bertambahlah anesthesia hidup diambil.

Bukan mahu buang nikmat punya jiwa yang sensitif, tapi perkara beginilah buat dia rela berperasa kebas dari merasa sakit yang dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu tanggung walhal dia punya pilihan kot.

'Apasal kahwin at the first place kalau benda macam ni berlaku?'

'Der, sebelum dengan selepas kahwin jauh beza gilerrr der...' itu yang dia balas.

Gila! ujarnya tanpa henti sepanjang cerita itu didedahkan.

Gila!

Tanpa sedar, dia merasa luluh. Luluh kerana apa itu dia tidak tahu. Gila, gila, gila...sambil menggeleng kepala dia tidak percaya. Gila!

Nafas panjang ditarik.

'Kau, perlu lepaskan dia...'

So, hari tu aku ada kasi pinjam satu buku ni. Best giler dowh buku tu, tapi aku boleh lupa tajuk dan penulis dia. End up, buku tu member aku ni tadi nak ganti kitaorang masing-masing lupa tajuknya. Allah....aku nak buku tuuuuuu. sedih ni...Akunya tak habis hadam lagi buku tu weh. Baru je sekilas baca.

Bayangkan habis gambar aku scroll kotlah aku ada ambik gambar buku tu ke apa,...takde weh...

Jap...entri ni pasal apa dah tadi?

Owh, lately ni aku layan soundtrack dari cerita Bahubali je weh. Syiok pulak layan lagu diorang sambil terbayang-bayang scene bagi setiap lagu tu. Pastu, minggu ni kitaorang busy dengan expo untuk tiga minggu berturutnya. Maka, say goodbye to holiday and weekend yer kawan...

Sendu sambut tahun baru?

Hurm...begitulah hidup. Ada kesenduan dan gembira perlu dikabur dengan tawa suka. Orang tahu ke tak tahu, janji kau masih hidup. Syukur?

Alhamdulillah.

Bila nak buat throwback for the whole year hidup kau sepanjang zaman covid ni?

Haaa...yang tu rajin insyaAllah kita buat summary dia by 31 Dec gitu.

Sekarang, aku dah ngantok, plus penat, plus esok kena gerak awal isi minyak dan sebagainya. Hidup oh hidup....

Oh ya, papehal aku doakan korang semua dalam keadaaan sihat hendaknya dan doakan yang baik-baik buat kita semua. Okays!

Papehal roger. Adios!

Ctrl + A

Delete.

Itu yang dia buat bilamana terasa entri ini bisa menyinggung rasa ramai pihak.

'Ah, dunia....segala dosa yang bertanda, hukumnya bisa menjahanamkan alam sana. Sana yang buat kita terasa jauh, walhal dekat...'

Itu kata jiwanya. Jiwa dia yang, tidaklah terlalu baik. Tapi, hari-hari dia berdoa, agar dijauhkan dari perkara yang boleh buat dia jauh dari Tuhan dan segala kebaikan.

'Kita, kena terap dalam diri. Yang akan lindung kita dari apa jua adalah Dia...nak tak nak, kita hanya ada Dia....' hela ditarik. Panjang. Senak jua dada bila difikir yang, tak semua manusia itu sama.

Gagal merancang, merancang kegagalan.

Semalam, seharian aku dengar lagu alunan M.Nasir dan Malique itu. Sampai bernanah telinga kalau boleh. Tapi, masih jua tidak fasih menyanyi ikut rentak.

Lately, oh...sebelum terlupa...tadi Pak Su kepada rakan kerja aku meninggal. Terpana seketika. Terasa yang kematian itu senafas dekatnya. Tapi, masih lagi tak serius untuk hadap dunia sana. Sedih...

Masih lagi sibuk judge orang sana sini. Susahkan jadi manusia....jaga hati, jaga setiap detak niat dalam hati untuk sentiasa bersangka baik pada perancangan Tuhan. Ada saja bisikan yang menghasut dan goda.

Gagal Merancang...

Sejak minggu lalu, banyak pulak lagu melayu yang lama aku dengar. Seolah akulah mak cik-mak cik yang sentiasa kenang akan kisah dan hidup lalu.

'Ingat tak masa...' itulah mukadimmah sebuah imbauan...

Aku dan throwback....berpisah tiada..

Kuat benar memori mencengkam ingatan. Lagi pula memori yang buat kau kenal pada kehidupan. Entahlah....

Dan setiap detik yang ku lalui Seluruh malam ku membisu Tetap setia menantimu Bayanganmu entah di mana....

Itu lagu yang pernah menjadi peneman kala menyertai satu Kem Kepimpinan di Perak. Jauh betul rasanya cerita itu. Kelakar...

Dia gelak sendiri. Siapa je yang ingat kau?

Entah. Geleng tanda tidak tahu...

Kita ni kan, hanya latar belakang dalam hidup orang. Kadang, latar belakang itu terserlah lebih dari watak utama. Kadang, hanya bayang dan pepohon yang meneman. Sunyi. Kosong jalannya buat kita rasa, cerita aku terlalu sepi. Tiada latar muzik. Tiada latar cahaya.

Merancang Kegagalan...

Bagaimana?

Jika kita pilih satu pilihan ini, secara automatik kita akan menutup pilihan yang lain. Kenapa masih mahu menjenguk pada pilihan lain walau hati dan jiwa kau mahukan dia?

'Gamble giler dowh...giler giler giler...'

Bertasbih perkataan gila bila dikenang segala kebarangkalian. Barangkali....yang masih tidak pasti...

Hidup, taburan pilihan jawapan itu kerap mengelirukan...

Soalannya mudah; mahu syurga atau neraka?

Kita kata, 'Ah,....hidup hanya sekali...tidak salah mencicip siksa untuk sekerat nikmat dunia...'

Dan, menyesal.

Baik itu seolah satu dosa baharu...

Ah, dunia....apa yang aku dah merepek ni...

'Jadi dewasa susahkan...banyak cerita yang kita simpan, semat menjadi rahsia...buat kita geleng kepala...'

'Mana ada dewasa, tu orang tua yang tak tahu fikir ja...'

Entahlah...

Manusia dan kehidupan.

Pilihan dan kematian.

'Kitakan, sejak dah habis belajar, bila balik kerja tu, antara tidur dan lapar, kita auto pilih tido...tak tahulah tu...' masing-masing gelak. Hambar. Fikirkan hidup bertarung dalam dunia kerjaya yang terkedek naiknya.

'Kak, kau ada pilihan. Tempat ni tak mampu afford akak pun. Keluar je lah...'

'Kesiann....' dan mereka gelak.

Teringat mantera pogatif yang mereka cipta dua bulan lepas. 'Siapa yang bodoh?'

'KITA!' laung mereka.

Panjang pulak bebel aku hari ni. Cerita seminggu yang diperam, direnung buat kau rasa...ada ceritanya, tak perlu punya pembaca. Ada kisahnya, hanya kau dan Dia saja tahu. Boleh jadi mereka tahu, selepas kau pergi. Boleh jadi...

Hidup ini penuh bukti.

Penuh saksi yang tidak bermata. Jamadat. Sebahagia anggota yang akan berbicara di sana. Ah, timbunan dosa terasa beratnya...

'Kadang baiknya seseorang itu kerana Tuhan telah tutup aibnya. Tuhan simpan cerita itu agar dia taubat. Ingat, yang kita manusia itu tidakkan pernah jadi malaikat...'

Diam.

'Kau tak rasa ke, yang Tuhan boleh kontrakan kita dengan orang yang kita suka?'

'Tapi, kita ada pilihan bukan?'

'Kalau pilihan itu bukan yang dimahukan, kau akan tetap pilih dia?'

'Gamble giler dowh! Giler giler giler!'

Dan perbualan mereka terhenti.

'Apasal kau selalu jumpa orang macam tu ek?'

Mereka gelak. Dapat dilihat dari suara tawa itu gelengan kepala berkali-kali.

'Tak tahu dowh...serius tak tahu...apasal ea?'

Nafas panjang ditarik.

'Pelikkan kerja Tuhan ni....'

Diam.

'Saya tak bolehlah dengar lagu melayu ni tanpa analisis lirik dia. Dia macam boleh melambatkan kerja dowh kalau dengar lagu Melayu.'

'Lah, apasal pulak?'

'Dia macam, saya mesti hadam lirik ni. Kena study, faham apa yang cuba disampaikan.'

'Saya tak pernah fikir sampai macam tu sekali. Lagu ni, dengar just dengar je...mana perlu study apa-apa..' dan mereka gelak.

Haish....rindu zaman belajar. Rindu untuk dengar suara gelak tawa rakan satu kelas. Zaman diploma terutamanya.

Tuhan, aku kangen untuk kembali ke masa lalu...

Detik ini juga boleh jadi satu detik yang aku rindu...

Detik yang tiadakan dipulang walau kau katakan rindu bertalu-talu...

Hidup, gagal merancang, merancang kegagalan....

Rancanglah hidupmu...bukan setakat disini...

Jauh lagi jalan kita kawan...Ayuh pulang...

Pulang ke jalan yang bisa pimpin kita ke sana dengan aman dan senyuman...

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    8 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    20 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026