Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Ctrl + A

Delete.

Itu yang dia buat bilamana terasa entri ini bisa menyinggung rasa ramai pihak.

'Ah, dunia....segala dosa yang bertanda, hukumnya bisa menjahanamkan alam sana. Sana yang buat kita terasa jauh, walhal dekat...'

Itu kata jiwanya. Jiwa dia yang, tidaklah terlalu baik. Tapi, hari-hari dia berdoa, agar dijauhkan dari perkara yang boleh buat dia jauh dari Tuhan dan segala kebaikan.

'Kita, kena terap dalam diri. Yang akan lindung kita dari apa jua adalah Dia...nak tak nak, kita hanya ada Dia....' hela ditarik. Panjang. Senak jua dada bila difikir yang, tak semua manusia itu sama.

Gagal merancang, merancang kegagalan.

Semalam, seharian aku dengar lagu alunan M.Nasir dan Malique itu. Sampai bernanah telinga kalau boleh. Tapi, masih jua tidak fasih menyanyi ikut rentak.

Lately, oh...sebelum terlupa...tadi Pak Su kepada rakan kerja aku meninggal. Terpana seketika. Terasa yang kematian itu senafas dekatnya. Tapi, masih lagi tak serius untuk hadap dunia sana. Sedih...

Masih lagi sibuk judge orang sana sini. Susahkan jadi manusia....jaga hati, jaga setiap detak niat dalam hati untuk sentiasa bersangka baik pada perancangan Tuhan. Ada saja bisikan yang menghasut dan goda.

Gagal Merancang...

Sejak minggu lalu, banyak pulak lagu melayu yang lama aku dengar. Seolah akulah mak cik-mak cik yang sentiasa kenang akan kisah dan hidup lalu.

'Ingat tak masa...' itulah mukadimmah sebuah imbauan...

Aku dan throwback....berpisah tiada..

Kuat benar memori mencengkam ingatan. Lagi pula memori yang buat kau kenal pada kehidupan. Entahlah....

Dan setiap detik yang ku lalui Seluruh malam ku membisu Tetap setia menantimu Bayanganmu entah di mana....

Itu lagu yang pernah menjadi peneman kala menyertai satu Kem Kepimpinan di Perak. Jauh betul rasanya cerita itu. Kelakar...

Dia gelak sendiri. Siapa je yang ingat kau?

Entah. Geleng tanda tidak tahu...

Kita ni kan, hanya latar belakang dalam hidup orang. Kadang, latar belakang itu terserlah lebih dari watak utama. Kadang, hanya bayang dan pepohon yang meneman. Sunyi. Kosong jalannya buat kita rasa, cerita aku terlalu sepi. Tiada latar muzik. Tiada latar cahaya.

Merancang Kegagalan...

Bagaimana?

Jika kita pilih satu pilihan ini, secara automatik kita akan menutup pilihan yang lain. Kenapa masih mahu menjenguk pada pilihan lain walau hati dan jiwa kau mahukan dia?

'Gamble giler dowh...giler giler giler...'

Bertasbih perkataan gila bila dikenang segala kebarangkalian. Barangkali....yang masih tidak pasti...

Hidup, taburan pilihan jawapan itu kerap mengelirukan...

Soalannya mudah; mahu syurga atau neraka?

Kita kata, 'Ah,....hidup hanya sekali...tidak salah mencicip siksa untuk sekerat nikmat dunia...'

Dan, menyesal.

Baik itu seolah satu dosa baharu...

Ah, dunia....apa yang aku dah merepek ni...

'Jadi dewasa susahkan...banyak cerita yang kita simpan, semat menjadi rahsia...buat kita geleng kepala...'

'Mana ada dewasa, tu orang tua yang tak tahu fikir ja...'

Entahlah...

Manusia dan kehidupan.

Pilihan dan kematian.

'Kitakan, sejak dah habis belajar, bila balik kerja tu, antara tidur dan lapar, kita auto pilih tido...tak tahulah tu...' masing-masing gelak. Hambar. Fikirkan hidup bertarung dalam dunia kerjaya yang terkedek naiknya.

'Kak, kau ada pilihan. Tempat ni tak mampu afford akak pun. Keluar je lah...'

'Kesiann....' dan mereka gelak.

Teringat mantera pogatif yang mereka cipta dua bulan lepas. 'Siapa yang bodoh?'

'KITA!' laung mereka.

Panjang pulak bebel aku hari ni. Cerita seminggu yang diperam, direnung buat kau rasa...ada ceritanya, tak perlu punya pembaca. Ada kisahnya, hanya kau dan Dia saja tahu. Boleh jadi mereka tahu, selepas kau pergi. Boleh jadi...

Hidup ini penuh bukti.

Penuh saksi yang tidak bermata. Jamadat. Sebahagia anggota yang akan berbicara di sana. Ah, timbunan dosa terasa beratnya...

'Kadang baiknya seseorang itu kerana Tuhan telah tutup aibnya. Tuhan simpan cerita itu agar dia taubat. Ingat, yang kita manusia itu tidakkan pernah jadi malaikat...'

Diam.

'Kau tak rasa ke, yang Tuhan boleh kontrakan kita dengan orang yang kita suka?'

'Tapi, kita ada pilihan bukan?'

'Kalau pilihan itu bukan yang dimahukan, kau akan tetap pilih dia?'

'Gamble giler dowh! Giler giler giler!'

Dan perbualan mereka terhenti.

'Apasal kau selalu jumpa orang macam tu ek?'

Mereka gelak. Dapat dilihat dari suara tawa itu gelengan kepala berkali-kali.

'Tak tahu dowh...serius tak tahu...apasal ea?'

Nafas panjang ditarik.

'Pelikkan kerja Tuhan ni....'

Diam.

'Saya tak bolehlah dengar lagu melayu ni tanpa analisis lirik dia. Dia macam boleh melambatkan kerja dowh kalau dengar lagu Melayu.'

'Lah, apasal pulak?'

'Dia macam, saya mesti hadam lirik ni. Kena study, faham apa yang cuba disampaikan.'

'Saya tak pernah fikir sampai macam tu sekali. Lagu ni, dengar just dengar je...mana perlu study apa-apa..' dan mereka gelak.

Haish....rindu zaman belajar. Rindu untuk dengar suara gelak tawa rakan satu kelas. Zaman diploma terutamanya.

Tuhan, aku kangen untuk kembali ke masa lalu...

Detik ini juga boleh jadi satu detik yang aku rindu...

Detik yang tiadakan dipulang walau kau katakan rindu bertalu-talu...

Hidup, gagal merancang, merancang kegagalan....

Rancanglah hidupmu...bukan setakat disini...

Jauh lagi jalan kita kawan...Ayuh pulang...

Pulang ke jalan yang bisa pimpin kita ke sana dengan aman dan senyuman...

Borak pasal air ni sebenarnya sampai sudah takkan habis. Air dengan elektrik, orang akan pilih air. Air dengan makan, air dulu. Air dengan api, air jugak dulu.

Tanpa air, jangka hayat sesuatu kehidupan itu menjadi pendek.

Tadi aku dinner lah sushi. Pastu kononnya nak lah satu ice blended dari SB ke apa ke an, pastu beratur bapak panjang gila. Jadinya, disebabkan aku dah lama tak merasa Blast BR, aku pun order satu. Tapi Blast takdelah. Makanya, milkshake pun milkshake lah.

Usai makan dinner sambil layan satu episod Friends, aku lupa nak bawak mineral water sendiri, aku pun tanyalah staff BR, berapa mineral water yang dorang jual.

'2.60 kak.'

'Okaylah, kasi satu'

Sebab nak recover balik rasa manis milkshake tu aku dah tak kisah dengan harga air mineral. RM5, RM10, RM20...itu memang nilai dia bila kita dalam keadaan terdesak. Yang penting, kita dapat hilangkan rasa kemanisan atau kedahagaan yang dilalui.

Jadinya, apa pengajaran tentang air disini?

Aku pun blur kejap....lupa topik apa yang aku nak tazkirah.

Sejak pada transisi yang sukar ni, aku rasa macam...semakin jauh dengan orang yang kita pernah rapat. Ye dowh....makin dewasa, semakin kecil circle kau. Tup, tup...tinggal kau sorang. Entah ada sape je yang kau boleh contact time susah senang kalau bukan Allah.

Pastu, classmate dari diploma yang kawen pun lah berapa kerat je yang ingat kita. Lagi classmate sekolah menengah dengan degree. Kadang, biar jelah. Kau pun, selama ni hanya bayang bagi mereka. Nak terasa mende kan.

Pastu...kata nak lari jejauh dari sini, dari norma yang biasa kau duduk. Bila?

Garu kepala. Entah...

Aku masih level air minuman dowh. Bukan air cuckoo, coway atau air mineral brand mewah yang dijual dekat 7e.

Jap, aku kena ubah persepsi pada diri. Instead of label diri sendiri macam tu, ada baiknya aku kata;

'Aku adalah air yang belum diteroka oleh sesiapa dan terletak di pergunungan rahsia. Air penawar, ajaib yang masih tidak dijual dimana-mana.'

Nilai air yang sesiapa akan sanggup bayar diatas keunikannya. Dan boleh jadi ia percuma buat mereka yang layak. Haaa...gitu!

Korang pe cer?

Baru sekarang nak tanya kan...hahahaha

Hopefully, korang pun sihat hendaknya. Mental, emosi dan fizikal.

Aku tahu, semua orang makin injak usia, makin banyak berahsia dan pendam rasa. Kita semua buat macam tu. Sebab, kita rasa diam adalah jawapan kepada semua perkara. Tapi, jika diam itu makan jiwa dan buat kau mati dalaman, kau silap kawan.

Hiruplah air, dan tarik nafas....kau, perlu bersuara. Suara kau, layak didengar.

Takut?

Mungkin kita menyalak, bukan bercakap dengan hemah. Tukarlah intonasi dan lantunan vokalmu, aku percaya, kita akan tarik pendengar yang benar untuk disatu sebagai irama. Terhasil perbincangan yang menyuburkan jiwa intelektual.

Siapa tahu...

Jadi, air....

Kau dah cukup belum minum at least 2 liter sehari?

Makanya, selamat sudah Afiq kahwin. The closest guy best friend I ever had. Tahniah bro!!!!

Sumpah aku macam tak percaya sampai sekarang yang dia dah kahwin. Macam, turut gembira jugaklah dia dah kahwin. Ada jugak teman yang selama ni dia dok bising nak cari. Tup tup impian nak tamatkan zaman bujang hujung tahun 2021, dah tertunai. Gila betullah!

Aku dah hilang best friend!!!!!!!

Huwaaaaa...

Sedih dowh....hahahaha dia macam hilang kawan yang paling rapat. Oh God I keep saying that I still didn't believe that my best friend had married.!

'Aku still tak caya dowh...'

'Lah...masih tak caya lagi ke?'

'Hahahahah'

Still. Tapi kena jugak terima hakikat yang kawan baik kau dah kahwin.

Dalam tahun ni banyak betul cerita berlaku. Banyak kisah yang, sukar untuk dicerita satu persatu. Ada cerita yang kau ingin cerita, tapi berhujung diam. Sebab, setiap kali kau cuba untuk berkongsi rasa, laju saja air mata keluar. Sebak dan rasa kehilangan yang paling besar.

'Susah dowh nak cari kawan laki macam Afiq. Baik, respect boundaries kawan perempuan. Bertanggungjawab. Susah dowh nak replace...' Mereka tiga angguk. Termenung mati kata.

Majlis kahwin yang buat mereka rasa, tak bukan mereka, aku..buat aku rasa seolah....aku dah takde kawan yang boleh dikacau kala susah senang.

'Weh, afiq boleh tolong tak' -  ayat ni, mungkin dah tak dapat nak diucap selepas ni.

'Weh afiq, aku eksiden...' - even dia bukan lagi orang pertama yang kau boleh hubung kala musibah melanda....

End of everything.

'Aku ingat korang something tau dulu...' kata Alia.

'Lahai...pasal pulak boleh fikir sampai ke situ...'

'Takdelah, sebab korang macam serasi...'

'Tak weh, dia dengan aku macam beradik dah kau tahu. Kitaorang ada, tiny silver line yang kitaorang respect. Hormat dan jaga.'

Diam.

'Rasanya, tahun depan majlis sape dowh?'

Diam lagi...susah nak cakap soal takdir, jodoh dan maut. Sebab takde orang boleh tebak.

Macam sekarang, aku patutnya dah penat drive tu, pergilah terus tidur ke rehat ke an. Tapi, sibuknak bercerita dekat sini. Sibuk nak luah rasa kehilangan orang yang paling kau rapat.

Ah...dunia oh dunia....itu semua tempat ujian dan dugaan.

Hahahah tiber...

So proud of you bro! I know you are more than capable of providing the greatest for your wife. May Allah bless your happy little family!

Kau, bila lagi?

Hahahahaha

Dah dah lah tanya soalan tu. Masak pun tak minat ada hati nak kahwin. Adoyai....

Takweh...aku bukan tak nak masak langsung. Nak...tapi, kenalah ada orang yang nak makan apa yang aku masak. Even takat campak-campak. Pro tu idokle...tapi eadible la semua masakan aku.

Aku just nak kawan macam Afiq.

Tapi aku kena terima hakikat, yang itu semua tinggal memori. Kau....perlu cari orang yang lebih dari dia. More than friend you meant?

I don't know....

Listen to your gut. ...

Kemana harus melangkah, kala kau hilang arah.

Pada kiblat kau kan menadah, minta ditunjuk jalan...

Agar tidak tersesat di neraka dunia dan Jahannam...

Kau....harus usaha bukan sekadar pasrah dan menyerah.

Ah, merepek apa dah ni...

Okay, okay, aku chow. Esok kerja. Papehal roger!

Adios!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Brand New Blog!
  • Sekerat Jalan
  • Recommended blog editor: MellyaCrayola

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    6 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    18 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026