Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Borak pasal air ni sebenarnya sampai sudah takkan habis. Air dengan elektrik, orang akan pilih air. Air dengan makan, air dulu. Air dengan api, air jugak dulu.

Tanpa air, jangka hayat sesuatu kehidupan itu menjadi pendek.

Tadi aku dinner lah sushi. Pastu kononnya nak lah satu ice blended dari SB ke apa ke an, pastu beratur bapak panjang gila. Jadinya, disebabkan aku dah lama tak merasa Blast BR, aku pun order satu. Tapi Blast takdelah. Makanya, milkshake pun milkshake lah.

Usai makan dinner sambil layan satu episod Friends, aku lupa nak bawak mineral water sendiri, aku pun tanyalah staff BR, berapa mineral water yang dorang jual.

'2.60 kak.'

'Okaylah, kasi satu'

Sebab nak recover balik rasa manis milkshake tu aku dah tak kisah dengan harga air mineral. RM5, RM10, RM20...itu memang nilai dia bila kita dalam keadaan terdesak. Yang penting, kita dapat hilangkan rasa kemanisan atau kedahagaan yang dilalui.

Jadinya, apa pengajaran tentang air disini?

Aku pun blur kejap....lupa topik apa yang aku nak tazkirah.

Sejak pada transisi yang sukar ni, aku rasa macam...semakin jauh dengan orang yang kita pernah rapat. Ye dowh....makin dewasa, semakin kecil circle kau. Tup, tup...tinggal kau sorang. Entah ada sape je yang kau boleh contact time susah senang kalau bukan Allah.

Pastu, classmate dari diploma yang kawen pun lah berapa kerat je yang ingat kita. Lagi classmate sekolah menengah dengan degree. Kadang, biar jelah. Kau pun, selama ni hanya bayang bagi mereka. Nak terasa mende kan.

Pastu...kata nak lari jejauh dari sini, dari norma yang biasa kau duduk. Bila?

Garu kepala. Entah...

Aku masih level air minuman dowh. Bukan air cuckoo, coway atau air mineral brand mewah yang dijual dekat 7e.

Jap, aku kena ubah persepsi pada diri. Instead of label diri sendiri macam tu, ada baiknya aku kata;

'Aku adalah air yang belum diteroka oleh sesiapa dan terletak di pergunungan rahsia. Air penawar, ajaib yang masih tidak dijual dimana-mana.'

Nilai air yang sesiapa akan sanggup bayar diatas keunikannya. Dan boleh jadi ia percuma buat mereka yang layak. Haaa...gitu!

Korang pe cer?

Baru sekarang nak tanya kan...hahahaha

Hopefully, korang pun sihat hendaknya. Mental, emosi dan fizikal.

Aku tahu, semua orang makin injak usia, makin banyak berahsia dan pendam rasa. Kita semua buat macam tu. Sebab, kita rasa diam adalah jawapan kepada semua perkara. Tapi, jika diam itu makan jiwa dan buat kau mati dalaman, kau silap kawan.

Hiruplah air, dan tarik nafas....kau, perlu bersuara. Suara kau, layak didengar.

Takut?

Mungkin kita menyalak, bukan bercakap dengan hemah. Tukarlah intonasi dan lantunan vokalmu, aku percaya, kita akan tarik pendengar yang benar untuk disatu sebagai irama. Terhasil perbincangan yang menyuburkan jiwa intelektual.

Siapa tahu...

Jadi, air....

Kau dah cukup belum minum at least 2 liter sehari?

Makanya, selamat sudah Afiq kahwin. The closest guy best friend I ever had. Tahniah bro!!!!

Sumpah aku macam tak percaya sampai sekarang yang dia dah kahwin. Macam, turut gembira jugaklah dia dah kahwin. Ada jugak teman yang selama ni dia dok bising nak cari. Tup tup impian nak tamatkan zaman bujang hujung tahun 2021, dah tertunai. Gila betullah!

Aku dah hilang best friend!!!!!!!

Huwaaaaa...

Sedih dowh....hahahaha dia macam hilang kawan yang paling rapat. Oh God I keep saying that I still didn't believe that my best friend had married.!

'Aku still tak caya dowh...'

'Lah...masih tak caya lagi ke?'

'Hahahahah'

Still. Tapi kena jugak terima hakikat yang kawan baik kau dah kahwin.

Dalam tahun ni banyak betul cerita berlaku. Banyak kisah yang, sukar untuk dicerita satu persatu. Ada cerita yang kau ingin cerita, tapi berhujung diam. Sebab, setiap kali kau cuba untuk berkongsi rasa, laju saja air mata keluar. Sebak dan rasa kehilangan yang paling besar.

'Susah dowh nak cari kawan laki macam Afiq. Baik, respect boundaries kawan perempuan. Bertanggungjawab. Susah dowh nak replace...' Mereka tiga angguk. Termenung mati kata.

Majlis kahwin yang buat mereka rasa, tak bukan mereka, aku..buat aku rasa seolah....aku dah takde kawan yang boleh dikacau kala susah senang.

'Weh, afiq boleh tolong tak' -  ayat ni, mungkin dah tak dapat nak diucap selepas ni.

'Weh afiq, aku eksiden...' - even dia bukan lagi orang pertama yang kau boleh hubung kala musibah melanda....

End of everything.

'Aku ingat korang something tau dulu...' kata Alia.

'Lahai...pasal pulak boleh fikir sampai ke situ...'

'Takdelah, sebab korang macam serasi...'

'Tak weh, dia dengan aku macam beradik dah kau tahu. Kitaorang ada, tiny silver line yang kitaorang respect. Hormat dan jaga.'

Diam.

'Rasanya, tahun depan majlis sape dowh?'

Diam lagi...susah nak cakap soal takdir, jodoh dan maut. Sebab takde orang boleh tebak.

Macam sekarang, aku patutnya dah penat drive tu, pergilah terus tidur ke rehat ke an. Tapi, sibuknak bercerita dekat sini. Sibuk nak luah rasa kehilangan orang yang paling kau rapat.

Ah...dunia oh dunia....itu semua tempat ujian dan dugaan.

Hahahah tiber...

So proud of you bro! I know you are more than capable of providing the greatest for your wife. May Allah bless your happy little family!

Kau, bila lagi?

Hahahahaha

Dah dah lah tanya soalan tu. Masak pun tak minat ada hati nak kahwin. Adoyai....

Takweh...aku bukan tak nak masak langsung. Nak...tapi, kenalah ada orang yang nak makan apa yang aku masak. Even takat campak-campak. Pro tu idokle...tapi eadible la semua masakan aku.

Aku just nak kawan macam Afiq.

Tapi aku kena terima hakikat, yang itu semua tinggal memori. Kau....perlu cari orang yang lebih dari dia. More than friend you meant?

I don't know....

Listen to your gut. ...

Kemana harus melangkah, kala kau hilang arah.

Pada kiblat kau kan menadah, minta ditunjuk jalan...

Agar tidak tersesat di neraka dunia dan Jahannam...

Kau....harus usaha bukan sekadar pasrah dan menyerah.

Ah, merepek apa dah ni...

Okay, okay, aku chow. Esok kerja. Papehal roger!

Adios!

Kabare kalian yang masih setia mengadap lama sofieadie ini. Lama dowh aku tak borak kat sini. Rasa macam bertahun lamanya. Ini minggu memang banyak sibuk. Sibuk teramat sampai kau tak tahulah tidur or coffee yang paling perlu dalam kehidupan.

Untuk aku?

Coffee!

So, pe cer pe habaq kalian? Sihat tak?

Tak sihat jangan dok keluar rumah. Duduklah elok-elok dalam rumah, take care of yourself first. Apa cer aku?

Hurm...banyak dowh!

Terlalu banyak sampai tak tahu nak mula dari mana. Dari segi itu, atau ini, atau sana atau...argh!

Okaylah...aku update just ambil syarat yang, syukur aku masih hidup. Masih, di sini. Masih setia dan strive untuk hidup.

Masih punya peluang untuk teroka dunia yang lebih luas tapi tidakkan dapat melawan keluasan Rahmat yang Tuhan beri pada aku hari-hari. Lusa, afiq kawen. Tak sangka dowh. Paling tak sangka gila....tapi dah jodoh kan.

Opkoslah aku pergi kenduri dia. Gila tak pergi. The only best friend dari gender yang berlainan kawen kot. Mau tak pergi. Kind of hectic sebenarnya nak pergi pun. Tapi, takpe...penat-penat pun kita abaikan dulu....janji tunjuklah muka dekat kenduri orang. Kan?

Lagi apa?

Lagi...

aku sibuk dengan expo. Dekat mall paling mati sekali aku pernah pergi. But no so bad gak r. Sebab aku buat banyak network dan dapat kenal lebih ramai orang baru. Even tho ada yang acah diri dia bagus. Pfffth! Kau pahalkan. Aku cam turn off betul dengan attitude manusia sebegitu. Menyampah sia!

Kau, tak kenal aku, pastu tiber nak cakap orang sombong. Dah kenapa kan?

Sinilah aku nak pesan. Kalau nak beramah sekadar nak menyakitkan orang tu, baik diamlah. Belajar cara rapport dengan bagus dulu. Jangan rasa diri kau bagus sangat. Kat dunia ni, kau bukan the center of universe. Ingat tu. Harey punya manusia.

Aku cam tak bleh bla dowh. Aku ni jenis kalau tak rasa nak tegur, kenal or whatsoever dengan orang, memang sampai sudahlah tak bertegur. Lagi pulak dengan mulut puaka macam tu. Kerja nak mengutuk, mengumpat orang je tahu. Prejudis habis!

Astaghfirullahaladzim...kan tak pepasal aku pun dok sama. Aigoooo....

Dasyat betul hidup ni.

Kaylah weh, esok kena gerak awal. Sapa nak mai expo, rogerlah kami na. Ada ja situ dok busy (baca acah). Sebab tang tak busy ada ja geng bawang tak habis nak pedihkan mata orang. Dasar!

Papehal roger. Adios!

Sibuk dia, nak membaca pun tak dan oi!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    7 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    19 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026