Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

4 December.

Tarikh lahir ramai orang yang pernah jadi pujaan kala aku sekolah menengah. Tapi itu semua dulu. Tinggal kenangan kata orang. Tapi, kuat benar ya memori ni ingat. Seolah merekalah orang penting dalam hidup. Hairan bukan?

Usai habis membeli barang sehelai dua baju untuk dipakai hari esok, jam sudah ke angka sepuluh. Makanya, tak sempatlah kita chill-chill makan di Black Canyon or McD. Balik tu kononnya nak menyinggah drive thru. Sekali kau, ha...lupa malam ni malam Sabtu. Memang ramai orang beratur lah cerita dia. So, pusingla balik rumah. Makan maggi, pun maggilah. Dah lewat macam ni, apa je yang ada.

So, dalam perjalanan tu tetiba ada satu makhluq kiriman Tuhan menahan sewaktu aku keluar lif.

'Dik, ambiklah ni..' hulurnya.

'Asal?' aku bertanya hairan.

'Ambiklah...'

'Oh, terima kasih.' ujarku sambil tunduk hormat seperti orang Jepun. Arigato sensei!

Macam tahu-tahu je aku belum makan. Satu kotak kau ayam Kyochoon. Perghhh mana larat nak habis makan sorang ni. Barangkali dia ingat aku ada housemate kot. Ah, sayangnya....

Jadi aku balik tu termangu kejap.

'Tuhan tahu je kan yang aku ni lapar. Terus dikirim dia makhluq sebagai pengantara.'

Terngiang ayat 'nikmat Tuhan yang mana lagi kamu dustakan?'

Diam.

Hari ni masa sibuk menyiapkan satu esei mengenai 'Keluarga Saya' berlatar belakangkan muzik Experience, tetiba aku emosi lebih. Seolah dirobek segala rasa yang terlalu lama aku peram. Ah, rasa yang buat aku mahu saja tikam diri atau terjun saja dari bangunan. Tapi aku tahan. Tahan bukan sebab aku hadap untuk hidup. Tapi sebab aku masih punya Tuhan. Halal haram. Bertarung lagi.

Dan...hela berat dilepas.

For once in my life, aku penat untuk hadap. Kau, masalah kau tak besar pun banding nikmat yang Tuhan bagi. Tapi kenapa terlalu cepat untuk give up?

Diam.

Tak, aku tak give up. Aku cuma ambil nafas sehela dua. Penat...

Penat untuk hadap.

Senyumlah, happy masih hidup. Kau, kalau sedih...susah rezeki nak datang. Pujuk dirinya. Dia senyum. Cuba. Untuk. Senyum.

Aku harap aku masih kuat. Untuk terus hidup. Harapnya begitu.

Harapnya tidak tinggi. Jiwa yang selalu bertelagah ini buat dia tidak betah berdiam diri. Kau, perlu keluar. Keluar dari zon selesa.

Keluar, hadap dunia dan masalah yang lebih teruk dari drama picisan kau.

Keluar.

Keluar!

Ajaib, dia masih hidup.

'Dia tak sunyilah?' tanya mereka.

'Nak sunyi apa, okay jak orang...'

Ya, aku okay. Sunyi itu sahabat buat teman borak. Ah, palsu! Penipu...

Dahlah..buat masa sekarang, cari dan cuba untuk terus hidup. Dalam redha Dia.

Yeah....sape je nak hidup dowh...ha...

So selepas habis kontrak dengan yang sebelum ni, aku ingat aku bolehlah rilek-rilek untuk minggu ni. Rehat, bangun suka hati nak bangun ke apa kan. Alih-alih kau, busy semingguan! Lebih busy dari jadual biasa tu yang paling tak tahan.

Sekarang jam 0316. Kau masih meneleku depan desktop. Sebab kena siapkan form untuk disubmit esok.

Apa yang susah sangat untuk isi form tu? Kau tanya.

Yeah, apa yang susah sangat? Isi dan hantar, siap!

Tuhan rindunya waktu senggang yang langsung tak punya apa rencana.

Baiklah kau tidur. Esok boleh settle. Masih ada waktu. Masih...

Kehidupan adalah satu dunia ekspolarasi yang tidakkan pernah habis diteroka hatta dengan membaca dan mendengar cerita. Ada sisinya yang kita, tak akan pernah faham. Ada sudutnya yang buat kita ambil pengajaran. Ada lainnya, kita rasa syukur masih punya Tuhan.

Itu dialog yang berputar main di kepala kala aku menyambut ulang tahun sendirian di sebuah kedai yang selalu sibuk dengan orang. Pergh...ayat dah macam nak tulis novel! Kemain kau!

So, tahun akhir angka dua?

Apa cerita kau?

Masih sama? Ada berubah?

Ah, geleng kepala. Kita mungkin masih sama, tapi persepsi kita pada dunia, ada alih arahnya walau sejengkal cuma. 'Apa yang berbeza?' soalnya.

Dunia dan kehidupan. Dua perkataan yang buat dia renung pada alam. Pada sudut kosong yang dia sendiri tiada jawapan kenapa dia terusan bermenung. Hanjuku Cheesecake. Itu kek buat hari lahirnya.

Berlalu ia pergi...

Itu usianya yang menghitung segala detik. Satu persatu memori tinggal sejarah.

Dan dia? Di sudut masih tidak berkutik walau selangkah.

Apa yang melekap pada kaki buat dia terpasak berdiri tidak beralih?

Usianya jalan. Jiwanya? Masih disitu...

Masih meneroka pada lingkaran yang sama.

Keluarlah...

Keluar dari labirin itu.

Mana jalan yang kau pilih?

Kanan? atau kiri?

Atau hanya melanggar tembok di tengah?

Berlalu, ia pergi...

Tik. Tik. Tik.

Waktu bermain ditelinga. Ritma yang sama. Rentak serupa. Dia?

Masih sibuk memikir sesuatu yang belum terjadi.

Dilenakan saja rencana itu lebih dia rela dari mengusutkan pemikiran untuk merancang kehidupan.

'Aku penat!' desisnya.

'Ah, hidup...kenapa masih disini?' pertikainya.

Sunyi itu bilamana kau telan pada kebiasaan punya teman. Sepi itu menjelma bila kau mula hanyut pada suara yang tiada berorang. Suara, tanpa bayang. Suara, pada entiti yang tidak kelihatan. Suara yang didengar melalui perkataan. Kau, bacanya halus dalam hati.

Intonasi kita samakah?

Rima kita serupakah?

Berlalu...ia pergi

Dan dia...tiada lagi disini. Yang ada tinggal mereka. Kita sudah tiada. Mereka berlalu tanpa dia. Dia, yang sentiasa di situ. Tidak berganjak sejak azali.

Pada dia, mereka sudah pergi...

Pada mereka, dia sudah mati...

Pada Dia, disandar segala rahsia hati...

Pada mereka, dia biarkan sepi menyelubungi...

Ada waktunya, ia biarkan sepi berbicara. Lebih nyaring.

Your words cut deep like a papercut From a razor blade I tried to tape it up But the tape broke, so the blood flowed And I couldn't stop the bleeding from the cut throat... 

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    6 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    18 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026