Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Kehidupan adalah satu dunia ekspolarasi yang tidakkan pernah habis diteroka hatta dengan membaca dan mendengar cerita. Ada sisinya yang kita, tak akan pernah faham. Ada sudutnya yang buat kita ambil pengajaran. Ada lainnya, kita rasa syukur masih punya Tuhan.

Itu dialog yang berputar main di kepala kala aku menyambut ulang tahun sendirian di sebuah kedai yang selalu sibuk dengan orang. Pergh...ayat dah macam nak tulis novel! Kemain kau!

So, tahun akhir angka dua?

Apa cerita kau?

Masih sama? Ada berubah?

Ah, geleng kepala. Kita mungkin masih sama, tapi persepsi kita pada dunia, ada alih arahnya walau sejengkal cuma. 'Apa yang berbeza?' soalnya.

Dunia dan kehidupan. Dua perkataan yang buat dia renung pada alam. Pada sudut kosong yang dia sendiri tiada jawapan kenapa dia terusan bermenung. Hanjuku Cheesecake. Itu kek buat hari lahirnya.

Berlalu ia pergi...

Itu usianya yang menghitung segala detik. Satu persatu memori tinggal sejarah.

Dan dia? Di sudut masih tidak berkutik walau selangkah.

Apa yang melekap pada kaki buat dia terpasak berdiri tidak beralih?

Usianya jalan. Jiwanya? Masih disitu...

Masih meneroka pada lingkaran yang sama.

Keluarlah...

Keluar dari labirin itu.

Mana jalan yang kau pilih?

Kanan? atau kiri?

Atau hanya melanggar tembok di tengah?

Berlalu, ia pergi...

Tik. Tik. Tik.

Waktu bermain ditelinga. Ritma yang sama. Rentak serupa. Dia?

Masih sibuk memikir sesuatu yang belum terjadi.

Dilenakan saja rencana itu lebih dia rela dari mengusutkan pemikiran untuk merancang kehidupan.

'Aku penat!' desisnya.

'Ah, hidup...kenapa masih disini?' pertikainya.

Sunyi itu bilamana kau telan pada kebiasaan punya teman. Sepi itu menjelma bila kau mula hanyut pada suara yang tiada berorang. Suara, tanpa bayang. Suara, pada entiti yang tidak kelihatan. Suara yang didengar melalui perkataan. Kau, bacanya halus dalam hati.

Intonasi kita samakah?

Rima kita serupakah?

Berlalu...ia pergi

Dan dia...tiada lagi disini. Yang ada tinggal mereka. Kita sudah tiada. Mereka berlalu tanpa dia. Dia, yang sentiasa di situ. Tidak berganjak sejak azali.

Pada dia, mereka sudah pergi...

Pada mereka, dia sudah mati...

Pada Dia, disandar segala rahsia hati...

Pada mereka, dia biarkan sepi menyelubungi...

Ada waktunya, ia biarkan sepi berbicara. Lebih nyaring.

Your words cut deep like a papercut From a razor blade I tried to tape it up But the tape broke, so the blood flowed And I couldn't stop the bleeding from the cut throat... 

Jam 0119

Selepas dua hari kau mensushi.

Dan kau di fasa transisi. Fasa hidup yang agak sempit dan bebas. Fasa penentuan masa hadapan sebelum disandar pada Dia. Atau pasrah?

Entah. Okay, aku mengantuk Mengantuk yang disebabkan hujan, atau memang mengantuk sebab sekarang adalah waktu tidur. Mungkin boleh jadi keduanya.

Aku dah balas semua email yang penting. Penting bagi segala penentuan fasa transisi.

Fasa hidup yang kau tak cerita pada orang bagaimana jalannya.

Berdurikah ia?

Tajamkah lencongannya?

Haluskah teksturnya?

Tiada siapa tahu sebab kau sendiri masih keliru. Keliru kerana kau harus kejar segalanya dalam sehela nafas yang lalu.

Ah, kehidupan...

Banyak perkara yang kau tinggal dan perlu tinggal

Berpaling pada jalan yang hanya ada kau dan masa hadapan.

Siapa yang teman?

Itu bukan sandaran.

Kau ada Dia.

Kau, ada mereka.

Kau, cukup adanya.

Transisi ini makan masa berbulan. Kadang nampak sehaluan, kadang berlirat sukar ditemukan.

Apa?

My friends are robots kata Arrested Youth.

Am I going to be a robot too?

Don't know.

Kau, jangan banding seinchi dengan senjengkal.

Pada mancis yang sudah diguna atau mancis yang disimpan. Kualitinya tidak sama. Kadang diasah belum tentu menyala.

Kadang perlu juga dicucuh pada bara, baru kau terang sedewa alam.

Humble.

Okay, masa tidur. Gosok gigi, baca doa...tidur jawapan agar tidak berfikir keterlaluan yang buat kau lupa punya Tuhan.

Syukur.

Ya, transisi hidup yang paling besar.

Lompatlah seluas langkah.

Terbanglah tanpa sayap.

Terbanglah sejauh mungkin...

Terjunlah...sebelum terbang kau perlu terjun.

Ke gaung yang kan bertemu ke alam lain...langit bagi sebuah kejatuhan....

Bye.

Dalam hidup ni, ada benda kau harus pasakkan saja dia berlalu. Usah difikir terlalu jauh yang boleh buat jiwa kau merasa rapuh. Tiada keyakinan pada pengharapan, walau ianya sudah tiada lagi dalam kamus hidup kau.

Kau diam kerana tidak tahu atau mati kata kerana kau lupa memakai keyakinan pada personaliti sebelum berjumpa khalayak.

Did you make it?

"Jadi, cik sofie...apa pencapaian paling hebat yang pernah digapai sepanjang hidup?"

"I'm still alive!" selorohnya.

Ah, sesi temuduga kau buat main ya?

'Takpe, hidup ini gelanggang permainan. Bermainalah ikut persediaan. Usah terlalu gopoh untuk terjun pada keputusan. Pujuknya.

Sokay, kalau yang ini tidak berjaya, banyak lagi perkara kau boleh teroka. Namalah hidupkan.

Life is a voyage, some people try to avoid it I seek to try and destroy it, I swear I feel like a toilet bowl Shitting on everything I've ever said or I've done You told me this should be fun, thanks for the talk, are we done? This is my masterpiece, a tragedy, I wrote it myself It's full of irony and blasphemy, it's practically hell But the perfect part about it is it's all that I've got I'm over wasting time in life trying to be something I'm not...

Ya, kau harus bersedia untuk hidup. Tiada persediaan, kau nampak sangat dungu dan bodoh!

Rilek lah....

Senyum dan lambai pada pengalaman. Kau tempuhinya. Kau berjaya belajar tentang diri. Kau akan okay.

Kau akan okay. Usah gusar.

Minggu akhir yang dinanti. So long life...

Jumpa lagi di lain takdir. Moga kita kekal hidup walau ditanam 7 kaki dalam. Senyumlah...

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    2 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    14 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026