Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

0019.

Sambil layan lagu dari Arrested Youth, dengan otak yang seakan mahu fikir tapi kosong ini, aku menaip. Cerita yang berlaku, kisah yang dilihat dan hari-hari yang berlalu.

*tarik nafas panjang*

This empty feeling's creepin' in I hide beneath my sheepish skin It only ends when I begin To take the time to seek within...

Kenapa lagu-lagu selalu kena dengan emosi setiap kali aku mahu menulis?

"So, perancangan dan purpose hidup awak lima tahun akan datang apa?"

"Airbnb di Iceland."

"Wow, perihal gaji awak agak realistik. Tapi bila soal purpose, awak high hopes ya!"

Mereka ketawa.

Well, tak salah berangan. Jika kau rasa ia mampu digapai, kenapa menafikan?

Dipandang poster 'Towards Digital Nomad' yang sudah bertampal hampir dua bulan di sisi kanannya. Passion yang dia cuba untuk tanam walau dalam apa jua keadaan. Poster itulah dia punya Everyday Prozac. Kau boleh gapainya. Boleh punya. InsyaAllah.

Tiga hari lalu aku menonton satu movie lama bertajuk 'Eat Pray Love'. Satu movie lakonan Julia Robbert. Tiga hari bhai aku perlukan untuk habiskan movie yang setakat 2 jam 13 minit tu. TIGA HARI?

Series yang beratus episod pun kau boleh khatam tiga hari. Tak faham aku.

Sambil menonton tu, aku jotting down banyak quote yang boleh buat pedoman hidup. Dah macam study pun ya jugak. Mungkin sebab tu sampai 3 hari kot.

Iklan kejap.

Ada satu manusia ni. Aku tak kenal, tapi dia satu batch zaman diploma dulu. Kau, dah request untuk follow dekat IG, pastu kau yang unfollow. Jadah mende kau an? Baik takyah follow. Isu follow unfollow ni kuat sensitif jugak zaman ntah pape ni. Dia macam takde value pun dekat situ. Mungkin adalah, tapi...serius dowh, jangan follow kalau kau tak kenal. Just blah. Blah boleh tak?

Pastu selepas puas berbonanza, balik tu aku terus tido. Aku tak tahu kenapa mood aku hari ni (baca semalam) dia punya ngantok tu naudzubillah. Aku kalau boleh nak tidur seharian. Tapi sebab kau ada kerja dan perlu cari kerja, terpaksalah bangun untuk hidup.

Bila orang tanya, apa reason untuk kau bangun setiap pagi, aku clueless. Sebab, aku dah lama tak bersemangat untuk bangun. Tapi aku cuba, cuba jugak solat subuh walau semakin hari semakin berat. Cuba untuk bernafas walau sukatannya perlahan. Apa benda yang buat kau ingin untuk bangun?

Grab Food?

Mungkin jugaklah....

Banyaknya benda nak cerita dalam satu post.

Pasal bonanza, movie, orang yang unfollow kau, life, sesi interview....

Ergh...perlu ke cerita semua?

Perlu kot. Kot kau rindu nak belek-belek, mende apalah kau buat sepanjang 2021 nanti, ha nilah...dok merapu dekat blog. Hahahaha....bapak tadak life sia...

Orang judge aku kaki bebel based on penulisan. Huh....aku selected bebel lah. Sharing falsafah je lebih. Falsampah...hahahaha

Sampai mana dah kita tadi?

Kelmarin aku tolong setup satu booth bagi expo baby besar-besaran di MVEC. Mid Valley Exhibition Centre. Dia punya lenguh tu, perghhh...takyah cakaplah...tu yang jadi lemau kot. Tapi, aku teringat aku tak update post, so...terbitlah entri ni.

Kau pe cer?

Life okay? Mental balance tak?

Oh lagi satu ni, aku kan kalau casual keluar, lepak malas-malas (pernah pulak lepak rajin), selalunya aku pakai hoodie. Senang. Sauk je dah boleh chow nampak versatile. Tapi aku tak nak support hoodie ciplak. Kalau nak something yang authentic. Yang ada copyright. Tapi susah nak cari. So, aku roger pada kenalan yang macam tsunami ni. Tsunami sebab dia datang berkala. Tak boleh nak predict bila. Tapi sekali mai, pergh....hancur alam bhai. Aku aku sekali mati.

Tanyalah, kot dia ada jual hoodie lagi. Tapi, macam biasa. Tsunami tak datang bila kita panggil. No hard feeling dude. Aku faham...ye ke? well...aku tahu aku bukan barisan bencana alam yang boleh buat impak besar pada Bumi. Aku molekul yang hidup tanpa disyukuri oleh sesiapa melainkan pada mereka yang punya teleskop untuk menilai.

Cyeh....kemain!

Esok (as in hari ni), jam 12 PM ada lagi sesi interview. Next week ada dua. Semua online. Hope background aku tak rosaklah time sesi interview. Aku call, jumpa okay lagi. Bab video call ni, aku lemah banyak dowh. Melainkanlah kau aku dah kenal lama. Huhuhu tapi okay saja. The only thing you can wear every day without hassle of any money is confident. So wear it proudly, son.

There's a box hidden under my bed Full of all the thoughts I never have said Things I'm too afraid to say to my friends Words I'm too shame to say that I said

Bonanza aku bantai 10 pinggan kot. Macam biasa, orang belanja.

Kau sempat tak bonanza?

Reti tak pakai chopstick? Tak susah pun makan berchopstick. Ah, too many places that rip all the wounds that I tried to hide...

Serius dowh, kau pe cer?

0053.

Lama dah tak update podcast. Pe cer ntah. Argh...I need to re-purpose my life. Tak lama lagi birthday gua dowh. Kejap betul hidup. Tup tup dah 2022.

Till then...papehal roger!

Jam 0125.

Kau baru sudah makan malam usai menonton Venom 2 di wayang. Yeah, tadi minum petang di Zus sampai tak perasan jam semakin lewat ke angka yang usah dirungsing berapa. Kau bukan ada apa-apa kerisauan perlu dihirau. Hidup ini bebas. Bebas dari segala prejudis dan komitmen. Huh...

Jadi Venom 2 atau Venom: Let there be carnage, apa pendapatmu?

Awesome, like I would like some venom symbiote in my life that could protect me from doing some shitty decision. Urgh...we need that venom. Tapi tu lah, mampukah jiwa dan diri aku ni bertahan dalam kewujudan serentak begitu?

Well, diri ini pun sudah bingit mendengar hingar suara yang tidak berjasad. Untuk bersatu dengan creature alien seperti venom tu, mungkin tiada masalah. Mungkinlah...

Emotional pain, it hits much harder, and it lasts longer... -Venom
Korang dah tengok belum weh?

Aku tengok sebab orang belanja. Entah bila dapat belanja orang pulak kan...sokay, take your time. Ada rezeki lebih, kita ratakan pada semua yang sentiasa ada untuk kita. InysaAllah....

Ni first time aku tengok wayang selepas dunia seakan normal. Setahun lebih jugaklah tak jejak wayang ea. Review pun ke laut bhai. Venom, venom...Basically, venom ni cerita Tom Hardy. Bapak hambar sia review aku. Well, kalau korang rasa minat dengan this kind of genre, bagi aku, mustahil untuk korang tidak tontonnya lagi kan?

Kenapa kita perlu cerita superhero dalam jadual hiburan kita?

Well, semua orang ingin jadi sesuatu dalam hidup dia. Perlu pada sesuatu yang boleh menjadi pemangkin untuk terus dan kekal hidup. Misi. Purpose?

Huh...kalau kita adalah watak yang selalu menjadi collateral damage sewaktu peperangan, tidakkah itu suatu yang sadis?

Kenapa aku buat review hambar jam pagi ni dowh? Bukan kau patut tidur ke? Esok kau kerja an?

Kerja je...tapi aku tak faham, setiap kali esoknya kerja, malamnya aku mesti susah gila nak tidur. Mesti! Dia macam kau tahu kau perlu tidur sebab perlu restore tenaga, tapi mata dan otak kau seakan berbalah, end up...kau tak tahu bila kau lena. Sedar-sedar kau ada 40 minit lagi perlu bersiap. Kadang 40 minit untuk semuanya, tak cukup bhai. Berkejaran nafas tak cukup udara.

So, masih lagi nak buat review venom yang tidaklah sereview mana ni?

Hurm...okaylah aku berhenti. Sambung esok. Rupanyakan, aku dah habis dah kontrak minggu ni. Asal boleh lupa dowh? Nyfanyukfuk befetufullahfah! Ah, rinfindunfunnyafya nakfak cafakapfap ffeh..

Ah, merapu dah ni. Papehal, leklok hangpa semua. Till then!

Adios!

Kita, takkan pernah sama. Titik!

Itu yang dia cuba cakap dan bilang pada diri. Biar apa pun orang judge kita, anggaplah mereka takkan pernah faham. Mereka tidak tahu. Diam.

"Umur berapa ya?"

"Umur tahun ni 29."

"Oh, tapi kenapa baru dua tahun pengalaman kerja?"

"Saya banyak habiskan masa saya dengan belajar"

Apa pun perbualan selepas itu dia sudah tidak dengar. Yang terngiang adalah, 'dah 29 tapi pengalaman kerja baru 2 tahun?'

Seperti echo. Dia berputar ligat dalam kepala.

'Dah 29 tapi masih takde kerja stabil.'

'Dah 29 tapi kerja kontrak'

Ah, dunia duhai dunia.

Kau, kalau tiada perkara baik keluar dari mulut, just diam boleh tak.

Sebab, kita takkan pernah sama.

Time line kita, berbeza.

Mungkin orang umur 23 sekarang dah boleh kahwin, cerai dan kahwin baru. Dah bergelar jutawan dan jatuh bankrupt.

Mungkin.

Tapi ada aku kisah dengan hidup dorang?

Nope. Langsung tak kisah,

Itu hidup dorang. Jalan dorang, siapa aku untuk judge. Kau sibukkan dengan hidup dan amal kau sudahlah.

Nak kejar apa dowh?

Rilek sudahlah.

If you can't make it in your 20s, you still got it in your 30s. Life isn't a race. Kau nak bertanding dengan siapa? Nak show off pada siapa? Dunia mungkin boleh kagumi pencapaian kau, tapi kau? Bahagia ke show off hidup takde privacy?

Jual privacy untuk apa?

Yeah, narcissist bangat sih lorh!

Kan dah kena tiao dekat sini. Tadi aku sabaq ja. Tapi sebab terngiang bak echo, baik aku legakan sedikit dan cuba tenangkan diri dengan mantera, 'kita takkan pernah sama'. Titik!

Bukan sebab orang begini tidak cari jalan keluar. Berkali. Kau tahu apa kan nak terus jump to the conclusion. Diamlah weh. Diam boleh tak.

Dahlah, baik aku pi Zus, tengok alam dan keluar ambil nafas baru. Senyum pada dunia. You got this!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    43 minit yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    12 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026