Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Sejak wujudnya Zus dua tahun lalu, di mana aku baru tahu kewujudannya tahun ini, aku rasa ia sudah menjadi satu cafe wajib dalam hidup. Selepas Secret Recipe, Starbuck, kini Zus. Old Town White Coffee mungkin kadang-kadang. Oh, Black Canyon, Thai Thai...dan banyak lagilah.

Ikutkan aku nak buat review pasal Zus, tapi...nantilah. Aku suka Zus wujud. Tahniah korang sebab berjaya naikkan momentum setara coffee mewah yang lain. Syabas!

Cumanya aku tak suka sangat packaging dia yang menggunakan stapler dan selotep. Ia agak, tidak friendly. Packaging dah okay, cuba terlalu secure yang buat susah nak bukak tu, aku tak sure kenapa. Takut tumpah? Mungkinlah...mungkin pihak RnD korang boleh cari alternatif yang lebih friendly dan mesra pelanggan.

Plus stapler korang pun agak merbahaya. Agaklah...cuba guna selotep macam Starbuck. Nice and simple also secure.

Okay habis part feedback sebagai penggemar Zus.

Semalam aku tak sempat update blog. Takde intention pun nak update hari-hari sebab kalau aku tak up life dekat sini, aku still akan menulis dekat diari. Yup...buku fizikal jurnal aku yang selalu ada cerita. Cuma empat bulan yang lepas aku lost gila buat aku takde tulis apa-apa dalam tu.

Tak tau pasal pa, tulis diari yang aku gemar pun aku tak minat masa tu. Dengar lagu pun kureng...sekarang baru okay sikit. Baru nak letak boundaries dalam diri. Kuatkan mental agar bila emosi celaru, mental aku masih boleh kawal sisi dunia yang itu.

La ni aku masih lagi baca buku Furiously Happy dan satu lagi buku pasal tingkatkan dunia kerjaya.

Oh ya, kelmarin aku habis dengar audiobooks pasal Ikigai. Pergh, bagus gila layan audiobooks. Sehari boleh habis dua ke tiga buku bhai! Cuma nak betul-betul digest pasal buku tu, aku hadkan sehari satu audiobook saja.

Dengar dekat Spotify saja. Kau pun dah langgan premium dekat situ, cukuplah an.

Apa lagi?

Minggu akhir yang dinanti telah tiba. Aku kena siapkan cepat mana yang tertunggak. Yihaaa! Lepas tu rehat sat sebelum masuk kerja baru. Pergh....dah nak 2022....

Semoga tahun ini ditutup dengan pelbagai senyum dan memori manis. Amin! ^_^

Korang pulak pe cer 2021 ni? Oh nanti macam biasa, aku buatlah round up story sepanjang tahun ni. Korang pun mesti excitedkan nak jumpa tahun baru. Moga kalian sihat selalu dan bertemu dengan impian yang didamba.

Till then, papehal roger!

Chow!

Macam biasa, itu muzik latar yang aku sedang dengar sekarang. Muzik sahaja, tanpa sebarang lirik. Kadang bicara irama itu dapat menterjemah segala peristiwa yang sukar diungkap melalui kata-kata.

Ah, hari ini gangguan tidur datang lagi. Sukar benar mahu pejam, lena dibuai mimpi walau menguap ribu kali. Apahal dowh?

'Aku rasa, aku perlu get help dowh...' ujar dia perlahan.

'Asal? Kau tak okay ke weh?' soalnya. Risau.

'Well, aku okay je. Tapi, aku rasa aku perlu professional untuk betulkan jiwa aku...'

Mereka diam. Ya, mereka memang perlu pada bantuan luar. Agar tidak terjatuh lagi ke lohong sama, berulang kali...Mati...lemas...gelap, kelam...ah...sisi dunia yang sebuat sahaja buat dia menangis sendiri.

'What is wrong with me?! Why am I so fucking weak????'

Hela dilepas kasar.

Kadang, kau perlu keluar. Keluar dari zon selesa. Keluar walau jiwa kau dah koyak zillion kalinya. Keluar!!!!!!!!!!

When a champion falls....who was there beside her?

No one...

Sebab tu kau kena kuatkan mental kau. Bila mental tak kuat, emosi rabak, kau rebah! Emosi goyah, kau retak! Keluarlah....

Keluarlah...

Lirihnya. Kasar dan penuh pengharapan pada cahaya agar bantu dia keluar dari gelapnya zaman silam yang bisa menggelapkan masa hadapan.

'Asal tak warna merah? Instead of gelap, kan cantik lagi dimerahkan...'

Cerlung mata dia memandang yang berkata.

'Kau...kau jangan nak cabar aku. Aku masih waras untuk tidak memilih merah untuk mencerahkan jiwa yang gelap.'

'Pastu stay dekat kelabu dan berharap hari baru?'

Biar hitam. Biar kelabu. Biar debu terpaksa disapu asalkan tiada merah yang bercampur.

Kenapa dengan merah?

Merah...bilamana kau telah lemah untuk pasak keyakinan pada keajaiban, harapan, dunia ini kan sirna...

Merah, bukan jawapan.

Ia penipuan untuk kau lebih lemas dan tenggelam.

Ah, sakit jiwanya. Sakit otaknya. Sekejap dia terang seolah punya harapan, sekejap dia hilang, kembali pada zon yang tiada orang.

Ah...aku perlu tolong diri ini. Hantar dan rawat dia pada yang berkompetensi...

Lelah untuk jadi doktor pada diri sendiri.

Lelah untuk jatuh bangun sendiri bangkit...

Ya, memang boleh.

Tapi...aku tak rasa jatuh yang selepas ini aku akan kembali. Jatuh yang ini sudah lama buat aku hilang diri. Hilang yang aku sendiri sukar untuk serunya pulang. Dia...hilang...tolonglah keluar...tolonglah...kau...janganlah jatuh lama sangat...

When a champion falls...

Well, kau tak pernah jadi champion...

When a loser falls...it gets uglier...

Kau okay?

Ya, aku okay. Senyumnya. Bergenang air mata cuba untuk terus senyum. Kau. Akan. Okay....

Kita, akan okay...keluarlah...aku perlukan kau. Janganlah hilang terlalu lama...

Jangan tinggalkan aku seorang untuk berjuang....

Bisiknya nyaring dalam hati agar dia yang hilang itu kembali pulang. Bersama semangat.

Orang hatta Alien pun kau sapu tinggalkan aku sendirian sini. Aku akan seru kau hingga kau jumpa suaraku dalam kelam kelabu.

Pulanglah diri.

Pulanglah...

I was The one you left behind here The soggy road you travelled Was deeper than my sorrows Stay here

Disebabkan lagu yang aku tengah dengar sekarang bertajuk Runnin, dan aku kehilangan idea untuk letak tajuk post ni apa, maka...jadilah ianya runnin. Yup, betul jangkaan aku.

Otak aku agak tak function sejak dengar teriakan bodoh dari kejiranan yang tak bertamadun mengalahkan beruk di zoo. Sakit hati bhai dengar babun-babun ni terjerit macam mintak disembelih. Ada aku siat jugak daging buat menu datuk rimau baru tahu.

Selepas contemplating tentang hidup, patutkah ia mati dalam sedih atau gembirakan saja dengan lakonan. Fake it till you made it. Aku pun tak pasti. Tapi, orang kata 'berlakon' itu perlu untuk hidup. Tak kisahlah kau pelakon tersohor atau pelakon dalam jamban,..keduanya penting untuk kebahagian jiwa kau.

Lagu kedua berputar. Tajuk Lonely by Yoe Mase.

I sold my own soul to the Devil Said, "You don't need your heart" In this world full of trouble Where the madness won't stop And they take advantage And they run for the hills 'Cause a life is harder When they swallow the pills

Took a walk with an angel Because she said she can't fly I screamed out, "Can you forgive me?" Before she said goodbye Well, go into darkness before I try Is life worth living when you need to get by?

'English kau ke laut. Ada hati nak menulis dalam English'

'Kau, tak payahlah try harder sangat. Macam mana- macam mana pun, kau tetap habuk..'

Ah...bisikan itu berputar. Kau pernah tengok cerita Soul?

Oh ya Soul...yang dia ingat hidup ni perlu ada purpose. Tapi bila kau dah dapat seperti apa yang orang kata based on purpose tu, kau rasa kosong. This is it soal kau.

Lagu ketiga bermain. Capricorn nyanyian Xan Griffin dan WOLFE.

Give me your tears I will make fire from them Give me your poor I will make gods of them Give me your wish I will make truth of it Give me a chance And I'll do all of it

Aku berhenti simpan semua cerita tentang orang. Sebab di dunia penuh riuh ini, kesepian jua menjadi teman. Dulu ye lah, orang boleh kata...kita akan berkawan sampai kahwin. Boleh ber-barbeque dengan keluarga masing-masing. Tapi, nyata...belum bersanding sudah diketepi. Huh?

Well...lumrahlah itukan. Usahlah bersedih kawan. Kita ini hanya manusia tepi jalanan. Biasalah, kereta lalu lalang, manakan ada yang berhenti.

Ah, sudah...semakin merepek.

Positiflah diri. Senyumlah kerana dunia ini masih perlu pada senyuman kau walau penuh hipokrit. ^_^

Pi lah tengok Friends sana...ketawalah....usahlah berduka pada yang sudah tiada, yang melupa mahupun yang sibuk tenggelam dengan dunia kerja...kau, hidup kau. Bahagiakanlah ikut caramu...

Now I'm alone like a stone in the void I am passing through And I'm the one standing by on the side And I'm whispering "you and me...

Itu lagu keempat yang berputar sepanjang aku menaip entri ini. Senangkan orang cari kau bila mereka tenggelam...tapi bila kau lemas di lautan, dipijak buat sebagai loncatan untuk bernafas didaratan. Lumrah alam itukan. Aku tetap disini.

I met a lion inside a zoo He looked at me and said "What's up dude" "I remember a time when we shared this land Now we both got shackles on our hands" I said "Wait a minute, I'm not locked up" "You're the one behind bars all cooped up" He looked at me and when he thought it Through he said "I am a prisoner just like you"

Baik aku berhenti sebelum bertemu lagu yang kesepuluh.

Senyumlah duhai diri,..kata beridolakan Joker...senyumlah.

“Smile, because it confuses people. Smile, because it’s easier than explaining what is killing you inside.” ― The Joker

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    11 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    23 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026