Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

We've become echoes But echoes fade away We fall into the dark as we dive under the way...

Itu irama yang menjadi latar muzik taipan entri ini. Ah, time-time macam ni pulak sakit perut. Penangan jus ubi semalamlah ni.

Hari ni (baca semalam), adalah hari terakhir bersarapan di 9Kopitiam. Kedai sarapan yang paling dia suka sepanjang menjadi team jualan di Eko Cheras. Ya, disebuah pusat membeli belah yang mati hidupnya. Ergh!

Kau bayangkanlah crowd yang ada disitu. Hidup segan, mati pun tidak mahu. Sendu dan syahdu sekali!

Tapi, satu perkara yang aku belajar sepanjang jadi krew expo ini adalah.....selok belok jalan di belantara konkrit. Itupun boleh juga sesat walau berpandukan peta. Syadid! Sebelah petangnya pula dia jadikan mee kolok sebagai santapan. Alhamdulillah kenyang. Syukur.

1503

'Hey'

Satu pesanan masuk. 'Ah, apa lagi yang dia mahu?' Dibiar mesej itu tidak berbalas untuk dua jam.

Kenapa dunia dewasa ini penuh licik ya?

Sukar benar untuk fahami setiap apa yang difikir, terdetik mahupun terlintas. Ada saja yang harus dikaji. Asbab bagi setiap tindakan dan peristiwa.

Buat masa sekarang, aku menonton siri 911 Lone Star. Sebuah rancangan yang membuatkan rasa kemanusiaan aku segar dan tidak mati.

Ah, ngantoklah weh!

Ingat balik nak terus tidur, tapi sayang jika hidup ini tiada catatan. Seolah hari itu tiada dalam lipatan.

Apa lagi yang dia suka sepanjang tempoh expo ini?

Kenal ramai muka dan wajah baru.

'Somehow kau rasa tak, hidup dewasa ni buat kita cenderung menjadi asexual...dia macam atheis bagi sexual orientation.'

'What? Ya Allah apa benda yang merepek tu?' dan mereka berdekah ketawa.

Teruk betul topik pagi kali ni. Persoal tentang ideologi yang semakin sakit kepala untuk difahami.

'We gonna continue our chat tomorrow, right?'

Dia diam. 'Apa lagi yang kau mahu?' desusnya.

'Tuhan, hamba ini merancang selalu lewat. Apa yang dirancang selalu telat. Hamba ini nan sentiasa terlewatkah dalam semua aspek kehidupan?'

Malas mahu diimbau atau terlalu fikir hadapan. Cukuplah dia hidup dengan sekarang. Realiti.

Satu dua belon dilepaskan. Tali besi yang dirantai jua sudah hancur diketuk, namun masih tidak terputus. Mahu terbang, ada saja yang menarik. Mahu tenggelam, ada jua menahan. Takut lemas pada apa pun dia musykil. Pasakkan keyakinan pada Dia?

Itu pun sudah juga dia buat. Dulu....

Dia menyengih sinis. Dulu...

Habis sekarang kau sudah tidak beriman pada takdirnya Dia?

Astaghfirullahaladzim.....mengucap teman. Kau itu masih dibawah rahmat Allah. Syukurlah kau punya ujian itu unsurnya bersifat dalaman. Dibalik hijab wakanda.

Kepala digaru.

'Ah, sudah...benda apa lagi yang dia merepek...'

Wish we could turn back time To the good old days

So, nak tidur atau sambung episod seterusnya?

"Siapa yang bodoh?"

"KITA!"

"Siapa yang MASIH BODOH?"

"KITAAA!"

"Siapa KITA?"

"Loser!!!!"

Well, ini bukan mantera bagus untuk memulakan kerja sebagai team work. Tapi ia sangat membina semangat serta 'membantu' perniagaan yang harus difaham tidaklah sebesar dan semewah Megah Holding oleh barisan volunteer.

Ya, charity. Kerja amal, kumpul pengalaman kata mereka. So-called team loser.

'Dia best....tapi tu lah...' itulah pemula bicara bagi sebuah rungutan rata-rata mereka.

Seronok? - susah nak cakap.

Best? - Bolehlah...

Okay tak tu? - Tak okay pun kena okaykan jugak...

Begitulah rutin bila kau menjalankan transaksi tanpa hitam putih. Segalanya angin.

Mana dah cerita kita tadi?

'Tak takut orang baca tulisan kau dan buat mereka terasa?'

'Well, cerita ini habis disini. Sekadar meluah. Chill'

'Chill kau, bisa menjerumus ke neraka. Mahu?'

Dia geleng.

"Dalam hidup ni apa yang kita mahu kadang adalah kesepian dan kesunyian jauh dari orang ramai. Jauh dari pelbagai ragam, jauh daripada....dunia yang menyebabkan kita membabitkan hidup kita dengan orang..."

Itu rekod suara yang kabur diulang dengar hasil dari pemikiran tiada henti kala melihat orang ramai.

Sesak dan mengantuk buat dia akan terlentok jika disorong bantal. Lagi pula harga bantal bayi yang hampir ratusan ringgit itu selesa benar untuk dijadi alas beradu barang seminit dua. Dia toleh ke kanan. Dilihat para promoter sebelah asyik jalani semburan sanitasi. Toleh pula ke kiri. Tiada apa yang menarik. Dia kembali ke kerusi. Duduk.

Berdiri tiada berorang ini, lelahnya lain macam.

"Eh, Ikram? Perghhhh..." itu teguran awkward yang pertama selepas bertahun juga dia tidak bersua dengan rakan sekelas zaman diploma zaman dinasour dulu kala. Huh? Tua benarkah usia dunia sehingga apa yang aku lihat sekarang semua bakal menjadi ibu bapa?

'Swaddle ni sangat baguslah untuk ba-be. Eh, beyi...'

God! Apa yang aku susah sangat nak sebut bebi ni? Tergeliat lidah. Lols!

Nafas ditarik dan dihela kasar.

Pogatif = Positif + Negatif

Ergh!

Sepatutnya usai balik dari kerja, dia solat, bersihkan diri, merenung dan bersyukur pada nikmat Tuhan. Syukur hari ini hujan. Syukur rezeki kau masih punya uang untuk makan.

Alhamdulillah.

Oh ya, siapa yang panda-pandai rate artikel aka diari tidak bertauliah aku semalam dengan 4 bintang?

Asal 4 bintang dowh?

Apa masalah kau?

Ada masalah dengan aku cakap, habaq mai la sini. Usahlah berselindung dibalik rate yang tiada makna itu!

Cyeh, marah bhai! hahahahah

Maghahlah. Giler tak curious orang sesuka hati rate diari penulisan kita. Terguris jiwa tahu! Hahahahah

Well, please don't rate without reason. It really bothering me!

Aku tulis cerita merapu merepek meraban aku kat blog pasai aku tak nak orang reaction pada apa jua status, taipan yang aku tulis. Annoying dowh. Aku tak cari dan tak perlu pun pada pencari perhatian. Nah,....aku tak perlukan perhatian korang dowh...bintang, love, hati, atau tanda bagus....itu semua dusta. Emoji?

Ergh! Hipokrit talam dua mata!

So, please....aku prefer kau komen dari memandai rate.

Habis tu, apa function button rate tu?

Itu je plugin komen yang aku rasa paling bagus selain dari si harey Disqus yang selalu buat hal. Plus, macamlah orang nak komen life kau kan?

Kau SAPE?

Hilang cerita aku seharian dek tengok rating unknown. Erm...daser manusia tidak berperi!

So, gais if you dare come lah visit us and support our expo at Eco City Cheras. Expo beyi lah. Nak expo apa lagi. Teringin gak nak join expo buku, tapi tulah...tak pernah dapat lagi. Papehal roger.

Pogatif!

Hidup pogatif!

Mantera hidup buat kau lena dalam terjaga.

Till then, be well buddies...

////

Nota kuku: aku tak rasa AO hidup buat masa sekarang. Since sofieadie bersama, who cares about AO?

Banyak-banyak platform sosial media yang dia ada, balik-balik blog juga menjadi tempat dia menconteng segala rasa dan cerita tanpa suara. Facebook bukannya tiada. Ada. Tapi dia tidak suka perasaan di 'like', atau apa saja reaction yang ada pada status. Bila ramai, riak pula dia. Bila tiada, murung.

Ah, perasaan begitulah yang buat dia lebih rela menconteng sebanyak mungkin aksara disini. Laman ini. Laman yang tiada pengunjung namun boleh dilihat secara awam oleh sesiapa saja. Kata tidak suka bergaul dengan orang, tapi mahu juga hidup di alam yang punya banyak orang dari jamadat. Apa-apa sajalah labu!

Kepada...

Dulu dia dikira hampir extrovert, dan lama kelamaan menginjak ke ambivert. Sekarang dia hanya sang introvert. Yang merasa sesak dada bila berada di khalayak ramai. Seram! Putus nafas bila melihat gelombangan manusia. Kenapa boleh jadi begitu ya?

Manusia...

Menjadi Manusia merupakan podcast dari negara jiran yang pernah jadi kegemaran.

Manusia...

Bersyukurkah aku menjadi manusia?

Manusia itu rumitkan?

Perkara simple pun bisa kompleks jadinya.

Yang...

Yang jadikan dia itu tertinggal di ruang yang dia tidak pernah suka itu siapa?

Kehendaknya Dia atau dia yang tidak pernah ada inisiatif untuk berganjak?

Bernama.

Mempunyai nama yang tidak pernah lapuk dek hujan, tak lekang dek panas buat dia mahu tukar nama sendiri.

Kata orang, mengapa?

Nama kamu itu cukup indah dan simbolik.

Pada siapa?

Aku tidak pernah gemar dengan nama sendiri hingga usia menginjak ke angka tiga baru aku tahu nama itu bukan sekadar nama. Ia adalah sahabat yang bersama kita hingga dunia sana. Kau bersyukurlah kerana nama kau itu mahu bersama dengan kau.

Ya, alhamdulillah.

Kepada manusia yang bernama...

....

Wonder why the party's over soon as I arrive Must've done something in a former life And I don't really wanna change Change

Mati katanya. Berdecit tidak jadikan kerjanya siap. Arghh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bencilah macam ni!

Itulah, menjadi manusia yang paling sukar bila mereka punya nama. Nama itu suatu sumpahan.

Nama itu, bukan sekadar personaliti. Ia suatu jerat.

Jerutan mati pada memori.

Bagaimana mahu buang?

Tidur sudah self hypnosis. Tapi kenapa masih dikenang?

Mana silap cara, atur prosedur yang dia tinggal?

Kau yang memakai nama itu, moga takdir kita tiada bertemu. Selamanya.

Kau yang mengguna nama itu, moga berjaya dunia akhirat.

Kau, yang sentiasa setia dengan nama itu, pergilah jauh ke ufuk sana.

Agar aku tiada mencari kau dengan nama itu di dunia digital untuk sekian kalinya....

Berambuslah!

I got these thoughts inside my head That I been too afraid to talk about 'Cause if we talked 'em out there'd be nothing left to talk about So I block 'em out All these voices at the coffee shop But people are like dogs, yeah they bark a lot - Mirrors, Arrested Youth.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Brand New Blog!
  • Sekerat Jalan
  • Recommended blog editor: MellyaCrayola

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    6 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    18 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026