Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Banyak-banyak platform sosial media yang dia ada, balik-balik blog juga menjadi tempat dia menconteng segala rasa dan cerita tanpa suara. Facebook bukannya tiada. Ada. Tapi dia tidak suka perasaan di 'like', atau apa saja reaction yang ada pada status. Bila ramai, riak pula dia. Bila tiada, murung.

Ah, perasaan begitulah yang buat dia lebih rela menconteng sebanyak mungkin aksara disini. Laman ini. Laman yang tiada pengunjung namun boleh dilihat secara awam oleh sesiapa saja. Kata tidak suka bergaul dengan orang, tapi mahu juga hidup di alam yang punya banyak orang dari jamadat. Apa-apa sajalah labu!

Kepada...

Dulu dia dikira hampir extrovert, dan lama kelamaan menginjak ke ambivert. Sekarang dia hanya sang introvert. Yang merasa sesak dada bila berada di khalayak ramai. Seram! Putus nafas bila melihat gelombangan manusia. Kenapa boleh jadi begitu ya?

Manusia...

Menjadi Manusia merupakan podcast dari negara jiran yang pernah jadi kegemaran.

Manusia...

Bersyukurkah aku menjadi manusia?

Manusia itu rumitkan?

Perkara simple pun bisa kompleks jadinya.

Yang...

Yang jadikan dia itu tertinggal di ruang yang dia tidak pernah suka itu siapa?

Kehendaknya Dia atau dia yang tidak pernah ada inisiatif untuk berganjak?

Bernama.

Mempunyai nama yang tidak pernah lapuk dek hujan, tak lekang dek panas buat dia mahu tukar nama sendiri.

Kata orang, mengapa?

Nama kamu itu cukup indah dan simbolik.

Pada siapa?

Aku tidak pernah gemar dengan nama sendiri hingga usia menginjak ke angka tiga baru aku tahu nama itu bukan sekadar nama. Ia adalah sahabat yang bersama kita hingga dunia sana. Kau bersyukurlah kerana nama kau itu mahu bersama dengan kau.

Ya, alhamdulillah.

Kepada manusia yang bernama...

....

Wonder why the party's over soon as I arrive Must've done something in a former life And I don't really wanna change Change

Mati katanya. Berdecit tidak jadikan kerjanya siap. Arghh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bencilah macam ni!

Itulah, menjadi manusia yang paling sukar bila mereka punya nama. Nama itu suatu sumpahan.

Nama itu, bukan sekadar personaliti. Ia suatu jerat.

Jerutan mati pada memori.

Bagaimana mahu buang?

Tidur sudah self hypnosis. Tapi kenapa masih dikenang?

Mana silap cara, atur prosedur yang dia tinggal?

Kau yang memakai nama itu, moga takdir kita tiada bertemu. Selamanya.

Kau yang mengguna nama itu, moga berjaya dunia akhirat.

Kau, yang sentiasa setia dengan nama itu, pergilah jauh ke ufuk sana.

Agar aku tiada mencari kau dengan nama itu di dunia digital untuk sekian kalinya....

Berambuslah!

I got these thoughts inside my head That I been too afraid to talk about 'Cause if we talked 'em out there'd be nothing left to talk about So I block 'em out All these voices at the coffee shop But people are like dogs, yeah they bark a lot - Mirrors, Arrested Youth.

Silence...

Stillness.

Sambil melihat ruang bilik yang bingit diselubungi irama dubstep dari Spotify, aku mula menaip. Coretan tentang kehidupan hari ketiga di bulan November. Mengantuk lagi sebenarnya walau jam lagi lima belas minit ke angka 12. Ya, 12 tengahari dan aku mengantuk. Itu normal.

Yang tak normal, kau balun ais krim Baskin Robbins satu bekas. Kononnya nak bagi anak buah, end up dorang boleh pulak makan ais krim bersulam air. What is that? Terlalu maniskah perisa yang achik dan ateh korang pilih? hahahaha

Entahlah. Kadang aku lupa perasa apa kegemaran anak kecil. Maklumlah, kita ini sudah sebati hidup begini tanpa kanak-kanak. Ambil pulak perisa kekacang dan karamel. Memang kemanisanlah budaknya.

Okay, cerita sekarang aku kena siapakan kerja sebelum esok. Tapi, malasnya naudzubillah! Mengantuk, menunggu barang sampai. So excited!

Dua benda yang boleh menghiburkan hari-hari yang sendu adalah, menerima ketekan pintu dari para delivery. Tak kisahlah Grab Food atau Shopee. Yang penting ada barang dan makanan yang sampai. Satu lagi bila dapat tidur seharian tanpa risaukan apa yang berlaku pada hari-hari mendatang. Tidurlah 24 jam, 48 jam lamanya tanpa perlu diganggu. Membazir waktu?

Ah, katalah kau jeles. Kau pantang pejam mata terus diganggu. Oh, kalau tak tidur pun, kau marathonlah apa saja cerita, buku atau game yang tergendala. Selain daripada perlu mengadap kerja.

Alamak! Bila dikenang hari esok kena pulun kerja di Expo 4 hari lamanya. It's killing me!

Tapi itulah life kau sekarang. Cuti, weekend pun kerja. Kerja retail begitulah lumrah. Orang kerja, kau kerja. Orang cuti, kau pun kerja.

Normal.

So, tak banyak kot update untuk hari ni. Ada kerja perlu dilunas. Papehal roger!

Lately ni sebelum tidur aku akan mainkan satu guided lucid dream meditation. Untuk apa aku tak pasti. Tapi aku suka bermimpi suatu yang hidup. Kebanyakan dari mimpi itu senang dan aku boleh ingat sampai sekarang. Tapi, ada sesetengahnya pulak, aku lupa samada ia mimpi atau realiti. So confusing, right?

Dalam aku tersedar, atau kata lainnya masih belum lena, aku pun belek Shopee. Rutin normal abad-21. Sambil belek Shopee tu tetiba aku terfikir. Tahun ni ramai benar kawan dan kenalan yang melahirkan cahaya mata. Dan aku yang single ni, tang tiber rajin nak bagi hadiah baju baby dekat dorang semua tu dah kenapa dowh?

So, instead of sibuk carikan dan belikan orang lain, orang yang jauh dah lama tak berjumpa hadiah, baik aku shopping dan kasi hadiah untuk orang yang dekat dengan aku kan?

Siapa lagi, kalau bukan aku sendiri. Hahahaha. Tak pun adik aku yang baru dapat kerja baru ni ke. Adalah faedahnya sikit. Sebab lainnya pulak, dorang pun dah lupakan aku an. Alasan, hanya kau je sibuk bagi hadiah, dan tak pernah terima hadiah....betul bukan?

Habis shopping aku pun lena ke dunia mimpi. Jujurlah cakap, bila hari-hari praktis untuk ber-lucid dreams ni, dia kind of restless. Tapi, the journey itself quite rewardinglah. Sebab kau jadikan ia suatu permainan untuk escape realiti dan hadap segala insecurities kita.

Cyeh....madah!

Aku rasa aku patut upgrade tempat beradulah. Tilam dari zaman student sampai la masih sama tak da improvement. InsyaAllah ada rezeki kita upgrade yang itu. Itupun nak habaq ka? Sebab aku ternampak satu tilam queen murah dekat Shopee! Apa lagi laju r nak rembat. Sabar, sabar....

Next month. Kita tak tahulah kemana hala kerjaya lepas ni. Pagi tadi aku terlepas dua panggilan telefon dari syarikat mana aku tak tahu. Sebab masa tu aku sibuk mengemas rumah. Maklumlah ada tetamu nak berkunjung.

Korang pe cer?

Oh, ya lupak nak update pasal receiptify aku bulan Oktober lepas.

Nampak tak bulan lepas aku pulun marathon semua lagu dari Neffex. Aku harap tadak sapalah kenal Neffex ni. Aku kind of takmau orang minat benda sama hahahahah kau pahal an? Tapi lagu Lost Not Found tu memang terbaiklah. Untuk mood melankolik, sendu, gelap macam aku.

Dahlah tu. Takat ni je update dari aku. Papehal roger. Aku rasa November ni bulan baru untuk aku percaya yang dunia ni worth living. Tarik nafas.....hela...kau akan okay. Okay?

Be well buddy,

Adios!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • "Sains Geomatik?"
  • Brand New Blog!
  • Chillax!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
    7 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    19 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026